Tuesday, October 9, 2007

Rumah & Kedai x siap…(part I)

Arini aku sdang rilek2 kat umah sorang2. mak ayah aku xde p umah abang aku tengok cucu baru. Adik aku p kerja. So, duduk la sorang2 tersengih. Nak makan semangat posa masih tahap tinggi. Kena duk jaga umah sorang2. nasib baik terfikir nak buka computer. So, tulih la dulu apa nak post nanti dalam blog ni. Selalu aku ni, tulih masa online. So, banyak buang masa. Cara ni jimat masa dan dapat banyak ruang unutk berceloteh. Slow2 fikir. Arini nak tulih apa ye…
OH, Ya..
Minggu ni aku baru dapat surat dari loyer yang menyatakan bahawa pemaju umah aku tu telah submit surat untuk minta bayaran peringkat kedua. Aku just dapat surat je la. Yang lain loyer uruskan. Lantak la nak jadi apa. Risau gak sebab mengikut track rekod tempat aku ni, hampir semua projek perumahan mesti terbengkalai. Contohnya projek kedai yang aku beli dah terbengkalai hampir 10 tahun aduh..tensen aku.. Tapi lega gak. Harga kedai tu semakin meningkat. Bayangkan masa aku beli tu RM60,000 (harga asal RM40k) sejak 2004. tahun ni bulan 7 aritu, ada orang nak beli kedai x siap lagi dari aku dengan harga tawaran RM110,000. Ulang balik, RM110,000. Kenaikan sebanyak 50,000 dalam masa 3 tahun. Pakcik Kayo. Heeeee. Tapi aku x jual lagi, sebab tiada keperluan mendesak untuk pakai duit segera. Tambahan pula aku rasa makin hari makin naik harga dia kot. Harap2 macam tu..
Ok. bye

No comments: