Wednesday, October 3, 2007

Dah Start Bursa Online (Part I)

Pada hari isnin lalu, maka bermulalah cabaran game investment. Aku pun apa lagi try la masuk web tu. Tapi malangnya entah kenapa line connection punyela sibuk. Nak masuk ke satu web tu punye la seksa. Kekadang ambik masa dekat2 15 minit. Cabaran sungguh. Dah la game main masa. Last2 dekat nak tutup sesi pagi barulah dapat login dalam akun sendiri. Lega……

Dah masuk apa lagi serbu la ikut strategi aku yang kuno tu. Aku beli dekat 10 saham gak. Mula-mula masa nak beli saham pertama iaitu TM, aku dah isi form dia tetiba dia kata nak trading pin plak. Kelam kabut apasal masa ni dia nak pin2 ni. Aku pun pening kepala mana nak cari pin tu. Siap masuk WC nak bukak Threads nak tanye kot2 ada member lain sedang online game jugak. Ini pun satu hal pulak. Aku terlupa camne pulak nak bukak threads baru. Pada hal dua tiga threads aku intro.. Aiseymennn.. (continue.. )

No comments: