Monday, December 31, 2007

Bahan beracun pada lampin pakai buang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin paki buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.

Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka. Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.

Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.

Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).

Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebutboleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.

Pengguanan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.
Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.

SUMBER: UTUSAN PENGGUNA(MAC-APRIL 2007) --isuhangat blog

Friday, December 28, 2007

Banjir loooo

La post sebelum ni cadang nak cerita tentang banjir. Melalut ke cerita harga sawit pulak. Xpe aku smabung pasai banjir . Masa aku ke Temerloh, jalan ke KL dah ditutup so, semua kenderaan kena exit temrloh. Apa lagi, jem la dekat 1 km dari plaza tol. Bayangkan satu lorong jadi 3 lorong. Bersempit2 keta2 yanga ada kat situ. Lepas keluar tol, terus ke Temerloh. Sampai di , aku melihat kiri dan kanan jalan, sudah penuh melimpah air menenggelam premis kedai dan beberapa stesen minyak. Dah la keta aku minyak itnggal sikit, stesen minyak pulak tenggelam. Aku terus ke pusat Bandar dalam satu barisan kenderaan yang panjang. Tengah2 lalu, tiba2 je aku aku kena redah banjir. Tu yang aku paling benci ni. Abis la keta aku.. Nak undur xleh dah. Lalu jela. Nasib baik xde apa2. Karang mati keta tengah2 banjir meraung aku nak baiki keta. . Dah lalu , p la TheStore nak beli barang keperluan hidup. Sampai ke sana, aku tengok hampir semua kedai tutup. Heran aku, masuk dalam The Store, baru aku tau, elektrik tiada. Dah dua hari dah. The Store pun pakai generator. . nasib baik ade lagi stok barang. Kat tempat aku dah abis licin, orang beli buat stok takut2 banjir menjadi lebih besar. Aku pun nak balik. Tak nak le lau tempat banjir tadi. Aku pun pusing le tempat lain. Pusing lalu ikut industri, jln tenggelam. Lalu ikut Kampung JPJ putus putus, so, nak x nak kena le lalu jugak jalan banjir tadi. Nak tunggu, karang naik air karang, kena tido pula kat Temrloh ni.. nasib baik lepas, aku pun balik ke rumah dengan minyak tah cukup ke tidak. Confiden je la.

Thursday, December 27, 2007

pokcik kayo..

Banjir dah semakin ok. Sudah surut sekaki lebih kedalaman nye. Tapi air banjir masih besar. Aku bersama beberapa kwn aku pergi ke Temerloh unutk membeli stok di sana. Kami terpaksa melalui Highway kerana jalan biasa masih belum boleh dilalui. Sepanjang perjalanan di Highway tu, aku tengok di kiri dan kanan penuh air. Bak kata kawan aku ni, macam di lautan. Habis pokok kelapa sawit la . Jangna le buruk buah sawit yang dah masak. Rugi ooo. Buah sawit tengah mahal. Dulu masa aku kecik, eh remaja dulu, harga sekitar rm250, pernah menjunam RM180 per tan metric. Paling tinggi rm400 zaman eko gawat 1998. Itu pun seba harga dollarUS mahal berbanding ringgit. Selama 10 tahun dia stabil d RM 250 je. Aku aku tanam sendiri pokok sawit. So, hasil selama 3 tahun pertama, xde la sebab x de hasil nak dituai. Orang FELDA ada bantuan sara hidup. Tahan le sikit.
Golongan tanam sendiri macam ayah aku tahan le 3 tahun sebelum tuaipertama. Bila dapat kutip hasil , lega semua orang2 tua yang buat sendiri. Tetiba setahun dua ni, harga sawit meningkat ke harga RM500 lebih. Pernah satu hari tu, mencecah leibh rM600 setan. Buah sawit ni harganye berubah setiap hari. Mengikut MSM . aku pun x berapa pandai bab2 harga ni. Aku ingat sekejap je kenaikan hargani memandangkan masa tu, ad ura2 pilihanraya nak buat, tapi harga tida kturun dari RM500. Masa ni, orang tanam sendiri senyom melebar la. Mane tak, sekali kutip dpat 10 tan. Didarabkan dengan RM500 setan, income unutk 15 hari je RM5000 ringgit. SEngih ayah aku.. tu baru ½ bulan . buah amik 2 kali sebulan. Secara purata pendapatan dia RM10,000 la. Mak ai, kalah gaji CEO sykt di KL. Dengan pendapatan mcm tu, ayah dan mak aku pun planning nak balik akmpun selama 2 minggu . Kemudian , bulan Jan 2008, jika sempat, nak p melancong ke Jakarta/Bandung/Puncak selama m1 week. Tu pun , dalam ura2 nak p umrah dan ziarah ke Mesir pulak. Mentang2 la dah jadi pokcik kayo, jalan la cuti-cuti Malaysia. Biar la duit ayah aku… bila lagi dia nak enjoy…

Wednesday, December 26, 2007

Baru kembali

Salam semua,
Hampir seminggu x online.. apa lagi cuti2 malaysia la... sambil melawat sedaraa2 jauh.. sementara cuti masih ada.. sapu je la semua.
apapun sudah hampir tiba musin sibuk dah..akhir tahun ni..cpe la..

Thursday, December 20, 2007

Ucapan

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA... Kepada semua umat islam keseluruhannya... Semoga kita semua hidup di dalam keberkatan dan keinsafan.... Amin.

Sunday, December 16, 2007

Banjir ooo banjir..

Kampong aku dah start dinaiki air, ada jalan sudah putus hubungan . Hujan semakin lebat berterusn setiap hari. Aku tengok sungai besar, air dah sampai ke tebing, entah la. Kalau lebat lagi seminggu , rasa2 berulang balik banjir besar 1988 dulu.. Mast u aku kecik lagi, (darja h 5 ) Aku tengok banjir masa tu, jalan utama besar dan lori je boleh lalu . Dah 5 tahun x banjir kampong aku ni. Ni dekat dengan raya ni.
Harap2 ok la

Saturday, December 15, 2007

Anugerah II

Bebalik kepada anugerah belia tu, persatuan aku diberitahu pada hari tersebut, kami berada top 5. Aku berasa bangga, persatuan baru dah berada dalamtop 5. Kebanyakkan persatuan lain tu, dah banyak kali memang anugerah peringkat nasional dan antarabangsa. Kira ok la tergolong dalam top 5. Bila diumumkan pemenang, persatuan aku ni dapt anugerah bidang pembangunan ekonomi terbaik, Kiranya persatuan aku ni gagah dan hebat dalam bidang ekonomi. Tu yang kami semua gelakkan. Nak ikutkan aku rasa banyak lagi persatuan beliayang memang hebat bab ekonomi. Mungkin itu anugerah yang sesuai kot.Kira ok la. Dapat gak berasa hadiah RM3000 tunai. Semua orang gembira. Cadang pengerusi kata nak buat kambing panggang. Untuk jamuan nanti. Cantik la..
Kami semua berazam untu kterus ke hadapan

Friday, December 14, 2007

Anugerah ..

Persatuan belia kampong aku dipilih untuk memasuki Anugerah belia peringkat kebangsaan . Persatuan aku ni dah menang peringkat wilayah. Kalau wilayah tu, aku x la heran sangat sebab dah dua tahun nama persatuan aku disebut2 untuk menang. Secara auto nye , kami terpilih bertanding ke peringkat kebangsaan. Kami prepare agak kelam kabut. Aku ditugaskan untuk menempah baju koporat dan t-shirt persatuan. Budget untuk baju saje dekat RM2500 + lagi dengan banting dan banner RM500. Kelam kabut jugak aku cari orang buat baju tu, sebab semua orang x mau buat dah dekat dengan raya. Nasib baik ada member aku nak buat, tapi extra caj la. Kena buat gak la.baju tu cukup la budget.tapi nak buat banner . tersilap saiz , member aku buat yang besar, Over budget. Nak tempah yang lain dah x sempat.. terima je la.Makan duit poket aku. Kira derma jela.

Thursday, December 13, 2007

Cari CD..

Hari weekend yang lalu, selepas p wedding kekawan member aku, kami berdua terus p ke Low Yat Plaza . Aku bercadang nak beli Ext. Hard Disk(budget lebih kurang RM200) disamping tu, aku nak cari beberapa DVD movie dan Software CD. Setelah aku membeli ext HD 80 GB berharga RM185, aku pun cari la cd tu. Aik ! x jumpa puas naik tangga turun tangga. Tempat yang aku beli dulu dah jadi kedai lain. Tu yang confius. Dekat2 dua jam gak aku cari. X jumpa . Rasa kecewa pulak. Dulu sebut saja nak cd apa semua ada, sekarang mana aku nak cari.Nak beli ori banyak duit. Tension betul. Aku balik umah dengan x puas hati.
Dari satu sudut positif, ini menunjukkan kerajaan buat kerja yang sepatutnya. CD pirate ni dah xde. Secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi Negara melalui pengenaan duti. Tapi orang2 macam aku ni, tensen la x dapat barang murah dah. Nak beli ori, mana mampu beb. Satu software dekat RM200 . bankrap .Nampak nye terpaksa la aku downloand internet je.. maleh betoi. Macam mane nak buat….

Wednesday, December 12, 2007

Dinner freee

Baru2 ni aku ada ke KL atas mesyuarat ANGKASA tahunan. Selepas menghantar ayah aku balik kampong menaiki bas (aku datang dengan ayah aku. Kami dua2 p meeting), aku pun terus ke MIECC untuk menghadiri dinner anjuran sykt MPSB. Kawan online aku yang tawarkan tiket tu yang berharga RM220.00/pax. Dia tawarkan pad aku 5 tiket tetapi hanya aku je yang boleh p. Itupun buat confiden2 je p sana. Setelah jumpa member online aku ni, kami semua pun masuk ke dalam dewan. Aku tengok begitu banyak meja. Dianggarkan hampir 5000 orang datang malam tu. Maklumlah tiket free. Dah la 2, artis yang buat show tu pun ramai ziana Zain ada, maya Karin, Misha omar , artis budak Indo yang femes tu pun ada(x tau nama) dan paling penting penarik dia MAWI la. Tu yang penuh .
Di situ, sementara nak tunggu artis buat show aku pun berborak2 la dengan rakan semeja aku. Kenal la sepasang suami isteri dari Keramat. Borak2 aku dapat menjalinkan persahabatan dan bertukar contact. Insyaallah, aku akan berhubung dengan kakak itu lagi. Rasa tidak sia2 aku datang ke situ, dapat makan free kat hotel, tengok persembahan artis popular(siap amik gambar) dan paling seronok , dapat kawan baru. Apapun terima kasih kat kawan online aku ni, Bijan, offer aku datang dinner…

Friday, December 7, 2007

Foreign Exchange

Kajian Data didalam pelaburan FOREX.

1. 100 orang baru melabur didalam FOREX, dalam tempoh 2 bulan, 48% akan kehilangan
hampir keseluruhan wang pelaburan mereka.

2. 45% akan hilang wang pelaburan mereka dalam tempoh 3 bulan.

3. 5% lagi sempat mendapat keuntungan, tetapi selepas itu akan mengalami kerugian.

4. 2% lagi mendapat keuntungan yang besar kerana bernasib baik.

Sebilangan besar akan mengalami kerugian yang besar. Tetapi jika ada yang tidak serik
dan ingin terus berjuang didalam dunia forex, biasanya selepas setahun, dan selepas
beberapa kali kehabisan kesemua wang pelaburan mereka, mereka mulai merasai keuntungan sedikit tetapi berpanjangan. Selepas 2 tahun, mereka mulai merasakan keuntungan yang lumayan.

5. Kajian dilakukan terhadap 20 orang baru yang menyertai FOREX dengan bantuan orang yang berjaya. 7 daripadanya langsung tidak mengalami kerugian dan mendapat keuntungan sedikit tetapi berterusan. 13 lagi mengalami kerugian yang agak besar (30-50% kehilangan
wang pelaburan). Kajian mendapati perbezaan antara 7 dan 13 ini adalah, yang 7 mengikuti
bulat-bulat nasihat orang yang berjaya tersebut, dan 13 ini mengikut nasihat diperingkat awal, tetapi mencuba formula baru melalui kajian sendiri dan sering mendalami secara sendirian.

6. Sekiranya sudah menguasai ilmu forex dan mulai mendapat keuntungan, trader tersebut
akan mendapat keuntungan yang berterusan untuk jangka pendek atau panjang. Mereka tidak akan mengalami kerugian walau apa pun bertuk market semasa. Untuk sampai ketahap ini, jika belajar bersendirian akan mengambil masa 2 hingga 3 tahun. Jika belajar dari guru yang salah akan mengambil masa 1 hingga 2 tahun. Jika berguru dengan sepenuh
masa pada guru YANG BETUL akan mengambil masa 2 hingga 3 bulan.

...jika ingin mendapatkan pandangan mengenai forex secara percuma sila lawati
http://www.savingforex.com

Wednesday, December 5, 2007

Resipi sup

Baru ni ada kwn aku yang kirim kat kat aku tentang sup ni. Kalau sup2 biasa tu, kita p kedai je makan. tapi ni sup isi ketam .. jarang sekali kita dengar. So, aku letak la kat sini....

kita cuba resepi sup isi ketam dan
jagung pulak? Ikuti cara-cara berikut:

BAHAN-BAHANNYA:

200gm isi ketam
200gm krim jagung manis
150ml air rebusan ayam
80gm biji jagung - direbus
3 sudu makan minyak jagung
Sedikit gula pasir
Sedikit daun parsli - dihiris (kat hypermarket ada)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT

1. Satukan krim jagung manis dan biji jagung dalam periuk dan
dididihkan.
2. Masukkan isi ketam dan minyak jagung. Kacau rata
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam, gula pasir dan garam. Kacau rata
dan tutupkan api
4. Taburkan daun parsli dan sedia dihidangkan.

Sunday, December 2, 2007

KBN RHM ii

Sambung lek, orang Thailand tu x kena pamping sebab x reti bahasa melayu n reti sikit2 je bahasa inggeris. So, dia x berapa nak faham. Selamat dia. Selepas nyanyi negaraku, kami dibawa masuk ke dalam dewan. LDK pertama , aku diberi kumpulan seramai 9 orang. Kami kena melantik ketua n buat nametag dan logo. Ada sorang bai ni, dia terus beri cadangan. Dia kata mana2 dia pergi kursus , dia guna yang tu. Kami semua ok je. Aku mulanya malas nak active, kononnye aku ni nak jadi pendiam la. Aku cadang nak perhatikan adakah kursus ni sesuai dengan harganye RM200. Kalau tengok tempat, x berbaloi langsung. Ade ke bayar RM200 duduk dalam dorm 18 orang kongsi. Macam duk asrama. Budak asrama pun x kursus cam ni. \
Aku putuskan nak follow kursus ni secar sepenuh hati dan buat apa yang disuruh. Selalu, aku kursus2 cam ni sori la, mesti ngelat punye.. suruh nyanyi boleh blah la.

Wednesday, November 28, 2007

Kursus Bina semangat

Baru2 ni, aku pergi kurus SLS (success Leadership Seminar) yang dianjurkan oleh sykt MLM iaitu RHM Global Sdn Bhd. Ia berlangsung di AmberStone Eco Resort selama 3h2m. Mula2 aku p sana seorang diri.AKu p redah je tnapa banyak info. Tiba disana aku dapati semua ornag berpakaian kemas siap bertali leher. Aku datang dengan tshirt n seluar jeans la. Apalagi kena tiuuu la. Dah kena pamping 20 x. Adoi. Ikut rasa hati nak je balik. Tapi sebab dah yuran dia RM200, pamping pun pamping la. Bukan aku saje yang kena, malah ramai yang kena. Ada dua orang peserta dari Thailands. Depa datang lewat . apa lagi kena pamping gak. Tapi depa x buat, ala algi kena halau la balik. Bayangkan datang sejauh 1000km , naik bas 13 jam direct, tetiba kena pamping, kalau anda macam mana ? nak kena pamping? ………cont.

Tuesday, November 27, 2007

Bisnis Kad ...

Sambung sikit post lepas. Aku tengok dalam cerita,Polis orang putih pun pakai bisnis kad. Punye la advance, kat Malaysia ni, hanye orang bisnis pakai kad. Tu pun ade ramai lagi x pakai lagi. Kalau orang awam , lagi x pakai. Buat kebenda! Abis duit je. Itu mentality orang Malaysia terutamanye orang melayu. Dia x tahu kad bisnis merupakan antara iklan yang paling mudah dan murah tapi efektif. Aku, dah ada kad bisnis, hampir setiap bisnis aku buat walaupun unutk NGO, aku buat kad khas punyee. Untuk cerah masa depan kan. Baru gaya koporat sikit. Maybe hasil akan mendatang tiba. Berbalik cerita kad polis tadi, dengan adenye kad ni, secara umumnye akan menyebabkan seseorang itu mudah dikenali ramai. Selalunye, kita dapar banyak kad dari orang lain. Selain catalog, aku akau divide ikut fungsi masing-masing. Kot2 la ada guna masa depan. Kad yang kita buat tu seharusnya menarik dan kreatif. Biar mahal sikit janji dapat perhatian orang. Kan itu matlamat kita memberi kad. Aku pun ade buat bisnis kad ni tapi x jalan. Tak tau kenapa.. Maybe melibatkan IT kot. Xpe nak try gak sampai jadi. Sebab harga dia murah betoi, hampir 30% dari harga kedai kawasan aku ni.

Friday, November 23, 2007

CSI

Antara cerita Tv aku paling minat adalah CSI terutamanye CSI : Miami. X tau la. Best betui. Tengok cerita tu, rasa aman dunia ni. Padahal teruk dari dulu lagi. Bagi aku, cerita ni aku minat sebab kaedah forensic yang diaorang guna tu la.Aku kalau bab forensic ni suka betoi, macam bidang lama aku la, Dah lama x praktis ni. Dulu aku keje untuk elak forensic. Nasib baik la, kebanyakkan kes settle. Tu la kalau orang x minat buat keje. Ajak minum teh, dah settle. Cesss! Ye ke, berpeluh gak nak settle masalah ni. Itu la kelebihan bidang forensic ni. Boleh nampak zahir dan batin sesuatu. Patutnye benda ni jadi amalan di seluruh Negara. Baru BPR xde keje. Ni tidak. Polis punye skaud CSI pun x canggih. Macam mane nak settle kes. Nasib baik kan Malaysia ni orang buat salah kebanyakan ornag tidak berpelajaran tinggi. Kalau kat USA tu, sikit2 lawyer uruskan. Sampai urusan sekolah anak pun pakai lawyer.Poning nak jawab tu. Dah minat, kena tengok la.

Monday, November 19, 2007

Pesta BENAK

Aku adalah tengok TV1 cerita dokumentari tentang benak,(ombak di sungai) Ia berlaku di Sungai Batang Lupar, Daerah Sri Aman , Serawak kira-kira 194 km dari kuching.Dalam dunia ni, hanya 56 batang sungai je ia berlaku, tambahan pula benak di Batang Lupar ni antar 10 terhebat .Ia berlaku 2x sehari iaitu jam 5.05 minit petang dan selaki lagi waktu pagi . Maksima ketinggian 3 meter , selaju 20 km sejam. Menurut cerita tradisi, ia terjadi apabila seorang wanita Iban telah mati dibunuh,kemudiannya mayat wanita itu dibuang di dalam sungai Batang Lupar. Ayah wanita Iban tu yang juga seorang pahlawan akibat terlalu sayangkan anaknye itu, terus terjun ked lam sungai unutk mencari mayat anak. Malangnye dia turut meninggal dunia. Roh pahlawan ayah nye itu terus mencari anaknye. Itu sebab ada ombak di sungai tersebut. Mengikut penjelasan saintifik, ianya berlaku berdasarkan gravity dari bulan penuh. Lebih kurang kaedah air pasang surut. Bila air pasang, air dari laut akan naik ke sungai terus rolling ke hulu sungai, Bila air melalui kawasan cetrak ini menyebabkan berlaku water rolling dan seterusnye terjadinye ombak.Orang sana pun buatla pesta Benak 2007 yang lalu siap dengan mengadakan Pertandingan perahu panjang.Macam-macam la.

Thursday, November 15, 2007

Message Dari Celcom…

Arini, member aku memdapat message dari entah apa punye nombor yang menyatakan dia telah memenangi RM15K. Ulang balik RM15,000.00. Sape la baik hati nak bagi duit kat member aku ni. Masa aku tengah jumpa dia kat bank, dia tengah memasukkan data2 yang diperlukan seperti nom. Akaun bank dan nombor kad bank (MBB). Aku rasa pernah dengar msg2 cam2. So, aku kata kat dia agar tidak buat apa2. Tunggu sehingga aku nak sahkan dengan pihka Celcom dulu. Walaupun aku comfirm mesti kes nanya, tapi untuk puaskan hati dia, aku akan buat comfirmation dulu. Dah lama benda2 ni kecoh dulu. Tapi masih berleluasa. Orang ramai masih percaya. Antaranye sebab orang ramai percaya kali ni dia x minta duit untuk masuk ke akaun tertentu tetapi hanye minta nombor akaun dan nom kad je. Orang ramai fakir, cuba je la sebab x kena duit. Kot2 betui . untung besar oi.. tapi ramai x tau orang dah ramai orang ilang duit sebab beri nombor2 ni. Macam mane dia buat, aku tak tau. Maybe dia klon kad baru dan apa lagi keluarkan semua duit la. Kalau ade kekawan korang kena cam2, sebarkan cerita2 ni. Xpe, biar perkena the sambil borak berilmu.

Wednesday, November 14, 2007

Cont...

Nak sambung post lepas, cerita tentang format blog aku ni. Aku rasa nak jadikan blog aku ni sebagai holding blog bagi semua blog aku( ces!! Baru ade satu, dah kecoh, heeee) . Itu semua perancangan aku. Macam sykt koporat, ada sykt induk yang kawal beberapa anak sykt yang berlainan fungsi. Cantik tak idea. Ke salah beri ayat dia. Lantak la. Janji aku bahagia. Apa yang aku nak tulis idea sebarangan, aku letak kat HOLDING BLOG ni. Nanti aku baca lain kali, selalunye akan timbul beberapa idea lain apa aku nak buat. Harap2 begitu la.
Nak tulis pasai peluang cari duit di internet dengan betul …Rasa2 kena buka blog baru ni . tengok la nanti… harap2 fikiran akan ke arah positf dan relevan.

Monday, November 12, 2007

Cerita Baru

Ok, semua. Arini aku nak cerita apa aku nak buat dengan blog aku ni. Sepatutnya aku hanye ada satu laman web, tetapi aku ade tengok seorang geng kat WC tu ada 23 blog. Fuyoooo……….. Banyak tu. Aku, 1 blog pun dah pening dah. Tak terbuat dah. Itu baru blog, macam mane kalau aku ade laman web nanti. Xpe target aku, Januari 2008 baru nak buat web. Sekarang ni, tengah kumpul idea2 yang menarik. Selama 2 bulan aku bergiat aktif dalam online ni, banyak idea aku jumpa. Contohnye, e-MLM, Pawah kambing, Payee Ads, apa lagi yee, lupa nak tulih, (tu masalah terbesaraku, idea macam2 tapi lupa) haaaaaaaa…. Eduweb(ekonomi), Koleksi ebook free,PLR, dan ade lagi yang aku lupa. Banyak tu, Sepanjang ni, aku dah beli 1 ebook yang aku cari maklumatnye bertahun2, dan beberapa ebook free yang aku kira manafaat gak la. (idea lagi, nak buat Pelan kewangan peribadi, khas untuk orang Malaysia – dah 70% siap programnye). Ok ni saje dulu takat ni. Bye.

Thursday, November 8, 2007

Fokus blog

Ok, semua. Arini aku nak cerita apa aku nak buat dengan blog aku ni. Sepatutnya aku hanye ada satu laman web, tetapi aku ade tengok seorang geng kat WC tu ada 23 blog. Fuyoooo……….. Banyak tu. Aku, 1 blog pun dah pening dah. Tak terbuat dah. Itu baru blog, macam mane kalau aku ade laman web nanti. Xpe target aku, Januari 2008 baru nak buat web. SEkarang ni, tengah kumpul idea2 yang menarik. Selama 2 bulan aku bergiat aktif dalam online ni, banyak idea aku jumpa. Contohnye, e-MLM, Pawah kambing, Payee Ads, apa lagi yee, lupa nak tulih, (tu masalah terbesaraku, idea macam2 tapi lupa) haaaaaaaa…. Eduweb(ekonomi), Koleksi ebook free,PLR, dan ade lagi yang aku lupa. Banyak tu, Sepanjang ni, aku dah beli 1 ebook yang aku cari maklumatnye bertahun2, dan beberapa ebook free yang aku kira manafaat gak la. (idea lagi, nak buat Pelan kewangan peribadi, khas untuk orang Malaysia – dah 70% siap programnye). Ok ni saje dulu takatni. Bye.

Sunday, November 4, 2007

Masuk 2x sehari..

arini , aku dapat signin 2x sehari. jarang sangat aku buat tu, tengah ada urusan biz dengan member , nak anta emel. so, kena online. sambil tu, apa lagi mencelah la kat sini.
Sejak sebulan dua aku explore internet ni khususnya berforum2 ni.. ada perkembangan berlaku terhadap aku. first, bil internet aku meningkat gila2. apa nye tidak selalu sebulan kurang dari RM10 punye. sekarang RM40 lebih. tu pun masih baik kat tempat keje aku ada net. kalau tidak naya aku. Nak register stremyx x sampai ke umah aku. tension2. kena la guna dial up. xpe 2 buat slow.
Second, pemikiran aku semakin meluas, dulu aku ras nak buka blog, ap ye nak tulis. tu aku tulis tajuk besornya Nasihat Kewangan. semenjak berforum dan exprole internet, banyak pulak idea nak buat. so, aku akan ingat balik dan cuba idupkan idea aku ni,

tulih dulu benda aku nak explore , 1- tunemoney.com, belajarmenjahit.com, tunehotel.com, -
aku selalu lupa idea2 aku. tangan ni maleh nak tulih.
ok, ni saje la, bye

Rumah (partII)

Ok. Rasa nak sambung tajuk aku dulu ni.

Ok. Semua. Dah ada idea untuk tulis kat ruangan ni. Macam mana nak beli rumah kalau xde duit. Payah nak caya ni. Mula-mula sekali, nak tanye kepada semua. Boleh percaya ke ni.. Aku pun x percaya. Ye la dah xde duit . macam mane nak beli rumah.. Apa yang aku nak tulih.
Ok la.. Ini fikiran aku. Macam biasa la. Kalau xde duit, p la jumpa member kita. Rimau ada, pak Rashid Hussien ada, Rakyat ada . Just pilih ye mana yang berkenan. Apa lagi buat pinjaman la. Semua bank kat dunia ni tawar pinjaman . So, dah xde duit tu, kan nak beli rumah pinjam la. Macam aku jugak la. Mane nak cekau beratus-ratus ribu nak beli rumah. So kena la itu. Pinjaman, ala nanti aku post la bab ni. Nak cerita tentang rumah dulu.
Ada beberapa cara nak beli rumah. Paling penting semua bergantung kepada kemampuan kita. Jangan beli kalau x mampu. Kalau ikut cakap Azizi Ali, kadar maksima untuk bayar loan umah adalah 1/3 dari gaji kita sahaja. Aku ni dah dekat 45% dari gaji aku. NI dah terlebih ni. Tu pun tak termasuk perbelanjaan lain. Loan kedai x masuk lagi. Aku kira2 nanti setelah semua ditolak, baki gaji aku tinggal 200.00 je. Itulah aku nak soping, makan minum, petrol, servis keta. (aduh, x cukup ni. Duit kerja tambahan tu, x dapat lagi. Jumlahnya pun x banyak. . Eh! Cerita tentang gaji pulak!! Nanti buat post baru. Sambung balik ) 1/3 dari gaji kita sahaja. Kalau gaji RM1500 , kiranya hanya RM500 je sebulan. Kalau bayaran bulanan banyak tu, nilai rumah sekitar RM40,000 ke RM60,000 bergantung tempoh pinjaman dan umur kita. Xpe semua ni nanti aku cerita lain kali. Nak cerita tentang rumah dulu.

Ada beberapa jenis rumah yang boleh dibeli. First, beli rumah dalam projek perumahan yang dibina. Kedua, Rumah yang hendak dijual oleh pemilik asal, ketiga rumah lelong. Kebanyakan dari kita membeli dari kategori yang pertama. Bukan apa dua kategori lain tu, jarang kita dapat peluang.. Nak beli dari owner asal manalah kita kenal orang nak jual rumah sendiri.kalau adapun mesti dah terjual punye.. x pun offer tu menarik sangat. Mahal! Kalau lelong pulak.. memang la jualan lelong banyak kat surat khabar tapi kat tempat lain.. Sejak kebelakangan ni, aku tengok, kalau rumah lelong mesti dari negeri Johor, sesekali N9. tempat yang kita nak tu, berjanggut la nak tunggu.

Saturday, November 3, 2007

Bulan yang mencabar

A'kum, apa khabar semua. hampir seminggu baru boleh posting balik. Walaupun online hampir setiap hari, tetapi kat tempat kerja aku, web blog x leh respon. tu yang aku bengang tu, sistem bukan main canggih siap capaian hampir 11 mbps tapi nak masuk web blog pun susah. dia blok gamaknye. tapi apasai yeee. Oh yee, blok mengblok ni baru teringat cerima kat WC. ada orang x leh buka web tertentu. tapi ada cara. ok, ok, harap2 dapat settle masalah sejagat ni.
Arini, x tau nak citer apa, mood bercerita xde sebab problem ni. Mungkin aku kena cari jalan untuk anta secara auto post2 ni kot. ada ada baca dua tiga software yang boleh buat cam2. tengokla nanti usha line. apa pun harap2 semua ini tidak melemahkan semangat aku ke arah RM yang pertama.
ok la. setakat ni dulu ye..bye

Sunday, October 28, 2007

X boleh masuk Blog sendiri

Assalammualaikum,
apa khabar semua. dah lama sejak sebelum raya tidak post atrikel lat sini. masa raya dah la tidak dapat online sebab balik kampung dan lepas tu, bila try masuk blog ni, x leh masuk pulak. dah dekat seminggu dah try. ingat kan dah kena block online blogger macam kekawan kat WC. Nasib baik tetiba boleh masuk dalam ni arini. so, harap2 lepas ni xde masalah yang seperti ni yang mampu menggugat usaha aku ke arah perniagaan internet.
FAsa percubaan dalam perniagaan internet ni masih berjalan sehinggga jangkaan akhir tahun ni. Walaupun lambat dan lewat, bagi aku, biar lambat asal berjaya. Lagipun aku sedang mengemaskini portfolio kedudukan perniagaan aku dan struktur hartanah dan kewangan. Ada ruang untuk membuka bisnis baru dan peluang untuk membeli hartanah baru. So, semua itu, akan dirancang adan diterperincikan agar dapat memaximakan untung dan mengurangkan kos pengeluaran.
ok, ini saje setakat arini . byeee

Wednesday, October 10, 2007

Rumah & Kedai x siap…(Part II)

Mengikut struktur perubahan kemajuan Bandar tempat aku ni, banyak perancangan yang aku lihat nak bina projek2 perumahan. Keluasan sehingga 150 ekar. Besar gak tu. Tambahan lagi Pembinaan Bandar pinggiran jalan utama. (sches, Bandar utama kecil lagi, dah nak bina Bandar pingiran) Ini semua akan menimbulkan kesan positif dan negative. Dari kesan positif, banyak orang kan memiliki rumah sendiri. Tempat aku ni, ramai sungguh nak beli rumah. Bayangkan ada koperasi tu baru je buat survey nak bina rumah. X sampai seminggu. Dah habis dibooking. Sampai orang2 marah x dapat peluang. Padahal aku tengok dari borang survey tu, harganye mak datuk mahal macam duk kat KL.. Bankrap2 Nampaknya kalau xde orang dalam, tertinggal la.
Secara amya kalau nak untung cepat boleh la beli umah kat kawasan aku, member aku beli rumah harga asal RM60k sekarang ni nilai dia jadi RM200k. Pelik betui aku. Kenapa la jadi macam tu. Besar sangat margin untung tu, Itu semua cerita adalah untuk tempat aku kat pendalaman ni. Tempat korang aku x tau la. Kalau rajin try buat survey sikit. Nak tengok progress nilai hartanah. Aku rasa mesti meningkat gak walaupun x banyak macam tu. So, seperiti yang dikatkan oleh, cikgu Azizi Ali kita tu, belilah rumah untuk tujuan pelaburan .
Macam mane pulak kalau xde duit beratus ribu ringgit tu? Betui gak yee. Bukan semua orang ada duit banyak tu. Tunggu … cerita aku lain kali.. byee

Tuesday, October 9, 2007

Rumah & Kedai x siap…(part I)

Arini aku sdang rilek2 kat umah sorang2. mak ayah aku xde p umah abang aku tengok cucu baru. Adik aku p kerja. So, duduk la sorang2 tersengih. Nak makan semangat posa masih tahap tinggi. Kena duk jaga umah sorang2. nasib baik terfikir nak buka computer. So, tulih la dulu apa nak post nanti dalam blog ni. Selalu aku ni, tulih masa online. So, banyak buang masa. Cara ni jimat masa dan dapat banyak ruang unutk berceloteh. Slow2 fikir. Arini nak tulih apa ye…
OH, Ya..
Minggu ni aku baru dapat surat dari loyer yang menyatakan bahawa pemaju umah aku tu telah submit surat untuk minta bayaran peringkat kedua. Aku just dapat surat je la. Yang lain loyer uruskan. Lantak la nak jadi apa. Risau gak sebab mengikut track rekod tempat aku ni, hampir semua projek perumahan mesti terbengkalai. Contohnya projek kedai yang aku beli dah terbengkalai hampir 10 tahun aduh..tensen aku.. Tapi lega gak. Harga kedai tu semakin meningkat. Bayangkan masa aku beli tu RM60,000 (harga asal RM40k) sejak 2004. tahun ni bulan 7 aritu, ada orang nak beli kedai x siap lagi dari aku dengan harga tawaran RM110,000. Ulang balik, RM110,000. Kenaikan sebanyak 50,000 dalam masa 3 tahun. Pakcik Kayo. Heeeee. Tapi aku x jual lagi, sebab tiada keperluan mendesak untuk pakai duit segera. Tambahan pula aku rasa makin hari makin naik harga dia kot. Harap2 macam tu..
Ok. bye

Monday, October 8, 2007

Entah pa-apa tah..

Assalammualaikaum, apa kabar semua.
Dah lama x post. Minggu ni ada masalah sikit. Dail-up phone aku x leh pasai terlupa nak p bayar bilnya. So secara auotmatiknye line telefon kena potong la. Sekarang TM strict sikit. Lambat bayar je terus potong line. Dari segi koporat, ia perkembangan yang bagus. Dapat menjana pendapatan sampingan yang aku rasa berbaloi gak la berdasarkan sikap rakyat Malaysia yang macam aku.
Lupa atau Terlupa ataupun buat-buat lupa.
Ini menunjukkan bahawa kita rakyat Malaysia ni kenalah berhati2 atas pergerakan ataupun lebih tepat pengurusan duit sendiri. Walaupun elemen semakin menjadi perhatian akan tetapi setiap tahun akan ada pergerakan orang baru mendapat banyak duit. (orang baru keje la tu). Elemeen ini masih tidak diambil berat biasanya oleh orang jenis ni. Maklumlah baru nak belajar pegang duit. Dulu payah nak pegang duit kerana duduk di bawah ketiak mak bapak. Kemudian masa belajar, first time pegang duit sendiri akan tetapi hanya lepas-lepas hidup sebab maklumlah bergantung kepada duit pinjaman (PTPTN! Bayar jangan x bayar) . Opss! Sebelum tu kat sini aku agak heran la, selalu kata duit x cukup siap minta duit kat PAMA lagi tetapi kalau bak bergaya kalau golongan koporat. Try tengok handphone. Waduh! Waduh! Canggih2 belaka. HP siap dengan pelbagai kemudahan. Dulu WAP, kemudian GPRS sekarang tengah hot 3G dan yang terbaru 4G(x sampai lagi kat Malaysia tapi dah ada orang pakai hp support 4g ni.) Naik pening kepala aku dibuatnya. Aku ni dari belajar sampai keje sekarang ni masih x reti nak pakai WAP tu. Payah2 jual hp tu, then beli Nokia 3310(bukan beli la, amik ayah aku punye. Jimat duit) WAP,GPRS,3G semua benda apa aku pun x tau. Pernah Tanya tapi lupa. Rasa2 platform untuk serve mobile internet . Ye la kot! Apa2 semoga mak ayah mereka tu bahagia..
Eh! Dah mengarut ke mana la aku ni. Mula cerita pasai lama x post tetiba lepas ke 3G pulak. Aku ni memang macam tu. Kalau dapat computer nak menulis, memang pelik2 je cerita. All in one. Xpe la. Janji hajat aku nak bercerita ni tercapai.. Kawan aku kata aku boleh la buat ebook sebab banyak idea. TERfikir gak, tapi nak cerita tentang apa aku bab2 mengarut cam ni expert la. Tapi kalau masuk bab serius ni, edeh…. Malas pulak nak fikir. Tengok la kalau ada cerita. Mungkin aku nak beli panduan membuat ebook yang ada dijual. Sape yee lupa pulak. Xpe kalau nak buat ,aku cari la author tu..
Ok lah sekatat ni. Byeee…

Wednesday, October 3, 2007

Kad Kredit (CC)

Ok semua, arini rasa dah nak start topic sebenar blog aku ni.. Dari matlamat asal aku ni, patutnya kalau orang ada masalah tentang kewangan, bolehla tanye aku ni atau sesiapa kat blog ni tapi ni terbalik pulak. Xpe la apa2 pun. Janji tentang kewangan.
Baru-baru ni, aku join comment kat blog Dr. kita, Irfan Khairi la. Dah lama aku follow blog Dr. kita ni. Tapi baru je rasa berani nak beri komen kat situ. Amik semangat kat WC forum. Antara tip Dr. yangaku komen adalah pasal tajuk kat atas ni la.. CC.
Aku kalau ada orang berdebat pasai CC ni , suka sangat la. Sebab secara amnye dalam perdebatan tu ramai sangat tak setuju kaedah CC ni padahal jumlah pengguna CC kat Negara ni bertambah dengan pesatnye.. Dah tak setuju kaedah bab2 berhutang nix yah la guna. Ini x, dia paling banyak guna. Pastu bila angka dalam bil dah banyak mula la rsa pening-pening nyamuk. Then, apa lagi bagi la komen membina memperkecilkan CC.
Bagi aku, tak ramai orang cam2. Mengikut statistic yang dikeluarkan oleh BNM, jumlah yang muflis akibat penggunaan CC ini kecil saje berbanding jumlah keseluruhannya. 0.8% je total nya dari berjuta-juta penguna CC( rasanye la, dah lupa angka betui).
Maknanye ramai lagi boleh survive dalam arus perdana ni. Contohnye di sekeliling aku sendiri, setiap kali ejen CC dari mana-man bank pun dating nak buat promote CC ni, gurantee punye mesti ejen tu tersengih sebab dapat banyak client baru. Padahal baru je minggu lepas ada ejen yang lain datang.
Xpe la dulu untuk bab ni. Nanti aku sambung dalam CC (part II).

Dah Start Bursa Online (Part II)

Gila betui… Last2 aku login balik tengok aku punye akaun. Slow2 tengok rupanye ada dalam my game profile. Cis!! macam mana aku boleh x perasan. Mungkin aku dah tengok tapi mane tahu function dia. Tu buat ignore jee.. padan muka.
Aku pun apa lagi terus play the game. Shopping la saham2. Nasib baik game, boleh la serbu je. Kalau Realiti tak mungkin aku buat cam tu, Sebab yang utama mana ade duit banyak cam2.

Bagi aku, game online bagus sangat bagi yang tak biasa trading saham ni. Oh ya, aku dah submitted untuk register CDS akaun dengan Maybank i-invest. Mungkin sehari dua ni, harap2 boleh settle la register aku ni. Ini merupakan detik permulaan untuk aku bergiat dalam arena yang sebenarnya aku dah lama minat dan pelajari. (tengok je orang tapi takde inisiatif untuk buat semua ni.)
Anyway thanks kepada geng2 kat WC sebab korang punye advise menyebabkan aku ni melangkah setapak maju ke hadapan. First aku dah ada blog aku sendiri and then dah mula usaha ke arah First RM dari computer ni.Insyaallah.

(panjang betui ari ni. Baik post 2x je la) Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

Dah Start Bursa Online (Part I)

Pada hari isnin lalu, maka bermulalah cabaran game investment. Aku pun apa lagi try la masuk web tu. Tapi malangnya entah kenapa line connection punyela sibuk. Nak masuk ke satu web tu punye la seksa. Kekadang ambik masa dekat2 15 minit. Cabaran sungguh. Dah la game main masa. Last2 dekat nak tutup sesi pagi barulah dapat login dalam akun sendiri. Lega……

Dah masuk apa lagi serbu la ikut strategi aku yang kuno tu. Aku beli dekat 10 saham gak. Mula-mula masa nak beli saham pertama iaitu TM, aku dah isi form dia tetiba dia kata nak trading pin plak. Kelam kabut apasal masa ni dia nak pin2 ni. Aku pun pening kepala mana nak cari pin tu. Siap masuk WC nak bukak Threads nak tanye kot2 ada member lain sedang online game jugak. Ini pun satu hal pulak. Aku terlupa camne pulak nak bukak threads baru. Pada hal dua tiga threads aku intro.. Aiseymennn.. (continue.. )

Sunday, September 30, 2007

Iklan Ads

Akum,

Ari ni aku cuba untuk memasukkan iklan nuffnang dalam blog aku . X leh pun. Cuba sana cuba sini. Message yang diterima " Format yang diberi tidak dapat diterima" (kalau dah lepas translate). Pening sekali lagi. rELAX LA DULU. OK BYEE

Friday, September 28, 2007

IDEA BARU YANG MEMENINGKAN

Ok semua, hari ni kurang sedikit ceria kerana aku tidak selesa. SElsema. aduhhh. tidak best langsung. semua serba tak kena. hidung berair sentiasa. cam ne nak buat. nak jumpa doktor maleh. duk la diam-diam n p keje cam biasa. bila selsema suara pun ada techinal error. tu paling tak best.

anyway, rasanye baru sikit aku melibatkan diri dalam family internet ni. dulu asyik jadi pembaca setia tanpa ada arah tuju macam kebanyakan 10 juta rakyat Malaysia yang lain. (ikut statistik yang banyak aku baca la.) Aku harap ini semua adalah detik permulaan yang bagus untuk kemajuan aku demi masa depan yang lebih nyata.

Tentang metarial untuk blog aku ni secara amnya sudah ada dalam otak aku ni. Tetapi banyak pulak rintangan nye, ia lebih daripada idea2 baru yang masuk dalam fikiran baru. Contohnya adakah aku sedah sepatutnya beralih arah ke web blog berbayar seperti kekawan yang lain? Secara plannye, memang aku nak terus buat web blog berbayar, akan tetapi fikir takut tak jalan sebab tu buat dalam blogspot ni. bila dah buat, rasa cam menyesal plak. sebab nanti nak ke pula pindah semua kat bweb blog baru tu. dah tinggal yang lama ni. Ada member aku kata just running je dua-dua blog tatpi aku ni jenis pening-pening lalat. tak boleh banyak buat keje dalam satu masa karang buat serabut kepala otak aku je dan keje jadi kelam kabut.

Takpe la, mungkin untuk tahun ini aku akan running dulu kat web ini. Tengok progres aku cam mane. adakah berjalan seperti yang diharapkan ataupun sebaliknya. Oklah, rasa cukup untuk ari ni. Segala pendapat tentang blog aku amatlah dialu-alukan. Byee.

Thursday, September 27, 2007

DARI SEMUA UNTUK SEMUA KEPADA SEMUA

Akum semua.. Ari ni baru je lepas bersahur.. alhamdulillah.. Satu benda aku perasan time post cerita kat dalam blog ni tengok2 pukul 3 dan 4 petang pulak. Mula2 rasa pening gak tetapi fikir-fikir betui gak sebab blog ni asal kat negara orang putih (eh! ye ke. negara mana ye...)

Dalam dua tiga hari ni aku berfikir apa metarialyang sesuai untuk blog aku agar selari dengan tagline dia. NASIHAT KEWANGAN. Fikir punye fikir baru aku teringat masa aku mula-mula create blog ni. Tajuk maretial aku seperti tajuk ari. Tapi entah apa sebab la terlupa pulak.

Maksud tagline ini adalah segala nasihat , panduan, peraturan atau apa benda sekalipun tentang kewangan seboleh-bolehnya dari anda semua sebab anda semua jugak yang akan menilai dan menggunapakai segal-galanye tu dan seterusnya diharapkan anda semua gak dan menyebarkan kepada kepada orang lain yang tidak mengikuti blog aku ni.

Itulah sebenarnya impian aku ni terhadap dunia internet sejak dari dulu. Aku mula-mula ber internet sejak tahn 1998 (lebih kurang kot. Lupak dah bila) Punye la lama dah aku ber internet. Terasa amat la rugi. Kalau la ada semua ni seperti forum cam sekarang aku ingat lain bebenor dah aku sekarang ini. dulu orang sembang gak tapi MIRC saje la.. (ada lagi tak benda tu.. Sangkut gak seorang dua guna benda tu. Heeeeeeeee. )

Oklah setakat ni saje untuk ari ni... Dengan adalah tagline ni aku harap-harap bolehla susun mana yang patut bidang atau perkara yang hendak diceritakan di sini oleh aku..

Sekian, TQQQQQQQQQQQQQQQQQQ. bye

Tuesday, September 25, 2007

SEKSA BETUL LA

Assalammualaikum.. apa kabar semua. Aduh seksa betul la nak post cite kat blog ni. Dah dekat 2 hari try. punye le slow. Tapi xpe dimana ada kemahuan di situ ada jalan.
Actually, sehari dua ni aku rasa gembira kerana dapat buat benda apa yang aku nak buat selama ni. Diucapkan terima kasih kepada otai2 kat forum wangcyber dan then x lupa kepada Dr. kita la iaitu Irfan Khairi. Dia punye cerita banyak bagus la.
Cerita intro punye la sudah tapi bila aku nak masuk ke topik blog aku ni. NASIHAT KEWANGAN. Minta maaf la yee. tapi rasa tangan ni dia masih mencari material apa yang hendak difokuskan di sini. Kot2 ada idea boleh beri tahu. Ok. Setakat ni saje cite arini. bye.

Sunday, September 23, 2007

DAFTAR BURSA GAME ONLINE

Hai, hari ini baru ada kesempatan untuk tulih dalam blog sendiri. (macam la sibuk. pada hal tidoq je. Heeeeeeee) . Firstly di bulan ramadhan ni, selamat berposa la dan kepada yang tidak boleh berposa dan sengaja tidak berposa, ingatlah tarikh-tarikh bila nak ganti balik 2. Wajib!!
Anyway, actully hari ini aku baru je daftar game bursa saham Malaysia. Baru boleh daftar hari ini, line clear.. maklumlah duduk kat tepi gua. jarang ada linee.. kalau kat bandar siap broadband lagi, takpee la. apa nak buat. Hidup mesti diteruskan.. Hari ni dateline untuk register game tu. Lega rasanya boleh daftar. Dah lama tak main game cam 2. Masa aku kat U dulu selalu gak main game online cam ni dengan member aku, Wak Lan( lama dah menghilang. apa cite sekarang. Rasa dia ni keje kat Computer Company. Lupa sykt apa. )
Ok. Dah masuk waktu Subuh kena buat yang paling wajib dalam hidup dulu.. Bye