Saturday, April 21, 2012

Perkhemahan Pengakap SMK Jengka 21 tahun 2012

Salam..

Hari ini pula kawan nak bercerita tentang pengakap... untuk tahun ini, kawan dilantik sebagai pemimpin bagi unit beruniform Pengakap setelah guru yang lama dinaikkan pangkat sebagai ketua bidang dan juga sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah Maran bagi sesi 2012-2014. Tahniah kepada En Ghafar bin Shamsuddin..

Selaku pemimpin, kawan sudah merencanakan beberapa aktiviti sepanjang tahun 2012 termasuklah berkehemah sekurangnya semalam... Ikut perancangan awal, sepatutnya pada 6 April 2012, pengakap sekolah kawan akan berkhemah selama semalam di sekitar sekolah.. Tetapi memandangkan kawan agak sibuk dengan pelbagai aktiviti sukan sepanjang bulan April, maka aktiviti itu ditunda...

Tetiba, kawan mendapat panggilan daripada cikgu sekolah SMK Jengka Pusat.. Mereka mengadakan perkhemahan Tahunan juga dalam bulan April. Mereka mengajak pengakap sekolah kawan berkhemah serentak dengan mereka dan turut mengadakan bersama aktiviti yang dirancang. Bagai mengantuk disorong bantal, terus kawan bersetuju.

Pada mulanya, kawan hanya nak menghantar 4 sehingga 8 orang sahaja.. Sebab khemah agak jauh dan melibatkan pergerakan kenderaan.. Tapi bila buat perjumpaan untuk mencari sesiapa berminat, hampir 90% ahli pengakap mengangkat tangan.. Oh ya.. Ahli pengakap sekolah kawan hanyalah seramai 46 orang sahaja... Pening kepala kawan termasuk gembira bila ramai berminat nak berkhemah.. Selama ini paling ramai pon hanyalah 12 orang. Satu perkembangan yang menarik...

Setelah urusan pembayaran dibuat, seramai 23 orang mengikut perkhemahan itu yang diadakan pada 13 - 15 April 2012 bertempat di Kem Tengku Mahkota, Bandar Jengka.. Pada mulanya, kawan seperti biasa ingin berkhemah sahaja dan memsan makanan secara bungkus.. Tak payah pening kepala nak memasak.. Tetapi semua ahli perkhemahan bersetuju untuk memasak sendiri.. satu lagi perkembangan yang menarik.

Maka ahli perkhemahan dibahagi kepada 3 petrol bercampur pengakap remaja dan pengakap muda.... 11 perempuan dan 12 orang pelajar lelaki.. Habis stor unit beruniform diselongkar untuk mencari alat memasak. Sudah lama tidak memasak... Alhamdulillah kebanyakan alatan masih elok cuma kurang diselenggara sahaja..

Bila tiba hari perkhemahan , kawan mengajak 8 buah kenderaan termasuk 4X4 milik GPK HEM kawan untuk menghantar budak dan barang perkehemahan ke sana.. Nasib baik, tapak perkhemahan boleh dimasuki oleh kenderaan sehingga ke tapak khemah. Tak payah nak mengangkat. Untuk makluman semua, dari 23 orang yang pergi berkhemah hanya 5 orang sahaja biasa berkhemah. Yang lain itu, ini merupakan pengalaman pertama mereka...Yang kawan kagum, 6 orang pelajar tingkatan 5 sanggup juga berkhemah.

Oh ya, berkhemah ini tidak wajib untuk unit beruniform... Sebab itu, ramai pelajar sekolah, bila ditanya ada dikalangan mereka tidak pernah berkhemah langsung sepanjang persekolahan dari tahun 1 sehingga tingkatan 5.. Rugi wei..... Berbalik kita ke perkhemahan itu, pelbagai aktiviti dijalankan. Antara yang menarik adalah permainan Paintball, night walk, membuat gajet, ... Paling seronok adalah melihat bebudak memasak sendiri makanan mereka...Hahaaaa... Petang bila sampai, kawan menugaskan beberapa orang pelajar untuk masak malam.. Bila kawan dapat, kawan tengok mereka sedang makan nasi yang sudah jadi bubur yang berkerak... Lauknya hanya telur dadar dan ikan kering.... Puas kawan ketawa.... Yang bestnya, siap ada pelajar bertambah lagi.. Maklumlah letih memasang khemah..

Ok.. banyak lagi nka diceritakan tetapi ada masa dan kerajinan kawan akan sambung lagi.. layan gambar dulu...

No comments: