Tuesday, June 28, 2011

Anggaran Penggunaan Elektrik di Rumah kita..berapa yer..

Salam..
Hari ini kawan nak bercerita tentang penjimatan elektrik..Bukan apa ..Seperti semua sudah dimaklumkan bahawa kadar penggunaan elektrik akan naik bermula Julai 2011. So, kita sebagai pengguna walaupun diberitakan tidak mengalaminya tetapi kena mengambi langkah awal untuk mengawal penggunaan elektrik.

Sebelum itu, kawan ingin menyenaraikan anggaran pengunaan barangan elektrik di rumah kita sendiri..

Di bawah ini disenaraikan anggaran kos elektrik sebagai panduan:-

Cerek elektrik 2400 Watt.. ....................9 sen setiap 4 liter
Water heater 2000 Watt..........................9 sen untuk sepuluh minit
Ionizer 550 Watt................................13 sen untuk 1 jam
Washing machine 1080 Watt.......................5 sen untuk sepuluh minit
Freezer 330 Watt................................RM14.50 untuk sebulan
Freezer 550 Watt................................RM24 untuk sebulan
Pengering pakaian 3000 Watt.....................13 sen untuk sepuluh minit
Iron 1000 Watt..................................25 sen untuk 1 jam
Air-conditioner 1 hp............................20 sen untuk 1 jam
Micro wave 1300 Watt............................5 sen untuk sepuluh minit
Rice cooker 1000 Watt...........................5 sen untuk sepuluh minit
TV warna 100 Watt...............................3 sen sejam
Vacuum cleaner 550 Watt.........................13 sen untuk sejam
Dapur masak elektrik 1500 Watt..................40 sen untuk sejam


Kalau semua anggaran ini menjadi panduan maka agak2 dimanakah kelemahan kita dalam aspek pembaziran elektrik...

PETI SEJUK...... kot nak tutup kot...busuk makanan dalam itu... Kawan sendiri dah try dah... Kawan akan tutup peti sejuk mulai sebelum tidur (12.00 mlm) dan akan buka semula selepas bangun.(6.00 pagi)... Jika dikira, maka kawan dapat berjimat 6 jam sehari.. So, perjimatan kawan dalam sebulan adalah RM6.00.. Makanan takkan busuk kerana waktu malam yang ditutup adalah waktu yang terendah sekali dalam seharian. tak percaya, test tutup sambil tengok ais..pagi esok, ais itu walaupun tetap cair tetapi masih ada beku....ok ler.....

(24 bahagi 30 hari = 80 sen sehari bahagi 24 jam darab 6 jam jimat= 20 sen sahari)..

6 hinggit?... ok ler tu.. sape nak bagi kan... itu baru peti sejuk.. Kawan turut tutup suis water heater sekitar 12 jam sehari... (dari jam 12.00 mlm sehingga balik kerja 3.00 petang... Untuk kegunaan pagi, kawan dah standby air panas yang letak dalam jug..Takat nak buat sarapan pagi dan bancuh susu anak, lebih dari lepas...

Itu antara langkah kawan untuk berjimat. Anda pula bagaimana?....

Sunday, June 26, 2011

Ooooooooo..Ada rupanya..salah sangka sahaja..

Salam..
Semalam kawan ada cerita tentang kehilangan wzwh di dalam pencarian online kawan. Ingatkan dah menghilang ke mana mahupun ada apa-apa yang mengejutkan ke nak jadi calon tak lama lagi ker....

Rupanya, seperti kawan syaki cuma kehilangan teknikal sahaja.... so, bila kawan buka pagi ini tengok2 udah kembalinya Abg Wan kita dalam dunia online. Kawan berasa sungguh gembira kerana dapatlah kawan membaca pelbagai cerita berkenaan politik dan sejarah Jerantut dan hulu tembeling khususnya..

apapun, Selamatttttttt.........

Saturday, June 25, 2011

Ke mana Wan Zuri. wzwh

Salam.
dalam sehari dua ni, kawan perhati ada benda agak pelik berlaku. Pertama, tetiba dalam blog kawan yang x brapa orang tahu wan zuri dah menarik diri sebagai follower. Aik?....... dah tak berminat dengan blog kawan ker.....xpelah.. sape kawan?.. orang-orang biasa jer....

Tetiba malam ini, kawan nak baca posting terbaru beliau, tengok2 ada message dari pak blooger.com..

Blog has been removed

Sorry, the blog at wzwh.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.

Did you expect to see your blog here? See: 'I can't find my blog on the web, where is it?'


OIni menambah kehairanan kawan ini..Adakah sebab-sebab tertentu menyebabkan tetiba pak wan kita ini behenti tetiba dari dunia online ini... bukan setakat behenti menulis tetapi terus menarik blog beliau..Ini tindakan drastik ni..ker ada arahan tak bertulis suruh beliau berhenti menulis .... kawan jer kot perasan....

Xpelah. Cuma kawan tidak berasa seronok kerana tidak dapat membaca dan memberi sedikit pendapat di blog kepunyaan orang dekat-dekat kamoung kawan. Penulisannya yang bagi kawan yang begitu pro BN, pro- ADUN tahan.... xpe. Kita tunggu apa cerita selanjutnya...

Friday, June 24, 2011

Cerita Gelang Hikmat & Terapi Bergetar ...dari syarikat bumiputra kita



Salam..
Hari ini kawan berasa nak bercerita tentang perubatan alternatif yang diwar-warkan di media massa perdana negara terutamanya di Metro.
Seperti yang ditulis di surat diatas, maka terjawablah keraguan kawan berkenaan produk berkenaan. Bukan apa.. seorang entah siapa-siapa yang hanya berkelulusan diploma di UTM tetiba mendakwa mempunyai kepakaran untuk menghasilkan dan menJUAL satu produk yang dikatakan mampu merawat pelbagai jenis penyakit yang agak sukar disembuhkan menerusi kaedah perubatan biasa...
Kawan hairan bercampur pelik, bagaimana orang ramai boleh respond terhadap produk sedemikian sedangkan pengasas syarikat itu hanya sesorang biasa-biasa sahaja bukannya kelulusan perubatan asas sekalpun...
Mungkin orang ramai terpengaruh dengan bagaimana promosi hebat dan secara besar-besaran yang dijalankan di kebanyakan media massa perdana di Malaysia.. Biasalah orang kita.. Yang terkenal atau berjenama yang itu terlaris biarlah mahal..
Nah! sekarang siapa yang untung siapa yang tidak rugi?.. nak salahkan penjual, itu memang punca rezeki dia walaupun kaedah dan produk masih boleh diperdebatkan.. Nak salahkan pembelinya pun kurang tepat... Kot tipu padahal seantero serantau tahu akan kehebatan produk itu....diiklankan pun di surat khabar utama...

Bagi kawan nak dikatakan tidak berkesan kenapa penjual berani mempromosikan produk itu secar besar-besaran yang melibatkan wang yang bukan sedikit.. rasanya iklan setiap hari mencecah RM10,000 .. itu baru iklan surat khabar. Belum lagi penajaan dan sumbangan yang selalu dipaparkan..

apa pendapat anda?... betoi ke tak betoi.......

Sama kes dengan cerita gelang artis tu dan makanan kesihatan berkonspkan baru yang selalu dijual secara konsep MLM....

Tuesday, June 21, 2011

Contoh Mentaliti Rakyat Malaysia :Penyewa Flat DBKL Hutang Lebih RM57juta

Salam..
Dalam melayari dunia online, kawan terjumpa artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Berita ini sebenarnya menjadi perhatian kawan dan sebenarnya bercadang nak join sekali kerana tidak tahan dengan mentaliti kerajaan sendiri yang turut melayan golongan sedemikian..
Sebagai contohnya, Kawasan FELDA.. sesiapa yang masih ada hutang BK dahulu diberi pelupusan hutang padahal ayah kawan dah bertungkus lumus menghabiskan duit untuk membayarnya.. Bukankah itu dinamakan tidak adil?.. Itu baru satu contoh. Banyak lagi contoh..
Orang kata semua itu diadakan sebagai gula pilihanraya. Nak katakan sebagai gula, yang dapatnya selamba jer kutuk kerajaan dan tanpa segan silu mengatakan akan mengundi pembangkang....Malah siap mengutuk orang yang mengundi BN sebagai sia-sia kerana tidak dipedulikan oleh parti sendiri.... Betulkan sedemikian .....

Sesama kita baca rencana ini....apa komen anda....

Tentunya seronok kalau boleh tinggal di rumah percuma tanpa perlu membayar sewa bukan? Tetapi jika sewa tersebut hakikatnya dibayar oleh orang lain atau pembayar cukai tentunya sesuatu perlu dilakukan jika penyewa-penyewa tegar ini berterusan tidak mahu membayar sewa dan bil air yang kini melebihi RM57 juta.

Inilah yang dihadapi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada masa ini. Jumlah tersebut juga sebenarnya tidak termasuk sejumlah RM25 juta lagi yang telah dilupuskan selepas penyewa-penyewanya melarikan diri tanpa membayar tunggakan sewa dan bil air.

Menurut laporan Star Metro, hutang tertinggi yang tertunggak adalah sebanyak RM35,581 oleh seorang penyewa di PPR Kg Limau yang mana tertunggak sejak tahun 1980an lagi sementara satu lagi tunggakan sebanyak RM36,171 di PPR Desa Tun Razak.

Sebanyak 2,000 penyewa di perumahan kos rendah Desa Rejang pula mempunyai tunggakan hutang sewa dan air tertinggi iaitu sebanyak RM4.5juta.

Menurut Datuk Bandar KL, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, 70% dari penyewa tersebut adalah mereka yang tegar dalam membayar sewa walaupun sebenarnya mereka mampu berbuat demikian. Sejumlah 52,851 rumah kos rendah disewakan dan 36,995 penyewa mempunyai tunggakan sewa. Menurut beliau lagi, kebanyakan dari penyewa ini adalah terdahulunya dari perumahan setinggan dan mendapat keutamaan untuk memperolehi rumah sewa ini pada kadar serendah RM90-RM124 sebulan. Oleh itu tidak hairan jika golongan yang majoritinya mahukan segalanya percuma ini tidak mahu membayar sewa tersebut dan akhirnya kerajaan (dibaca sebagai pembayar cukai) terpaksa membayar tunggakan berjuta-juta ringgit ini sedangkan lebih baik jika ianya dapat digunakan untuk tujuan yang lebih baik seperti membina sekolah, jalan raya dan sebagainya.

Secara umumnya saya serta ramai diluar sana boleh memahami jika golongan yang tidak membayar ini benar-benar dari kalangan mereka yang tidak mampu serta berada dibawah paras kemiskinan tegar – seperti ibu tunggal, OKU dan sebagainya. Tetapi hakikatnya hasil dari tinjauan mendapati majoriti mereka adalah mereka yang sangan mampu untuk membayar sewa tersebut – kerana didapati kereta-kereta yang boleh dikatakan mahal dimiliki oleh penghuni tersebut termasuklah seperti Honda Civic dan Mercedes Benz. Selain itu penghuni ini juga dikatakan mampu untuk melanggan TV satelit dan juga beberapa penyaman udara dirumah mereka disamping melakukan ‘renovation’ ke atas rumah mereka.


Kereta Mewah, Sewa Tak Bayar.

Temuramah yang dilakukan juga menemui seorang penyewa yang tanpa risau dan segan silu menyatakan beliau berhutang RM7,000 dan DBKL tak akan menghalau mereka keluar dari rumah tersebut. Seorang lagi penyewa yang menerima tawaran untuk membeli rumah yang didiami beliau dari DBKL menyatakan “DBKL menawarkan satu unit kepada saya dengan syarat saya membayar semua tunggakan sewa. Mengapa saya perlu bayar?. Sedangkan ianya percuma sekian lama dan mengapa saya perlu beli dan bayarnya sekarang?” – huhhhh…. teruknya mentaliti!

Sekiranya mentaliti seperti ini tidak diatasi dengan segera maka saya lihat Skim perumahan yang berniat murni ini akan hanya memudaratkan lagi dan merugikan negara. Berjuta-juta ringgit duit pembayar cukai akan terpaksa digunakan untuk membayar tunggakan-tunggakan ini. Menurut DBKL, hasil dari sewaan pada tahun lepas adalah RM78.6 juta tetapi kos penyelenggaraan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM158.5 juta – ianya memerlukan DBKL kos yang lebih untuk penyelenggaraan unit-unit kos rendah ini kerana sewa seunit hanya RM124 tetapi kos penyelenggaraan adalah RM250.

Semoga DBKL dapat melaksanakan sesuatu dalam menangani masalah ini dan mereka yang terlibat terutamanya yang sememangnya mampu untuk membayar sewa supaya melaksanakan tanggungjawab mereka dan sepatutnya rasa bersyukur dapat menyewa rumah serendah RM124 sebulan di masa orang lain yang terpaksa membanting tulang untuk membayar sewa RM350-RM600 sebulan untuk rumah yang sama.

Sumber : tips hartanah

Sunday, June 19, 2011

07 07 2011 Hari yang ditunggui....

Salam..
Sekarang kawan kat umah ibu bapa kawan menghabiskan masa bersama mereka.. Ye ler..Sementara mereka (atau kita) masih ada di dunia, manafaatkan ruang dan peluang ini walaupun banyak masa digunakan.. Xpe....mak ayah ku..

Isu minggu ini tiada apa...Sepatutnya hari ini kawan sibuk di padang Jengka 21 untuk menolong masyarakat di sana untuk meraikan Hari Peneroka Peringkat Rancangan bagi tahun 2011.. Tapi ada kekangan lain penyebab kawan tidak dapat turut serta. Malah kekangan itu penyebab kawan juga tidak dapat pergi kursus anjuran MBFM Wilayah Jengka yang dijadualkan berlangsung di Cemeron Highlands.

Sekarang ini masyarakat FELDA di Gugusan Jengka sibuk sempena Hari Peneroka peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Bandar Jengka pada 7 Julai 2011.. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, perdana Menteri Malaysia dijangka akan turun untuk merasmikannya tahun ini..
Pelbagai program telah diatur.Kawan selaku JK belia tentu terlibat banyak tetapi peranan kecil...hehee..macam sibuk tapi sebenarnya tidak sibuk pun..buat2 sibuk adalah...Setiap rancangan kena buat kenduri untuk 3 ekor lembu khas untuk dihidangkan mas perhimpunan itu.. Yang kurang seronoknya.Disamping pebelanjaan FELDA keluarkan untuk program ini, para peneroka dijuga diminta menyumbang untuk memastikan kemeriahan program ini... meriah2 juga, kot duit peneroka pun sapu jugak...Kalau FELDA tak de dana cukup buat program ini, ok le jugak..Ini kawan dengar, banyak duit juga duit FELDA digunakan untuk program ini..Kot x cukup lagi kot.....bahaya oi........

Antara program yang diatur ialah Pengistiharan Bandar Tun Abdul Razak Jengka dari bandar Jengka.. Ini adalah bertepatan sekali Tun Abdul Razak adalah cetusan idea penubuhan FELDA masa lalu. Maka anaknya, DS Najib akan mengulangi komitmen bapanya tentang fokus utama DS Najib terhadap FELDA..

Sebenarnya, ada banyak benda yang ditunggu oleh masyarakat FELDA di Wilayah Jengka ini.. Yang paling disebut2 adalah pembentukan Daerah Baru Kuala Krau untuk Negeri Pahang...Adakah ia juga bahan ucaptama nanti?..sesama kita nantikan...

Pembangunan infranstuktur juga ditunggu2.. Jalanraya dari Kg Awah ke Simpang Jengka 8 juga amat ditunggu bukan sahaja masyarakat peneroka malahan generasi yang bekerja di bandar-bandar besar...sudah banyak coretan dan kritikan berkenaan jalan berkenaan.. Sudah eloklah ia diberi perhatian...

Dengar cerita, ada surat sampingan akan diserahkan kepada DS Najib berkenaan pembangunan di sekitar Jerantut ini terutamanya projek terbengkalai Jengka 8 ke Maran dan Jerantut ke Benta...Ia disalurkan agar tidak menjadi duri dalam dging dalam kemenangan BN dalam PRU nanti... Apa kaitan Jalan2 itu dengan Hari peneroka..?.. Ah! pedulilah.Janji PM tahu projek terbengkalai....

Semoga hari itu berjalan seperti yang dirancangkan...Banyak duit habis sempena kedatangan PM..Duit untuk program itu, duit untuk pembaikan infranstuktur lagi... lain-lain lagi.. ok ..kita tunggu saja...

Thursday, June 16, 2011

Pendapat kawan aktiviti selepas mesyuarat lepas

Salam.
Sudahagak lama tak diupdated. LAst sekali semasa kawan di Perlis semasa terlibat menghantar budak ke Kejohanan Bola Baling MSSM 2011 . Sampai deman dibuatnya . Sekarang ini pun masih tidak sembuh lagi. Gagah2 jer pergi kerja.. Sampai sekolah kerja menimbum. Lama tinggalkan sekoah. Bila Guru keluar menjalankan tugas rasmi lain, kerja disekolah tetap menunggunya tidak kira lam atau sekejap guru itu keluar..

Xpelah..itu kan tugas guru..

Sebenarnya masih kering idea nak tulis apa dalam blog selepas cuti sekolah ni... Tengok blog WZWH kita masih aktif dalam pusingan politik semasa mesyuarat UMNO bahagian baru2 ini.. Tempiasnya masih melekat... Sayang kawan tidak terlibat ....Kalau tidak boleh berbangkang dengan wan zuri ni semasa meeting pemuda aritu... mungkin tahun depan kot....

Bila Sebut meeting, kawan diberitahu kebanyakan yang datang just sebab disuruh oleh ketua pemuda cawangan masing-masing, tetiba pagi tu disuruh bersiap untuk ke Bandar Jerantut. Bila ditanya buat apa?.. Katanya nama sudah didaftar untuk pergi mewakili cawangan ke meeting... nak x nak pergilah....dari sampai hingga waktu nak balik, asyik tak tahu apa yang harus dilakukan.... tunggu mesyuarat abis jer la.... ye lah.. nama pun adhoc..
Acara meeting juga jadi seperti tahun-tahun lepas sahaja... perasmian, bentang laporan,baca usul dan kemudian mendengar celoteh seorang dua..dah..balik..habis........

Perkara sedemikian bagi kawan sepatutnya dielakkan jika diukur tahap kepentingan mesyuarat itu..Sebagai parti terbesar dan terpenting di MAlaysia, sepatutnya mesyuarat sebegini digunakan sepenuhnya agar apa jua idea, pandangan ataupun maklumbalas sama ada positif atau negatif diambil kira dan dilaksanakan dan dilaporkan ke peringkat lebih tinggi.. Ni macam biasa sahaja.. Salah siapa?.. ahli akar umbi?... or Pemimpin bawahan?... or pemimpin atasan....

Dalam jangka waktu yang semakin hampir dengan pilihanraya yang akan tiba bila-bila masa( Ramalan pembangkang Julai ni)... kesemuanya harus diperkemaskan dengan lubang yang besar dikecilkan atas kesemuanya undi dapat dikaut sebolehnya..

Dengan arahan khas dari atas, supaya bilik gerakan mula dipersiapkan untuk pembukaan... tip itu seharusnya menjadi intipati asas gerakan memburu setiap undi....
Cadangan kawan yang x seberapa ini, elok mulakan gerakan itu..Maksud kawan, gerakan bahagian patut dimulakan dengan perancangan teliti seperti JK G10 setiap cawangan...Mula kenalpasti golongan mana masih atas pagar dn boleh memihak ke BN... Jangan tunggu PM umumkan bubar parlimen barulah, kelam kabut nak susun sana susun sini..jumpa orang bahagian minta peruntukan untuk aktiviti adhoc.... Karang jadi macam PRU lepas yang mana Ku Lan just hon kepada satu bilik gerakan.. BBukannya lama kalau singgah....tolonglah jangan buat sebegitu lagi untuk peraih-peraih undi....

Friday, June 3, 2011

Hari Kedua & Ketiga Bola Baling MSSM 2011

Salam.
Kawan terlepas hari kedua ntuk kejohanan bola baling MSSM 2011. Maka terpaksa digabungkan dengan hari ketiga.

Tahun ini kawan telah dipanggil untuk menjadi pengurus untuk pasukan perempuan bawah 18 tahun untuk negeri Pahang. Ini kali pertama kawan menyertai pasukan negeri selain dari Kejohanan Terbuka Perlis 2009 bawah 15 tahun.
So, bermula dari 24 Mei sehingga 30 Mei 2011, kawan berkampung di Jerantut untuk sesi latihan pusat di sana..
Rupanya banyak dugaan yang kawan hadapi. Ini adalah pertama kali kawan menjadi pengurus pasukan untuk bola baling. Kawan ini tidak pernah menjadi pengurus hatta untuk team sekolah sekalipun..
Pening kepala memandangkan kawan terpaksa berengkang mata setiap hari sehingga kadangkala jam 4 pagi hanya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan..

Cerita hari kedua dulu..
Hari kedua punya cerita dimulakan dengan fokus untuk mencari kemenangan kedua selepas semalam menewaskan Johor. Pahang akan bermain jam 9.40 pagi iaitu perlawanan ketiga untuk hari itu..
Hari ini pahang akan bertemu Selangor.. Selangor sebelum itu menewaskan pasukan Sabah. Maka sesiapa yang menang secara umumnya kan layak ke pusingan suku akhir.
Seperti biasa budak kawan memulakan hari dengan sesi regangan dan kata-kata semangat.
Perlawanan menentang Selangor dimulakan. Untuk separuh masa pertama. interset kurang menjadi. Banyak setup gagal dan percubaan dihalang oleh wall lawan. Malah lawan berjaya mendapatkan gol-gol mudah sehingga satu ketika Pahang ketinggalan 2-4.. time out diambil. Penekan tentang kelemahan lawan difokuskan sambil kelemahan wall Pahang dititikberatkan.. Maka selepas itu, baru Pahang fokus kembali dan akhirnya menamatkan separuh mas kedua dengan 9-6.
Pahang memulakan separuh kedua dengna bacaan analisa kedua team oleh jurulatih . di situ banyak berjumpa titik kelemahan dan coach memberikan arahan untuk mengatasinya.
Perlawanan diteruskan dan akhirnya pahang menang 18-11..
Tahniah Pahang..!!

Hari Ketiga..
Hari ini Pahang berjumpa Sabah tanpa ada perasaan gerun kerana Pahang sudah berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Nanum coach berpendapat, para player utama seharusnya memainkan peranan agar tidak tewas dan mencuba set pieces yang dibuat semasa latihan.
Akhirnya Pahang menang dengan mata 21-11.. Tahniah sekali lagi Pahang..;

esok Pahangakan berjumpa Trengganu di peringkat suku akhir. Perlawanan akan bermula jam 9.00 pagi...
ok...

Wednesday, June 1, 2011

Hari Pertama Kejohanan Bola Baling MSSM 2011

Salam.
Agak lama tak updated blog ini. Sekarang kawan tengah berada di negeri Perlis untuk bola baing.

berita akan diupdated bila ada masa ok...

bateri nak abis...