Wednesday, December 12, 2007

Dinner freee

Baru2 ni aku ada ke KL atas mesyuarat ANGKASA tahunan. Selepas menghantar ayah aku balik kampong menaiki bas (aku datang dengan ayah aku. Kami dua2 p meeting), aku pun terus ke MIECC untuk menghadiri dinner anjuran sykt MPSB. Kawan online aku yang tawarkan tiket tu yang berharga RM220.00/pax. Dia tawarkan pad aku 5 tiket tetapi hanya aku je yang boleh p. Itupun buat confiden2 je p sana. Setelah jumpa member online aku ni, kami semua pun masuk ke dalam dewan. Aku tengok begitu banyak meja. Dianggarkan hampir 5000 orang datang malam tu. Maklumlah tiket free. Dah la 2, artis yang buat show tu pun ramai ziana Zain ada, maya Karin, Misha omar , artis budak Indo yang femes tu pun ada(x tau nama) dan paling penting penarik dia MAWI la. Tu yang penuh .
Di situ, sementara nak tunggu artis buat show aku pun berborak2 la dengan rakan semeja aku. Kenal la sepasang suami isteri dari Keramat. Borak2 aku dapat menjalinkan persahabatan dan bertukar contact. Insyaallah, aku akan berhubung dengan kakak itu lagi. Rasa tidak sia2 aku datang ke situ, dapat makan free kat hotel, tengok persembahan artis popular(siap amik gambar) dan paling seronok , dapat kawan baru. Apapun terima kasih kat kawan online aku ni, Bijan, offer aku datang dinner…

No comments: