Friday, June 3, 2011

Hari Kedua & Ketiga Bola Baling MSSM 2011

Salam.
Kawan terlepas hari kedua ntuk kejohanan bola baling MSSM 2011. Maka terpaksa digabungkan dengan hari ketiga.

Tahun ini kawan telah dipanggil untuk menjadi pengurus untuk pasukan perempuan bawah 18 tahun untuk negeri Pahang. Ini kali pertama kawan menyertai pasukan negeri selain dari Kejohanan Terbuka Perlis 2009 bawah 15 tahun.
So, bermula dari 24 Mei sehingga 30 Mei 2011, kawan berkampung di Jerantut untuk sesi latihan pusat di sana..
Rupanya banyak dugaan yang kawan hadapi. Ini adalah pertama kali kawan menjadi pengurus pasukan untuk bola baling. Kawan ini tidak pernah menjadi pengurus hatta untuk team sekolah sekalipun..
Pening kepala memandangkan kawan terpaksa berengkang mata setiap hari sehingga kadangkala jam 4 pagi hanya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan..

Cerita hari kedua dulu..
Hari kedua punya cerita dimulakan dengan fokus untuk mencari kemenangan kedua selepas semalam menewaskan Johor. Pahang akan bermain jam 9.40 pagi iaitu perlawanan ketiga untuk hari itu..
Hari ini pahang akan bertemu Selangor.. Selangor sebelum itu menewaskan pasukan Sabah. Maka sesiapa yang menang secara umumnya kan layak ke pusingan suku akhir.
Seperti biasa budak kawan memulakan hari dengan sesi regangan dan kata-kata semangat.
Perlawanan menentang Selangor dimulakan. Untuk separuh masa pertama. interset kurang menjadi. Banyak setup gagal dan percubaan dihalang oleh wall lawan. Malah lawan berjaya mendapatkan gol-gol mudah sehingga satu ketika Pahang ketinggalan 2-4.. time out diambil. Penekan tentang kelemahan lawan difokuskan sambil kelemahan wall Pahang dititikberatkan.. Maka selepas itu, baru Pahang fokus kembali dan akhirnya menamatkan separuh mas kedua dengan 9-6.
Pahang memulakan separuh kedua dengna bacaan analisa kedua team oleh jurulatih . di situ banyak berjumpa titik kelemahan dan coach memberikan arahan untuk mengatasinya.
Perlawanan diteruskan dan akhirnya pahang menang 18-11..
Tahniah Pahang..!!

Hari Ketiga..
Hari ini Pahang berjumpa Sabah tanpa ada perasaan gerun kerana Pahang sudah berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Nanum coach berpendapat, para player utama seharusnya memainkan peranan agar tidak tewas dan mencuba set pieces yang dibuat semasa latihan.
Akhirnya Pahang menang dengan mata 21-11.. Tahniah sekali lagi Pahang..;

esok Pahangakan berjumpa Trengganu di peringkat suku akhir. Perlawanan akan bermula jam 9.00 pagi...
ok...

No comments: