Monday, February 18, 2013

Bakal buka Gym nampaknya....

Salam... sudah agak lama tak membuat posting.... Heheeee... pelik jugak ni... entah ler rasa malas ler pulak.... Hari tu memula sampai 3 post sehari.... Sekarang ni nak maintain 1 post sebulan pon malas... mungkin ada kaitan dengan sambungan internet...

Xpe. Hari ini yang rajin ni, entah nak tulis apa ....PRu dah nak tiba tak lama lagi.. satu topik yang menarik. sekolah pon baru dibuka.... rumah kononnya baru pon mulai ditiduri....

Cerita tentang sekolah dulu ler... Tahun ni, kawan meminta untuk ajar PJK.. Mata pelajaran yang tidak disukai oleh kebnyakan guru ... Sebaliknya kawan sendiri yang minta mengajar bukan 2 waktu malah 14 waktu..tetapi hanya dapat 10 waktu sahaja... ok ler tu....

Kawan mengajar Ting 1, ting 2, ting 3 dan ting 4 .... Ting 1 & 2 ada PBS... lagi ler cikgu xnak ajar..... Selepas sebulan, kawan mengajar kembali PJK ni, rasa seronok...
Pertama dapat aplikasikan ilmu yang kawan belajar sewaktu mengambil Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani (DAPJ)tahun lepas... Walaupon tiada sangat kaitan antara ilmu yang belajar dengan apa yang kawan belajar... Tapi kira semangat tu ada ler...

Yang paling perkara menarik sekarang ini adalah kawan sibuk membuat kertas kerja penubuhan Gymnasium sekolah kawan... Idea asalnya bila dilihat absilibus PJ, ada tajuk Gismastik.. rujuk cikgu PJ, dia berkata memang ada tetapi tidak boleh ajar sebab peralatan naif sangat.... Tahun 1990-an dahulu punya....

Dengan konsep aerobik didalam kelas PJ ni, maka kawan pon bertambah semangat untuk membuka kelab Gym ni.... Nak kertas kerja Gym ni, bagi emel kat kawan diruangan komen dibawah ni...

Budget kertas kerja tinggi mencecah RM50,000... Tapi kawan akan beroperasi dalam kadar yang sangat minima sekitar RM1000 ker RM3,000 sahaja... Sebab itu jer yang duit ada... Jadi guna ler dulu....

Perbincangan dengan guru PJ, Pn Zaimah dan penasihat peribadi En Jamal, timbul idea untuk memulakan operasi yang dalam jangkaan awal bulan April ini...

Pagi tadi, kawan dan pelajar-pelajar telah membersihkan kawasan dewan yang tidak digunakan untuk dijadikan tapak Gym.. siasatan lanjut akan dilakukan lagi disebabkan keadaan silingnya yang bengkang bengkok... Nampak macam nak runtuh.. tapi pandangan mata rasa kayu bumbung kuat lagi.. cuma kayu pengikat siling jer bengkok...Harap2 boleh digunakan. Kalau tidak terpaksa ambil alternatif lain...
Gambar x tangkap lagi.. padahal Samsung Y baru diberi subsidi oleh Maybank ... Dah ler Harga murah dalam RM180 jer... Pelik warga sekolah bertanya kenapa murah sangat?... Kawan gelak er.... Siap ada yang order pulak....bertambah ler gelak kawan...

Berbalik kepada Gym tadi, esok atau lusa, kawan akan berjumpa pengetua dan GPK 1 untuk meminta pandangan mereka. Walaupon borak awal mereka sokong tetapi pengesahan bertulis adalah lebih tepat untuk menggerakkan sesuatu perkara...

Esok jugak kawan ada meeting Panitia Prinsip Akaun di SMK JP2.. Bersam Hjh Ramlah, bekas bos kawan ni... Nak tahu juga feel dia di sekolah baru.... Jangan dia bad mood sudah...... Mesyuarat jer.....

ok.. cukup dulu.. nanti kawan tangkap gambar.. .edit balik kat sini...