Sunday, January 6, 2013

Ke mana Selama ini?......Kawan cerita sikit

Salam..

Rasa tak terlamabat untuk kawan ucapkan selamat Tahun Baru kepada semua pembaca... Setelah mengharungi 6 bulan yang terakhir Dec lepas, maka barulah ada ruang dan peluang untuk menulisk kembali blog ini...

Seperti kawan tulis di posting lepas, kawan mengikuti Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani secara Fast Track yang dikelolakan oleh Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama United States Sport Acedemy, University of Sport,USA.

Program yang berjalan selama 6 bulan akhir telah tamat kelas .. Alhamdulillah kawan mampu mengharungi kelas yang sepenuhnya berbahasa Inggeris. Mana tak bahasa Inggeris, semua pensyarah dari Amerika...


Kawan ditempatkan di Zon Timur yang mana Pusat Pembelajarannya adalah di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Sri Tualang, Temerloh. Seramai 96 orang telah dipilih dari kebanyakan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ada juga datang dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Kawan ikuti program ini kerana ia diiktiraf sebagai program ambah opsyen. Jadi, kawan
sekarang sudah bertambah opsyen iaitu Pendidikan JAsmani selain major Prinsip Perakaunan dan minor Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB).. Itu sesuai dengan kawan yang minat bersukan...

Malah jadual mengajar kawan untuk 2013 ini sudah 8 waktu PJ diberikan. Itu sudah tahap maksima kawan memandangkan kawan turut mengajar subjek Prinsip Perakaunan (8 waktu) dan Bahasa Melayu (6 waktu)... Secar umumnya sekolah kawan, secara puratanya setiap guru mengajar minima 22 waktu seminggu... cikgu agama dan BI selalunya lebih sebab kekurangan guru mahir.

Berbalik kepada hal program diploma kawan, sekarang kawan sedang menyiapkan kertas kerja yang diminta dan sedang dalam perancangan untuk melaksanakan program 100 pelajar. Detail kedua program itu, Insyaallah ada lebih masa setelah selesai melaksanakan, kawan akan tulis di blog ini.

Secara umumnya, kawan mendapai PJ merupakan elemen penting bagi seseorang pelajar dalam memimplikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang selalu disebut-sebut itu. Aspek Jasmani itu lebih terarah kepada subjek PJ. Tapi malangnya, seperti semua sedia maklum, subjek PJ ini menjadi subjek kelas ketiga akibat tiada dalam peperiksaan awam. Malah guru-guru yang dipaksa mangajar pon hanya mengajar untuk menghabiskan waktu kelas sahaja. Ibarat memberikan sebiji bola kepada pelajar dan melihat mereka bermain dari jauh sahaja. Jika pelaksanaan begitu, patutlah semakin ramai pelajar terdedah kepada keadaan obesiti..

Tapi itu hanyalah faktor kecil sehaja. Bagi kawan , faktor obesiti utama ialah pemakanan. Dengan kedai 'fast food; yang semakin dekat kepada penduduk di seluruh Malaysia, maknanya semakin ramai budak yang makan makanan itu. Xpelah. Itu dalam salah satu kajian kawan . Mungkin keputusan kajian nanti, jika berkaitan kawan akan bentangkan di sini...

Ops.. rasa setakat ini sahaja dulu...ok bye..