Wednesday, March 28, 2012

Nama Sebenar Proton bertaraf Global Keluaran Terbaru.. PREVE



Salam..

Hari ini kawan nak bercerita tentang kereta terbaru keluaran proton yang selama ini dikenali sebagai P3-21A ... MMengikut sumber tidak rasmi, Pihak Tertinggi Proton telah bersetuju untuk menggunakan nama Proton Preve ...



Kalau mengikut prestasi Preve berbanding kereta saingan sama kelas iaitu Vios dan City, ada harapan Preve akan mendapat lonjakan pemintaan yang tinggi.. Harap-harap begitulah. Tapi kita juga berharap tidak lama lagi kita semua sebagai pengguna akan mendapat maklumat terpenrinci bukannya hanya sebilangan item seperti jadual di atas.. Tak pe sama-sama kita menunggu..

Jik melihat harganya, kawan percaya itu adalah version yang paling mahal takkala yang mana CEO Proton sendiri memberitahu anggaran harga sekitar RM62,000 sehingga RM 75,000... Yang ini dah lebih dari harga yang dicakapkan...

Sunday, March 25, 2012

Anda ke mana selepas SPM..??

Salam..

Rasanya tak terlambat untuk kawan ucapkan tahniah kepada semua calon yang mengambil peperiksaan SPM 2011 yang keputusannya baru diumumkan baru-baru ini... Mengikut rekod, seramai 468,808 orang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu...

Secara statistiknya, jumlah calon berkurang dari jumlah 475,182 calon PMR 2009... Ini bermakna seramai 6, 374 orang telah menghilangkan diri selepas PMR...

Antara sebabnya mungkin berhenti sekolah, terus bekerja atau melanjutkan pelajaran bercorak teknikal seperti giat mara dan kolej2 lain lagi.. Perkara ini selalunya dibuat oleh pelajar-pelajar kaum cina ... Kalau berkesempatan, lain masa kawan akan ulas berkenaan topik ini...

Berbalik kita kepada para lepasan SPm 2011 ini?.. Apa halatuju anda?... Jawapan paling femes kawan dengar adalah cuba melanjutkan pelajaran lagi... Kemana tempatnya?...

Ada beberapa tempat atau fokus untuk anda selepas SPM ni..

1. Pra-Universiti
2. Tamhidi
3. Asasi
4. Foundation
5. Matrikulasi
6. Diploma
6. Form 6

So, anda boleh pilih mana satu

Sedikit pro % con berkenaan pilihan diatas... kredit tu en khairul

Matrix
Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
Nak masuk susah (Contra)
Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
Kurang praktikal (Contra)
Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Asasi / Foundation
Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
Nak masuk susah (Contra)
Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
Kurang praktikal (Contra)
Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Diploma
Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
Pembelajaran lebih relax. (Pro)
Mungkin melekakan. (Contra)
Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.


Tahmidi (USIM)
Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Aku pun tak berapa tahu. Tapi apa yang aku tahu, ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
Perlu power bahasa arab.

Form 6
Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
Korang score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure korang boleh masuk apa course sains yang korang nak. (Super Pro)
Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).

Sijil
Pra- U (Contra)
Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.
Aku tak rekomen korang ambil Sijil.


Semua itu mungkin boleh menolong untuk mencari idea apa yang akan berlaku kepada anda selepas SPM.
Ingatlah walau apa sekalipon, anda sendiri penentunya.. Orang lain hanya sebagai pencetus anda..atau pemusnah anda...
Bila hendak bertanya orang, pastikan orang itu adalah orang yang sebetulnya.. Betul itu bukan bermaksud berkelayakan.... Betul itu , betul memberi panduan kepada anda samada dari segi nasihat dan laluan untuk anda...
Kawan selalu risau bila bertanya budak lepasan SPM ni, ada persediaan mereka?.. Mereka selalunya bertanya kepada oran terdekat contohnya keluarga, rakan-rakan dan terakhir para guru mereka...

Bila diorang tengok result yang menampakkan Sejarah dapat A, mulalah mencadangkan pergi ke Form 6 untuk ambil Sejarah STPM... Padahal mungkin result Mate dapat B+, Add Math pon dapat B, Akaun dapat B+ .... Seharusnya ke mana dengan result sebegini... Hati-hati adik oiii.. Jangan buat keputusan secepat mungkin.. Bertanya dahulu banyak pihak sebelum membuat kesimpulan bersama seorang yang anda rasa tepat untuk membantu anda membuat keputusan...

Kenapa kawan bercerita ini... Sebab ramai dah member kawan yang sekarang ni entah di mana padahal zaman sekolah, mereka lebih terror dari kawan.... Akibat ikut kawan, mereka sendiri menanggung beban.....

ok.. nanti ingat, kawan bersambung lagi... banyak lagi cerita kalau bab budak sekolah ni

Wednesday, March 21, 2012

Lega dan Gembira..Lulus 100% dan GPS 3.0!

Salam..

Buat makluman semua, hari ini iaitu 21 Mac 2012 telah diumumkan keputusan SPM 2011.. Keputusan mula diedarkan mulai jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing..

Kawan nak bercerita tentang sekolah kawan terutamanya mata pelajaran kawan iaitu Prinsip Perakaunan. Keputusannya sekolah SMK Jengka 21 mendapat kelulusan 100% dan secara kelulusan GPS mendapat 3.0 . Semua pelajar mendapat kelulusan kredit atas..

ALHAMDULILLAH...... Kawan berasa lega kerana semua lulus dan gembira kerana semua boleh kategori cemerlang....
Tahniah kepada para pelajar terbabit...

Secara keseluruhannya, SMK Jengka 21 mengalami kemerosotan dari segi ranking sekolah dengan berada dikedudukan ke 14 dalam daerah Maran... Dari segi GPS dan peratus kelulusan kawan tidak mendapat input lagi...

Natijahnya, kawan kena berusaha lebih agar keputusan SPM 2012 dapat mendapat mencapai serapat yang mungkin...

TAHNIAH SEMUA.....

Saturday, March 17, 2012

Betul ker??.. Berita ini penentu undi anda?

Salam..

Kawan melayari sebuah portal ternama di dunia online ni...
Dalam sibuk membaca, kawan tertarik satu rencana yang dipaparkan..

Berikut antara petikan rencana itu....

kelemahan Najib sebagai perdana menteri, yang kekurangan ketelusan dalam pengurusan kewangan kerajaan, rasuah besar-besaran dan penyalahgunaan kuasa yang telah teruk mencemarkan UMNO sejak 1981, RM570juta sogokan haram dari senjata gergasi DCN Perancis kerana bersetuju membeli 2 kapal selam Scorpene dan kemudian diikuti dengan pembunuhan ngeri wanita Mongolia, Altantuya, dan pergaduhan RM250juta NFC yang di luar kawalan dengan penyalahgunaan pinjaman lembut, di antara lain . Ini merupakan sebahagian kecil. Senarai salah laku UMNO terlalu banyak. Media arus perdana menyembunyikan semua ini dari rakyat.

Dalam dunia online, berita-berita ini sudah dianggap basi.. Kenapa basi??.. kerana sudah lama dan banyak isu baru timbul..
Bagi kawan, samada berita itu benar atau tidak, ia tidak menyumbang secara langsung kepentingan kepada kawan untuk mengundi nanti pada PRu akan datang... Walaupon undi kawan antara faktor jatuh bangun sesuah parti yang bertanding, tetapi kawan merasakan tiada faedahnya kesemua itu....
Jadi, kawan merasakan undi kawan hanya fokus kepada siapa calon yang bertanding di DUN Pulau Tawar dan Parlimen Jerantut... Oleh itu, kawan akan melihat manifesto calon2 bertanding dapat memberikan faedah kepada kawan...
Sebagai contoh, Janji calon PR untuk memberi RM500 elaun guru... Ini menyebabkan kawan tersenyum.... Mata duitan betul.... BN mana ada janji macam tu... Pihak BN pon mengata bermacam-macam, tak bermaruah, ingat guru tak kenang jasa dan pelbagai...

Ikutlah, apa korang nak kata.. Bila tiba PRU nanti, kawan akan tunggu manifesto kedua-dua pihak baik dari peringkat persekutuan mahupon negeri.... Setelah meneliti, kawan akan melihat siapa yang akan mewakili kawan ke sidang Parlimen dan sidang DUN..

Oh ya.. bila sebut sidang DUN ni, kawan ni mengundi di DUN Pulau Tawar tetapi nak jumpa ADUN dia amatler suka.. tunggu program rasmi pon susah berbanding awal tahun 2000 yang mana setiap bulan, ada saje program melibatkan YB...
So, kawan selalu berjumpa dengan ADUN Jengka untuk mengutarakan soalan, pendapat dan cadangan supaya yang mana tidak dijawab akan dikemukakan kepada sidang DUN.... Nak jumpa ADUN Jengka bukan susah, kenduri selalu datang(kalau jemput).. buat program, mesti ada dia.. paling senang pergi je Bandar Jengka nak2 paar malam..Jumpa ler dia.. Kalau nak jumpa sangat, hari Jumaat, dia buat hari bersama penduduk.. Terus pergi ke pejabat dia... Memang ler tidak setiap masa ada ditempat kawan sebutkan, tetapi ok ler senang lagi nak jumpa ADUN orang berbanding ADUN sendiri..

Begitu juga Ahli Parlimen, lebih kerap kawan jumpa AP Kuala Krau berbanding AP Jerantut yang seingat kawan tak pernah berjumpa langsung( bertanya khabar bukan berborak) sejak mengenali arena politik.... terasa pelik pula, kita bersungguh untuk orang yang kita tak pernah berjumpa walaupon dekat....

Kot nak pindah kawasan mengundi kot.... Tak per.. Kita akan tengok proses pemsempadanan semula Kawasan PArlimen dan DUN selepas PRU nanti... Dengarnya kawan tak perlu tukar kawasan untuk dapat ADUN Dan ahli Parlimen baru kot..


Berbalik kepada penentu undi kawan... Itu berita buruk atau kelemahan Pak Jib... Berita baik atau kekuatan BN mestinya sudah diwar-warkan dalam media perdana hampir setiap hari....

Bagi anda, adakah berita2 itu menjadi penentu undi anda?... Ker selama ini kempen dua minggu tu juga penentu siapa yang anda pangkah>>>


p.s. pendapat peribadi kawan jer.....

Friday, March 16, 2012

WZWH minta sumbangan..!!???

Salam...

Hari ini kawan memulakan dunia online seperti biasa dengan melayari web wzwh terlebih dahulu untuk membawa ad berita-berita tempatan..

Dalam kawan membacanya tertiba kawan terlibat ada notis seperti berikut :-

REQUEST FOR DONATION
If you find my articles informative and worthwhile, please support my work by donating if you can. My team and I will continue to write as critically as possible on the many issues faced by the Malaysian public. Also in anticipation of some major political moves, your kind donation is much valued and appreciated. You may send in your donations by crediting into my account at BIMB- 06082020110930


Ai.... Agak hairan bagaimana wzwh pon meminta derma..... Bukankah dia meruapakan penasihat ekonomi DUN Tahan ?.. Dikatakan ADUN Tahan, Dato' Wan Amizan orang yang perumah , suka memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.. Inikan pula orang yang meyokong secara total dalam dunia online...
Tanpa WZWH, kawan rasa Dato' Wan masih berada ditahap terendah di kalangan penduduk dan pengundi Jerantut....

Takpe ler.. Mungkin WZWH ada sebab tersendiri untuk memohon sumbangan orang ramai....

p.s. myteam and I ....Oooo.Patutlah blog dia mantap semacam...Kawan agak pelik dahulu.

Wednesday, March 14, 2012

Keputusan SPM 2012 - diumumkan pada 21 Mac 2012

salam..

berita dari kpm.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Sumber : KPM

Friday, March 9, 2012

Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 tahun MSSM Maran 2012

Salam.
Tahun ini kawan mengambil keputusan unutuk terlibat dalam acara bola sepak pula...Jadi, kawan pon bermula dari tahun lepas untuk menjalani latihan...
Ia bermula seleas peperiksaan akhir tahun 2011 dengan mengajak pelajar-pelajar tingkatan 2 untuk bermain bola...
Pad mula hanya segelintir berminit iaitu bekas pemain sekolah tahun lepas sahaja tetapi seperti biasa kawan guna ayat power untuk mengajak lebih ramai hasilnyasehingga cuti sekolah ada seramai 25 orang menyertainya sehinggakan boleh membuat pertandingan 11 sebelah..(dua pasukan sahaja)

Orang cuti, kawan pon cuti..Tapi cuti kawan cuti yang pendek..Ini kerana kawan banyak keluar samada berkursus dan berkhemah.. Ada diceritakan di blog ini..

Pada awal tahun 2012, bila kawan melihat coach utama sekolah kawan yang baru menjalani pembedahan injap jantung, maka kawn mengumpul kembali bebudak untuk bermain bola.. Nak berlatih kawan tak pandai.. Kawan hanay beritahu bebudak suruh turun ke padang bola pada setiap petang..PAda awalnya hampir 50 orang turun termasuk pelajar baru tingkatan 1..
Akan tetapi memandangkan padang sekolah ada satu sahaja dan lebih teruk lagi dah lama sekolah tiad padang bola bersaiz sebenar, maka latihan bermain bola sepak dihentikan bagi memberi laluan pasukan hoki sekolah..
Sementara hoki menjalani latihan selama 3 minggu dan memunggu jurulatih utama pasukan bola sepak sekolah kembali dari cuti sakit, maka kawan mengambil inisiatif membuat padang bola sendiri... Pada mula ianya hanya berkeluasan 78 meter x 56 meter sahaja...Itupon melibatkan perubhan kedua-dua tiang gol yang terpacak lama...
Kawan berasa tidak puas hati dan mengambil keputusan untuk membuat sekali lagi..Tetapi geometrinya berubah..Hasilnya cukup 90 meter x 60 meter..Apa yang bestnya, hanya satu tiang sahaja perlu diubah...
Proses menyiapkan kesemua itu mengmabil masa 2 minggu...bebudak yang bersemangat tolong kawan untuk menggali dan menanam lubang tiang gol... Mereka juga yang tolong kawan buat garisan padang..
Terima kasih buat yang terlibat...
Setelah hoki habi menyertai kejohanan MSSM Maran, maka tibalah mas untuk pasukan bola sepak berlatih pula... Secara kebetulan pula, jurulatih utama pon sudah kembali... Maka latihan diteruskan tetapi berlatih di padang Awam Jengka 21..Oh ya...Sebelum ini, pasukan bola sepa memang berlatih di sana pon cuma kawan jer berlaith di sekolahk
Setelah berlatih bersam jurulatih utama dengan kawan hanya membantu latihan, maka pada 6 Mac 2012 bertempat di SMK Jengka 18 menjadi tuan rumah tahun ini, kejohanan pon bermula... Pasukan sekolah kawan diundi oleh pengurus bersama SMK Jengka Pusat 2, SMK Maran dan ABK Almahmudi..

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:-

Pusingan awal:

LAwan SABK Al-Mahmuddi , menang 5-1
Lawan SMK Maran , kalah 0-2
Lawan SMK JP2 , menang 1-0

Hasilnya, layak ke peringkat sukuakhir sebagai naib johan kumpulan..

Lawan SMK Jengka 16 . Menang 1-0

terus layak ke peringkat separuh akhir pula

Lawan SMK Jengka 2 , kalah 0-3

Gagal ke final, so hanya ke perlawanan penentuan ketiga & keempat...

Lawan kembali SMK Maran ,,,,,,,,, Kalah 0-1..


KEPUTUSAN AKHIR, berjaya melebihi sasaran mendapat tempat keempat...Target peribadi kawan hanya lah suku akhir... Ok ler sejak 2007 menjadi johan, ini baru pertama kali layak ke separuh akhir...kira ok ler...

Sepatut awal bulan 4 ni, kejohanan Bola Sepak Bawah 18 pula mengambil tempat...Tapi kawan ras kawan keberatan untuk ikuti pasukan ini...Ada beberapa sebab:-

1. latihan bola sepak menyebabkan [ersediaan awal pasukan bola baling terganggu..PAdahal ini adalah fokus utama kawan...
2. Bila keluar menghantar budak bola, terasa keletihan sangant setiap malam.. Macam tidak berbaloi pula dengan kepuasan yang sepatutnya kawan dapat..
3. Entah ler... Macam rasa tidak berpuas hati sahaja....Nak cerita pon serba salah..

Bateri nak habis, lain kalia edit semu;a sambung, gambar tak masuk lagi....

Sunday, March 4, 2012

Kursus Kepimpinan Pelajar tahun 2012







salam..

Pada 25 dan 26 Februari 2012 yang lalu, sekolah kawan telah berjaya mengadakan kursus untuk pemimpin pelajar sekolah.
Penyertaan kursus amatlah membanggakan. Ini kerana 100% pelajar target telah mneghadirinya.. Seramai 27 orang Pengawas Sekolah, 27 orang Pengawas Pusat Sumber, 21 orang pengawas Buku Teks dan 24 orang ketua serta penolong ketua kelas turut serta.. Ini pertama kali dalam sejarah semua pemimpin sekolah menghadirinya..

Kursus 25 februari 2012 bermula jam 8 pagi dengan pendaftaran. Berikut adalah senarai tentatif kursus :-

25 Februari 2012 (Ahad)
8.00 pagi - Pendaftaran
8.30 pagi - Taklimat kursus
9.00 pagi - Ceramah 1 : Ciri pemimpin dunia akhirat
10.30 pagi - Rehat/minum pagi
10.45 pagi - LDK 1 - unit masing-masing
12.30 thari- Makan tengahari/pengurusan diri/solat zohor
2.00 ptg - LDK 2 - Unit masing-masing
4.30 ptg - Minum petang/solat Asar
5.15 ptg - Sesi Kreatif & Inovasi
6.45 ptg - Balik ke rumah masing-masing

26 Februari 2012 (Ahad)
8.00 pagi - Pendaftaran
8.30 pagi - Ceramah 2 : Badan Kepimpinan Pelajar SMK Jengka 21
10.30 pagi - Minum pagi/rehat
10.45 pagi - LDK 3 : Memecah Ais
12.30 thari- Makan tengahari/pengurusan diri/solat Zohor
2.00 ptg - LDK 4 : Bersama OKU
3.30 ptg - Akhirulkalam
4.00 ptg - Majlis Perasmian Penutup
- Jamuan petang
- Bersurai

Kawan cuba membuat sesuatu yang lain dari kebiasaannya. Yang pertamanya, kursus diadakan di sekolah.. Selalunya, kursus diadakan diluar.. Selain belanja yang mahal, selalunya tidak semua pergi.. Jadi, objektif kursus yang utama iaitu semua hadir berjaya..
Yang kedua, kawan sendiri handle kursus ini.. Selalunya guru kaunseling yang buat kursus atau serah kepada orang luar..
Yang ketiga, sesi ceramah hanya 2 sahaja. Itupon slot pagi sahaja. Yang lainnya fokus kepada LDK (kawan panggil Latih Dalam Khidmat)
Yang keempat, bab makanan.Kawan upah member kawan buat katering..Selalu tempah secara bungkus..Walaupon kerja banyak dan memakan masa, kawan dapati ia sangat bagus untuk mengajar cara makan konsep hotel... 1 kuih 1 pelajar.. Lagipon jimat belanja...
Yang kelima, sesi kreatif dan inovasi bagi menggantikan slot sukan dan reakreasi..Yang ini tidak berjaya secara objektif.. Pengisian dan faktor cuaca..Ini sahaja kesilapan besar kawan..Mungkin boleh diperinci lebih awal.. takpe, belajar dari kesilapan..
Yang keenam, kawan serah majlis perasmian penutup kepada pelajar untuk mengendalikan.. Memang teruk majlis penutup sehinggakan pengetua tegur kesilapan itu.Tapi kawan harap itu menjadi pengajaran berguna untuk pelajar-pelajar berkenaan..

Kelemahan

1. Yang dirancang tidak dibuat.. Kawan merancang pelbagai aktiviti LDK berkumpulan bersama guru PSS (TQ).. Tapi sayangnya dari 5 aktiviti dirancang hanya 2 berjalan. Mulanya takut tak cukup aktiviti..Standby banyak..Rupanya bila kawan pegang microfon, tak reti nak behenti..
2. Apa yang kawan rancang nak buat, seperti kursus pengendalian perhimpunan tak sempat dibuat secara formal memandangkan unit kawan iaitu pengawas terlebih fokus kepada masalah-masalah yang wujud di sekolah..Rupanya kawan dapat menyenaraikan 100 masalah besar dan kecil... Itu faktor utama hal pengendalian perhimpunan tidak dapat dijalankan..
3. Tiada perancangan teliti.. Semua benda kawan buat seorang.. Pastu bila kawan tiada, pelbagai masalah timbul.. Ini kelainan yang cuba kawan buat..Everything i do it..Konon..Maksudnya, kursus kali ini, tiada mesyuarat, tiada penbabitan banyak dari guru-guru..Semua dilaksanakan oleh kawan sendiri dengan bantuan para pelajar.. kadar kejayaan 70%... Bila libatkan unit orang, kena banyak berbincang dengan guru terbabit..Kena banyak berbincang dengan GPK HEM...

Ok.. Setakat ini sahaja dahulu cerita kursus..Bila free, kawan akan tulis lagi..Seronok bila buat kursus ini..Banyak cerita boleh dikongsikan...ok..

Gambar sekitar kursus...