Thursday, May 12, 2011

Bola Baling MSSM Pahang 2011

Salam..
Lama sedikit x updated blog ini.. Kawan terlibat dengan latihan pusat dan kejohanan Bola Baling MSSM Pahang 2011 berlangsung di Bera. Kejohanan ini bermula dari 7 sehingga 9 Mei 2011 yang lalu..
Kawan start latihan pusat untuk team Daerah Maran bermula dari 5 Mei lagi...
Seramai 4 pelajar lelaki dan 1 pelajar perempuan dari sekolah kawan telah terpilih mewakili pasukan daerah maran untuk kejohanan kali ini.
Berbalik kepada team daerah, nampaknya pengerusi teknik daerah kawan telah membuat pengurusan baru iaitu guru lelaki menguruskan team lelaki dan guru perempuan mengurus team perempuan. Kawan telah diberi tanggungjawab untuk melatih pasukan lelaki bawah 18 tahun bersam 2 guru lelaki lain.
Bila tiba hari latihan pusat, kawan dapati rupanya guru perempuan yangdilantik sebagai jurulatih adalah guru yang baru berkecimpung dalam arena bola baling ini. Aiseymen...macam mana nak latih, teknik pun tidak tahu...
Nak x nak, pengerusi teknik bersama kawan terpaksa mengambil alih team perempuan. Maka tahun ini kawan melatih kedua-dua team serentak... Kawan tiada masalah melatih malahan kawan pernah melatih 4 team serentak untuk pasukan sekolah kawan dahulu...Cuma untuk ke peringkat negeri seperti ini agak kekok... xpe..latihan diteruskan .. Sesi latihan untuk team lelaki hanya sempat 4 sesi sahaja. manakala perempuan hanya 2 sesi.. itupun sekejap saja sebab berkongsi gelanggang dengan team lelaki..
untuk team lelaki terdapat pelbagai cabarannya. Dengan pemain yang kawan hendak tidak boleh menyertainya sebab syarat baru tingkatan 6 tidak dibenarkan mengambil bahagian untuk tahun ini. Maka dengan pemain yang sedia ada latihan diteruskan.. Semasa latihan, kualiti yang ditunjukkan kurang berbanding dengan sewaktu bermain di peringkat daerah aritu..... Susah bebenor nak mengajar pelbagai teknik terutamanya teknik penuh sewaktu bermain..
Kawan sempat membuat friendly dengan bekas pemain lama daerah Maran sebanyak 2 kali.. Keputusannya seperti dijangka kali pertama kalah teruk 15 -6 .. kali kedua pula, mereka menunjukkan peningkatan dengan hanya tewas sedikit iaitu 11-8. Oklah untuk dibawa bekalan ke kejohanan nanti...

Bagi team perempuan pula.. pada asalnya guru lain yang melatih tetapi beliau ada masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. So, pengerusi teknik kawan yang melatih mereka. Tapi nama pun PT, beliau sibuk menguruskan perjalanan ke Bera. Oleh itu, kawan secara sukarela melatih team perempuan memandangkan rugi melihat kepada pemain-pemain yang kebanyakan dari mereka kawan sudah kenal sejak tingkatan 1 lagi..
Sempatlah 2 sesi latihan, banyak yang tidak diajar memandangkan masa yang terhad. kebanyakan masa banyak dihabiskan membuat keterangan berkenaan teknik yang digunakan. Harap2 menjadilah masa bermain kelak....

ok..Kawan akan bersambung lagi...


Sudah sampai di simpang Balai Polis Chenor setelah berjalan selama 15 minit..


Para Jurulatih berbincang semasa mereka untuk meningkatkan lagi tahap permainan agar mencapai kejayaan.


Bergerak bersama-sama di tepi jalan.. Agak bahaya tetapi diberi pengawasan oleh guru-guru terlibat.


Para pemain berjalan kaki dari asrama SMK TAA, Chenor menuju kegelanggang futsal belakang Balai Polis Chenor sejauh 2 kilometer or 20 minit berjalan kaki.


Para pemain sedang melakukan latihan pemainan penuh di atas gelangang futsal memandangkan tahun ini bola baling bermain di dalam dewan.

No comments: