Friday, November 30, 2012

Kejohanan Bola Baling Bawah 15 Tahun Kebangsaan 2012

salam.. agak lama tak updated blog.. masih sibuk dengan tugasan sewaktu cuti..

Hari ini kawan nak menceritakan tentang bola baling..

Mulai 28 Nov sehingga 2 December 2012, Pahang menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola baling bawah 15 tahun kebangsaan bagi tahun 2012 ini...

Secara umumnya, kejohanan yang berlangsung di Dewan besar SJK Cina Sg Jan, Jerantut melibatkan 8 pasukan lelaki dan 5 pasukan perempuan..

Berikut adalah senarai penyertaan mengikut kumpulan.

Group A - Lelaki

Pahang
Kelantan
Terengganu
Melaka

Group B - Lelaki

Johor
Perak
Selangor
N. Sembilan

Group Round Robin Perempuan

Johor
N. Sembilan
Kelantan
Selangor
Pahang

..
Berikut adalah senarai keputusan untuk hari pertama kejohanan..

P15 - Pahang 4 - 13 N. Sembilan
P15 - Selangor 7 - 12 Kelantan
L15 - N.Sembilan 22 - 12 Perak
L15 - Johor 20 - 15 Selangor
L15 - Pahang 19 - 21 Terengganu
L15 - Kelantan 17 - 8 Melaka

P15 - Pahang 10 - 9 Selangor
P15 - Kelantan 7 - 17 N. Sembilan
L15 - Johor 11 - 16 N. Sembilan
L15 - Perak 18 - 26 Selangor
L15 - Pahang 23 - 11 Melaka
L15 - Kelantan 11 - 19 Terengganu

P15 - Selangor 1 - 13 N. Sembilan
P15 - Pahang 2 - 13 Johor
L15 - N.Sembilan 9 - 8 Selangor
L15 - Perak - Johor


Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Aiduladha...

Salam..

Lama betul kawan tak menulis... xpe ler.. Sempena hari istimewa ni, kawan laratkan diri dan minda menulis di blog ni....

SELAMAT HARI RAYA AIDULADHA...... Kepada sesiapa yang membaca dan menyambutnya...

sekarang masih dalam mood belajar... kelas x habis lagi....

Nanti dah konvo kawan cerita... ok...

Thursday, September 13, 2012

Ucapan Penuh Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025

Salam..

Kawan sebagai orang yang terlibat secar langsung proses pelaksanaan pendidikan negara mengambil berat tentang pelan awal ini...

Kawan sebolehnya akan detail berkenaan beberapa perkara yang kawan rasa boleh diperhalusi lagi.

Xpe.. Secara perlahan-lahan..


KEMAJUAN DAN KEJAYAAN

Sistem pendidikan di Malaysia telah menempa banyak kemajuan sepanjang lebih lima dekad yang lalu. Hasil daripada Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan 1996, sehinggalah yang terakhir Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), sistem pendidikan kita telah mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan.

Enrolmen murid pada peringkat pendidikan rendah, termasuk di sekolah swasta, telah mencapai tahap hampir sejagat, iaitu 96 peratus (%) berbanding hanya 40% pada tahun 1950. Kadar enrolmen pada peringkat menengah rendah pula telah mencapai 91%, dan menengah atas 82%. Peningkatan yang signifikan dalam enrolmen disusuli oleh peningkatan dalam pencapaian murid. Kadar literasi remaja telah meningkat daripada 88% pada tahun 1990 kepada kadar hampir sejagat sebanyak 99% masa kini. Kadar literasi dewasa juga telah meningkat secara mendadak, iaitu daripada 52% semasa negara mencapai kemerdekaan kepada 93% pada tahun 2010. Kesemua pencapaian ini amat membanggakan kita.

Kerajaan juga telah memperuntukkan secara tekal sebanyak 16% daripada bajet negara setiap tahun untuk Kementerian Pelajaran. Pelaburan yang besar telah dibuat dalam latihan guru, emolumen dan pembinaan infrastruktur serta kemudahan asas pendidikan yang telah berhasil meningkatkan penyertaan murid pada peringkat pendidikan rendah dan menengah, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman. Hasilnya, jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar telah berkurangan. Dalam peperiksaan UPSR, jurang pencapaian murid bandar dan luar bandar telah berkurangan daripada 8% pada tahun 2005 kepada 4% pada tahun 2011.

Mutakhir ini, berkat usaha gigih warga pendidik dan kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi sektor pendidikan, enrolmen murid prasekolah juga telah berjaya ditingkatkan daripada 67% pada tahun 2009 kepada 77% pada tahun 2011. Penguasaan Literasi dan Numerasi murid juga telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Berdasarkan keputusan ujian LINUS 2011, kadar literasi murid kohort Tahun1 telah meningkat daripada 87% pada tahun 2010, kepada 95% apabila mereka berada di Tahun 2 pada tahun 2011. Begitu juga dengan kadar numerasi murid kohort yang sama telah meningkat daripada 87% pada tahun 2010 kepada 97% pada tahun 2011.

Semua kejayaan ini adalah hasil komitmen dan usaha gigih para guru, ibu bapa, anggota masyarakat dan kerajaan untuk meningkatkan pencapaian murid di negara kita. Namun, di sebalik lakaran kejayaan ini, masih banyak lagi yang perlu kita capai. Ketika sistem pendidikan kita menempa beberapa kemajuan penting sepanjang lebih lima dekad yang lalu, sistem pendidikan di negara-negara lain juga telah bergerak pantas dalam perlumbaan untuk menjadi sistem yang terbaik di dunia.

Dalam persaingan global yang semakin sengit ini, negara kita perlu bergerak lebih pantas ke hadapan. Walau bagaimanapun, pentaksiran pada peringkat antarabangsa menunjukkan pencapaian murid kita dalam beberapa bidang penting seperti Bacaan, Matematik dan Sains masih rendah berbanding murid di negara-negara maju. Misalnya, daripada 74 buah negara yang mengambil bahagian dalam ujian Programme for International Student Assessment atau PISA 2009, murid Malaysia berada di tempat sepertiga terbawah bagi Bacaan, Matematik dan Sains.

Hal ini perlu diatasi segera sekiranya negara kita ingin mengorak langkah lebih pantas dalam perlumbaan menuju negara maju. Tidak ada jalan pintas untuk kita melakukannya. Tidak ada tongkat ajaib yang boleh menjelmakan hasil yang terbaik dalam sekelip mata. Sebaliknya, kita perlu akur dengan realiti semasa, jujur melakukan pembetulan dan mengambil langkah berani untuk melonjakkan prestasi pendidikan negara.

PENYEDIAAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, 2013-2025

BERTITIK tolak daripada kesedaran ini, Kementerian Pelajaran telah memulakan usaha mengkaji semula sistem pendidikan negara pada bulan Oktober 2011. Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara telah dibentuk untuk mengumpul pandangan masyarakat umum mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Menerusi satu siri jelajah dialog pendidikan yang diadakan di seluruh negara, sebanyak 7,039 syor telah diterima daripada hampir 12,000 orang peserta yang mengambil bahagian. Kementerian juga telah menerima 156 memorandum daripada pelbagai pertubuhan dan individu. Selain itu, pandangan daripada Panel Penilai Bebas Malaysia dan Antarabangsa telah diperolehi dalam menyediakan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Kementerian juga telah mendapatkan input daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh UNESCO, OECD, Bank Dunia dan Institusi-Institusi Pendidikan Tinggi Awam tempatan.

Hari ini, ketika kita masih lagi dalam semangat sambutan ulang tahun kemerderkaan negara yang ke-55, tercatat satu lagi peristiwa penting dalam lembaran sejarah negara kita. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan yang akan memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Pelan ini tidak ubah seperti satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan pengharapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara.

MATLAMAT DAN PENDEKATAN

KEMENTERIAN Pelajaran akan mengorak langkah dalam menghasilkan suatu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Di samping itu, pada peringkat murid-murid pula, pelan ini menyasarkan 6 ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional.

Dalam merangka Pelan ini, 9 bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi. Sembilan perkara tersebut ialah:

* Pertama, memartabatkan profesion keguruan;

* Kedua, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah;

* Ketiga, meningkatkan kualiti sekolah;

* Keempat, memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran;

* Kelima, meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa;

* Keenam, mengukuhkan pelibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan;

* Ketujuh, meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja;

* Kelapan, memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber; dan

* Kesembilan, membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.

Daripada keseluruhan 9 bidang keutamaan ini, Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan, manakala anjakan yang lain merupakan perubahan operasi yang telah dan sedang dilaksanakan. Sama ada perubahan bersifat strategi atau operasi, semuanya menggambarkan perubahan amalan semasa.

11 ANJAKAN

ANJAKAN PERTAMA (1) ialah Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa. Hakikatnya, hari ini, murid dikatakan telah berjaya menguasai ilmu apabila mereka berupaya menganalisa maklumat, berfikir secara kritis, mengaplikasi ilmu secara kreatif dan berkomunikasi dengan berkesan. Inilah ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi yang telah pun dimiliki oleh murid di negara-negara maju.

Sehubungan dengan itu, Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian juga akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal selagi sekolah boleh menyampaikan hasil pembelajaran dan kandungan yang digariskan dalam kurikulum.

Seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu ini, kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana. Ini termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang, dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun berbanding enam tahun.

Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan akan dirombak untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu. Sebagai contoh menjelang tahun 2016, peperiksaan UPSR akan mengandungi 80 peratus soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.

Selain itu, tempoh pendidikan wajib juga akan dilanjutkan daripada 6 tahun sekarang kepada 11 tahun, dengan disokong oleh pelbagai inisiatif untuk mengekalkan murid dalam sistem pendidikan, termasuk memperluaskan laluan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional.

Untuk menjamin akses pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada semua murid, kerajaan akan meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus. Murid Orang Asli dan kumpulan minoriti, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran, akan menerima bantuan tambahan supaya mereka juga menikmati peluang yang sama seperti murid lain.

Dari segi penguasaan bahasa, Kementerian akan melaksanakan AJAKAN YANG KEDUA (2), iaitu memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini, Kementerian akan memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris. Kementerian juga akan meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 orang guru bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun.

Guru yang tidak mencapai standard yang ditetapkan akan mengikuti latihan intensif untuk meningkatkan kemahiran. Di samping itu, murid akan diberi pendedahan yang lebih meluas terhadap bahasa Inggeris dengan memperkenalkan modul Sastera Inggeris yang akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah.

Bagi memantapkan penguasaan bahasa Malaysia di semua jenis sekolah, kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi sekolah jenis kebangsaan. Dengan pelaksanaan kurikulum standard ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsan akan dimansuhkan mulai tahun 2017. Selain itu, Kementerian juga akan menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, bahasa Tamil atau bahasa Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.

Seterusnya, Kementerian akan melaksanakan ANJAKAN yang ketiga (3), iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar hari ini, anak-anak kita perlu memiliki nilai-nilai murni sejagat yang selaras dengan tuntutan moral, etika dan agama. Pada masa yang sama, sebagai warganegara, anak-anak kita juga perlu sentiasa dipupuk dengan semangat patriotisme untuk membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu.

Untuk itu, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini, kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang tahun 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role play), simulasi, perbincangan, dan tugasan dalam kumpulan kecil. Selanjutnya, Kurikulum Pendidikan Islam akan melibatkan tumpuan terhadap pemahaman nilai teras dan falsafah Islam serta agama-agama yang lain.

Bagi murid bukan Islam pula, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan murid Islam dan bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar. Program-program yang sedia ada seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan program 1Murid 1Sukan 1Kelab dan 1Badan Berunifom juga akan diteruskan.

Segala langkah yang akan diambil ini tidak akan berhasil tanpa sokongan dan dokongan guru-guru yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, kementerian akan melakukan ANJAKAN YANG KEEMPAT (4), iaitu meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Anjakan ini adalah selari dengan pandangan sebahagian besar peserta Dialog Nasional Pendidikan Negara yang mahukan kualiti guru diberikan keutamaan.

Untuk itu, kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan menyasarkan hanya 30% teratas daripada kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion keguruan. Selain itu, bagi guru-guru yang sudah berada dalam sistem, kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya berterusan guru-guru dengan melaksanakan program pembangunan kerjaya secara in-situ di sekolah.

Untuk menyokong peningkatan prestasi guru, kementerian akan menyediakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi. Dalam hal ini, guru berprestasi tinggi akan berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada gred DG41 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun yang merupakan purata tempoh kenaikan pangkat secara time-based yang baru.

Selain itu, kementerian akan memastikan guru memberikan tumpuan kepada fungsi teras pengajaran dengan mengurangkan beban pentadbiran; memperluaskan laluan kerjaya guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus; dan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu skim pensijilan yang dikaitkan dengan penguasaan kecekapan guru.

Seterusnya, ANJAKAN YANG KELIMA (5) ialah memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah. Untuk itu, kKementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi, serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai tahun 2013. Selain itu, kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah.

Kementerian juga akan menyediakan sokongan yang secukupnya kepada pengetua dan guru besar untuk membantu mereka meningkatkan prestasi sekolah. Untuk itu, Kementerian akan melakukan ANJAKAN YANG KEENAM (6), iaitu mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches atau SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Partners atau SiPartners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Para jurulatih ini bertanggungjawab memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi rendah, iaitu sekolah yang berada dalam band 5, 6 dan 7. Satu projek rintis akan dilaksanakan di negeri Sabah dan Kedah mulai Januari 2013, manakala pelaksanaan seluruh negara akan bermula Januari 2014.

Selain itu, untuk meningkatkan autonomi sekolah, kementerian akan membenarkan fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster, Sekolah Amanah dan sekolah-sekolah yang menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara. Dari semasa ke semasa, lebih banyak sekolah akan diberikan hak membuat keputusan dan akauntabiliti berdasarkan prestasi yang ditunjukkan.

Dalam dunia yang pantas berkembang hari ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran. Untuk itu, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KETUJUH (7), iaitu memanfaatkan (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui pelaksanaan 1BestariNet bagi kesemua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung tahun 2013. Dalam masa yang terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara interaktif.

Seterusnya, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KELAPAN (8), iaitu mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran. Struktur organisasi kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih. Lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD, iaitu agensi utama dalam rantaian penyampaian pendidikan. Dalam konteks ini, PPD bukan lagi semata-mata berperanan sebagai saluran penghubung antara kementerian dan sekolah, tetapi sebagai agensi penting yang terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah. Kementerian akan mengekalkan fungsinya dalam perancangan makro dan penggubalan dasar, manakala JPN akan memberikan tumpuan kepada penyelarasan dan penyampaian segala perancangan, serta menjadi penghubung yang penting antara penggubal dasar dan pelaksana di peringkat bawah.

Menyedari hakikat bahawa proses pembelajaran tidak hanya berlaku di sekolah, tetapi turut merangkumi aktiviti-aktiviti di luar sekolah yang melibatkan penyertaan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KESEMBILAN (9), iaitu memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta. Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), untuk membolehkan ibu bapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian. Perhatian khusus akan diberikan kepada usaha membantu ibu bapa luar bandar dan miskin bandar meningkatkan prestasi anak masing-masing.

Selain itu, pihak kementerian akan mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai tahun 2016. Untuk menggalakkan pelibatan sektor swasta dan komuniti, kementerian akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang tahun 2025 dengan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan yang berpotensi sebagai penganjur.

Saban tahun, sekitar 16% daripada bajet negara diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran, dan jumlah ini merupakan yang terbesar antara semua kementerian. Bajet pendidikan di Malaysia, sebagai sebahagian daripada KDNK juga merupakan satu daripada yang tertinggi di dunia.

Untuk itu, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KESEPULUH (10), iaitu memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, seiring dengan anjakan pengurusan kewangan negara ke arah Bajet Berasaskan Keberhasilan (Outcome-Based Budgeting). Kementerian juga akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberikan keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.

ANJAKAN YANG KESEBELAS (11), iaitu yang terakhir, ialah meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. Sepanjang pelaksanaan Pelan ini, semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian. Laporan Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan ini akan diterbitkan untuk tatapan umum mulai tahun 2013. Kementerian juga akan melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan pelan ini sesuai dengan sifat dinamis dan perkembangan semasa sektor pendidikan.

Pelan Pembangunan Pendidikan ini adalah satu dokumen komprehensif yang bukan sahaja mengenal pasti bidang-bidang keutamaan dan meletakkan sasaran-sasaran yang hendak dicapai, malah turut menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas, dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.

Misalnya, rakyat boleh menjangkakan dalam Gelombang Pertama pelaksanaan, iaitu dari tahun 2013 hingga 2015, akan berlaku peningkatan dalam kemahiran guru, kualiti pengajaran, keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah, dan mutu kepimpinan sekolah.

Dalam Gelombang Kedua pula, iaitu dari tahun 2016 hingga 2020, akan berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerjaya baharu; bahagian-bahagian di Kementerian distruktur semula untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang Pertama; dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula untuk memastikan ia sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia hari ini.

Manakala dalam Gelombang Ketiga, iaitu dari tahun 2021 hingga 2025, semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Kementerian akan memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan keluwesan operasi dan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah, serta membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran.

Keseluruhan anjakan ini akan memberikan impak yang besar kepada peningkatan kualiti pendidikan negara. Sekiranya kesemua 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang kita akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara, iaitu daripada pendidikan yang berfokuskan akses kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti.

Untuk itu, sepanjang tempoh pelaksanaan, pegawai-pegawai di Kementerian, khususnya kumpulan pengurusan tertinggi, mempunyai KPI masing-masing yang dikaitkan dengan pencapaian setiap sasaran yang ditetapkan. KPI ini akan disebarkan ke peringkat bawah, dari Kementerian hingga ke sekolah, untuk memastikan matlamat yang hendak dicapai adalah tekal dan selari.

Selain itu, Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampkian Pendidikan (Education Delivery Unit) untuk memacu pelaksanaan Pelan ini. Unit ini akan bertanggungjawab memantau kemajuan, menyelesaikan isu pelaksanaan, menguruskan komunikasi dengan pihak berkepentingan dan mengumpul maklumbalas secara berterusan. Pegawai yang ditempatkan di unit ini akan terdiri daripada mereka yang berbakat besar dan berpengalaman luas dalam mengurus transformasi, baik dalam sektor awam mahupun sektor swasta.

Dalam konteks ini, Pelan ini agak berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu. Di samping menghuraikan hasrat dan sasaran yang hendak dicapai, Pelan ini lengkap dengan kaedah pelaksanaan, dan strategi penyampaian yang jelas.Kementerian dimaklumkan oleh Panel Penilai Bebas Antarabangsa bahawa kajian semula sistem pendidikan kita telah dilakukan dengan amat teliti, dan kualiti analisanya menepati standard antarabangsa.

Inilah julung-julung kali dalam sejarah negara kita, satu pelan pembangunan pendidikan untuk rakyat disediakan hasil rundingan awam secara telus dan terbuka. Sukacita saya maklumkan di sini bahawa sehingga kini, lebih 90 peratus pandangan yang dikemukakan oleh orang ramai menerusi siri jelajah Dialog Nasional Pendidikan Negara telah diambilkira dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan yang saya bentangkan pada hari ini.

Selepas ini, kementerian akan mengadakan Hari Terbuka untuk membolehkan masyarakat umum meneliti kandungan Pelan ini, mendapatkan penjelasan dan mengemukakan maklum balas lanjut kepada kerajaan. Saya percaya, apabila pelan ini dibentangkan kepada Kabinet kelak dan dimuktamadkan pada bulan Disember nanti, apa yang terhasil adalah satu pelan pendidikan yang sarat dengan cita-cita dan harapan rakyat. Inilah tanda kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menzahirkan matlamat Dasar Transformasi Nasional yang berasaskan jangkaan dan pengharapan rakyat.

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidulfitri 1433 masihi...

Salam...

Sebulan kawan tak posting sempena ramadan.... Last post ucapan sempena Puasa,,,, Kali ini berkenaan raya pula...

Apapun kepada semua... Sudah hari raya bos...

Saturday, July 21, 2012

Selamat berpuasa kepada Semua... Jagalah kata-kata anda!


Salam...

Sempena sudah bermula bulan Ramadan ni, maka kawan mengucapkan Selamat Berpuasa...Hari ini bersahur agak lain sikit kerana tuan blog ni sudah mulakan ibadah puasa.. Kesian jer tengok dia bersahur.. xpe la.. Ajaran ke arah kesempurnaan ibadat Islam..amin.

Friday, July 13, 2012

38,549 calon dapat tawaran ke IPTA sesi 2012/2013

Salam..

Lama jugak tak updated blog ni.. Sekarang ni sibuk sikit menjalani proses kesihatan diri ...bab ini dah ok kawan akan tulis detail..

Hampir 39,000 orang dapat IPTA tahun ni... Maknanya lebih kurang 70 ribu entah ke mana hala tuju mereka selepas ini....

Harapnya isu ini akan diberi penekanan khas oleh kawan nanti..

PUTRAJAYA: Lebih 38,000 calon berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2012/2013.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa berkata mereka dipilih daripada 52,430 calon yang layak daripada 63,467 permohonan, dan surat tawaran rasmi akan dihantar mulai Isnin ini.

Bilangan calon yang layak menurun 1.5 peratus disebabkan beberapa faktor iaitu jenis kursus yang dipilih, mempunyai merit rendah serta tidak menduduki Malaysia University English Test, katanya pada pada sidang media, di sini, hari ini.

Rajhan berkata daripada 38,549 yang diterima itu, 25,372 atau 65.8 peratus adalah wanita, manakala dari segi aliran pula 57 peratus daripada aliran sains dan baki beraliran sastera.


Prestasi calon yang berjaya mengikut kaum pula menunjukkan bumiputera mencatat 70.2 peratus (27,455), Cina (86.4 peratus atau 8,986), India (72.8 peratus atau 1,384) dan daripada kaum lain 69.8 peratus.


Rajhan berkata 5,154 calon ditawar mengikuti lapan kursus kompetitif iaitu perubatan (875 orang), pergigian (170), farmasi (295), undang-undang (354), kejuruteraan kimia (666), kejuruteraan mekanikal (1,071), kejuruteraan elektrik dan elektronik (919), serta perakaunan 804 calon.

Untuk sesi akademik kali ini sebanyak 1,682 atlet negeri dan negara, 20 calon orang kurang upaya dan 22 daripada kelompok Orang Asli turut ditawar tempat ke IPTA, katanya.

Sementara itu, Rajhan berkata bermula tahun ini, semua IPTA berstatus universiti penyelidikan diberi autonomi mengenai pengurusan kemasukan pelajar ke institusi masing-masing iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

Sehubungan itu, sebanyak 2,015 calon yang berjaya ke IPTA akan menerima dua surat tawaran sama ada dari USM yang juga berstatus Apex (Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan) atau IPTA lain bertaraf universiti penyelidikan.

Calon terbabit menerima dua tawaran kerana mereka memohon secara serentak sama ada kepada USM atau universiti penyelidikan lain, katanya.

Rujhan berkata calon yang menerima surat tawaran perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari atau sebelum 22 Julai.

Calon juga boleh menyemak status permohonan melalui laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my bermula hari ini, atau menghubungi talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau menerusi Khidmat Pesanan Ringkas dengan menaip UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Mereka juga boleh datang ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di Kementerian Pengajian Tinggi Presint 5 untuk membuat semakan mulai hari ini sehingga 20 Julai.

Calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan melalui e-rayuan di laman sesawang http://upu.mohe.gov.my mulai hari ini dan berakhir 22 Julai.

Dr Rujhan berkata tarikh pendaftaran pelajar baharu ke IPTA ialah dari 1 sehingga 2 Sept.

Mengulas perkembangan lain, beliau berkata 683 calon yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 ke atas gagal mendapat tempat di IPTA.

"Seramai 105 mendapat PNGK 3.50 hingga 3.99 dan 163 calon lagi mendapat PNGK 3.00 hingga 3.49 tidak mendapat tawaran kerana tidak bersetuju menerima program di luar pilihan mereka.

"Seramai 87 calon yang mendapat PNGK 3.50 hingga 3.99 dan 328 calon menerima PNGK 3.00 hingga 3.49 pula gagal mendapat tempat kerana tidak memenuhi syarat am universiti atau syarat khas program pengajian yang dipilih," katanya.

Katanya terdapat calon yang memperoleh PNGK tertinggi iaitu 3.96 juga gagal mendapat tempat kerana memohon mengikuti kursus perubatan di universiti penyelidikan yang mensyaratkan PNGK 4.0 untuk kursus perubatan serta tidak mahu menerima tawaran kursus yang sama di universiti lain. - Bernama

Tuesday, July 3, 2012

Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan SMK Jengka 21

Salam...

SMK Jengka 21 telah mengadakan kejohanan Sukan Olahraga Tahunan 2012 pada 26 sehingga 28 Jun 2012 yang lalu..

Seperti tahun-tahun lepas, para pelajar telah dibahagikan kepada 4 rumah iaitu Satria, Putra, Saga dan Wira telah mengambil bahagian kepada 3 kategori iaitu L/P Bawah 13 tahun, Bawah 15 tahun dan Bawah 18 tahun.


Acara yang dimulakan ialah acara sukantara bagi acara lompat jauh dan 100 meter.. Semua peserta kelihatan bersungguh-sungguh mengambil bahagian ..

Akhirnya Keputusan Rumah Putra (Biru) telah memenangi kejohanan tahun ini. Mereka juga berjaya mengekalkan kejuaraan selama 4 tahun berturut-turut...

Tahniah dan syabas semua...

Gambar... Lain kali ler masuk..

Friday, June 22, 2012

Beza mengisi minyak pada waktu pagi dan petang..

Salam..
Sehingga post ni, kawan masih tidak sihat sejak balik dari kursus bola baling aritu.. So, ia dijadikan alasan untuk tiada idea apa-apa berita...

Hari ini semasa ronda2 di forum kawan, kawan ada terjumpa satu perkara yang selalu menjadi bualan iaitu isi minyak.. Seperti tajuknya, pelbagai tips diberikan...


Tapi kawan ada membaca post dari geng forum berkenaan fakta sebenar....


ok, disebabkan ada banyak pendapat tentang ni, saya cuba terangkan secara lebih terperinci.

langkah pertama: sebelum mengisi minyak, kita akan ke kaunter dan buat pembayaran. bangla yang jaga kaunter akan tekan number di touchscreen sesuai dengan jumlah harga yang kita mahu. contoh: RM 50, pam 3.

langkah kedua: kita ke pam, angkat nozzle, masuk dalam tank, picit, lock dan tinggal. pastu lepak-lepak jap, nozzle berhenti, kita simpan balik ke tempat nya, tutup tank, balik.

apa yang terjadi: sukatan pengisian minyak di malaysia pada stesen minyak moden menggunakan sistem komputer untuk detect minyak yang keluar dari nozzle. sensor isipadu terletak pada nozzle, bukan pada mesin atau komputer bangla tersebut. jadi, nozzle akan menyukat jumlah isipadu yang keluar dan berhenti setelah isipadu tersebut dicapai. nozzle hanya dapat mengesan isipadu minyak, sama ada ron95, ron97 atau diesel. nozzle sama sekali tidak menyukat gas, sama ada gas dari dalam tangki kereta ke udara bebas, atau gas dari dalam tangki stesen minyak ke dalam tangki kereta.

mitos yang jadi kepercayaan karut:
1. gas dalam tangki kereta menolak minyak yang akan masuk ke tangki, maka telah menyebabkan minyak masuk sikit.
kenyataan: gas tidak akan dapat menolak minyak. sebab nya minyak cecair, gas adalah gas. daya tujah cecair adalah lebih besar daripada daya tujah gas. maka tidak benar mengatakan gas dalam tangki dapat tolak minyak yang akan masuk ke tangki. minyak tetap masuk seperti biasa, dan setelah isipadu nya mencapai sukatan, minyak akan berhenti.

2. siang hari minyak masuk sikit. malam hari minyak masuk banyak.
kenyataan: jumlah minyak yang masuk ke tangki kereta adalah sama, tak kira siang, malam, petang, subuh atau senja. nozzle tetap menyukat minyak mengikut sukatan yang betul. kalau pun gas yang melalui nozzle, tidak akan disukat oleh sensor nozzle. sebab nya sensor hanya mengesan cecair, bukan gas. apa yang patut kita tahu, sangat jarang gas melalui nozzle kerana minyak disedut direct dari tangki bawah tanah. maka, saluran penyedut hanya menyedut minyak dan bukan nya gas. (akan saya explain dalam bentuk gambar rajah pada post berikutnya)

apa yang dapat kita lakukan untuk memaksimumkan jumlah minyak yang masuk ke tangki sewaktu mengisi minyak?
amalkan pengisian minyak dalam jumlah liter, bukan nya ringgit.
contoh: pengi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. pastu bayar RM 38. ini lebih baik daripada isi RM 30, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga dua tempat perpuluhan sahaja. maknya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM 30. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi RM 30, stesen minyak dah untung 9.4737 liter. itu kalau 1000 orang, kalau sepuluh hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas untuk pengisian RM 30 sahaja. bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini. sebab itu stesen minyak selalu buat program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM 30. mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai ringgit, bukan mengikut nilai liter.

kesimpulan: isi minyak malam ke, siang ke, tidak mempengaruhi jumlah minyak yang masuk ke tangki. nozzle tetap memasukkan minyak mengikut sukatan yang betul. minyak yang meruap menjadi gas tidak dihitung oleh nozzle. cuma, amalkan sentiasa mengisi minyak menggunakan sukatan liter.
semoga bermanafaat. assalamualaikum.

*penulis bertugas sebagai jurutera petronas dalam bidang calibration technical untuk wilayah tengah dan memantau semua pump station petronas di lembah klang.


Entah ler nak percaya ker tak nak.. Tapi kawan ni jenis percaya kepada fakta. Memandangkan penulis post berkenaan bukan calang-calang orang... so kawan akan cuba ikuti nasihat beliau... Mudah sikit sebab selalu kawan guna kredit kad beli minyak...

Kawan juga ada terbaca berkenaan perbezaan kualiti minyak di antara stesen2 minyak.. Sebab ada testimoni yang dibuat secara amali.. Mane eh.. kalau jumpa, kawan post....

Monday, June 11, 2012

Kursus Kejurulatihan Bola Baling Tahap 1 MAHF

Salam..

Mulai hari ini (11 Jun 2012) sehingga 14 Jun 2012 (Khamis) , kawan bersama 50 orang jurulatih-jurulatih dari daerah-daerah negeri Pahang telah terpilih (atau memlih diri)) untuk mengikuti kursus jurulatih bola baling tahap 1 kebangsaan .. Kursus yang julung kali diadakan di negeri Pahang diiktiraf sepenuhnya oleh Persekutuan Bola Baling Malaysia ..

Itu sahaja dahulu untuk diceritakan setakat ini.. Dari 70 orang yang dihantar nama, hanya 50 orang sahaja yang hadir kursus ini yang dianjurkan atas inisiatif Setiausaha Persatuan Bola Baling Olimpik Pahang, En Riduan bin Jamaludin.

UPdated.. tulis dah.. tapi ilang.. so layan gambar dulu.























Sunday, June 10, 2012

Keputusan Penuh Bola Baling MSSM 2012 (Kelantan)

Salam..

Berikut adalah keputusan penuh bagi kejohanan bola baling MSSM tahun 2012 yang berlangsung dari 3 sehingga 9 Jun 2012 bertempat di Kota Bharu, Kelantan.. Tahun ini, nampaknya pasukan Pahang bertambah kuat berbanding tahun2 dahulu... Walaupon dilanda pelbagai masalah sebelum ke kejohanan ini... Takpelah ..itu semua dugaan sahaja.. Cuma gelaran JOHAN masih belum dalam gengaman lagi..

Pahang cuma lagi tahun hadapan.. RAsanya Sarawak tuan rumah Bola Baling MSSM 2013 .. berebut tiket pulak nampaknya.... Usaha tangga kejayaan......

LELAKI BAWAH 12 TAHUN.

JOHAN = KELANTAN (Final 13-9)
N. JOHAN = PERAK
KETIGA = PAHANG
KEEMPAT = SELANGOR

PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN

JOHAN = JOHOR (Final 11-9)
N. JOHAN = TERENGGANU
KETIGA = PAHANG
KEEMPAT = KEDAH


LELAKI BAWAH 18 TAHUN.

JOHAN = KEDAH (Final 10-9)
N. JOHAN = PERLIS
KETIGA = KELANTAN
KEEMPAT = PERAK

PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN

JOHAN = PERAK (Final 11-10)
N. JOHAN = PAHANG
KETIGA = KEDAH
KEEMPAT = PERLIS


JOHAN KESELURUHAN ;

1. PERAK
2. PAHANG
3. KELANTAN
4. KEDAH



Nampaknya secara keseluruhan, berlaku peningkatan dari negeri-negeri bertanding.. Tidaklah bertumpu kepada negeri-negeri terbabit.. tiada negeri mendominasi acara bola baling... penyertaan juga sudah dari berbilang kaum.. tidak tertumpu dengn kau kaum Melayu sahaja.. Kaum Cina mula agresif ke arah kecemerlangan.. Cuma kaum India dan lain-lain masih tidak domimen lagi..

Tuesday, June 5, 2012

Perumahan Kos Rendah di Simpang Jengka 8 mula dibina semula..

Salam..

Hari ini ada semangat sikit nak menulis tentang kawasan kita ni.... Yer ler asyik salin dan tampal jer...

So, arini kawan nak bercerita tentang perumahan... Semua sedia maklum di Taman Gelanggi Perdana, Simpang Jengka 8 (panjangnya gelaran tempat tu)... Terdapat pelbagai rumah sedang dibina... Yang kawan tahu.. Banglow 12 biji, Semi D 50 biji dan lebih kurang 150 biji untuk rumah teres setingkat....

Kesemua itu sudah hampir siap dibina, cuma tinggal air, api dan jalan jer masih sangkut... Kes TNB ler ni... sama macam kes rumah kawan.. Sebab pemaju sama... Sebang ooo Sebang... Sambil tu kawan tengok kawasan bersebelah sungai tekam sebelah shell tu sudah dibina rumah teres setingkat .. Fasa 2 gamaknya.. tapi iklan tiada lagi.... karang jadi macam Taman Jengka Mahkota walaupon sudah diduduki masih tak terjual 80 unit lebih... Sape suruh jual mahal2... Macam mana gamaknya nanti taman perumahan dibawah koska .. tepi SK Desa Jaya tu.. Tanah dah sodok.... ramai dah call kawan bertanya.. Padahal mana ada apa lagi....

Berbalik dengan taman gelanggi perdan ni, sementara kawan selalu lalu dikawasan taman tu.. kawan terlihat ada aktiviti di kawasan perumahan kos rendah... Kawasan dahulu semak samun dah mula diterangkan separuh.... Dan kawan mula melihat ada aktiviti pembinaan di situ... Maksudnya sudah ada progress.. ye.. Sebelum diambilalih oleh Sebang.. Projek ni dikatakan milik sykt berkaitan nordin Wahid.. Konsep asal perumahan itu adalah pasang siap... dan jualan selepas selesai dibina.. Yer mungkin kekurangan dana penyebab terbengkali dan dijual kepad cina N9 ni..

eloklah tu, kawan dengar temuduga sudah dijalankan sejak 2006 lagi... ramai berminat rumah tu... maklumlah kos rendah.... Tapi bila sebut kos rendah, katanya rumah ibu tunggal di simpang Jengka 1, banyak tak laku lagi...

xpe.. kita layan gambar terbaru dahulu....














Sunday, June 3, 2012

Senarai Harga Rawatan Gigi Di Malaysia

Salam...

Hari ini pon kawan masih mengambil dan menampal atrikel menarik dalam dunia online... sesama kita manafaatnya..


Senarai harga rawatan Gigi yang disyorkan oleh Persatuan Doktor-doktor gigi Malaysia..

Di bawah ini senarai harga rawatan yang disyorkan oleh Persatuan Doktor-doktor gigi Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2007. Harga yang disyorkan ini adalah supaya klinik-klinik swasta dapat memberikan rawatan yang selamat dan mengikut panduan yang ditetapkan serta menjaga kualiti rawatan. Bahan-bahan pergigian serta jenis rawatan yang dibuat sekarang mestilah yang terkini dan mengikut peraliran zaman. Diharap ianya dapat memberi anggaran rawatan di klinik-klinik pergigian swasta di negara ini. Kebanyakan klinik ikut harga yang ditetapkan ini tetapi ada juga segelintir yang tidak mengikuti, samada terlalu murah ataupun terlalu mahal. Jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut berapakah harga yang di tetapkan bolehlah bertanya kepada klinik yang di kunjungi sebelum memulakan rawatan. Jadilah pengguna yang bijak..TANYA DULU HARGA RAWATAN SEBELUM DI RAWAT.”

1. Diagnosis
a. Consultation – 25 ke atas
b. X-ray periapical atau bitewing – 20 ke atas
c. x-ray panoramic atau cepahamoletric ( utk rawatan orthodontik) – 60 ke atas
d. x-ray occlusal – 40 ke atas

2. Tampalan
I) Amalgam
a. simple – 50 ke atas
b. Complex – 65 ke atas
c. pin – 30 setiap pin

II) tampalan sewarna gigi ( GIC/Composite)
a. Gigi depan simple – 80 ke atas
b. Gigi depan complex – 150 ke atas
c. gigi belakang simple – 80 ke atas
d. gigi belakang complex – 200 ke atas
e. composite veneers – 250 ke atas

III) Tampalan Sementara – 40 ke atas

3. Crown

I) Ceramic – 1000 ke atas

II) Porcelain bonded to metal crown ( Luar porcelin dalam metal)
a. non-precious metal – 650 ke atas
b. semi-precious metal – 850 ke atas
c. precious metal – 1200 ke atas

III) Full metal crown
a. non-precious metal – 600 ke atas
b. precious metal – 1000 ke atas

IV)Post and core – 250 ke atas

V) Stainless steel crown ( utk kanak-kanak) – 250 ke atas

VI) Ceramic veneers – 1000 ke atas

4. Inlays & Onlays
a. Non-precious metal – 400 ke atas
b. precious metal – 800 ke atas
c. ceramic – 800 ke atas
d. composite – 400 ke atas

5. Simen semula crown yang tanggal – 60 ke atas

6. Rawatan saraf
I) Pulpotomy ( untuk kanak-kanak) – 150 ke atas per visit

II) Rawatan saraf ( dewasa)
a. Gigi depan – 400 ke atas
b. gigi geraham kecil( premolars) – 600 ke atas
c. gigi geraham besar ( molar) – 850 ke atas

III) Rawatan saraf secara pembedahan – 1000 ke atas

* semua harga rawatan saraf tidak termasuk harga tampalan

7. Periodontik
a. Scaling & polishing ( cuci gigi) – 85 ke atas
b. Polishing saja – 65 ke atas
c. Root planning ( cucian ke atas akar) – 80 ke atas utk sebatang gigi
d. simple perio flap surgery – 1000 ke atas ( per quadrant)
e. complex perio surgery dengan graft procedures – 1500 ke atas

* harga graft dan GTR tidak termasuk

8. Harga Gigi Palsu

I) Gigi separuh penuh ( partial denture)
a. tapak acrylic dengan sebatang gigi – 200 ke atas
b. tapak cast metal dengan sebatang gigi – 500 ke atas
c. tambahan gigi – 40 ke atas

II) Gigi palsu penuh
a. tapak acrylic utk atas saja atau bawah saja – 800 ke atas
b. tapak acrylic utk dua2 atas dan bawah – 1600 ke atas
c. tapak cast metal utk atas atau bawah saja – 1200 ke atas

III) Reline
a. gigi palsu tak penuh – 80 ke atas
b. gigi palsu penuh ( dibuat di klinik) – 200 ke atas
c. gigi palsu penuh ( dihantar ke lab) – 300 ke atas

IV) Tambahan gigi ke gigi palsu sedia ada
a. gigi pertama – 85 ke atas
b. tambahan gigi – 40 ke atas

V) repair gigi palsu atau tambahan clasp (cangkuk) – 60 ke atas

9. Cabutan

I) cabutan gigi dewasa
a. gigi depan – 60 ke atas
b. gigi belakang – 80 ke atas
c. cabutan susah – 350 ke atas

II) cabutan gigi kanak-kanak
a. gigi depan – 40 ke atas
b. gigi belakang – 60 ke atas

III) cabutan gigi geraham bungsu secara pembedahan kecil – 600 ke atas

IV) Biopsy dan report – 200 ke atas

V) Incision and drainage ( pembuangan nanah) – 70 ke atas

VI) Post operative review per visit ( rawatan susulan selepas cabutan bermasalah/pembedahan) – 25 ke atas

VII) Rawatan pendarahan berpanjangan selepas cabutan – 80 ke atas

* Ubat di caj berasingan

10. Rawatan Pencegahan

a. Florida – 80 ke atas
b. Fissure sealant utk sebatang gigi – 70 ke atas
c. Preventive resin restoration – 80 ke atas

11. Orthodontik (braces – pendakap gigi)

a.Simple removable appliance ( boleh tanggal-tanggal) – 1500 ke atas
b.Braces – 4000 ke atas
c. Functional appliance – 2000 ke atas
d. Retainer – 400 ke atas

12. Harga Implant Gigi (harga tanam gigi)

a. Prosedur implant ( termasuk skru dan healing cap) – 5000 ke atas sebatang
b. Prosedur prosthetic – 3000 ke atas
c. prosedur sinus lift – 2000 ke atas
d. prosedur tissue grafting – 3000 ke atas
e. surgical stent – 250 ke atas
f. bone maping – 250 ke atas
g. Prosedur guided bone regeneration dengan membrane – 2000 ke atas
h. Prosedur guided bone regeneration tanpa membrane – 1500ke atas
i. implant dengan bantuan komputer – 3000 ke atas
j. Prosedur stage 1 – 3000 ke atas
k. Prosedur stage 2 – 3200 ke atas
l. crown sementara – 1000 ke atas

* harga tidak termasuk consultation, planning, model gigi, x-ray, bahan graft, permanent crown, bridge dan gigi palsu

13. Lain-lain caj

a. dental report ( untuk insuran, peguam, dan lain-lain) – 200 ke atas
b. custamize sport mouth guard – 400 ke atas
c. night guard ( utk mereka yang gesel gigi) – 400 ke atas
d. merawat gigi sensitive utk sebatang gigi – 40 ke atas
e. pemutihan gigi
I) satu gigi – 100 per visit
II) di rumah – 800 ke atas
III) di klinik gigi – 1500 ke atas
f. house call – 150 ke atas
g. hadir ke mahkamah utk keterangan – 250 ke atas
h. non-expert witness – 500 ke atas
i. expert witness – 1000 ke atas
j. attending dentist statement ( utk insuran) – 50 ke atas

Anda yang menghidapi masalah gigi, sebelum membuat rawatan boleh lah rujuk list di atas tu untuk dijadikan panduan semasa survey harga di klinik gigi. Setiap masalah gigi, kosnya berbeza, ada yang mahal, ada yang murah. Tambah-tambah pula jika dibandingkan kos klinik gigi kerajaan dengan kos klinik gigi swasta, contohnya: harga sebatang gigi palsu dengan tapak paling murah di klinik swasta sekitar RM100, manakala yang murah di klinik gigi kerajaan dalam RM12.

TIPS: Serbu saja mana-mana dental hospital di Universiti dan dapatkan rawatan Percuma! Anda pasti akan dilayan dengan baik sekali oleh bakal-bakal Doktor Gigi Malaysia. Sebab, Pertama; bakal Dr gigi memerlukan anda untuk pengajian mereka. Kedua; Pensyarah mereka akan memantau hasil kerja dan membuat penilaian. Maka mereka wajiblah buat dengan sebaik mungkin











Friday, June 1, 2012

Luas dan jarak.. Relung?.. Berapa luas yer..

Salam..
Masih tiada idea nak tulis apa.. so cpoy n paste...

Tahukah anda?

Jarak

1 kaki(ft) = 12 inci
1 m = 3.3 ft atau 1.09 ela
1 km = 3300 kaki
1 batu = 1.609344 km
1 batu nautika = 1.852 km

Keluasan tanah

1 hektar = 2.471054 ekar
1 hektar = 3.4749196 relung persegi
1 hektar = 10 km persegi

1 ekar = 4046.86 meter persegi (4.046.86 km persegi)
1 ekar = 0.4047 hektar
1 ekar = 1.40625 relung persegi

1 relung = 2,877.764 meter persegi (2.877.764 km persegi)
1 relung =0.28777 hektar
1 relung = 0.71111111 ekar


Berapa ukuran berat?

Kilo
1 kilogram adalah sama dengan 1000 gram.

Pound (lb)
1 pound beratnya lebih kurang 454 grams.
1 kilogram adalah sama dengan 2.2 lbs.
Terdapat 16 ounces didalam 1 pound.

Ounce
Ounce(oz) 1 oz= 28 grams
1lb= 16 oz

Quart (qt)
Qt digunakan untuk ukur cecair.
1 qt equal to approximately 1.14 litres di Britain, or 0.95 litres in the US
Qt atau quart is so called because it is a Quarter of a Gallon.



kt to malaysia makmur

Wednesday, May 30, 2012

Ekzos Kereta Bising.. Apa maknanya kepada Orang Melayu??

Salmm.. kawan baru melayari fsebuah forum, tetiba terjumpa persoalan yangagak menarik untuk dibincangkan...

Mari kita baca sama-sama...


Kenapa Ekzos Kereta Orang MELAYU Bising?


Oleh: Ahmad Henry
3.29 pm. Burger King, Medan Gopeng

Ada banyak cara untuk melihat sikap seseorang individu. Namun, untuk melihat ciri-ciri kelompok, ia tidak semudah menilai individu. Individu yang suka mencarut misalnya, kita boleh mentafsirkannya sebagai orang yang suka memikirkan pada benda yang dicarutnya. Itu tidak sukar. Yang sukarnya ialah, untuk mentafsirkan kelompok mana yang suka mencarut. Kelompok di sini merujuk kepada bangsa, atau latar belakang, umur, dan sebagainya.

Di sini saya ingin bercerita tentang kelompok yakni bangsa Melayu. Saya cuba mengaitkan bangsa Melayu ini dengan kemiskinan, kemudahan berhutang, sikap suka menunjuk-nunjuk, dan mengapa kereta atau motor orang Melayu paling banyak bising berbanding kaum-kaum lain.


Ekzos Bising

Kalau anda jujur, tanya pada diri anda, kenderaaan milik bangsa mana paling banyak menggunakan ekzos berbunyi bising. Tentu anda akan kata, bangsa Melayu. Ini bukanlah kerana bangsa Melayu paling ramai di Malaysia. Kalau dihitung menggunakan nisbah dengan kaum lain, bangsa Melayu menepati statistik paling ramai menggunakan ekzos bising.


Soalnya di sini, mengapa?

Orang Melayu Kebanyakannya Belum Mampu

Jawapan yang saya dapat ialah, orang Melayu sebenarnya masih belum mampu untuk berkereta. Mampu yang saya maksudkan di sini bukannya mampu membeli secara tunai kerana orang Cina pun beli kereta secara hutang. Untuk lebih adil, biar saya istilahkan mampu di sini dengan makna, mampu membayar hutang bulanan mengikut jumlah pendapatan bulanan.


Rata-rata pemuda Melayu yang bergaji serendah RM800 sebulan hari ini sudah mula membeli kereta dengan bayaran setinggi RM300 sebulan. Maknanya, lebih suku gajinya dibayar untuk kereta. Bagi melayu kelompok ini, saya kelaskan sebagai kurang mampu. Ini kerana, dengan baki pendapatan sebanyak itu, ambil kira kos-kos hidup yang semakin meningkat, tidak mungkin kehidupan yang selesa dapat dinikmati.


Tak Mampu, Tapi Tonjolkan Kemampuan

Naluri manusia suka kepada menonjolkan diri. Yang tak kuat suka tunjuk kuat. Yang tak lawa, mekap sampai lawa. Yang tak pandai bercakap, sibuk mencelah walaupun merapu. Begitu juga halnya dengan kereta. Kereta yang kecil mahu dilihat besar. Kereta yang murah mahu dilihat mahal. Kalau boleh, biarlah orang tahu dia ada kereta, walaupun pendapatan bulanan ciput.

Cuba tuan-tuan dengan hati yang jujur lihat di jalan-jalan raya. Ada tak kereta-kereta mewah atau separa mewah seperti BMW, Mercedes, Audi, Ferrari, Hoda Civic Type R, Lancer, dan yang seumpamanya berekzos bising. Kereta mewah hampir tiada yang bising. Separa mewah, ada bising, ada yang tidak. Kalau ada pun, sangat kurang.

Nyata yang banyak berekzos bising ialah kereta-kereta berharga murah, terpakai, dan pemilik kedua. Antara yang paling banyak saya lihat berekzos bising ialah Wira, Satria, Kancil, dan beberapa kereta import terpakai yang rata-ratanya hutang bulanan untuk kereta ini ialah sekitar RM300. Kereta-kereta seumpama ini majoritinya ialah milik orang-orang Melayu, dan sedikit India. Bagi kaum Cina yang memiliki kereta jenis ini, hampir tidak ada yang mengubah suai ekzos menjadi bising.

Jadi, berekzos bising di sini ada kena mengena dengan masalah hati iaitu suka menunjuk-nunjuk dengan apa yang ada. Bagi orang yang waras berfikir, kereta ialah keperluan. Tapi bagi orang yang malas berfikir, kereta ialah untuk menunjukkan dia mampu.


Kenapa Saya Tulis Benda Ni?

Ketika saya menulis artikel tak seberapa ni, saya berada di Burger King Medan Gopeng, betul-betul di tepi jalan menghala ke Simpang Pulai. Saya di sini untuk mengupdate kedai-kedai online yang saya buat secara part time sempena cuti sekolah ni. Sepanjang cuti sebulan ni, mungkin di sini la saya 'bertapa'. Sambil mencari ilham, saya melihat ke jalan raya dan memerhatikan sikap-sikap pemandu jalan raya. Dari sini la saya mendapat ilham untuk menulis.

Suka saya berpesan kepada diri sendiri dan pembaca sekalian. Jika anda tergolong dalam kalangan pemilik kereta seperti di atas, berubahlah. Kalau kecil tak perlu tunjuk besar. Yang murah tetap murah, ia tidak akan menjadi mahal dengan mempamerkan buruk laku dengan menyakitkan hati khalayak sekeliling. Anda itu MELAYU. Jangan LAYU.


So. apa pendapat anda?... Betulkah nukilan bro ni.... Ker saje jer nak buat cerita di blog beliau...


Tepuk Dada Tanya Selera.... Mau kuah kari atau kuah kacang dhal.heheeeeeee
So,

Monday, May 21, 2012

Hari Guru 2012..Dari Hati Kawan..

Salam...

Walaupon seminggu berlalu, raanya tidak terlambat untuk kawan mengucapkan selamat hari guru kepada semua manusia yang bergelar guru.. tidak kira anda semua mengajar dimana2.. di rumah (tok Haji ajar mengaji), di universiti (profesor), di pentas (mentor mengajar menyanyi ) dan semualah... anda tergolong sebagai seorang guru.. Cuma Malaysia biasanya menetapkan guru itu mengajar di sekolah..

Xpelah... istilah sahaja.....

Tahun ini sama sahaja sambutan seperti tahun-tahun sudah untuk sekolah kawan.. sukaneka, ucapan perutusan, nyanyian,persembahan guru dan murid dan diakhiri dengan jumuan.... itulah sambutan hari guru... Macam mana nak buat, terima jer lah... ada ada kesempatan, kawan ingat nak tukar konsep sambutan nanti.....

xpe.. Kebetulan tahun ini, kawan merasa agak gembira kerana TS muhyddin Yassin selaku TPM dan Menteri pelajaran mengumumkan bahawa seramai 24,000 lebih guru akan dinaikkan pangkat secar time based... Kawan gembira sebab salah seorang yang nai pangkat itu adalah kawan ler...

Ceritanya begini, Untuk tahun ini terdapat keistimewaannya tersendiri terutamanya kawan.. Bagi PPPS yang sudah berkhidmat 8, 9 dan 10 tahun dlam DG41 maka, tahun ini akan dinaikkan kepada Gred DG44...

Untuk yang posting atau dilantik DG41 pada 1.1.2002 sehingga 31.12.2002, maka tarikh lantikan DG44 ialah 1.1.2012
Untuk yang posting atau dilantik DG41 pada 1.1.2003 sehingga 31.12.2003, maka tarikh lantikan DG44 ialah 7.1.2012
Untuk yang posting atau dilantik DG41 pada 1.1.2004 sehingga 14.1.2004, maka tarikh lantikan DG44 ialah 14.1.2012
Untuk yang posting atau dilantik DG41 pada 15.1.2004 sehingga 31.12.2004, mak tarikh lantikan DG44 ialah sama tarikh dilantik DG41...sebagai contoh DG41, 3 April 2004, maka DG44 pula akan dilantik 3 April 2012 nanti...

Maka, berbunyilah pelbagai pihak terutamanya yang sudah genap 9 atau 10 tahun perkhidmatan mereka di DG41...Mana aci, beza setahun perkhidmatan diganti hanya 7 atau 14 hari di DG44... Itu satu pihak, seorang lagi meber kawan yang dilantik DG44 pad 1.9.2011 juga merungut... beza kawan dengan dia dari 3 tahun (lebih kurang) kepada 3 bulan jer...

Itu yang nyata diumumkan.. Bagi kawan, nak buat macam mana .. Ini tahun peralihan..Mesti ada yang untungnya lebih dan ada yang untungnya kurang.. Bukan rugi yer...

Kawan punyer, Gred jer naik dari 41 ke 44 tetapi gaji tiada banyak perbezaannya... Berbanding member kawan yang 10 tahun tadi akan mendapat kenaikan gaji sebanyak RM600 lebih, kawan rasanya hanya kenaikan gaji tahunan sahaja pergerakannya.. Nak sedih pon ada.. Sebab gaji kawan dah dalam golongan 44 dah.....Macam KGT dulu dari 90 ke 225...Kawan tidak begitu...KGT kawan dah 150. So, naik 75 sahaja ler... Opsss.. naik 100 sebab dah 44....Tq kerajaan....

Sebenarnya ada banyak kes lagi yang tepencil melibatkan guru2 ni... Kerajaan nak melaksanakan sesuatu yang adil dan saksama bagi semua guru, rasanya tidak kesampaian ler....

Orang kata , kawan sangat beruntung... Umur baru awal 30-an dah DG44.... Tapi kawan nak bercerita sebenarnya ada ramai lagi beruntung dari kawan.. Seorang guru berumur 37 tahun yang dilantik PGK Ko-ko tetiba mendapat gaji+elaun hampir RM6k lebih gara naiktaraf jawatan GPK ke DG48... di Pahang ini difahamkan ada 2 orang sebegini..Seorang di Jerantut seorang lagi di Kuantan. Rezeki mereka...

Nak lagi kes rezeki.. Time kecoh2 pensiswaahan GB dahulu.. ada 2 orang GB yang kawan kenal mendapat DG41 dan dalam masa setahun pula mendapat DG44..Dengar sekarang, slah seorang dari mereka sedang mmangku DG48 (setelah 3 tahun di DG44)... Laju gila...Pada Kawan dan 29,000 guru lantik terlebih dahulu di gred DG41.. Itu rezeki mereka..

Orang lama2 kata ini adalah hasil perjuangan set2 mereka di dalam NUTP yang diketuai oleh SUAnya, Mdm.... ..(lupa nama)..
Mereka berusaha keras untuk mendapatkannya, so mereka dapat ler... Yang golongan muda pula asyik bising di kantin2 sekolah dan bilik guru menyatakan NUTP itu hak milik guru bukan siswazah... padahal mereka sendiri, bila suruh pergi ke mesyuarat NUTP, pelbagai alasan diberikan ...Jauh ler, segan ler dan lelain... Sepatutnya gunakan undi mereka untuk menyokong sesiapa yang memperjuangkan mereka..(hheee..Macam bunyi nak bertanding jer)..

Bila sebut bertanding, begitu juga dengan pemilihan dalam koperasi ANGKASA..Koperasi sekolah meliputi 40% keahlian ANGKASA.. Jika semua bersatu padu, maka senang nak bersuara...Ni tidak, rasanya tiada sorang pon JKT ANGKASA terdiri dari guru... (hehe...memang macam bunyi nak bertanding sangat ni..)..

Alamak!!1... Panjang bebenor post kali ni... Seronok bila tulis bab cikgu ni..BBanyak isu boleh ditulis,.... Biasanya maleh ler....
ok..bye.. layan gambar sekitar hari guru sekolah kawan...











































Friday, May 11, 2012

16 bahan mentah bernilai di dunia..

Salam...

Buat sementara ini, kawan masih tiada idea nak tulis apa...

so, kawan ingin berkongsi apa yang kawan jumpa sewaktu berjalan-jalan pada waktu petang ni...

Mod kalau dah ada kasik delete cam biasa...



1. Antimatter
Terdapat beberapa kegunaan yang berlainan bagi antimatter, yang utama ialah untuk diagnostik perubatan di mana positron digunakan untuk membantu mengenal pasti penyakit-penyakit yang berbeza dengan Tomografi Pancaran Positron (atau imbasan PET). Tetapi dalam realiti, membuat antimatter begitu sukar bahawa ia adalah sukar untuk meramalkan ia pernah digunakan sebagai bahan api dorong. Dalam usaha untuk menggerakkan kapal angkasa perkara yang berat tan beberapa sehingga kelajuan cahaya, anda memerlukan satu jumlah sama daripada antimatter dan menggunakan teknologi yang ada sekarang, ia akan mengambil masa berjuta-juta dan berjuta-juta tahun untuk menghasilkan jumlah yang mencukupi.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai gram antimatter, anda boleh memandu kereta anda selama kira-kira 100,000 tahun!



2.Californium
Oleh kerana kalifornium adalah sumber yang sangat cekap neutron, banyak kegunaan baru dijangka. Ia telah didapati digunakan dalam tolok kelembapan neutron dan dalam dan pembalakan (penentuan air dan lapisan minyak-bearing). Ia juga digunakan sebagai sumber neutron mudah alih untuk penemuan logam seperti emas atau perak dengan analisis pengaktifan on-the-spot. 252-Cf kini ditawarkan untuk dijual oleh ORNL pada kos $ 10/mg. Sehingga bulan Mei 1975, lebih daripada 63 mg telah dihasilkan dan dijual. Ia telah dicadangkan bahawa kalifornium boleh dihasilkan dalam letupan bintang tertentu, dipanggil supernovae, pereputan radioaktif 254Cf (55 hari separuh hayat) bersetuju dengan ciri-ciri lengkuk cahaya letupan itu yang dicerap menerusi teleskop. Walau bagaimanapun, cadangan ini dipersoalkan. Kalifornium juga digunakan dalam terapi kanser.


3. Diamond
Pemotong industri paling dipercayai... Alat pemotong berlian memotong lebih cepat dan tepat daripada alat-alat lain. Logam boleh dihiris nipis daripada rambut manusia oleh gergaji berlian.Berlian bertatah adges yang boleh memotong bahan keras seperti batu, konkrit dan sesetengah logam.Diamonds yang digunakan untuk mengeluarkan wayar halus, seperti wayar yang digunakan dalam pemanggang elektrik.


4. Tritium
Pencahayaan tritium penggunaan tritium gas, isotop radioaktif hidrogen, untuk mewujudkan cahaya. Tritium mengeluarkan elektron melalui pereputan beta, dan apabila mereka berinteraksi dengan bahan fosfor, lampu neon dicipta, proses yang dipanggil radioluminescence. Sebagai pencahayaan tritium tidak memerlukan tenaga elektrik. Penggunaan meluas dalam aplikasi seperti tanda-tanda pintu kecemasan dan penerangan jam tangan. Lebih baru-baru ini, banyak aplikasi yang menggunakan bahan-bahan radioaktif telah digantikan dengan bahan-bahan perpendaran gelombang cahaya.


5. Taffeit
Taaffeite adalah permata warna ungu dikatakan berjuta kali sukar didapati berbanding dengan berlian. Kerana sukar diperolehi ia hanya digunakan sebagai batu permata. Taaffeite adalah mineral yang sangat jarang berlaku, sebuah kompleks oksida (hidroksida), magnesium, berilium dan aluminium, yang terletak berhampiran spinel dibezakan dan sukar daripada itu. Ia terjadi sebagai kristal euhedral yang terpencil. Kristal spinel yang paling kerap ditemui, dan lain-lain mineral yang serupa visual membezakan kesan kehadiran birefringence, batu-batu yang boleh didapati di bawah siasatan lanjut dengan kaedah moden. Beberapa ratus salinan taaffeita (terbesar taafeite yang dikenali berat 9,31 karat) dan telah dijumpai di Tanzania hanya dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Ini adalah permata yang jarang dan sangat berharga. Diproses dipotong. Harga dunia adalah di antara taafeite aspek dari 2,000 hingga $ 10,000 setiap karat....


6. Painete
Painite adalah mineral borat sangat jarang berlaku. Ia pertama kali ditemui di Myanmar oleh British mineral dan permata peniaga Arthur CD Sakit pada tahun 1950-an. Apabila ia telah disahkan sebagai spesies mineral baru, mineral telah dinamakan sempena nama beliau.


7. Plutonium
Bahan beradiasi yg penting dalam pembuatan... Explosives,Mixed oxide fuel,Power and heat source...


8. LSD
Lysergic acid diethylamide...
Terkenal dengan kesan psikologi yang boleh termasuk proses berfikir yang diubah, visual mata tertutup dan terbuka, synaesthesia, rasa diubah masa dan pengalaman kerohanian. Ia digunakan terutamanya sebagai dadah entheogen, rekreasi, dan sebagai agen dalam terapi Psychedelic. LSD adalah bukan ketagihan, tidak diketahui menyebabkan kerosakan otak, dan mempunyai ketoksikan sangat rendah berbanding kepada dos, walaupun di dalam kes-kes yang jarang berlaku kesan advers psikiatri seperti kebimbangan atau khayalan.


9.Cocaine
Kokain (benzoylmethylecgonine) (INN) adalah alkaloid tropane yang berhablur yang diperoleh dari daun tumbuhan koka. Nama ini berasal daripada "koka" Selain alkaloid akhiran-Ine, membentuk kokain. Ia adalah perangsang sistem saraf pusat, penahan selera makan, dan anestetik topikal. Khusus, ia adalah serotonin-norepinephrine-dopamin reuptake perencat (juga dikenali sebagai perencat tiga reuptake (TRI)), yang menjadi pengantara fungsi ini neurotransmiter sebagai pengangkut ligan catecholamine eksogen. Ia adiktif kerana cara ia memberi kesan laluan ganjaran mesolimbic.


10. Heroin
(Diasetat diacetylmorphine atau morfin (INN)) heroin, juga dikenali sebagai diamorphine (BAN), adalah analgesik penenang yang disintesis oleh CR Alder Wright pada 1874 dengan menambah dua kumpulan acetyl morfin molekul, derivatif popi candu. Apabila digunakan dalam bidang perubatan, ia biasanya digunakan untuk merawat sakit teruk, seperti yang terhasil daripada serangan jantung.Dengan opioid lain, diacetylmorphine digunakan sebagai analgesik dan dadah rekreasi. Pentadbiran kerap dan kerap dikaitkan dengan toleransi dan pergantungan fizikal, yang boleh berkembang menjadi ketagihan.


11. Rhino Horn
Tanduk badak, tidak seperti mamalia lain bertanduk, terdiri daripada yang keratin hanya dan kekurangan teras bertulang, seperti tanduk lembu. Tanduk badak digunakan dalam perubatan tradisional Asia, dan pisau di Yaman dan Oman.


12. Methampetamin
Methamphetamine meningkat kecerdasan, tumpuan, tenaga, dan dalam dos yang tinggi, boleh menyebabkan euforia, meningkatkan harga diri dan libido peningkatan. Methamphetamine mempunyai potensi yang tinggi kerana penyalahgunaan dan ketagihan, mengaktifkan sistem ganjaran psikologi dengan mencetuskan kenyataan melatadopamin di dalam otak. Methamphetamine adalah diluluskan oleh FDA untuk merawat ADHD dan obesiti eksogen. Ia hanya dikeluarkan di Amerika Syarikat di bawah nama tanda niaga Desoxyn dan dikilangkan oleh Farmaseutikal tepukan yang telah dibeli pada tahun 2009 oleh farmaseutikal Lundbeck Denmark.


13. Platinum
Namanya berasal dari platina jangka Sepanyol, yang secara harfiah diterjemahkan ke dalam "perak sedikit". Ia adalah tebal, boleh tempa, mulur, berharga, putih kelabu logam peralihan. Platinum digunakan dalam penukar bermangkin, peralatan makmal, kenalan elektrik dan elektrod, jangka suhu rintangan platinum, peralatan pergigian, dan barang kemas. Kerana hanya beberapa ratus tan dihasilkan setiap tahun, ia adalah bahan yang terhad dan sangat berharga dan komoditi logam berharga yang utama. Sebagai logam berat, ia membawa kepada isu-isu kesihatan apabila terdedah kepada garam, tetapi disebabkan oleh rintangan kakisan, ia tidak toksik seperti sesetengah logam. Sebatiannya, yang paling terutamanya cisplatin, digunakan dalam kemoterapi terhadap beberapa jenis kanser.


14. Rhodium
Rhodium adalah logam kononnya mulia, tahan kakisan, ditemui dalam platinum atau nikel bijih bersama-sama dengan ahli-ahli lain logam kumpulan platinum. Ia ditemui pada tahun 1803 oleh William Hyde Wollaston dalam satu bijih itu, dan dinamakan untuk warna bunga ros satu sebatian klorin, dihasilkan selepas ia bertindak balas dengan campuran asid yang kuat aqua regia.
Penggunaan elemen utama (kira-kira 81% daripada pengeluaran Rhodium dunia) adalah sebagai salah satu pemangkin dalam pengubah tiga hala sebagai pemangkin automobil. Kerana Rhodium logam adalah lengai terhadap bahan kimia kakisan dan paling agresif, dan kerana kelangkaan, Rhodium biasanya aloi dengan platinum atau paladium dan digunakan dalam salutan suhu tinggi dan rintangan kakisan. Emas putih sering disalutkannya dengan lapisan nipis Rhodium untuk meningkatkan gambaran optik manakala perak Sterling sering Rhodium disalutkannya untuk rintangan mencemarkan.
Pengesan Rhodium digunakan dalam reaktor nuklear untuk mengukur tahap fluks neutron.


15. Gold
Selain fungsi monetari dan simbolik yang meluas, emas mempunyai banyak kegunaan praktikal dalam bidang pergigian, elektronik, dan bidang-bidang lain. Sifat lunak yang tinggi, kemuluran, rintangan kepada tindak balas kimia kakisan dan yang paling lain, dan konduktiviti elektrik yang membawa kepada banyak kegunaan emas, termasuk pendawaian elektrik, kaca berwarna


16. Saffron
Merupakan rempah yang berasal dari bunga Crocus dan berseri, biasanya dikenali sebagai crocus kunyit. Aroma Saffron sering digambarkan oleh para pecinta mengingatkan madu logam dengan berumput atau nota seperti jerami, manakala rasanya telah juga dicatatkan sebagai hay-seperti dan manis. Saffron juga menyumbang bercahaya kuning-oren pewarna makanan. Saffron telah digunakan secara meluas di India, Parsi, Eropah, Arab, dan masakan Turki. Kuih dan minuman keras juga sering termasuk kunyit. Pengganti kunyit biasa termasuk safflower (Carthamus tinctorius, yang sering dijual sebagai "kunyit Portugis" atau "açafrão"), annatto, dan kunyit (Curcuma Longa). Saffron telah juga digunakan sebagai pewarna fabrik, terutamanya di China dan India, dan dalam minyak wangi. Ia digunakan untuk tujuan agama di India, dan digunakan secara meluas dalam masakan dalam masakan etnik yang banyak: julat ini, contohnya, dari risotto Milanese Itali atau bouillabaise Perancis beriani dengan pelbagai accompaniments daging di Asia Selatan.

Bahasanya agak pelik sikit... sama-sama pening ler kita fahami...ok

kawan amik dari forum cgler...

Saturday, May 5, 2012

Hari Ketiga & Terakhir Bola Baling MSS Pahang 2012

Salam..

Sudah masuk hari terakhir kejohanan buat tahun ini. Nampaknya kebanyakan pasukan mula meningkatkan mutu sehingga mampu memberi saingan untuk bersaing dalam pertandingan kali ini. Ini merupakan satu berita menarik kerana dapat menyaksikan pelbagai teknik dan pemain baru menyinar.

Berikut adalah keputusan kejohanan ini..

Bawah 18 tahun lelaki

Johan - Raub
N Johan - Jerantut
Ketiga - Kuantan
Keempat - Maran

Bawah 18 tahun Perempuan

Johan - Kuantan
N.Johan - Jerantut
Ketiga - Pekan
Keempat - Raub

Bawah 12 tahun lelaki

Johan - Kuantan
N.Johan - Temerloh
Ketiga - Pekan
Keempat - Lipis

Bawah 12 tahun Perempuan

Johan - Kuantan
N. Johan - Lipis
Ketiga - Kuantan
Keempat -Rompin


TAHNIAH kepada semua bertanding... Semoga para pemain yang diumumkan seramai 12 orang setiap kategori yang akan membawa nama pasukan bola baling Pahang akan menyerlah pada tahun ini.

Jumpa lagi di kejohanan 2013 yang dijangka di Daerah Raub....

Thursday, May 3, 2012

Keputusan Hari Pertama & Kedua Bola Baling MSS Pahang 2012

Statistik dan Rekod untuk hari pertama dan kedua kejohanan...

Bawah 12 tahun

Pusingan Awal

KUANTAN 11-9 ROMPIN = L
TEMERLOH 4-8 PEKAN = P
PEKAN 15-2 BENTONG = L
KUANTAN 8-6 BERA = P
JERANTUT 14-4 RAUB = L
LIPIS 8-4 RAUB = P
BERA 4-4 LIPIS = L
BENTONG 3-5 ROMPIN = P

ROMPIN 13-5 MARAN = L
PEKAN 7-7 JERANTUT= P
BENTONG 11-5 TEMERLOH= L
BERA 9-9 PEKAN = L



KATEGORI BAWAH 18 TAHUN

Pusingan Awal

KUANTAN 13-2 TEMERLOH = P
PEKAN 11-4 BENTONG = P
ROMPIN 6-6 MARAN = P
KUANTAN 10-7 LIPIS = L
JERANTUT 18-10 ROMPIN = L
RAUB 36-6 BERA = L
BENTONG 8-7 PEKAN = L
TEMERLOH 5-5 JERANTUT = P
BENTONG 5-11 RAUB = P
MARAN 4-2 BERA = P
LIPIS 6-7 MARAN = L
ROMPIN 14-9 TEMERLOH = L
PEKAN 5-21 RAUB = L
BERA 6-12 BENTONG = L
JERANTUT 5-9 KUANTAN = P
RAUB 7-15 PEKAN = P
TEMERLOH 2-1 JERANTUT = P
BERA 2-10 ROMPIN = L
MARAN 2-14 KUANTAN = L

Pusingan kedua

ROMPIN 2-6 JERANTUT = P
PEKAN 15-0 MARAN = P
RAUB 22-6 MARAN = L
JERANTUT VS BENTONG = L













Kejohanan bola Baling MSS Pahang 2012

Salam..

Sekarang bermula 1 Mei 2012 telah bermula kejohanan Bola Baling peringkat Negeri Pahang bagi tahun 2012.. Sebanyak 39 pasukan dari 10 daerah kecuali Cemeron Highlands telah menyertainya. Ia merupakan satu rekod kejohanan.

kejohanan yang terbka kepada 2 kategori iaitu bawah 12 tahun dan 18 tahun bagi peserta lelaki dan perempuan...Kategori bawah 12 tahun dijadualkan berlangsung di Uitm Jengka manakala kategori 18 tahun pula akan bermain di Dewan futsal Jengka 14.

Harap semua peserta dan pasukan telah bersedia..

HARI PERTAMA.. 2 Mei 2012


Cuaca hari ini tidak mengizinkan kategori bawah 12 tahun bermain. Hujan lebat yang turun sejak malam tidak berhenti sehingga jam 10 pagi.. Walaupon telah reda tetapi memandangkan perlawanan akan bermain di atas gelanggang terbuka, maka pengadil tidak membenarkan perlawanan dimulakan.. Semua perlawanan berlangsung jam 2 petang. Tetapi hanya 3 perlawanan sahaja dapat dijalankan. Hujan turun kembali.. Maka urusetia memutuskan bahawa perlawanan lain akan dianjak ke sebelah malam di Dewan Futsal Jengka 14.

Bagi kategori bawah 18 tahun pula, perlawanan berlangsung mengikut jadual.. Kawan akan cuba mengisi semua keputusan ..






Monday, April 30, 2012

Gaji Minimum Pekerja Malaysia Ditetapkan RM900

Salam..

Malaysia melalui pengumuman PM sebentar tadi, mengistiharkan bahawa gaji mininum bagi para pekerja di Semenanjung Malaysia RM900...dan RM850 sebulan bagi Sabah dan Sarawak.

Pembantu rumah, tukang kebun tidak masuk dalam kategori ini.. Mungkin ada pengiraan lain...

Menurut PM , ini adalah hasil perundingan pihak majikan dan pekerja dan kerjasama diatas plaform Majlis Perundingan Gaji Nasional..

Bagi kawan, jumlah itu mungkin sesuai dengan aspirasi dan wawasan negara ke arah negar berpendapatan tinggi menjelang 2020..

Tapi tak tahu ler bagi pihak majikan samada sudah bersedia atau tidak.... Karang acap kali masuk surat khabar dan kelaur dalam TV, kerajaan sekali lagi meminda gaji minimum atas keprihatinan dan kesejahteraan rakyat...

Tapi ia bermula 12 dar tarikh gaji minimum diwartakan...

Takpe..sama-sama kita menunggu apa respon semua pihak terutamanya pekerja dan majikan... Senyum lebar atau masih pening kepala...

Tuesday, April 24, 2012

Persediaan Jengka 8 Menyambut PM !!!

Salam.. Memandangkan PM akan datang ke FELDA Jengka 8 pada 8 Mei 2012 dipercayai bagi mengumumkan durian runtuh, maka sibuk kesemua pihak dari agensi kerajaan dan swasta memperelokkan mana yang patut... Mari kita tengok gambarnya..

Monday, April 23, 2012

Kejohanan Bola Baling MSSD Maran 2012

Salam..

Pada 17 hingga 18 April 2012, Daerah Maran menganjurkan sekali lagi bola baling antara sekolah. Sebanyak 13 buah sekolah menengah sekitar daerah Maran menyertainya yang dianjurkan di padang Bola Baling UiTM Pahang.

Keputusannya,

Lelaki Bawah 18 Tahun 2012

johan - SMK Jengka 16
N.Johan - SMK Jengka 21
Ketiga - SMK TAA, Chenor
Keempat - SMK Jengka 2

Perempuan Bawah 18 Tahun 2012

Johan - SMK TAA, Chenor
N. Johan - SMK Jengka 18
Ketiga - SMK Jengka 21
Keempat - SMK Maran 2

Tahniah sekali lagi...

Saturday, April 21, 2012

Perkhemahan Pengakap SMK Jengka 21 tahun 2012

Salam..

Hari ini pula kawan nak bercerita tentang pengakap... untuk tahun ini, kawan dilantik sebagai pemimpin bagi unit beruniform Pengakap setelah guru yang lama dinaikkan pangkat sebagai ketua bidang dan juga sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah Maran bagi sesi 2012-2014. Tahniah kepada En Ghafar bin Shamsuddin..

Selaku pemimpin, kawan sudah merencanakan beberapa aktiviti sepanjang tahun 2012 termasuklah berkehemah sekurangnya semalam... Ikut perancangan awal, sepatutnya pada 6 April 2012, pengakap sekolah kawan akan berkhemah selama semalam di sekitar sekolah.. Tetapi memandangkan kawan agak sibuk dengan pelbagai aktiviti sukan sepanjang bulan April, maka aktiviti itu ditunda...

Tetiba, kawan mendapat panggilan daripada cikgu sekolah SMK Jengka Pusat.. Mereka mengadakan perkhemahan Tahunan juga dalam bulan April. Mereka mengajak pengakap sekolah kawan berkhemah serentak dengan mereka dan turut mengadakan bersama aktiviti yang dirancang. Bagai mengantuk disorong bantal, terus kawan bersetuju.

Pada mulanya, kawan hanya nak menghantar 4 sehingga 8 orang sahaja.. Sebab khemah agak jauh dan melibatkan pergerakan kenderaan.. Tapi bila buat perjumpaan untuk mencari sesiapa berminat, hampir 90% ahli pengakap mengangkat tangan.. Oh ya.. Ahli pengakap sekolah kawan hanyalah seramai 46 orang sahaja... Pening kepala kawan termasuk gembira bila ramai berminat nak berkhemah.. Selama ini paling ramai pon hanyalah 12 orang. Satu perkembangan yang menarik...

Setelah urusan pembayaran dibuat, seramai 23 orang mengikut perkhemahan itu yang diadakan pada 13 - 15 April 2012 bertempat di Kem Tengku Mahkota, Bandar Jengka.. Pada mulanya, kawan seperti biasa ingin berkhemah sahaja dan memsan makanan secara bungkus.. Tak payah pening kepala nak memasak.. Tetapi semua ahli perkhemahan bersetuju untuk memasak sendiri.. satu lagi perkembangan yang menarik.

Maka ahli perkhemahan dibahagi kepada 3 petrol bercampur pengakap remaja dan pengakap muda.... 11 perempuan dan 12 orang pelajar lelaki.. Habis stor unit beruniform diselongkar untuk mencari alat memasak. Sudah lama tidak memasak... Alhamdulillah kebanyakan alatan masih elok cuma kurang diselenggara sahaja..

Bila tiba hari perkhemahan , kawan mengajak 8 buah kenderaan termasuk 4X4 milik GPK HEM kawan untuk menghantar budak dan barang perkehemahan ke sana.. Nasib baik, tapak perkhemahan boleh dimasuki oleh kenderaan sehingga ke tapak khemah. Tak payah nak mengangkat. Untuk makluman semua, dari 23 orang yang pergi berkhemah hanya 5 orang sahaja biasa berkhemah. Yang lain itu, ini merupakan pengalaman pertama mereka...Yang kawan kagum, 6 orang pelajar tingkatan 5 sanggup juga berkhemah.

Oh ya, berkhemah ini tidak wajib untuk unit beruniform... Sebab itu, ramai pelajar sekolah, bila ditanya ada dikalangan mereka tidak pernah berkhemah langsung sepanjang persekolahan dari tahun 1 sehingga tingkatan 5.. Rugi wei..... Berbalik kita ke perkhemahan itu, pelbagai aktiviti dijalankan. Antara yang menarik adalah permainan Paintball, night walk, membuat gajet, ... Paling seronok adalah melihat bebudak memasak sendiri makanan mereka...Hahaaaa... Petang bila sampai, kawan menugaskan beberapa orang pelajar untuk masak malam.. Bila kawan dapat, kawan tengok mereka sedang makan nasi yang sudah jadi bubur yang berkerak... Lauknya hanya telur dadar dan ikan kering.... Puas kawan ketawa.... Yang bestnya, siap ada pelajar bertambah lagi.. Maklumlah letih memasang khemah..

Ok.. banyak lagi nka diceritakan tetapi ada masa dan kerajinan kawan akan sambung lagi.. layan gambar dulu...