Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Saturday, August 29, 2015

BERSIH atau ANTI BERSIH >>>

Salam.

Sempena cuti tiga hari iaitu mulai Sabtu, Ahad dan Isnin, maka ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman atau pon merancang untuk bercuti di tempat yang diingini. Walaupon cuti raya korban tiggal 3 minggu sahaja lagi, ini tidak menghalang untuk orang ramai mernacang perjalanan. Mungkin faktor baru dapat gaji jadi penyebab kekuatan itu.? Tidak kisahlah apa sekalipon. Yang penting anda semua berasa gembira.

Sementara itu, takkala orang ramai merancang pergerakan, ada sekolompok manusia pula datang ke Kuala Lumpur untuk menyertai gagasan yang dinamakan BERSIH 4. Mereka yang datang dari sepelosok seluruh negara berkumpul di ibu kota selama 34 jam untuk meyatakan perasaan dan sokongan mereka terhadap gabungan NGO bersatu iaitu BERSIH yang dikatakan memperjuangkan untuk elak rasuah dn pelbagai lagi. Secara umumnya itu adalah sangat bagus untuk memperjuangkan hak itu. Mana-mana manusia waras sudh pasti akan bersetuju tema yang diperjuangkan itu. Adakah anda menyokong pengambil rasuah..? Sudah tentu tidak...

Tetapi corak pelaksanaan BERSIH 4 itu dibuat secara perhimpunan HARAM seperti yang diputuskan oleh Kementerian DALam Negeri. Pihak polis tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan setelah pemilik lokasi perhimpunan tidak meluluskannya. Mengikut syarat sebarang kelulusan perhimpunan adalah mesti mendapat kelulusan pemilik lokasi. Pihak DBKL tidak membenarkan perhimpunan itu dibuat di sekitar Dataran Merdeka memandangkan lokasi itu akan diadakan sambutan Hari Kebangsaan 2015. Sebarang persiapan dan raptai yang sedang berjalan dikuatiri terganggu akbiat dari perhimpunan itu. Maka pihak DBKL menawarkan lokasi lain iaitu di Stadium Titiwangsa atau membantu memohon menggunakan Stadium Merdeka atau Stadium NAsional yang mana tiada aktiviti lain berlangsung.

Mungkin merasakan lokasi kurang strategik dan merasakan perjuangan mereka tidak akan sampai ke sasaran, maka piha kBERSIH 4 tetap meneruskan acara perhimpunan di lokasi yang dirancangkan walaupon pihak polis menyistiharkan perhimpunan itu tidak sah. Xpe ler. Sama-sama kita saksikan kesudahannya.

Sementara di dunia media online sibuk menceritakan hal ehwal BERSIH 4, ada sekumpulan lagi menamakan golongan mereka iaitu Anti BERSIH. Golongan ini memperjuangakn hak mereka untuk memohon pihak kerajaan membatalkan perhimpunan BERSIH yang diadakan. Mereka merasakan perhimpunan haram itu mempunyai agenda tersembunyi disebalik isu yang diperjuangkan. Dengan menggunakan persepsi sekarang, BERSIH dikatakan menggunaka orang ramai untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada yang dipilih oleh rakyat pad pilihanraya umun yang lalu. Pelbagai isu dicanang termasuklah yang paling popular sekali isu RM2.6 bilion itu. Walaupon isu itu belum tentu kesudahannya, dendangan dlam media online begitu kuat sekali menyatakan DS NAjib bersalah. Pelbagai cara digunakan untuk membatalkan sebarang pendakwaan di atas pertuduhan itu. Isu penguguran TS Muhyddin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri antara punca timbulnya provokasi.

Siapa yang bersalah..? BERSIH atau Anti BERSIH..? Kita tunggu kesudahannya. Semoga ALLAH tunjukkan kepad kita semua pengakhiran cerita ini dengan baik.. amin.....

Thursday, August 27, 2015

Keadaan Masa kini : Postif atau Negatif?

Salam semua.

Dalam kesibukan bertugas, pagi ini dapatlah kawan menulis sedikit sebanyak berkaitan hal ehwal semasa. Kawan nak kata pandai tidak lah juga tetapi berbekalkan graduan Perakaunan dari sebuah universiti tempatan sedikit sebanyak membantu kawan memahami keadaan sekarang yang yang lebih pentingnya apa yang harus kawan hadapi dan rancang dengan sewajarnya.

Sekarang, semua sedia maklum bahawa keadaan ekonomi tidak menentu. Nak dikata tidak baik, asas ekonomi masih kukuh. Banyak lagi orang membeli belah seperti biasa. Malah pembelian barang-barang baru seperti rumah dan kereta masih berlalu walaupon tidak sehebat dahulu. Mungkn para pemburu harta sudah menilai kembali status masing-masing. Yang pasti semua menunggu..

Tapi nak kata baik, mudah cerita nilai Ringgit menurun. Terbaru semalam (rabu 26 Ogos 2015), RM dinilai RM4.29 untuk USD1.00 . Prah jugak ni. Rekod terburuk ringgit berbanding Dollar adalah RM4.78 iaitu sewaktu kegawatan ekonomi 1997/98 dahulu. Nasib baik tak terjun bermain FOREX. Kalau tidak, menangis tak berlagu ler... Bayangkan sebulan turun hampir 50 sen.. Adoiii... banyak tu... Tapi seperti biasa ler.. Setiap yang rugi, pasti ada orang untungnya. Siapa yang untung.. Ade ler orang tu yang tersenyum-senyum menanti hasil yang bakal dikaut...

Jadi, apa keadaan kita, Positif atau negatif? Kawan tidak terasa sangat. Kena jugak tempiasnya. tapi masih hidup seperti biasa. Ini kerana kawan sejak mula bekerja memang mengamalkan kewangan terancang. Setiap sen diambil tahu ke mana hala tuju. Dan ditambah pula sekarang mula mengamalkan kaedah Belanjawan. Jadi, memang ketat corak hidup. Takpe. Janji kawan selesa dengan apa kawan rancang. Cuma status kewangan luar yang jadi penentunya. BLR bank juga sedikit sebanyak menganggu perbelanjaan . Adakah kerajaan akan teruskan mengikut kaedah lama? menurunkan kadar faedah? atau mengikuti keadaan pasaran dunia..? Entah ler.

Saranan kawan kepada semua, perbanyakkan tunai anda ditangan. Mungkin cerita zaman 1997/98 dan 2008 berulang kembali. CASH is KING. Walaupon kawan menjangkakan keadaan mungkin tidak seteruk itu, pasti ada ruang dan peluang untuk kita manafaatkan nanti. Di Bandar Jengka, dah mula terasa impaknya seperti kawan perhatikan. Ingatkan mulai 2016 . Tapi dah mula terasa mulai awal 2015 ini. Jerantut masih tidak mengkaji lagi. Tapi bunga-bunganya sudah ternampak. Betul atau tidak, kena tengok secara terperinci.

Semoga semua bersdia menghadapi keadaan ini.

Saturday, June 15, 2013

Kursus di Kolej Komuniti Temerloh....Berbaloi beb!!!

Salam..

Bermula jam 8 pagi sehingga tepat 5 petang, kawan seharian berada di Kolej Komuniti Temerloh yang berhampiran JPJ Temerloh untuk menghadiri kursus Adobe Illustrator cs2 khusus membuat banting, banner dan signboard...

Agak2 korang ler berapa yuran yang dikenakan untuk kurus yang berbaloi ini???


Murah jer .. RM10 sahaja. Kursus paling murah setakat ni di Malaysia. Memang berbaloi untuk kawan menyertai kursus ni kerana ilmu yang disampaikan benar-benar hand-on. boleh diapplikasikan segera untuk membuka perniagaan serta merta.

Terdapat banyak lagi kursus bukan sahaja bidang IT tetapi pelbagai kursus yang relevan. Jika kursus yang anda mahu tiada dalam senarai yang ditawarkan, anda boleh berbincang untuk menganjurkannya.

Cara untuk menyertai kursus sebegini mudah sahaja. Anda boleh pergi ke laman web Kolej komuniti mana-mana berhampiran rumah anda. Selalunya setiap koleh ada fokus dia.. jika tiada di kolej itu, carilah kursus idaman anda di kolej berhampiran.

Selain dari ilmunya yang hand-on, banyak faedah boleh didapati. Boleh berkenalan dengan rakan baru dari serata daerah dan yang lebih penting, ilmunya boleh digunakan serta merta.

Kawan hari ini menyertai kursus Adobe illustrator cs2 ... Kawan tak tahu selama ini, ia boleh digunakan untuk buat banner. Kawan ingat photoshop jer... tapi sama juga..

ok. Selamat berilmu....

Wednesday, June 5, 2013

Jimatkah @ kedekutkah kita dalam bab makan!!!

Salam.

Hari ini kawn nak berkongsi cerita tentang perihal diri kita sendiri.. Maksud kongsi tu macam biasa ler kopi dan pastee ...dari forum c g ..

Berkenaan topik hari ini, selalu berkaitan dengan kelakuan kita seharian. Ia termasuklah dengan kawan sendiri yang berpaksi kewangan sepenuhnya. Maklumlah dari bidang itu. Harap kawan dan rakan pembaca boleh munasabah diri agar tidak tergolong dalam kategori itu.


Kali ini saya ingin berkongsi sifat-sifat manusia kedekut, bakhil, tangkai jering atau apa sahaja yang sesuai dengannya. Ini bukan bertujuan mengumpat mana-mana individu. .

Agar kita lebih kenal siapa kawan atau lawan. Dalam Islam sendiri ada dikhabarkan ciri-ciri orang munafik iaitu ada 3 ciri.Mengapa kita perlu bersifat kedekut yang keterlaluan?

Saya fokuskan di sini tentang sikap sebahagian manusia yang tidak mahu mengeluarkan duit sedikit pun dalam soal membayar makan. Situasinya bila kita keluar makan bersama-sama di kedai makan, kafe, kantin atau di mana sahaja tempat makan berbayar.


Terdapat orang yang tidak pernah mahu membayar untuk orang lain, kecuali untuk dirinya sahaja.Adalah difahami jika kita adalah murid sekolah, pelajar IPT atau yang belum ada gaji. ‘Go Dutch” atau tepuk amai-amai belalang kupu-kupu makan ramai-ramai bayar suku-suku”dapatlah diterima.

Kalau sudah bekerja, gaji pun ada, sampai bila nak minta orang belanja saja.Ciri-ciri orang kedekut nak belanja orang lain:

1.Sering makan di kantin sendirian.Tidak kisah jika tiada teman berbual.

2. Ambil makanan terus bayar supaya selamat dari membayar untuk orang lain. Kadang-kadang tauke suruh kita makan dulu baru bayar. Bagi si kedekut, cara ini mengundang risiko dia kena membayar untuk orang lain nanti.

3. Jika tak sempat bayar, makan cepat-cepat,segera minta diri dari rakan-rakan dan pergi bayar dahulu makanan sendiri tadi. Katalah ada hal atau nak pergi tandas.

4. Dalam keadaan sama-sama mengambil makanan, dan nanti mungkin duduk semeja bersama kawan-kawan, maka dia akan pilih makanan yang paling murah. Misalnya makan sepotong buah jambu sahaja, bagitahu kawan “sudah kenyang”. Sedangkan kawan-kawan makan nasi dan lauk pauk. Mesti kawan-kawan tak akan suruh dia bayar. Mereka tak sampai hati.

5. Dalam keadaan tak dapat ‘lari’ ketika makan bersama kawan-kawan, taktik lain akan dicari. Buat-buat balas SMS ketika tauke sedang mengira di meja makan. Atau bunyikan ringtone telefon bimbit dan bercakaplah sendirian seolah-olah sedang berbual dengan seseorang di telefon.Lebih baik lagi bila nampak tauke datang, bunyikan telefon segera dan pura-puralah bercakap jauh sedikit dari rakan-rakan. Takut orang dengar hal peribadi. Bila nampak kawan dah tolong bayarkan, bolehlah datang semula ke meja makan.

6. Dalam situasi di atas,boleh juga dicuba cara diamkan diri sahaja. Akan ada nanti kawan yang pemurah dan selalu jadi mangsa membayarkan. Ooh ya, makan dengan orang yang diketahui suka membayar juga merupakan satu tips untuk selamatkan wang sendiri!

7. Kadang-kadang ada lebih daripada seorang yang berebut nak membayar. Dalam situasi ini, si kedekut bolehlah berpura-pura mengeluarkan dompet dari poket belakang seluarnya. Tapi entah kenapa dompet itu macam terlekat pula; Mungkin tebal lalu tersangkut dan sukar ditarik. Dicuba juga ditarik-tarik namun hampir separuh sahaja keluar. Sedang mencuba-cuba itu, sudah ada kawan yang membayar. Alhamdulillah.... Dompet pun ditekan semula ke dalam poket. Sambil berkata.. ”laaa...., cepat sangat awak nak membayar, patutnya saya yang membayar kali ini..’

8. Situasi di atas boleh diubahsuai lagi. Kali ini dompet telah terkeluar. Dijenguk-jenguk, tak ada pula duit kecil. Semua RM100 dan RM50. Jangan tunjukkan sangat kepada orang sebelah, nanti dia nampak duit kecil sebenarnya ada.Kalau makan di kedai-kedai makan yang bersaiz kecil atau sederhana, tauke akan katakan tak ada wang tukar. Jangan bimbang, ada kawan yang akan tolong bayar dengan wang kecil nanti. Sekali lagi selamat.

9. Yang lebih ekstrim lagi (jangan tak percaya, Ini benar-benar berlaku!), jika dia makan di meja lain, belum bayar, makan pun dah tinggal separuh, maka dia akan pindah ke meja kita dengan pinggan dan gelas minumannya sekali. Lagaknya macam nak bersembang dengan kita. Tambahan pula dia nampak kita dah nak hampir ke fasa membayar. Dia pun tumpang semangkuk sambil mempraktikkan mana-mana taktik yang disebutkan tadi.

Peringatan kepada diri ini dan yang lain, janganlah amalkan sikap kedekut melampau. Terutama dalam soal asyik mengharapkan orang membayar. Tak pernah nak tolong bayar.

Tumpang makan mahu. Dalam soal berkawan dan bersosial, hal ini diperhatikan oleh kawan-kawan. Lagipun makanan yang kita makan akan menjadi darah daging, membina tubuh, hati, minda, jiwa seterusnya menjelmakan tabiat.Jadi biar dia berkat. Tidak hairanlah si kedekut ini sering ditinggalkan sendirian di tempat duduknya bila tiba waktu minum atau makan.

Kadang-kadang kawan-kawan akan keluar secara senyap-senyap sahaja.Adakah si kedekut akan dapat membeli kereta baru, rumah baru atau melancong dengan sikapnya yang enggan membayar atau membelanja orang lain itu? Mungkin juga, jika sikapnya itu dapat diamalkan dalam tempoh yang lama.

Jika kita bersedekah dengan ikhlas, Allah akan membalas dengan yang lebih baik lagi. Rezeki dan harta akan berganda. Sedekah juga menjadi bekal amalan untuk kita di alam barzah.Bukan bermaksud bila kita mengeluarkan wang untuk belanja rakan makan, itu membazir.

Kita pun tahu giliran kita. Jangan biarkan rakan pemurah menjadi perumah (mangsa). Kita sama-sama ada gaji. Sesetengahnya pula sudah mencecah 5 ribu ditambah elaun lagi hampir 7 ribu. Itu tak kira bisnes sampingan lagi. Nak kedekut apa lagi? Ya Allah jauhkanlah kami dari sifat riya’ dan sifat kedekut. Amiinnn...



Kawan dulu agak sama dengan teknik2 di atas bila tiba bab makan. Tetapi sejak berjumpa dengn orang berjaya (kayo ler), antara nasihat yang selalu diberikan adalah jangan kedekut mengeluarkan duit ke arah kebaikan. Derma, belanja kawan-kawan. Patutlah kawan tengok lagi kaya lagi tak lokek belanja.

Sejak itu, kawan semakin ke arah situ. Bukan harapkan balasan baik , sesungguhnya seperti kita selalu dengar, BUAT BAIK DIBALAS BAIK. Takpe ler . itu rezeki kita. amin

Friday, May 31, 2013

10 Tips Untuk Anda Berjaya Dalam Bidang Internet

Salam.

Hari ini kawan nak berkongsikan tip2 cara mencapai impian. Idea in kawan jumpa sewaktu blogwalking. Lama dah simpan. Benda baik. Mari kita kongsikan agar impian yang selalu ada dapat direalisasikan secepat mungkin...

Ada 10 tip yang diberikan. Tips ini sebenarnya fokus untuk berjaya dala mbidang internet tetapi kawan rasa ia tertakluk kepada semua bidang.. Cuma kasi ejas ler....

Antara 10 tips itu ....

1.Menulis Impian anda :
Sebaik-baiknya ulangi menulis impian anda dan jika nak lagi best boleh tulis pada whiteboard supaya anda jadikan sebagai rujukan walaupun anda baru bangun dari tidur.

2.Jelas dengan impian yang dirancang :
Mengetahui faedah-faedah yang akan anda perolehi sekiranya anda berjaya kecapi impian anda.

3.Perniagaan internet yang ingin dijalankan :
Buat permulaan,Tetapkan bidang/industri yang ingin diceburi, contohnya dalam bidang kesihatan, pelajaran, atau hiburan dan sebagainya.

4.Research:
Mulakan mencari info berkenaan minat dan tumpuan orang ramai dalam industri yang kita pilih.

5.Produk dan Perkhidmatan :
Ambil berat pada dua perkara ini ketika anda research info

6.Niche market:
Beri focus pada skop yang lebih kecil dalam bidang yang dipilih pada (tip no.3)

7.Minat dan pengalaman :
Satu kelebihan sekiranya anda berlatar belakangkan dari industri yang anda pilih.

8.Supplier :
Hubungi syarikat yang dapat menyediakan produk ataupun perkhidmatan dalam industri yang anda ingin ceburi.

9.Media social :
Jadikan laman social yang wujud sebagai medium untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda, kebiasaannya tidak dikenakan cas untuk pendaftaran.

10.Pengiklanan :
Kenalkan prospek dengan Mulakan pemasaran pada pengunjung internet dengan memasarkan produk atau perkhidmatan dengan cara pengiklanan.


Tip-tip yang dikongsi adalah asas perniagaan di internet dan boleh dijadikan sebagai titik permulaan untuk anda capai impian dalam bidang internet dengan memulakannya pada hari ini juga - Teruskan melakukannya, untuk mengekalkan momentum untuk mencapai impian anda yang akan terhasil tidak lama lagi dalam bidang internet.

Itu adalah 10 tip yang dikongsi terutamanya untuk berjaya dalam bidang internet. Kawan melihat ia sebenarnya kunci utama untuk berjaya dalam apa jua bidang. Yang penting, kita sendiri dalam menghadapinya.

Sebenarnya tidak kira anda atau sesiapa sahaja, kejayaan sudah didepan mata. Terpulang kepada anda untuk mengambilnya..

Selamat Berjaya....Mulakan langkah anda pada saat ini....



Sunday, May 5, 2013

Ini kalilah atau Lain kalilah... Mari tengok kata Pendeta...

Salam.

Posting kali ini kawan akan bercerita tentang ramalan keputusan PRU ke-13 ini. Kawan akan mulakan dengan bercerita tentang ramalan kebanyakan pihak yang kawan baca di internet..\

Ramalan UMcemedel.

PR 114 , BN 106 , bebas 3


Ramalan Kajian sainstifik

BN 145 , PR 77

Ramalan Merdeka centre

BN 110, PR 112

Ramalan Tun Daim Zainuddin

BN 126, PR 96

Ramalan A Kadir JAsin

BN 130 , PR 92

Kajian Kor Risik ATM

PR 117 , BN 105



Kawan minta maaf berbanyak kalau info yang diberi ini tidak sama dengan info sebenar . Maklumlah 1 pagi. Mata semakin mengantuk...


Jika anda melihat pelbagai ramalan itu, maka keputusannya masih kabur siapakah akan memerintah negera pada 6 Mei ini.... Adakah BN mengekalkan kerajaan atau PR buat pertama kalinya memerintah negara....

Bagi kawan, sesiapa pon memerintah, kawan mengharapkan agar keadaan sentiasa aman damai. Kawan juga mengharapkan agar kessemua janji-janji boleh ditetapi. bukan sekadar retorik sahaja....


Ramalan kawan pula,


Peringkat Dewan Parlimen... BN 170 , PR 52

Peringkat DUN Pahang .......BN 30, PR 19

Parimen Jerantut............BN menang majoriti 2300 lebih

DUN Pulau Tawar.............BN memang majoriti 2000 maksima

DUN Tahan...................BN menang majoriti 2500 lebih

DUN Damak...................BN menang majorit 300 lebih


...tambahan satu lagi

Parlimen Kuala Krau.........BN memang majorit 5,000 lebih

DUN Jengka..................PAS menang majoriti 1,000 lebih



Semua itu hanyalah ramalan kawan, berdasarkan ramalan orang yang jitu, melihat keadaan sekeling dan bertanya kepada masyarakat setempat....

Apapon, anda semua penentu ramalan siapa menjadi kenyataan..

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Aiduladha...

Salam..

Lama betul kawan tak menulis... xpe ler.. Sempena hari istimewa ni, kawan laratkan diri dan minda menulis di blog ni....

SELAMAT HARI RAYA AIDULADHA...... Kepada sesiapa yang membaca dan menyambutnya...

sekarang masih dalam mood belajar... kelas x habis lagi....

Nanti dah konvo kawan cerita... ok...

Thursday, September 13, 2012

Ucapan Penuh Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025

Salam..

Kawan sebagai orang yang terlibat secar langsung proses pelaksanaan pendidikan negara mengambil berat tentang pelan awal ini...

Kawan sebolehnya akan detail berkenaan beberapa perkara yang kawan rasa boleh diperhalusi lagi.

Xpe.. Secara perlahan-lahan..


KEMAJUAN DAN KEJAYAAN

Sistem pendidikan di Malaysia telah menempa banyak kemajuan sepanjang lebih lima dekad yang lalu. Hasil daripada Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan 1996, sehinggalah yang terakhir Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), sistem pendidikan kita telah mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan.

Enrolmen murid pada peringkat pendidikan rendah, termasuk di sekolah swasta, telah mencapai tahap hampir sejagat, iaitu 96 peratus (%) berbanding hanya 40% pada tahun 1950. Kadar enrolmen pada peringkat menengah rendah pula telah mencapai 91%, dan menengah atas 82%. Peningkatan yang signifikan dalam enrolmen disusuli oleh peningkatan dalam pencapaian murid. Kadar literasi remaja telah meningkat daripada 88% pada tahun 1990 kepada kadar hampir sejagat sebanyak 99% masa kini. Kadar literasi dewasa juga telah meningkat secara mendadak, iaitu daripada 52% semasa negara mencapai kemerdekaan kepada 93% pada tahun 2010. Kesemua pencapaian ini amat membanggakan kita.

Kerajaan juga telah memperuntukkan secara tekal sebanyak 16% daripada bajet negara setiap tahun untuk Kementerian Pelajaran. Pelaburan yang besar telah dibuat dalam latihan guru, emolumen dan pembinaan infrastruktur serta kemudahan asas pendidikan yang telah berhasil meningkatkan penyertaan murid pada peringkat pendidikan rendah dan menengah, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman. Hasilnya, jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar telah berkurangan. Dalam peperiksaan UPSR, jurang pencapaian murid bandar dan luar bandar telah berkurangan daripada 8% pada tahun 2005 kepada 4% pada tahun 2011.

Mutakhir ini, berkat usaha gigih warga pendidik dan kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi sektor pendidikan, enrolmen murid prasekolah juga telah berjaya ditingkatkan daripada 67% pada tahun 2009 kepada 77% pada tahun 2011. Penguasaan Literasi dan Numerasi murid juga telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Berdasarkan keputusan ujian LINUS 2011, kadar literasi murid kohort Tahun1 telah meningkat daripada 87% pada tahun 2010, kepada 95% apabila mereka berada di Tahun 2 pada tahun 2011. Begitu juga dengan kadar numerasi murid kohort yang sama telah meningkat daripada 87% pada tahun 2010 kepada 97% pada tahun 2011.

Semua kejayaan ini adalah hasil komitmen dan usaha gigih para guru, ibu bapa, anggota masyarakat dan kerajaan untuk meningkatkan pencapaian murid di negara kita. Namun, di sebalik lakaran kejayaan ini, masih banyak lagi yang perlu kita capai. Ketika sistem pendidikan kita menempa beberapa kemajuan penting sepanjang lebih lima dekad yang lalu, sistem pendidikan di negara-negara lain juga telah bergerak pantas dalam perlumbaan untuk menjadi sistem yang terbaik di dunia.

Dalam persaingan global yang semakin sengit ini, negara kita perlu bergerak lebih pantas ke hadapan. Walau bagaimanapun, pentaksiran pada peringkat antarabangsa menunjukkan pencapaian murid kita dalam beberapa bidang penting seperti Bacaan, Matematik dan Sains masih rendah berbanding murid di negara-negara maju. Misalnya, daripada 74 buah negara yang mengambil bahagian dalam ujian Programme for International Student Assessment atau PISA 2009, murid Malaysia berada di tempat sepertiga terbawah bagi Bacaan, Matematik dan Sains.

Hal ini perlu diatasi segera sekiranya negara kita ingin mengorak langkah lebih pantas dalam perlumbaan menuju negara maju. Tidak ada jalan pintas untuk kita melakukannya. Tidak ada tongkat ajaib yang boleh menjelmakan hasil yang terbaik dalam sekelip mata. Sebaliknya, kita perlu akur dengan realiti semasa, jujur melakukan pembetulan dan mengambil langkah berani untuk melonjakkan prestasi pendidikan negara.

PENYEDIAAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, 2013-2025

BERTITIK tolak daripada kesedaran ini, Kementerian Pelajaran telah memulakan usaha mengkaji semula sistem pendidikan negara pada bulan Oktober 2011. Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara telah dibentuk untuk mengumpul pandangan masyarakat umum mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Menerusi satu siri jelajah dialog pendidikan yang diadakan di seluruh negara, sebanyak 7,039 syor telah diterima daripada hampir 12,000 orang peserta yang mengambil bahagian. Kementerian juga telah menerima 156 memorandum daripada pelbagai pertubuhan dan individu. Selain itu, pandangan daripada Panel Penilai Bebas Malaysia dan Antarabangsa telah diperolehi dalam menyediakan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Kementerian juga telah mendapatkan input daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh UNESCO, OECD, Bank Dunia dan Institusi-Institusi Pendidikan Tinggi Awam tempatan.

Hari ini, ketika kita masih lagi dalam semangat sambutan ulang tahun kemerderkaan negara yang ke-55, tercatat satu lagi peristiwa penting dalam lembaran sejarah negara kita. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan yang akan memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Pelan ini tidak ubah seperti satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan pengharapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara.

MATLAMAT DAN PENDEKATAN

KEMENTERIAN Pelajaran akan mengorak langkah dalam menghasilkan suatu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Di samping itu, pada peringkat murid-murid pula, pelan ini menyasarkan 6 ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional.

Dalam merangka Pelan ini, 9 bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi. Sembilan perkara tersebut ialah:

* Pertama, memartabatkan profesion keguruan;

* Kedua, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah;

* Ketiga, meningkatkan kualiti sekolah;

* Keempat, memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran;

* Kelima, meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa;

* Keenam, mengukuhkan pelibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan;

* Ketujuh, meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja;

* Kelapan, memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber; dan

* Kesembilan, membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.

Daripada keseluruhan 9 bidang keutamaan ini, Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan, manakala anjakan yang lain merupakan perubahan operasi yang telah dan sedang dilaksanakan. Sama ada perubahan bersifat strategi atau operasi, semuanya menggambarkan perubahan amalan semasa.

11 ANJAKAN

ANJAKAN PERTAMA (1) ialah Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa. Hakikatnya, hari ini, murid dikatakan telah berjaya menguasai ilmu apabila mereka berupaya menganalisa maklumat, berfikir secara kritis, mengaplikasi ilmu secara kreatif dan berkomunikasi dengan berkesan. Inilah ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi yang telah pun dimiliki oleh murid di negara-negara maju.

Sehubungan dengan itu, Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian juga akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal selagi sekolah boleh menyampaikan hasil pembelajaran dan kandungan yang digariskan dalam kurikulum.

Seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu ini, kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana. Ini termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang, dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun berbanding enam tahun.

Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan akan dirombak untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu. Sebagai contoh menjelang tahun 2016, peperiksaan UPSR akan mengandungi 80 peratus soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.

Selain itu, tempoh pendidikan wajib juga akan dilanjutkan daripada 6 tahun sekarang kepada 11 tahun, dengan disokong oleh pelbagai inisiatif untuk mengekalkan murid dalam sistem pendidikan, termasuk memperluaskan laluan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional.

Untuk menjamin akses pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada semua murid, kerajaan akan meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus. Murid Orang Asli dan kumpulan minoriti, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran, akan menerima bantuan tambahan supaya mereka juga menikmati peluang yang sama seperti murid lain.

Dari segi penguasaan bahasa, Kementerian akan melaksanakan AJAKAN YANG KEDUA (2), iaitu memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini, Kementerian akan memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris. Kementerian juga akan meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 orang guru bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun.

Guru yang tidak mencapai standard yang ditetapkan akan mengikuti latihan intensif untuk meningkatkan kemahiran. Di samping itu, murid akan diberi pendedahan yang lebih meluas terhadap bahasa Inggeris dengan memperkenalkan modul Sastera Inggeris yang akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah.

Bagi memantapkan penguasaan bahasa Malaysia di semua jenis sekolah, kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi sekolah jenis kebangsaan. Dengan pelaksanaan kurikulum standard ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsan akan dimansuhkan mulai tahun 2017. Selain itu, Kementerian juga akan menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, bahasa Tamil atau bahasa Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.

Seterusnya, Kementerian akan melaksanakan ANJAKAN yang ketiga (3), iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar hari ini, anak-anak kita perlu memiliki nilai-nilai murni sejagat yang selaras dengan tuntutan moral, etika dan agama. Pada masa yang sama, sebagai warganegara, anak-anak kita juga perlu sentiasa dipupuk dengan semangat patriotisme untuk membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu.

Untuk itu, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini, kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang tahun 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role play), simulasi, perbincangan, dan tugasan dalam kumpulan kecil. Selanjutnya, Kurikulum Pendidikan Islam akan melibatkan tumpuan terhadap pemahaman nilai teras dan falsafah Islam serta agama-agama yang lain.

Bagi murid bukan Islam pula, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan murid Islam dan bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar. Program-program yang sedia ada seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan program 1Murid 1Sukan 1Kelab dan 1Badan Berunifom juga akan diteruskan.

Segala langkah yang akan diambil ini tidak akan berhasil tanpa sokongan dan dokongan guru-guru yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, kementerian akan melakukan ANJAKAN YANG KEEMPAT (4), iaitu meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Anjakan ini adalah selari dengan pandangan sebahagian besar peserta Dialog Nasional Pendidikan Negara yang mahukan kualiti guru diberikan keutamaan.

Untuk itu, kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan menyasarkan hanya 30% teratas daripada kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion keguruan. Selain itu, bagi guru-guru yang sudah berada dalam sistem, kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya berterusan guru-guru dengan melaksanakan program pembangunan kerjaya secara in-situ di sekolah.

Untuk menyokong peningkatan prestasi guru, kementerian akan menyediakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi. Dalam hal ini, guru berprestasi tinggi akan berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada gred DG41 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun yang merupakan purata tempoh kenaikan pangkat secara time-based yang baru.

Selain itu, kementerian akan memastikan guru memberikan tumpuan kepada fungsi teras pengajaran dengan mengurangkan beban pentadbiran; memperluaskan laluan kerjaya guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus; dan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu skim pensijilan yang dikaitkan dengan penguasaan kecekapan guru.

Seterusnya, ANJAKAN YANG KELIMA (5) ialah memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah. Untuk itu, kKementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi, serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai tahun 2013. Selain itu, kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah.

Kementerian juga akan menyediakan sokongan yang secukupnya kepada pengetua dan guru besar untuk membantu mereka meningkatkan prestasi sekolah. Untuk itu, Kementerian akan melakukan ANJAKAN YANG KEENAM (6), iaitu mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches atau SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Partners atau SiPartners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Para jurulatih ini bertanggungjawab memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi rendah, iaitu sekolah yang berada dalam band 5, 6 dan 7. Satu projek rintis akan dilaksanakan di negeri Sabah dan Kedah mulai Januari 2013, manakala pelaksanaan seluruh negara akan bermula Januari 2014.

Selain itu, untuk meningkatkan autonomi sekolah, kementerian akan membenarkan fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster, Sekolah Amanah dan sekolah-sekolah yang menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara. Dari semasa ke semasa, lebih banyak sekolah akan diberikan hak membuat keputusan dan akauntabiliti berdasarkan prestasi yang ditunjukkan.

Dalam dunia yang pantas berkembang hari ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran. Untuk itu, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KETUJUH (7), iaitu memanfaatkan (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui pelaksanaan 1BestariNet bagi kesemua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung tahun 2013. Dalam masa yang terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara interaktif.

Seterusnya, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KELAPAN (8), iaitu mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran. Struktur organisasi kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih. Lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD, iaitu agensi utama dalam rantaian penyampaian pendidikan. Dalam konteks ini, PPD bukan lagi semata-mata berperanan sebagai saluran penghubung antara kementerian dan sekolah, tetapi sebagai agensi penting yang terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah. Kementerian akan mengekalkan fungsinya dalam perancangan makro dan penggubalan dasar, manakala JPN akan memberikan tumpuan kepada penyelarasan dan penyampaian segala perancangan, serta menjadi penghubung yang penting antara penggubal dasar dan pelaksana di peringkat bawah.

Menyedari hakikat bahawa proses pembelajaran tidak hanya berlaku di sekolah, tetapi turut merangkumi aktiviti-aktiviti di luar sekolah yang melibatkan penyertaan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KESEMBILAN (9), iaitu memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta. Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), untuk membolehkan ibu bapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian. Perhatian khusus akan diberikan kepada usaha membantu ibu bapa luar bandar dan miskin bandar meningkatkan prestasi anak masing-masing.

Selain itu, pihak kementerian akan mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai tahun 2016. Untuk menggalakkan pelibatan sektor swasta dan komuniti, kementerian akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang tahun 2025 dengan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan yang berpotensi sebagai penganjur.

Saban tahun, sekitar 16% daripada bajet negara diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran, dan jumlah ini merupakan yang terbesar antara semua kementerian. Bajet pendidikan di Malaysia, sebagai sebahagian daripada KDNK juga merupakan satu daripada yang tertinggi di dunia.

Untuk itu, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KESEPULUH (10), iaitu memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, seiring dengan anjakan pengurusan kewangan negara ke arah Bajet Berasaskan Keberhasilan (Outcome-Based Budgeting). Kementerian juga akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberikan keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.

ANJAKAN YANG KESEBELAS (11), iaitu yang terakhir, ialah meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. Sepanjang pelaksanaan Pelan ini, semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian. Laporan Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan ini akan diterbitkan untuk tatapan umum mulai tahun 2013. Kementerian juga akan melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan pelan ini sesuai dengan sifat dinamis dan perkembangan semasa sektor pendidikan.

Pelan Pembangunan Pendidikan ini adalah satu dokumen komprehensif yang bukan sahaja mengenal pasti bidang-bidang keutamaan dan meletakkan sasaran-sasaran yang hendak dicapai, malah turut menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas, dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.

Misalnya, rakyat boleh menjangkakan dalam Gelombang Pertama pelaksanaan, iaitu dari tahun 2013 hingga 2015, akan berlaku peningkatan dalam kemahiran guru, kualiti pengajaran, keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah, dan mutu kepimpinan sekolah.

Dalam Gelombang Kedua pula, iaitu dari tahun 2016 hingga 2020, akan berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerjaya baharu; bahagian-bahagian di Kementerian distruktur semula untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang Pertama; dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula untuk memastikan ia sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia hari ini.

Manakala dalam Gelombang Ketiga, iaitu dari tahun 2021 hingga 2025, semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Kementerian akan memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan keluwesan operasi dan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah, serta membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran.

Keseluruhan anjakan ini akan memberikan impak yang besar kepada peningkatan kualiti pendidikan negara. Sekiranya kesemua 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang kita akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara, iaitu daripada pendidikan yang berfokuskan akses kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti.

Untuk itu, sepanjang tempoh pelaksanaan, pegawai-pegawai di Kementerian, khususnya kumpulan pengurusan tertinggi, mempunyai KPI masing-masing yang dikaitkan dengan pencapaian setiap sasaran yang ditetapkan. KPI ini akan disebarkan ke peringkat bawah, dari Kementerian hingga ke sekolah, untuk memastikan matlamat yang hendak dicapai adalah tekal dan selari.

Selain itu, Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampkian Pendidikan (Education Delivery Unit) untuk memacu pelaksanaan Pelan ini. Unit ini akan bertanggungjawab memantau kemajuan, menyelesaikan isu pelaksanaan, menguruskan komunikasi dengan pihak berkepentingan dan mengumpul maklumbalas secara berterusan. Pegawai yang ditempatkan di unit ini akan terdiri daripada mereka yang berbakat besar dan berpengalaman luas dalam mengurus transformasi, baik dalam sektor awam mahupun sektor swasta.

Dalam konteks ini, Pelan ini agak berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu. Di samping menghuraikan hasrat dan sasaran yang hendak dicapai, Pelan ini lengkap dengan kaedah pelaksanaan, dan strategi penyampaian yang jelas.Kementerian dimaklumkan oleh Panel Penilai Bebas Antarabangsa bahawa kajian semula sistem pendidikan kita telah dilakukan dengan amat teliti, dan kualiti analisanya menepati standard antarabangsa.

Inilah julung-julung kali dalam sejarah negara kita, satu pelan pembangunan pendidikan untuk rakyat disediakan hasil rundingan awam secara telus dan terbuka. Sukacita saya maklumkan di sini bahawa sehingga kini, lebih 90 peratus pandangan yang dikemukakan oleh orang ramai menerusi siri jelajah Dialog Nasional Pendidikan Negara telah diambilkira dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan yang saya bentangkan pada hari ini.

Selepas ini, kementerian akan mengadakan Hari Terbuka untuk membolehkan masyarakat umum meneliti kandungan Pelan ini, mendapatkan penjelasan dan mengemukakan maklum balas lanjut kepada kerajaan. Saya percaya, apabila pelan ini dibentangkan kepada Kabinet kelak dan dimuktamadkan pada bulan Disember nanti, apa yang terhasil adalah satu pelan pendidikan yang sarat dengan cita-cita dan harapan rakyat. Inilah tanda kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menzahirkan matlamat Dasar Transformasi Nasional yang berasaskan jangkaan dan pengharapan rakyat.

Friday, June 22, 2012

Beza mengisi minyak pada waktu pagi dan petang..

Salam..
Sehingga post ni, kawan masih tidak sihat sejak balik dari kursus bola baling aritu.. So, ia dijadikan alasan untuk tiada idea apa-apa berita...

Hari ini semasa ronda2 di forum kawan, kawan ada terjumpa satu perkara yang selalu menjadi bualan iaitu isi minyak.. Seperti tajuknya, pelbagai tips diberikan...


Tapi kawan ada membaca post dari geng forum berkenaan fakta sebenar....


ok, disebabkan ada banyak pendapat tentang ni, saya cuba terangkan secara lebih terperinci.

langkah pertama: sebelum mengisi minyak, kita akan ke kaunter dan buat pembayaran. bangla yang jaga kaunter akan tekan number di touchscreen sesuai dengan jumlah harga yang kita mahu. contoh: RM 50, pam 3.

langkah kedua: kita ke pam, angkat nozzle, masuk dalam tank, picit, lock dan tinggal. pastu lepak-lepak jap, nozzle berhenti, kita simpan balik ke tempat nya, tutup tank, balik.

apa yang terjadi: sukatan pengisian minyak di malaysia pada stesen minyak moden menggunakan sistem komputer untuk detect minyak yang keluar dari nozzle. sensor isipadu terletak pada nozzle, bukan pada mesin atau komputer bangla tersebut. jadi, nozzle akan menyukat jumlah isipadu yang keluar dan berhenti setelah isipadu tersebut dicapai. nozzle hanya dapat mengesan isipadu minyak, sama ada ron95, ron97 atau diesel. nozzle sama sekali tidak menyukat gas, sama ada gas dari dalam tangki kereta ke udara bebas, atau gas dari dalam tangki stesen minyak ke dalam tangki kereta.

mitos yang jadi kepercayaan karut:
1. gas dalam tangki kereta menolak minyak yang akan masuk ke tangki, maka telah menyebabkan minyak masuk sikit.
kenyataan: gas tidak akan dapat menolak minyak. sebab nya minyak cecair, gas adalah gas. daya tujah cecair adalah lebih besar daripada daya tujah gas. maka tidak benar mengatakan gas dalam tangki dapat tolak minyak yang akan masuk ke tangki. minyak tetap masuk seperti biasa, dan setelah isipadu nya mencapai sukatan, minyak akan berhenti.

2. siang hari minyak masuk sikit. malam hari minyak masuk banyak.
kenyataan: jumlah minyak yang masuk ke tangki kereta adalah sama, tak kira siang, malam, petang, subuh atau senja. nozzle tetap menyukat minyak mengikut sukatan yang betul. kalau pun gas yang melalui nozzle, tidak akan disukat oleh sensor nozzle. sebab nya sensor hanya mengesan cecair, bukan gas. apa yang patut kita tahu, sangat jarang gas melalui nozzle kerana minyak disedut direct dari tangki bawah tanah. maka, saluran penyedut hanya menyedut minyak dan bukan nya gas. (akan saya explain dalam bentuk gambar rajah pada post berikutnya)

apa yang dapat kita lakukan untuk memaksimumkan jumlah minyak yang masuk ke tangki sewaktu mengisi minyak?
amalkan pengisian minyak dalam jumlah liter, bukan nya ringgit.
contoh: pengi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. pastu bayar RM 38. ini lebih baik daripada isi RM 30, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga dua tempat perpuluhan sahaja. maknya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM 30. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi RM 30, stesen minyak dah untung 9.4737 liter. itu kalau 1000 orang, kalau sepuluh hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas untuk pengisian RM 30 sahaja. bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini. sebab itu stesen minyak selalu buat program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM 30. mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai ringgit, bukan mengikut nilai liter.

kesimpulan: isi minyak malam ke, siang ke, tidak mempengaruhi jumlah minyak yang masuk ke tangki. nozzle tetap memasukkan minyak mengikut sukatan yang betul. minyak yang meruap menjadi gas tidak dihitung oleh nozzle. cuma, amalkan sentiasa mengisi minyak menggunakan sukatan liter.
semoga bermanafaat. assalamualaikum.

*penulis bertugas sebagai jurutera petronas dalam bidang calibration technical untuk wilayah tengah dan memantau semua pump station petronas di lembah klang.


Entah ler nak percaya ker tak nak.. Tapi kawan ni jenis percaya kepada fakta. Memandangkan penulis post berkenaan bukan calang-calang orang... so kawan akan cuba ikuti nasihat beliau... Mudah sikit sebab selalu kawan guna kredit kad beli minyak...

Kawan juga ada terbaca berkenaan perbezaan kualiti minyak di antara stesen2 minyak.. Sebab ada testimoni yang dibuat secara amali.. Mane eh.. kalau jumpa, kawan post....

Wednesday, May 30, 2012

Ekzos Kereta Bising.. Apa maknanya kepada Orang Melayu??

Salmm.. kawan baru melayari fsebuah forum, tetiba terjumpa persoalan yangagak menarik untuk dibincangkan...

Mari kita baca sama-sama...


Kenapa Ekzos Kereta Orang MELAYU Bising?


Oleh: Ahmad Henry
3.29 pm. Burger King, Medan Gopeng

Ada banyak cara untuk melihat sikap seseorang individu. Namun, untuk melihat ciri-ciri kelompok, ia tidak semudah menilai individu. Individu yang suka mencarut misalnya, kita boleh mentafsirkannya sebagai orang yang suka memikirkan pada benda yang dicarutnya. Itu tidak sukar. Yang sukarnya ialah, untuk mentafsirkan kelompok mana yang suka mencarut. Kelompok di sini merujuk kepada bangsa, atau latar belakang, umur, dan sebagainya.

Di sini saya ingin bercerita tentang kelompok yakni bangsa Melayu. Saya cuba mengaitkan bangsa Melayu ini dengan kemiskinan, kemudahan berhutang, sikap suka menunjuk-nunjuk, dan mengapa kereta atau motor orang Melayu paling banyak bising berbanding kaum-kaum lain.


Ekzos Bising

Kalau anda jujur, tanya pada diri anda, kenderaaan milik bangsa mana paling banyak menggunakan ekzos berbunyi bising. Tentu anda akan kata, bangsa Melayu. Ini bukanlah kerana bangsa Melayu paling ramai di Malaysia. Kalau dihitung menggunakan nisbah dengan kaum lain, bangsa Melayu menepati statistik paling ramai menggunakan ekzos bising.


Soalnya di sini, mengapa?

Orang Melayu Kebanyakannya Belum Mampu

Jawapan yang saya dapat ialah, orang Melayu sebenarnya masih belum mampu untuk berkereta. Mampu yang saya maksudkan di sini bukannya mampu membeli secara tunai kerana orang Cina pun beli kereta secara hutang. Untuk lebih adil, biar saya istilahkan mampu di sini dengan makna, mampu membayar hutang bulanan mengikut jumlah pendapatan bulanan.


Rata-rata pemuda Melayu yang bergaji serendah RM800 sebulan hari ini sudah mula membeli kereta dengan bayaran setinggi RM300 sebulan. Maknanya, lebih suku gajinya dibayar untuk kereta. Bagi melayu kelompok ini, saya kelaskan sebagai kurang mampu. Ini kerana, dengan baki pendapatan sebanyak itu, ambil kira kos-kos hidup yang semakin meningkat, tidak mungkin kehidupan yang selesa dapat dinikmati.


Tak Mampu, Tapi Tonjolkan Kemampuan

Naluri manusia suka kepada menonjolkan diri. Yang tak kuat suka tunjuk kuat. Yang tak lawa, mekap sampai lawa. Yang tak pandai bercakap, sibuk mencelah walaupun merapu. Begitu juga halnya dengan kereta. Kereta yang kecil mahu dilihat besar. Kereta yang murah mahu dilihat mahal. Kalau boleh, biarlah orang tahu dia ada kereta, walaupun pendapatan bulanan ciput.

Cuba tuan-tuan dengan hati yang jujur lihat di jalan-jalan raya. Ada tak kereta-kereta mewah atau separa mewah seperti BMW, Mercedes, Audi, Ferrari, Hoda Civic Type R, Lancer, dan yang seumpamanya berekzos bising. Kereta mewah hampir tiada yang bising. Separa mewah, ada bising, ada yang tidak. Kalau ada pun, sangat kurang.

Nyata yang banyak berekzos bising ialah kereta-kereta berharga murah, terpakai, dan pemilik kedua. Antara yang paling banyak saya lihat berekzos bising ialah Wira, Satria, Kancil, dan beberapa kereta import terpakai yang rata-ratanya hutang bulanan untuk kereta ini ialah sekitar RM300. Kereta-kereta seumpama ini majoritinya ialah milik orang-orang Melayu, dan sedikit India. Bagi kaum Cina yang memiliki kereta jenis ini, hampir tidak ada yang mengubah suai ekzos menjadi bising.

Jadi, berekzos bising di sini ada kena mengena dengan masalah hati iaitu suka menunjuk-nunjuk dengan apa yang ada. Bagi orang yang waras berfikir, kereta ialah keperluan. Tapi bagi orang yang malas berfikir, kereta ialah untuk menunjukkan dia mampu.


Kenapa Saya Tulis Benda Ni?

Ketika saya menulis artikel tak seberapa ni, saya berada di Burger King Medan Gopeng, betul-betul di tepi jalan menghala ke Simpang Pulai. Saya di sini untuk mengupdate kedai-kedai online yang saya buat secara part time sempena cuti sekolah ni. Sepanjang cuti sebulan ni, mungkin di sini la saya 'bertapa'. Sambil mencari ilham, saya melihat ke jalan raya dan memerhatikan sikap-sikap pemandu jalan raya. Dari sini la saya mendapat ilham untuk menulis.

Suka saya berpesan kepada diri sendiri dan pembaca sekalian. Jika anda tergolong dalam kalangan pemilik kereta seperti di atas, berubahlah. Kalau kecil tak perlu tunjuk besar. Yang murah tetap murah, ia tidak akan menjadi mahal dengan mempamerkan buruk laku dengan menyakitkan hati khalayak sekeliling. Anda itu MELAYU. Jangan LAYU.


So. apa pendapat anda?... Betulkah nukilan bro ni.... Ker saje jer nak buat cerita di blog beliau...


Tepuk Dada Tanya Selera.... Mau kuah kari atau kuah kacang dhal.heheeeeeee
So,

Tuesday, April 24, 2012

Persediaan Jengka 8 Menyambut PM !!!

Salam.. Memandangkan PM akan datang ke FELDA Jengka 8 pada 8 Mei 2012 dipercayai bagi mengumumkan durian runtuh, maka sibuk kesemua pihak dari agensi kerajaan dan swasta memperelokkan mana yang patut... Mari kita tengok gambarnya..

Sunday, April 1, 2012

Jadual Gaji Baru SSM baru 2012 - Dah keluar 30 Mac

Salam.

Pekeliling JPA berkenaan Gaji Baru yang berkuatkuasa 1 Januari 2012 telah dikeluarkan oleh JPA .


Sila lihat disini.

Walaubagaimanapon, bila kawan meneliti kawan dapati masih ada benda yang boleh didebatkan. Dalam pekeliling itu, JPA menyenaraikan senarai gaji minimum dan maksimum bagi semua jenis gred dari N1 sehingga Turus A...

Secara umumnya, jika diteliti SSM baru ini mempunyai kelemahan dari segi gaji maksimum.. Dahulu dibawah SBPA, gaji maksimum mencecah RM8,000 tetapi gaji baru SSM ni hanyalah sekitar RM6,000 lebih sahaja..
Mungkin perkara ini sudah dalam perhatian CEUPACS.. Kita sama-sama tunggu..

Kawan hanya tunggu pekeliling berkenaan pemberian time based 8 tahun...

Wednesday, March 28, 2012

Nama Sebenar Proton bertaraf Global Keluaran Terbaru.. PREVE



Salam..

Hari ini kawan nak bercerita tentang kereta terbaru keluaran proton yang selama ini dikenali sebagai P3-21A ... MMengikut sumber tidak rasmi, Pihak Tertinggi Proton telah bersetuju untuk menggunakan nama Proton Preve ...



Kalau mengikut prestasi Preve berbanding kereta saingan sama kelas iaitu Vios dan City, ada harapan Preve akan mendapat lonjakan pemintaan yang tinggi.. Harap-harap begitulah. Tapi kita juga berharap tidak lama lagi kita semua sebagai pengguna akan mendapat maklumat terpenrinci bukannya hanya sebilangan item seperti jadual di atas.. Tak pe sama-sama kita menunggu..

Jik melihat harganya, kawan percaya itu adalah version yang paling mahal takkala yang mana CEO Proton sendiri memberitahu anggaran harga sekitar RM62,000 sehingga RM 75,000... Yang ini dah lebih dari harga yang dicakapkan...

Sunday, March 25, 2012

Anda ke mana selepas SPM..??

Salam..

Rasanya tak terlambat untuk kawan ucapkan tahniah kepada semua calon yang mengambil peperiksaan SPM 2011 yang keputusannya baru diumumkan baru-baru ini... Mengikut rekod, seramai 468,808 orang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu...

Secara statistiknya, jumlah calon berkurang dari jumlah 475,182 calon PMR 2009... Ini bermakna seramai 6, 374 orang telah menghilangkan diri selepas PMR...

Antara sebabnya mungkin berhenti sekolah, terus bekerja atau melanjutkan pelajaran bercorak teknikal seperti giat mara dan kolej2 lain lagi.. Perkara ini selalunya dibuat oleh pelajar-pelajar kaum cina ... Kalau berkesempatan, lain masa kawan akan ulas berkenaan topik ini...

Berbalik kita kepada para lepasan SPm 2011 ini?.. Apa halatuju anda?... Jawapan paling femes kawan dengar adalah cuba melanjutkan pelajaran lagi... Kemana tempatnya?...

Ada beberapa tempat atau fokus untuk anda selepas SPM ni..

1. Pra-Universiti
2. Tamhidi
3. Asasi
4. Foundation
5. Matrikulasi
6. Diploma
6. Form 6

So, anda boleh pilih mana satu

Sedikit pro % con berkenaan pilihan diatas... kredit tu en khairul

Matrix
Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
Nak masuk susah (Contra)
Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
Kurang praktikal (Contra)
Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Asasi / Foundation
Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
Nak masuk susah (Contra)
Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
Kurang praktikal (Contra)
Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Diploma
Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
Pembelajaran lebih relax. (Pro)
Mungkin melekakan. (Contra)
Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.


Tahmidi (USIM)
Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Aku pun tak berapa tahu. Tapi apa yang aku tahu, ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
Perlu power bahasa arab.

Form 6
Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
Korang score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure korang boleh masuk apa course sains yang korang nak. (Super Pro)
Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).

Sijil
Pra- U (Contra)
Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.
Aku tak rekomen korang ambil Sijil.


Semua itu mungkin boleh menolong untuk mencari idea apa yang akan berlaku kepada anda selepas SPM.
Ingatlah walau apa sekalipon, anda sendiri penentunya.. Orang lain hanya sebagai pencetus anda..atau pemusnah anda...
Bila hendak bertanya orang, pastikan orang itu adalah orang yang sebetulnya.. Betul itu bukan bermaksud berkelayakan.... Betul itu , betul memberi panduan kepada anda samada dari segi nasihat dan laluan untuk anda...
Kawan selalu risau bila bertanya budak lepasan SPM ni, ada persediaan mereka?.. Mereka selalunya bertanya kepada oran terdekat contohnya keluarga, rakan-rakan dan terakhir para guru mereka...

Bila diorang tengok result yang menampakkan Sejarah dapat A, mulalah mencadangkan pergi ke Form 6 untuk ambil Sejarah STPM... Padahal mungkin result Mate dapat B+, Add Math pon dapat B, Akaun dapat B+ .... Seharusnya ke mana dengan result sebegini... Hati-hati adik oiii.. Jangan buat keputusan secepat mungkin.. Bertanya dahulu banyak pihak sebelum membuat kesimpulan bersama seorang yang anda rasa tepat untuk membantu anda membuat keputusan...

Kenapa kawan bercerita ini... Sebab ramai dah member kawan yang sekarang ni entah di mana padahal zaman sekolah, mereka lebih terror dari kawan.... Akibat ikut kawan, mereka sendiri menanggung beban.....

ok.. nanti ingat, kawan bersambung lagi... banyak lagi cerita kalau bab budak sekolah ni

Saturday, March 17, 2012

Betul ker??.. Berita ini penentu undi anda?

Salam..

Kawan melayari sebuah portal ternama di dunia online ni...
Dalam sibuk membaca, kawan tertarik satu rencana yang dipaparkan..

Berikut antara petikan rencana itu....

kelemahan Najib sebagai perdana menteri, yang kekurangan ketelusan dalam pengurusan kewangan kerajaan, rasuah besar-besaran dan penyalahgunaan kuasa yang telah teruk mencemarkan UMNO sejak 1981, RM570juta sogokan haram dari senjata gergasi DCN Perancis kerana bersetuju membeli 2 kapal selam Scorpene dan kemudian diikuti dengan pembunuhan ngeri wanita Mongolia, Altantuya, dan pergaduhan RM250juta NFC yang di luar kawalan dengan penyalahgunaan pinjaman lembut, di antara lain . Ini merupakan sebahagian kecil. Senarai salah laku UMNO terlalu banyak. Media arus perdana menyembunyikan semua ini dari rakyat.

Dalam dunia online, berita-berita ini sudah dianggap basi.. Kenapa basi??.. kerana sudah lama dan banyak isu baru timbul..
Bagi kawan, samada berita itu benar atau tidak, ia tidak menyumbang secara langsung kepentingan kepada kawan untuk mengundi nanti pada PRu akan datang... Walaupon undi kawan antara faktor jatuh bangun sesuah parti yang bertanding, tetapi kawan merasakan tiada faedahnya kesemua itu....
Jadi, kawan merasakan undi kawan hanya fokus kepada siapa calon yang bertanding di DUN Pulau Tawar dan Parlimen Jerantut... Oleh itu, kawan akan melihat manifesto calon2 bertanding dapat memberikan faedah kepada kawan...
Sebagai contoh, Janji calon PR untuk memberi RM500 elaun guru... Ini menyebabkan kawan tersenyum.... Mata duitan betul.... BN mana ada janji macam tu... Pihak BN pon mengata bermacam-macam, tak bermaruah, ingat guru tak kenang jasa dan pelbagai...

Ikutlah, apa korang nak kata.. Bila tiba PRU nanti, kawan akan tunggu manifesto kedua-dua pihak baik dari peringkat persekutuan mahupon negeri.... Setelah meneliti, kawan akan melihat siapa yang akan mewakili kawan ke sidang Parlimen dan sidang DUN..

Oh ya.. bila sebut sidang DUN ni, kawan ni mengundi di DUN Pulau Tawar tetapi nak jumpa ADUN dia amatler suka.. tunggu program rasmi pon susah berbanding awal tahun 2000 yang mana setiap bulan, ada saje program melibatkan YB...
So, kawan selalu berjumpa dengan ADUN Jengka untuk mengutarakan soalan, pendapat dan cadangan supaya yang mana tidak dijawab akan dikemukakan kepada sidang DUN.... Nak jumpa ADUN Jengka bukan susah, kenduri selalu datang(kalau jemput).. buat program, mesti ada dia.. paling senang pergi je Bandar Jengka nak2 paar malam..Jumpa ler dia.. Kalau nak jumpa sangat, hari Jumaat, dia buat hari bersama penduduk.. Terus pergi ke pejabat dia... Memang ler tidak setiap masa ada ditempat kawan sebutkan, tetapi ok ler senang lagi nak jumpa ADUN orang berbanding ADUN sendiri..

Begitu juga Ahli Parlimen, lebih kerap kawan jumpa AP Kuala Krau berbanding AP Jerantut yang seingat kawan tak pernah berjumpa langsung( bertanya khabar bukan berborak) sejak mengenali arena politik.... terasa pelik pula, kita bersungguh untuk orang yang kita tak pernah berjumpa walaupon dekat....

Kot nak pindah kawasan mengundi kot.... Tak per.. Kita akan tengok proses pemsempadanan semula Kawasan PArlimen dan DUN selepas PRU nanti... Dengarnya kawan tak perlu tukar kawasan untuk dapat ADUN Dan ahli Parlimen baru kot..


Berbalik kepada penentu undi kawan... Itu berita buruk atau kelemahan Pak Jib... Berita baik atau kekuatan BN mestinya sudah diwar-warkan dalam media perdana hampir setiap hari....

Bagi anda, adakah berita2 itu menjadi penentu undi anda?... Ker selama ini kempen dua minggu tu juga penentu siapa yang anda pangkah>>>


p.s. pendapat peribadi kawan jer.....

Friday, March 16, 2012

WZWH minta sumbangan..!!???

Salam...

Hari ini kawan memulakan dunia online seperti biasa dengan melayari web wzwh terlebih dahulu untuk membawa ad berita-berita tempatan..

Dalam kawan membacanya tertiba kawan terlibat ada notis seperti berikut :-

REQUEST FOR DONATION
If you find my articles informative and worthwhile, please support my work by donating if you can. My team and I will continue to write as critically as possible on the many issues faced by the Malaysian public. Also in anticipation of some major political moves, your kind donation is much valued and appreciated. You may send in your donations by crediting into my account at BIMB- 06082020110930


Ai.... Agak hairan bagaimana wzwh pon meminta derma..... Bukankah dia meruapakan penasihat ekonomi DUN Tahan ?.. Dikatakan ADUN Tahan, Dato' Wan Amizan orang yang perumah , suka memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.. Inikan pula orang yang meyokong secara total dalam dunia online...
Tanpa WZWH, kawan rasa Dato' Wan masih berada ditahap terendah di kalangan penduduk dan pengundi Jerantut....

Takpe ler.. Mungkin WZWH ada sebab tersendiri untuk memohon sumbangan orang ramai....

p.s. myteam and I ....Oooo.Patutlah blog dia mantap semacam...Kawan agak pelik dahulu.

Thursday, December 22, 2011

SBPA : Adil ke tidak adil sebenarnya sampai tertangguh..

Adil ker tak adil....

kawan dengan junior kawan pon dah sama gaji....Mulanya heran dan agak marah.. bila diselidik rupanya keadaan itu terpaksa dilakukan...
Habis tu, kemana hilangnya senioriti kawan... setelah diteliti jadual gaji baru, barulah kawan mengerti... Memang sekarang kawan akan rugi di 41 tetapi, bila gaji naik ke 44 nanti senioriti tetap akan wujud sebab kawan naik gred dulu berbanding junior kawan yang sama gaji nanti.. so, nanti beza jugaklah gaji ikut senioriti...

Ada ramai mengeluh terutamanya kumpulan pelaksana(sokongan I & II) berkenaan penyelarasan gaji daripada SSM ke SBPA... Banyak cadangan dikemukan kenapa SBPA ini tidak sesuai...

Antara cadangannya ialah :
a) Naik kesemua PA sama peratus ikut gaji asas.. 5% or 10% ...baru adil..
b) Semua PA naik RM sama..contoh Semua dapat RM500..lagi adil...
c) Gred rendah dinaikkan paling tinggi manakala gred premier dinaikkan paling rendah..tidak kira ikut % atau RM.. (Macam penyelarasan gaji 2007)
d) Tak payah naik gaji pon xpe... Naik pon ciput, harga barang naik mencanak..kira balik rugi jugak...
e)dll..

Pada pendapat anda, Kenapalah kerajaan menerusi JPA memperkenal skim baru SBPA ini kepada PA?... Penyelarasan gaji semata-mata atau ada agenda lain?...xpelah.. Itu mereka punya tanggungjawab...

Apa yang paling penting dalam SBPA ini selain gaji adalah the exit policy.. Ramai tak ambil tahu berkenaan perkara ini..
Yang lainnya..Dasar kenaikan gaji ..maksudnya masa SSB..Kena bodek, baru dapat melintang dan menegak..Tukar ke SSM, kena lulus PTK baru ada kenaikan P1 ke P2.. Dan bila hendak ditukat ke SBPA, bagaimana pula caranya..tak de apa2 cara ker... Maknanya, gaji kita akan ikut jadual sebaris sahaja ler..tanpa ada kenaikan lagi berbanding skim2 terdahulu..

Dulu bodek untuk naik gaji, sekarang menbodek untuk elak kena buang kerja...

macam mana pulak tu....

Kawan punya pendirian setelah mendapat pelbagai maklumat, maka kawan akan sain SBPA dan pencen masih 58 tahun..
KENAPA...................................................... ikut suka kawan ler..heheheee..

1..Kalau tak setuju SBPA, still duduk dalam SSM. Ok tetapi segala rules lain seperti kenaikan pangkat, dasar baru masih tertakluk seperti SBPA..Maknanya sain tak sain , selain gaji rendah, sama sahaja... Baik sain...
2.. Kawan sain, kawan dapat kenaikan pendapatan hasil penyelarasan gaji..lega2..
3.. Berkenaan pencen, pada 2007 dahulu, kawan dari 56 memilih 58... Sekarang diberi pilihan dari 58 ke 60... Bagi kawan cukuplah 58 tahun bekerja..Entah sempat ker tidak umur itu... Lagipon, tengok keadaan kesihatan kawan ini tak berapa nak fit..itu yang kuat bersukan dan tidak merokok.. Orang lain, fikirlah sendiri.
Ada orang berkata, walaupon pilih 60 tahun, tetapi bila umur 55 tahun kita boleh bersara pilihan dengan pencen terus dibayar... takpe lah..... Korang pilih 60 tahun..lepas ni pilih 62 pulak..lepas tu , pilih 63 pula dan seterusnya pilih 65 pula... Kerajaan dah kata menerusi kajian kesihatan sedunia jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75 tahun... Karang lepas pencen, xde duit pulak... Idea dan tenaga kerja maih produktif lagi..masih boleh menyumbang kepada negara....
Itu kata mereka ler.. yang kawan tengok ler... Mana ada set2 veteran masih latih dan bawa budak pergi wakil sekolah ah..Semua serah ke set2 freshie... Kawe makan garam dah....


Ikut apa pilihan anda.. Nak ikut orang ker, nak buat kajian sendiri ker..itu hak anda...

Tuesday, December 20, 2011

Sain SBPA : info yang harus diambil tahu sebelum tandatangan Skim baru..

Salam..

Sekarang ini semua PA sedang sibuk untuk menandatangani Skim SBPA ni... Itu termasuklah kawan yang mana esok rabu 21 dec, jabatan kawan akan buat taklimat sebelum tandatangani borang itu..

Ada 2 borang yang hendak di sain..

1. Borang opsyen bersara dari 58 tahun ke 60 tahun... Yang ni, setakat sekarang kawan tekad nak pilih 58 tahun sahaja...Dulu dah tersilap pilih 58 berbanding 56 opsyen asal.. Rasanya kawan ni tak larat nak bekerja sampai umur 60 tahun...
2. Borang opsyen penukaran dari SSM ke SBPA.. setakat sekarang, kawan masih tiada jawapan lagi..Sebabnya kawan masih tidak dapat beberapa info yang kawan masih keliru.... Bila ditanya kepada PA lain, jawapan mereka senang jer... Ala, sain jer...buat apa pening-pening...Kawan senyum jer...

Opsyen kedua ni memeningkan kawan... Antara info itu adalah seperti berikut...

a. Jumlah penyelarasan Gaji bila bertukar.. Kawan kira dari info dlam blog lain, kawan hanya dapt kenaikan sebanyak RM15 sahaja...aduh.... bini kawan naik RM300... banyak beza tu...xpe..small matter....
b. Faedah2 lain dalam SBPA.. Ada info kata jika sain SBPA, kita boleh bersara pilihan 55 dengan dapat sekali grauriti... Betul ker... Kerajaan tambah ke 60 tahun , pon sebab kekurangan duit..
c. The Exit Policy.. yang inilah kawan paling takut sekali....Ada 2 jenis exit yang akan diamalkan iaitu satu, based on markah SKT kita.. kalau dalam masa 3 tahun markah tahunan SKT kita kurang dari 70%, nama kita akan dicadangkan untuk diberhentikan...sepanjang tahun 2010 sermai 15400 PA dalam kategori ini.... Yang ni tak risau sangat sebab baes on kerja semasa... buat kerja molek2, meintain ler...
Yang kedua pulak, based on kesihatan kita... Yang mana kerja tak perform sebab hal kesihatan contoh koma selama 3 tahun, maka kita akan dicadangkan untuk dibehentikan.... Tak ker naya kita.... Tetiba satu hari, kita eksiden, koma selama 4 tahun tak boleh bekerja dan cacat... lepas 3 tahun kena buang ... patu tu , dgn cacat itu, kita nak makan apa...Kita selam ini bekerja dengan PA untuk mengelakkan perkar ini terjadi..Last2 ada juga dalam skim baru.. apa erita...

So, esok..setelah mendengar taklimat kawan akan bertanya kepada bos kawan berkenaan kemuskilan ini..jika tidak, kawan akan tangguh sain ler dulu..Cari info kat lain dulu... Kan tempoh diberi sebelum 30 Dec ni... ada 10 hari lagi untuk bertindak...
Kawan juga tunggu perbincangan CEUPACS dengan PM.katanya semalam..xde apa2 berita pon...

Tunggu,,,tunggu..dan terus menunggu....

Saturday, October 8, 2011

Kebaikan Bajet 2012 kepada Kawan..

Salam..

Semalam 7 Okotber 2011 jam 4 petang, Menteri kewangan selaku perdana Menteri telah membentangkan Belanjawan bagi tahun 2012.. Sebanyak RM232.8 bilion diperuntukan dengan defisit 4.7% untuk pelbagai disilpin bidang perbelanjaan dengan sasaran pertumbuhan ekonomi 5 - 5.5% dan dapat mengekang inflasi dalam kadar semasa..

Jadi, kawan pon cuba meneliti apa yang kawan sebagai rakyat yang membayar cukai dapat...Setelah mencari dan membelek, maka kawan dapati banyak juga kawan dapat...

Keuntungan untuk kawan

Sebagai Kakitangan Awam
1. Kenaikan Gaji 7 -13 % ( rasa kawan dapat 10% jer)
2. Kenaikan tahunan RM80-RM320 setiap tahun (Rasa kawan sekarang RM90 akan naik ke RM150)
3. Pencen kawan dinaikkan ke umur 60 tahun (rasa kawan nak tolak kot..)
4. Kenaikan Gred lebih cepat( sekarang 10 tahun, dicadangkan 8 tahun..Maksudnya kawan boleh naik Gred 44 tahun depan ler...Ini juga bermaksud kawan boleh pencen sehingga Gred D54 (macam gred pengarah negeri jer..hehee)
5. Pengenalan SBPA menggantikan SSM.. Gred gaji selapis.. Maknanya kawan akan menikmati kenaikan tahunan setiap tahun berbanding sekarang yang mana kawan akan gaji mati sebanyak 2 kali iaitu di Gred 44 dan Gred 48 ...
6. Lain-lain faedah dalam SBPA
7. Bonus setengah bulan lagi pada Dec 2011 ni...

Sebagai rakyat Malaysia..
1.Pengecualian cukai untuk derma kepada rumah ibadah (tu pon kalau declare)
2.Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.. Kawan anggota KPF... Anak peneroka... Ade ker tempias...
3. Dah xde.. yang lain kawan x dapat manafaat..

Itu untuk kawan punya kes la.. Orang lain kawan tak tahu.. Nampaknya nasib kawan bekerja sebagai kakitangan adalah sangat baik..Jarang dilupakan..
Tapi sebagai rakyat awam Malaysia seperti kebanyakan orang lain, manafaatnya amat sedikit malah rasanya ada orang tak dapat manafaat langsung...Kawan rasa fokus belanjawan kali ini tertumpu kepada beberapa golongan sahaja yang kebanyakan golongan sasar miskin dan luar bandar..

Tapi di sini kawan nak tekankan kenapa belanjawan kali ini tiada yang naik..Maksud kawan bila Bajet oleh PR hari selasa lalu, ramai berkata mana Pak Nuar nak cari duit.. Nampaknya Bajet BN pon sama tidak membentangkan cara mana pendapatan diperolehi.. Tidak seperti kelazimannya. Jangkaan seperti cukai Tembakau naik nampaknya disenyapkan...xpe.. Kawan akan terus memerhati kes ini..

Oleh itu, secara umumnya kawan istiharkan belanjawan kali ini biasa-biasa saje.. Nampaknya belanjawan gula-gula tidak menjadi kenyataan sangat kecuali kepada kakitangan awam sahaja..

Saturday, September 10, 2011

Pembangunan Bandar Baru Pulau Tawar

Salam..

Agak lama x menulis...Kebelakangan ini, kawan asyik follow harga emas...
Bukan apa harga asyik melantun-lantun...
xpe.. tentang emas, kawan akan ceritakan di blog kewangan kawan..

Ni nak bercerita tentang idea kawan berkenaaan pembangunana Bandar Baru Pulau Tawar...

ini kawan komentar di blog wzwh... paste balik akt sini
Bandar Pulau Tawar sebenarnya boleh dibangunkan asalkan mentaliti penduduk sekitar berubah juga.. Sebagai contoh kenapa YB dikatakan asyik membangunkan Simpang Jengka 8?.. Tiada aspek lain kecuali komersial.. Perumahan Taman Gelanggi Perdana itu rumah banglow habis dijual, manakala rumah berkembar dan teres setingkat juga menuju arah yang sama. Itu maksudnya ramai yang nak duduk di sekitar kawasan itu...

NaH.. Sekarng dengan adanya Taman Gelanggi Perdana sebagai Bandar Satelit, maka ruang dan peluang sudah ada untuk mebangunkan dan memajukan Pulau Tawar.

Bagaimana caranya?..
Ini pendapat kawan.. Sisir jalan Jerantut Maran memang ramai yang melaluinya. Gunakan itu sebagai platform untuk mencari titik asas pembentukan Bandar Baru Pulau Tawar.

Dimana lokasi..
Memandangkan Ramai sudah kenal dan tahu tapak pasar malam Pulau Tawar, maka dicadangkan agar kawasan itu dijadikan pemangkin pembentukan bandar..

Apa patut dibuat?..
Pertama, bangunkan deretan kedai yang tersusun dan jika ada permintaan buat projek perumahan kawasan sekitar.. Tidak perlu besar seperti Jengka 8, hanya sekadar 50 unit ke bawah atau atas permintaan. Yang penting kedai mesti ada dan lokasinya mesti strategik seeloknya betul2 tepi jalan besar itu.Mungkin kawasan tepi Masjid baru sesuai...

Siapa yang nak beli kedai dan Rumah?....
Boleh diatasi dengan konsep ekonomi bebas.. Tawar dan Minta..Orang akan datang jika ada tarikan seperti pejabat pos mini( sekarang ada tapi....), mesin AT, kedai atau pasaraya... ada pula klinik swasta, klinik gigi.. Sebenarnya ramai usahawan menunggu untuk meneroka kawasan Pulau Tawar ini tapi buntu atau risau hal ehwal komersial..

Nak bina itu ini pakai APA?....
Itu gunanya MARA dan MDJ.. So gunakan mereka dengan menghantar proposal secara teliti dan penuh informasi kepada mereka untuk dipertimbangkan..Kalau boleh, buat sekali kajian SWOT dan penyelesaian dan cadangan untuk memudahkan kerja penilaian...

Mereka tiada peruntukan....?
Jika Simpang Jengka 8 boleh dimajukan melalui inisiatif swasta, sama juga Pulau Tawar.. Kawasan Jerantut Ferry sudah mengalami transformasi.. Mahal2 bangunan kedai di sana, dah tinggal berapa unit tidak terjual..

Jadi...?
Pertama, gunakan YB sebagai pencetus. Jika payah ada banyak saluran lagi.. Payah sangat, rasa WZWH pun boleh ketengahkan projek ini...
Kedua, kumpul pemimpin setempat dari semua golongan tidak kira usia, parti dan lain2.. Minta pandangan mereka. Serentak itu adakan bancian kependudukan yang lebih spesifik untuk memudahkan perancangan dilakukan...
Ketiga, mula membuat paper projek untuk dihantar kepada pihak terbabit. Kalau Bandar Jengka boleh Dapat peruntukan melebihi RM100 juta baru-baru ini, kot Pulau Tawar tempat terjamin BN tak dapat.. Usahakanlah...
--------------------

Komuniti Sukan DUN Pulau Tawar sekarang aktif dengan pelbagai aktivitinya. Tetapi kot sukan sahaja.. yang tidak bersukan beria
macam mana pula..
Aktifkan komuniti Lain juga seperti Ekonomi, Pendidikan, Kemasyarakan dan pelbagai lagi... Yang beria tentang sukan tu bagus untuk menarik sokongan pengundi tetapi kebanyakan peserta sukan tida kboleh mengundi lagi.. Target biar betul boss...... Karang kalah baru sibuk nak buat post mortem....

YB Shukri tengah menyelamatkan diri dahulu. Hampir semua orang DUN Pulau Tawar tahu Dr. Shukri akan disingkir untuk PRU ke13.. masalahnya siapa penggantinya.. Tini puteri, Mahelan Wanita, Aziz SU... Memang nak kalah ler.. Macam tiada orang lain.. Baik teruskan dengan Dr Shukri sahaja kalau calon lain sebegitu.. Dah lama YB Pulau Tawar semacam elit sahaja..

Apapun pandangan kawan sahaja...