Monday, September 14, 2015

Hasil Kursus Pengiklanan Online : Amsas Homestay Jengka

Salam.

Selamat pagi semua. Semoga hari ini semua berasa selamat dan sihat walaupon pelbgai keadaan melanda negra kita. Ini terutamanya keadaan jerebu yang agak teruk sekarang.

Seperti post kawan yang lepas, kawan ada beritahu yang mana kawan ada pergi menimba ilmu baru berkaitan dunia online. Sejajr dengan hasrat kawan untuk mencari rezeki lebih dengan dunia online , maka kawan laburkan punca kewangan dengan harapan memperolehi satu lagi punca pendapatan baru.

Kursus apa yang kawan pergi?

Kawan telah pergi kursus untuk pemasaran online. Cerita ini bermula dengan usaha kawan untuk mempromosikan homestay kawan iaitu Amsas Homestay Jengka di Taman Jengka Mahkota, bandar Jengka.

Kawan membuat Amsas Homestay Jengka ini kerana rumah kawan di Taman Jengka Mahkota itu tidak kawan diami setelah 4 tahun membelinya. Asalnya memang nak duduk tetapi setelah mencuba selama 2 bulan, maka kawan dapati kurang efektif dari segi pengurusan masa dan kualiti bersama keluarga dan kerja. Oleh itu, kawan dan isteri putuskan membuat Amsas Homestay Jengka dari menyewakan kepada orang luar. Bukan apa, rumah kawna itu sudah lengkap sepenuhnya dengan segala kemudahan termasuklah kabinet dapur yang agak mahal. Terasa sayang pulak untuk sewakannya. Hasilnya, terbukalah Amsas Homestay Jengka.

Setelah memastikan Amsas Homestay Jengka berada dalam keadaan bersedia untuk menerima pelanggan termasuk memasukkan aircond dan penambahbaikan beberapa kerosakan kecil, maka tugas kawan untuk mencari pelanggan pula.Seperti biasa buat banner untuk diletakkan dihadapan Amsas Homestay Jengka. Siap.

Kedua. Pemasaran mulut ke mulut. Kawan cuba memberitahu sesiapa yang kawan kenal bahawa kawan mempunyai sebuah homestay iaitu Amsas Homestay Jengka. Manalah tahu boleh mendapat pelanggann dari segmen tesebut. Ternyata ia berjaya. Kawan mendapat tempahan untuk 4 hari 3 malam terus. Alhamdulillah. Rezeki yang baik.

Pada mulanya, pemintaan memang perlahan atau tiada langsung. Kawan pon membuat kajian kenapa terjadi sedemikian. Rupanya, terdapat 40 unit lebih homestay beroperasi di hanya sekitar Bandar Jengka. Belum lagi yang beroperasi di Jengka masing-masing. Patut pon,terlalu banyak rupanya. Kena cari kaedah lain.

Lalu, kawan menyuruh isteri kawan membuat page Fb khas untuk Amsas Homestay Jengka. Siap. Ini link nya. Kawan pon mempromosikan page itu. Tapi bila membuat carian di google, tiada langsung keluar di hasil carian. Entah muka surat berapa fb Amsas Homestay Jengka itu berada. Macam mane nak dapatkan pelanggan. Kawan tidak puas hati. Bila cari homstay kawan, homestay lain yang leuar. Itu adalah merugikan. Setelah berborak dengan beberapa orang kenalan online, mereka mencadangkan agar kawan mengikuti kursus SEO..

Kawan pon mencari apa itu SEO. Setelah membaca SEO, kawna dapati ia memerlukan kerja yang agak rumit, jangka masa lama dan komitmen berterusan. Memang ia percuma dari segi kos tapi membazir dari segi masa dan tumpuan kerja kepadanya. Pening kepala juga. Seorang kawan mencadangkan SEM pula.. Apa ke benda pulak..

SEM pon di cari. Pengiklanan berbayar rupanya. Kawan pon cubalah. Habis juga duit kawan tapi hasilnya tak seberapa. Tak berbaloi langsung. Kawan tidak puas hati. Terus mencari maklumat lagi berkenaan SEM. Cari punya cari. Terjumpa satu iklan untuk menghadiri kursus SEM ini.

Setelah membaca dan berbincang, maka kawan membayar untuk menghadiri kursus Pengiklanan Online pada 12 September 2015 di Kuala Lumpur.

Setelah seharian berkursus, maka inilah hasilnya.



Alhamdulillah. Terasa berbaloi bayar mahal unutk ilmu yang manafaat ini. Kos iklan yang sangat efektif. Terbaik. Harap perancangan kawan akan berjalan lancar juga ler.

Banyak ilmu baru juga yang kawan dapat selain iklan online ini. google maps dan pelbagai lagi.

Jadi, iklan sikit. Sesiapa nak web atau fb atau apa2 yang mahu diiklankan di online dan mendapat hasil carian dimuka hadapan bahagian atas seperti kawan... boleh hubungi kawan Amri (019,956,9631).

Saturday, September 12, 2015

Seminar Dunia Online...!

Salam.

Hari ini berada di Kuala Lumpur untuk mendapatkan ilmu berkaitan dunia online. Bagaimana orang yang berjaya menggunakan dunia online sebagai pemangkin untuk mendapatkan kejayaan lebih berkali ganda dengan masa yang lebih cepat.

Semoga pencerahan hari ini akan memberi manafaat kepada kawan dan seterusnya boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Amin

Tuesday, September 1, 2015

Motivasi pagi ini...

Mulai pagi ke tengahari..
Dari Tengahari singgah ke petang...
Dari Petang terus malam..
Dari Malam ke pagi semula...

Itulah sehari kita... tiada kurang tiada lebih.. hanya 24 jam sahaja..Gunakannya sebaik mungkin...