Sunday, November 27, 2011

Jambori Pengakap Malaysia ke 12

Salam..

Kawan sebenarnya baru balik dari menyertai Jambori Pengakap Malaysia ke 12 dan Terengganu International Jamboree 2011 baru-baru ini.. Perkhemahan pengakap ini diadakan di Kem Pengakap Telaga Batin, Kuala Terengganu bermula 17 Nov sehingga 25 Nov..

Kawan bersama 800 peserta yang mewakili Pahang telah menyertai jambori yang telah dihadiri oleh 11,000 peserta dari dalam negara serta dari 26 buah negara luar...

Ini adalah kali pertama kawan menyertai jambori sebesar ini... Untuk kali ke 11 lalu, ia diadakan di N9 pada tahun 2006...

Keadaan Hujan dan ribut sepanjang masa dan kadangkala tetiba berubah menjadi panas dalam sekelip masa... Penangan Musin hujan sekarang... Pada masa sekarang juga, di Kuala Terengganu dianjurkan Monsoon Cup 2011.. Untuk peserta Moonson Cup ok ler, angin laju tetapi untuk peserta jambori ni... pegang khemah jer lah.Nyenyak jugak....

Apapun ini pengalaman yang kawan nantikan selama ini... Dijangka KL akan menjadi tuan rumah untuk Jambori ke 13 pada tahun 2016 pula....


Saturday, November 5, 2011

YU55 akan menghentam Hawaii... Apa Kaitan dengan kita???

salam..
Apapon sempena malam raya ni, kawan sekeluarga mengucapkan selamat Hari Raya AidilADha...

Kawan terasa nak buat post malam raya ni bila kawan terbaca berita yang bagi kawan agak penting tetapi macam biasa orang Malaysia buat tak tahu jer...

sebuah Astroid yang dinamakan YU55 yang sebesar 400 meter diameternya dalam perjalanan dan dijadualkan akan melalui bumi dengan jangkaan 9 Nov ni jam 11.23 malam waktu Amerika jarak paling dekat iaitu di Hanalulu, Hawaii..

Jadi apa kaitan YU55 dengan Malaysia... Sebenarnya kalau ikut jarak, jauh tu... Tapi memandangkan diberitakan impact (kesan hentaman) tu diwar-warkan akan mengaktifkan SuperValcano yang terdasyat di dunia... Bila Terdasyat, kenalah Malaysia lambat laun...

Tapi ini hanya ramalan dan kajian NASA sahaja.. Dahulu heboh di dunia online, cerita tentang komet yang nak menghentam Bumi...Akhir sekali, takde ape-apa pon...

Apapon, kawan tertarik hasil post member kawan di sebuah forum yang kawan gemar...Bacalah dan fikirkanlah atau macam biasa buat tak tahu jer...

Asteroid YU55 ni tgh heboh skg kat US. Apatah lagi, Emergency Alert System (EAS) akan dilakukan pada 9 Nov (yg pertama di US), kat US juga. Dan hari yg sama juga, ada Tsunami Exercise Alert yg akan dilakukan oleh UNESCO.

Semasa EAS tu nanti, kerajaan US akan tutup/kawal semua media massa (takde transmission), termasuk radio dan televisyen (mungkin juga internet), selama 3 minit (mula2 diorg ckp 3 minit, lepas tu tukar pegi 30 saat, lepas tu tukar balik pegi 3 minit).

Yg lebih mengerikan (nak jadi devil's advocate sat ), FEMA (badan yg bertggjwb uruskan hal2 kecemasan/priority alert di US) telah pun mewar-warkan, yg EAS itu tidak akan menggunakan Emergency Action Termination message (EAT - kecuali District of Columbia), sebaliknya menggunakan End Of Message (EOM).

Ikutkan, SOP utk penggunaan emergency alert ni WAJIB guna EAT - bukan EOM. Sebab EAT itu adalah code yg menunjukkan bahwa 'TEST' tu dah ditamatkan dgn rasminya (lbh krg mcm tu la mksdnya). Tapi kenapa EAS yg pertama kali dilakukan kat US ni (within 50 years), tak dijalankan ikut SOP? Kenapa kerajaan US akan guna EOM, sdgkan EOM tu adalah code transmisi yg membawa maksud - 'TEST belum tamat sehingga disahkan tamat sepenuhnya' (lbh krg mcm tu la mksdnya).

Ini membawa maksud seolah2 EAS test tu akan berlanjutan, sebab takde kata putus (takde EAT). Tanpa EAT code, ini juga membawa maksud yg kesemua media massa di US - TIDAK AKAN PULIH SEMULA seperti sediakala, atau, pulih semula, tapi msh dlm keadaan TEST/berjaga2 (sehinggalah diberitahu selanjutnya, lbh krg mcm tu la mksdnya).

Bukan tu saja, persidangan APEC pun dkt2 dgn peristiwa Asteroid ni. Dan tahun ni, APEC akan buat persidangan kat Honolulu, Hawai. Yg lg menarik, kat Hawaii ada SECRET UNDERGROUND BUNKER, yg mana klu terjadi apa2, boleh sembunyi kat sana.

Selain tu... ada lagi info ni..

FEMA katanya dah beli 500,000 coffin (keranda) pd tahun 2008. Lepas tu beberapa bulan lepas, diorg beli pula 1 BILLION dehydrated survival foods, sampai org lain nak beli pun tak dpt. Boleh rujuk sini: Globalfoodprices

Tambah lagi... beberapa bulan lepas, NASA ada buat mcm satu kaunseling/seminar utk para pekerjanya, yg memberitahu mereka supaya membuat kelengkapan persediaan seperti makanan, minuman, dan ubat-ubatan. Takde sapa tau kenapa NASA bagi pesanan mcm tu kpd pekerja mereka.

-----------------------------------------------------------------

Kesimpulan

Gabungkan semua kat atas tu, kita boleh faham kenapa rakyat US skg ni rasa CEMAS. Jgnkan kata rakyat US, mana2 org yg ikut perkembangan ni juga akan rasa cemas (mcm saya ).

Asteroid YU55 mempunyai 400 meter diameter (sebesar aircraft carrier). Pd 11.23pm, 8/9 November GMT/UT, ia akan berada paling dekat dgn bumi. Pd masa itu, kedudukannya akan berada antara bumi & bulan, pd AU 0.00217 (dari bumi). Ia mempunyai kekuatan 65000 atomic bombs.

Apakah yg akan terjadi sekiranya asteroid ini jatuh ke bumi?

Di bwh ialah hasil eksperimen yg dilakukan oleh Purdue University, tentang kemungkinan yg akan berlaku.

http://www.youtube.com/embed/pXzyzyGzAN4

Sori, tak tau mcmana nak upload Youtube.


Quote: The primary result of such a collision would be a 4,000-megaton blast, researchers say. Secondary results may include earthquakes with a magnitude of 7.0 or upwards, as well as 70-foot (21-meter) tsunamis, if the space rock were to crash in the ocean.

Softpedia


Persoalannya, kenapa US buat EAS ni sama tarikh dgn tarikh asteroid tu melintas paling dekat dgn bumi? Kenapa UNESCO buat Tsunami drill, pd tarikh yg sama? Kenapa persidangan APEC berdekatan hari yg sama, dan di Hawai pula tu? Kenapa FEMA beli 500,000 coffins dan 1 BILLION dehydrated survival foods? Kenapa NASA beri amaran utk membuat persediaan, kpd para pekerjanya?

US kata, EAS ni cuma satu TEST jer. Tapi tahukah anda, sebelum kejadian 9/11, kerajaan US juga pernah announce yg diorg akan buat 'terrorist drill/test, pd tarikh yg sama? Betul2 ada kejadian teroris attack (term mereka), pd 11/9 (yg dikenali sbgi 9/11). Itu yg pertama. Kemudian, UK pun sama. Diorg penah announce nak buat teroris drill pd 7/7. Elok jer 7/7 dtg, betul2 London kena bom. Adakah kedua2 peristiwa ini KEBETULAN semata2??

Skg ni, US ckp 9/11 ni nak buat EAS test plak. Ye ke sekadar test jer? Dah 2 kali dah kebetulan. Nak kebetulan utk kali ke 3 ke?


Teori Lain

Ada teori mengatakan YU55 adalah nama lokasi bagi Yosemite Undergound (Yosemite Park). Klu ikut teori ni, asteroid ni dijangka akan jatuh di Yosemite Underground (Yosemite National Park, CA), dan boleh menyebabkan Yellowstone Super Volcano meletus... tapi tak tau plak apa kaitannya dgn angka 55 tu...


-----------------------------------------------------------------

Cuaca skg ni selalu tak menentu.. kdg2 angin kuat, kdg2 hujan lebat.. tak masuk lagi misteri objek kat Neumeyer Station, Artartika.. bulan pun semlm pelik jer pattern, ada 'boat moon'.. lps tu, tambah plak lagi berita tentang seorang bekas marine US yg ditangkap atas tuduhan 'mengintip' bebaru ni.. tapi sumber lain kata, bekas marine tu ditangkap sb dia dah 'pecah rahsia' kpd ibunya.. dia hantar emel bgtau ibu dia utk 'Prepare for the end of the world'.

Friday, November 4, 2011

Lama Tak Menulis... Sekarang lebih suka membaca..

Salam..

bila kawan tengok blog kawan dibahagian bawah sekali di listblog orang lain terutamanya Suratuntukpemimpin dan wzwh, kawan rasa tak sedap hati jugak... Mereka tu sudah ada ramai pembaca... Tetiba tengok blog kawan tak aktif hampir sebulan tak menulis apa-apa...

Sekarang, kawan agak sibuk menjalankan kerja-kerja rasmi kerajaan berkaitan peperiksaan.. Oleh itu, kawan tidak dapat menulis lagi buat sementara ini..

Walaupon kawan tidak berkesempatan menulis, tetapi kawan tetap curi masa untuk membaca blog2 Jerantut ni... Sekarang ni UMNO Jerantut sibuk dengan media online... Tahniah diucapkan.... Kawan orang kecik... tengok saja dari jauh.... tapi nak pandangan, kawan boleh cadangkan untuk sampai ke sasaran...

Ok ler... Nak sambung kerja rasmi... kena buat walaupon malam-malam... Ilham datang tak kira masa.....

Oh ya.. Untuk tujuan hebahan... Minggu depan, Daerah Jerantut telah dipilih untuk menganjurkan Kejohanan Liga Juara-Juara Bola Baling Peringkat Negeri Pahang 2011.. Kejohanan yang pertama kali diadakan dikhaskan untuk sekolah-sekolah yang menjadi johan daerah masing-masing cuma kejohanan ini fokus untuk pemain bawah 16 tahun dan 11 tahun... Di mana kejohanan... SKJC SG Jan dam Kg Melayu.. Kalau tak salah.. Kejohanan akan diadakan pada 11-13 November ini.. Kepada sesiapa ada masa, marilah singgah tengok bakat2 pemain bola-baling negeri Pahang..
Sekolah kawan tak join sebab hanya dapat naib johan jer...

Saturday, October 8, 2011

Kebaikan Bajet 2012 kepada Kawan..

Salam..

Semalam 7 Okotber 2011 jam 4 petang, Menteri kewangan selaku perdana Menteri telah membentangkan Belanjawan bagi tahun 2012.. Sebanyak RM232.8 bilion diperuntukan dengan defisit 4.7% untuk pelbagai disilpin bidang perbelanjaan dengan sasaran pertumbuhan ekonomi 5 - 5.5% dan dapat mengekang inflasi dalam kadar semasa..

Jadi, kawan pon cuba meneliti apa yang kawan sebagai rakyat yang membayar cukai dapat...Setelah mencari dan membelek, maka kawan dapati banyak juga kawan dapat...

Keuntungan untuk kawan

Sebagai Kakitangan Awam
1. Kenaikan Gaji 7 -13 % ( rasa kawan dapat 10% jer)
2. Kenaikan tahunan RM80-RM320 setiap tahun (Rasa kawan sekarang RM90 akan naik ke RM150)
3. Pencen kawan dinaikkan ke umur 60 tahun (rasa kawan nak tolak kot..)
4. Kenaikan Gred lebih cepat( sekarang 10 tahun, dicadangkan 8 tahun..Maksudnya kawan boleh naik Gred 44 tahun depan ler...Ini juga bermaksud kawan boleh pencen sehingga Gred D54 (macam gred pengarah negeri jer..hehee)
5. Pengenalan SBPA menggantikan SSM.. Gred gaji selapis.. Maknanya kawan akan menikmati kenaikan tahunan setiap tahun berbanding sekarang yang mana kawan akan gaji mati sebanyak 2 kali iaitu di Gred 44 dan Gred 48 ...
6. Lain-lain faedah dalam SBPA
7. Bonus setengah bulan lagi pada Dec 2011 ni...

Sebagai rakyat Malaysia..
1.Pengecualian cukai untuk derma kepada rumah ibadah (tu pon kalau declare)
2.Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.. Kawan anggota KPF... Anak peneroka... Ade ker tempias...
3. Dah xde.. yang lain kawan x dapat manafaat..

Itu untuk kawan punya kes la.. Orang lain kawan tak tahu.. Nampaknya nasib kawan bekerja sebagai kakitangan adalah sangat baik..Jarang dilupakan..
Tapi sebagai rakyat awam Malaysia seperti kebanyakan orang lain, manafaatnya amat sedikit malah rasanya ada orang tak dapat manafaat langsung...Kawan rasa fokus belanjawan kali ini tertumpu kepada beberapa golongan sahaja yang kebanyakan golongan sasar miskin dan luar bandar..

Tapi di sini kawan nak tekankan kenapa belanjawan kali ini tiada yang naik..Maksud kawan bila Bajet oleh PR hari selasa lalu, ramai berkata mana Pak Nuar nak cari duit.. Nampaknya Bajet BN pon sama tidak membentangkan cara mana pendapatan diperolehi.. Tidak seperti kelazimannya. Jangkaan seperti cukai Tembakau naik nampaknya disenyapkan...xpe.. Kawan akan terus memerhati kes ini..

Oleh itu, secara umumnya kawan istiharkan belanjawan kali ini biasa-biasa saje.. Nampaknya belanjawan gula-gula tidak menjadi kenyataan sangat kecuali kepada kakitangan awam sahaja..

Thursday, October 6, 2011

Catatan semasa politik Jerantut

Salam..

Hari ini rasanya kawan nak bercerita tentang politik sikit. Politik tempatan.. Kawan ni tak ler pandai sangat bab-bab politik. Tetapi hanya akan bercerita dan menulis berdasarkan nukilan kawan sendiri..

Sekarang ini, agak kelam kabut kawan rasakan di sekitar Jerantut. Pertama, berita kematian Arwah Dato' Ghazali. Jadi, secara tidak langsung memandangkan arwah adalah penyandang SU UMNO Bahagian
maka Ku Lan kenalah cari penggantinya.

Kenapa kena cari pengganti?... Ala biarkan memandangkan jangkaan ramai PRU13 sudah hampir malah ada yang mejangkakan bahawa PRU akan dibuat selepas pembentangan belanjawan dibuat 7 Oktober ini. Biarlah telahan itu.
Berbalik kita kepada pengganti SU Bahagian.. Ramai pemerhati mejangkakan penggantian akan dilakukan dalam masa terdekat kerana dikhabarkan jawatan SU Bahagian amat penting dalam perencanaan perjalanan sesuatu program dan aktiviti sempena pilihanraya...

Jadi, nampaknya macam penting bagi jawatan yang DILANTIK ini.. Kawan nak bertanya selain jawatan SU yang amat penting ni, apa lagi jawatan yang tidak penting sangat?..Bab kata orang muda, biasa-biasa jer...

1. Ketua Bahagian
2. Timbalan Ketua Bahagian
3. Naib Ketua Bahagian
4. SU Bahagian
5. Timbalan SU Bahagian
6. Bendahari
7. Ketua Penerangan
8. 7 orang JK pelbagai...

Samada betul atau tidak tepat maklumat ini, kawan minta maaf bebanyak. Maklumlah kawan ni ikan bilis yang baru lahir.. Tumpang lalu sahaja.. ..Rasa lebih lagi kawan baca diblog orang lain..Katakanlah sebanyak itu sahaja..So tiadanya seorang..Kenapa kerja tidak boleh berjalan jugak?.. Ker masih tidak membuat perancangan lagi..maklumlah pilihanraya entah bila..Nanti Pak Jib umum bubar, barulah buat meeting setiap hari siang malam untuk mengatur strategi untuk pelbagai aktiviti yang boleh dicedok dari pelaksanaan PRU12 yang lalu..Nampaknya berkesan...

Kawan merasakan selain jamuan hari raya dan mesyuarat agung tahunan yang ramai tak datang sebab tak tahu, tiada lagi aktiviti untuk orang ramai... Ohhh ada....Lupa. Minta maaf. Pemuda...Puteri ada buat sukan untuk belia...

Selain itu, rasanya tiada lagi... banyak program khabarnya tetapi hanya untuk ahli JK sahaja bahkan JK terpilih sahaja..JK tak terpilih minta maaf ler... Sebab itu, pelbagai program dibuat, hanya orang yang sama sahaja datang.. Tiada orang lain. Bila ditanya kenapa sedemikian, orang lain tidak berminat nak sertai atau tiada masa... Salah orang lain juga...Tak pe lah..Macam mana nak buat..Kita yang bersalah...mengaku je lah..

Kami berkata bukan tak nak sertai program, tetapi tidak pernah diajak..Ulang sekali lagi..tidak pernah diajak... Mereka berkata mereka sudah mewarkan program itu ke peringkat akar umbi.. masakan tidak tahu...Kami berkata kembali, betul ke peringkat akar umbi tetapi selepas program habis..macam mana nak pergi..Buat program pula idak kena waktu, ikut masa mereka free sahaja.. bukan buat ikut masa peserta free..buat masa hujung minggu cuti sekolah..Ala, semua tahu masa itu, ramai sibuk nak bergotong royong rumah kenduri jiran..ni karang nak pergi program, rumah jiran ditinggalkan..

perh...Agak panjang jugak coletah kawan hari ini..Sebenarnya panjang lagi.. Ini idea on the spot..yang sudah lama bermain di fikiran... persoalan asal itu perlukan SU dipenuhi masih belum dijawab....tak per...kawan ini sekadar menulis..Menulis berdasarkan apa yang dirasakn dihati bukannya fakta yang tepat.....kalau salah, tolong betulkan..tiada masalah..kawan yang bersalah..tegur sahaja...pahit ker manis ker itu nombor dua..yang penting tegur...tapi secar berhemah bukan mencarut dan menulis ikut hati yang tidak ikhlas...ok

Tuesday, October 4, 2011

Faedah Hindari Minuman Berais Dan Minum Air Ketika Perut Kosong.

Salam..

Ini artikel yang kawan ada baca ketika dulu malah ada artikel berkenaan tajuk ni di post2 awal..
Ok lah..Memandangkan manafaat dia amat bagus, kawan siarkan sekali lagi..


MINUM AIR KETIKA PERUT KOSONG

Ia adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan di bawah penerangan penggunaan air untuk para pembaca kami. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% untuk penyakit berikut:

Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan yang berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

CARA :

1. Seperti yang anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3 .. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat hingga 4 gelas sehari.
6. Kaedah rawatan di atas akan menyembuhkan penyakit yang sakit dan lain-lain boleh menikmati kehidupan yang sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit artritis perlu mengikut rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 - harian ..

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita terus ini dan menjadikan prosedur ini kerana kerja-kerja rutin dalam kehidupan kita. Meminum pula dari air dan Kekal sihat dan aktif.

Ini menjadikan rasa .. Cina dan Jepun minum teh panas dengan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Tiada apa-apa jua kehilangan, segala-galanya untuk mendapat ...

Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat terpakai kepada anda.
Ia adalah bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan menguatkan bahan berminyak yang anda baru sahaja dimakan. Ia akan melambatkan pencernaan.

Setelah ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine.
Tidak lama lagi, ini akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser.Cara terbaik adalah untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius mengenai serangan jantung:

. Wanita perlu tahu bahawa tidak setiap gejala serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
· Pengidap menyedari kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.

Anda mungkin tidak pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.

Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.

60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.

. Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, berhati-hati dan sedar.Lebih banyak kita tahu, peluang yang lebih baik kita boleh hidup ...

Pakar kardiologi A berkata, jika semua orang yang mendapat Email ini menghantar kepada semua orang yang mereka tahu, anda boleh yakin bahawa kami akan menyimpan sekurang-kurangnya satu nyawa.

Sila menjadi teman yang benar dan menghantar artikel ini kepada semua kawan-kawan anda anda mengambil berat tentang.


ARTIKEL ASAL : http://www.wix.com/im_possible/biodisc#!__the-secret


terjemahan bebas oleh Google Translator

Monday, October 3, 2011

Di sebalik Pembangunan Pesat Bandar Jengka

Salam...

Alhamdulillah.,, Kawan minggu ni sempat juga untuk updated blog kawan... Tajuk dah ada tetapi kesempatan nak updated tiada...Kawan ni jenis jarang menulis dahulu baru posting... Kawan jenis tulis dan terus post....

Berbalik kepada tajuk hari ni, sekarang kepada sesiapa yang lalu di BTAT Jengka, pastinya kan perasan tentang semakin banyak kenderaan di kawasan bandar... Sehinggakan parking kereta kadangkala agak jauh dari kedai yang kita ingin kunjungi... Semua itu hasil iltizam pihak kerajaan yang mensasarkan lebih ramai berpendidikan tinggi..

Oleh itu, semakin ramai pelajar memasuki UiTM Pahang di BTAR jengka... Anggaran kawan sekitar 15,000 orang pelajar sekarang dan jangkaan akan mencecah 20,000 orang menjelang 2015 ni...

Bila pelajar ramia, yang menjadi persoalannya ialah infranstukturnya... Sejajar dengan penambahan pelajar pihak UiTM telah, sedang dan akan menambah kemudahan fakulti dan yang lebih penting hostelnya.. memandangkan penambahan pelajar mendadak, maka keperluan untuk hstel tidak mencukupi.. Ramailah yang terpaksa menyewa diluar...

Ini yang menjadi disebaliknya... Sehingga minggu ni, ramai pelajar masih mencari-cari rumah sewa di sekitar bandar...Kesemua rumah sudah habis disewa... Malahan untuk semester hadapan pon sudah ada yang menempah.....Member kawan yang baru membeli rumah lama kayu dan baru bercadang untuk menukar ke rumah batu pon sudah ditempah oleh pelajar UiTM.... Kadar sewanya dari RM100 sehingga RM250 bergantung tahap keselesaan yang diingini.... Memang ler mahal, tapi apa boleh buat nak murah kena menyewa sehingga ke Jengka 16.... Takat Jengka 14 dan Jengka 11, menyewa di situ bukan perkara luar biasa....

Sejajar dengan banyak rumah sewa, maka secar tidak langsung tahap sosial pon telah berubah... Dahulu nak tengok budak perempuan berjalan pon payah, sekarang sudah tidak heran melihat mereka berseluar pendek dan begitu juga pasangan asmara.... Entah apa yang dibuat keluar malam2 dan pagi baru pulang ke rumah....

Yang menjadi mangsa adalah anak2 peneroka yang lain.. Terpengaruh dan terlibat sekali dengan gejala sosial yang sedang melanda..... Adakah salah Budak Uitm..Kawan ras tidak...Habis tu siapa?...Entah ler...Tak thu nka tunjuk kepada siapa...tunjuk pon satu jari sahaja ke arah orang sedangkan 4 jari lagi menghala balik ke arah kita......

Pertambahan pelajar ini bukan kesemuanya teruk..Ada juga aspek postif... Pertambahan pelajar bertambah sektor ekonomi semakin bagus..Pembukaan kedai photostat, fast food, gerai-gerai makan, penambahan lot kedai.. yang mana kesemuanya itu menjadikan BTAR Jengka bandar duit... Anda rajin, anda kaya....

Tuan rumah pulak, bertambah senyum kerana rumah dapat disewa dengan agak tinggi..kiranya lepas ler bayar bulanan kat bank....

akhirnya, baik atau buruk anda juga penentunya... Di Bukit Bintang mahupon Di Lorong Hj Taib yang terkenal dengan aktiviti buruk juga ada surau dan pusat kebajikan dan lebih mengharukan ramai juga menggunakannya....