Monday, April 30, 2012

Gaji Minimum Pekerja Malaysia Ditetapkan RM900

Salam..

Malaysia melalui pengumuman PM sebentar tadi, mengistiharkan bahawa gaji mininum bagi para pekerja di Semenanjung Malaysia RM900...dan RM850 sebulan bagi Sabah dan Sarawak.

Pembantu rumah, tukang kebun tidak masuk dalam kategori ini.. Mungkin ada pengiraan lain...

Menurut PM , ini adalah hasil perundingan pihak majikan dan pekerja dan kerjasama diatas plaform Majlis Perundingan Gaji Nasional..

Bagi kawan, jumlah itu mungkin sesuai dengan aspirasi dan wawasan negara ke arah negar berpendapatan tinggi menjelang 2020..

Tapi tak tahu ler bagi pihak majikan samada sudah bersedia atau tidak.... Karang acap kali masuk surat khabar dan kelaur dalam TV, kerajaan sekali lagi meminda gaji minimum atas keprihatinan dan kesejahteraan rakyat...

Tapi ia bermula 12 dar tarikh gaji minimum diwartakan...

Takpe..sama-sama kita menunggu apa respon semua pihak terutamanya pekerja dan majikan... Senyum lebar atau masih pening kepala...

Tuesday, April 24, 2012

Persediaan Jengka 8 Menyambut PM !!!

Salam.. Memandangkan PM akan datang ke FELDA Jengka 8 pada 8 Mei 2012 dipercayai bagi mengumumkan durian runtuh, maka sibuk kesemua pihak dari agensi kerajaan dan swasta memperelokkan mana yang patut... Mari kita tengok gambarnya..

Monday, April 23, 2012

Kejohanan Bola Baling MSSD Maran 2012

Salam..

Pada 17 hingga 18 April 2012, Daerah Maran menganjurkan sekali lagi bola baling antara sekolah. Sebanyak 13 buah sekolah menengah sekitar daerah Maran menyertainya yang dianjurkan di padang Bola Baling UiTM Pahang.

Keputusannya,

Lelaki Bawah 18 Tahun 2012

johan - SMK Jengka 16
N.Johan - SMK Jengka 21
Ketiga - SMK TAA, Chenor
Keempat - SMK Jengka 2

Perempuan Bawah 18 Tahun 2012

Johan - SMK TAA, Chenor
N. Johan - SMK Jengka 18
Ketiga - SMK Jengka 21
Keempat - SMK Maran 2

Tahniah sekali lagi...

Saturday, April 21, 2012

Perkhemahan Pengakap SMK Jengka 21 tahun 2012

Salam..

Hari ini pula kawan nak bercerita tentang pengakap... untuk tahun ini, kawan dilantik sebagai pemimpin bagi unit beruniform Pengakap setelah guru yang lama dinaikkan pangkat sebagai ketua bidang dan juga sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah Maran bagi sesi 2012-2014. Tahniah kepada En Ghafar bin Shamsuddin..

Selaku pemimpin, kawan sudah merencanakan beberapa aktiviti sepanjang tahun 2012 termasuklah berkehemah sekurangnya semalam... Ikut perancangan awal, sepatutnya pada 6 April 2012, pengakap sekolah kawan akan berkhemah selama semalam di sekitar sekolah.. Tetapi memandangkan kawan agak sibuk dengan pelbagai aktiviti sukan sepanjang bulan April, maka aktiviti itu ditunda...

Tetiba, kawan mendapat panggilan daripada cikgu sekolah SMK Jengka Pusat.. Mereka mengadakan perkhemahan Tahunan juga dalam bulan April. Mereka mengajak pengakap sekolah kawan berkhemah serentak dengan mereka dan turut mengadakan bersama aktiviti yang dirancang. Bagai mengantuk disorong bantal, terus kawan bersetuju.

Pada mulanya, kawan hanya nak menghantar 4 sehingga 8 orang sahaja.. Sebab khemah agak jauh dan melibatkan pergerakan kenderaan.. Tapi bila buat perjumpaan untuk mencari sesiapa berminat, hampir 90% ahli pengakap mengangkat tangan.. Oh ya.. Ahli pengakap sekolah kawan hanyalah seramai 46 orang sahaja... Pening kepala kawan termasuk gembira bila ramai berminat nak berkhemah.. Selama ini paling ramai pon hanyalah 12 orang. Satu perkembangan yang menarik...

Setelah urusan pembayaran dibuat, seramai 23 orang mengikut perkhemahan itu yang diadakan pada 13 - 15 April 2012 bertempat di Kem Tengku Mahkota, Bandar Jengka.. Pada mulanya, kawan seperti biasa ingin berkhemah sahaja dan memsan makanan secara bungkus.. Tak payah pening kepala nak memasak.. Tetapi semua ahli perkhemahan bersetuju untuk memasak sendiri.. satu lagi perkembangan yang menarik.

Maka ahli perkhemahan dibahagi kepada 3 petrol bercampur pengakap remaja dan pengakap muda.... 11 perempuan dan 12 orang pelajar lelaki.. Habis stor unit beruniform diselongkar untuk mencari alat memasak. Sudah lama tidak memasak... Alhamdulillah kebanyakan alatan masih elok cuma kurang diselenggara sahaja..

Bila tiba hari perkhemahan , kawan mengajak 8 buah kenderaan termasuk 4X4 milik GPK HEM kawan untuk menghantar budak dan barang perkehemahan ke sana.. Nasib baik, tapak perkhemahan boleh dimasuki oleh kenderaan sehingga ke tapak khemah. Tak payah nak mengangkat. Untuk makluman semua, dari 23 orang yang pergi berkhemah hanya 5 orang sahaja biasa berkhemah. Yang lain itu, ini merupakan pengalaman pertama mereka...Yang kawan kagum, 6 orang pelajar tingkatan 5 sanggup juga berkhemah.

Oh ya, berkhemah ini tidak wajib untuk unit beruniform... Sebab itu, ramai pelajar sekolah, bila ditanya ada dikalangan mereka tidak pernah berkhemah langsung sepanjang persekolahan dari tahun 1 sehingga tingkatan 5.. Rugi wei..... Berbalik kita ke perkhemahan itu, pelbagai aktiviti dijalankan. Antara yang menarik adalah permainan Paintball, night walk, membuat gajet, ... Paling seronok adalah melihat bebudak memasak sendiri makanan mereka...Hahaaaa... Petang bila sampai, kawan menugaskan beberapa orang pelajar untuk masak malam.. Bila kawan dapat, kawan tengok mereka sedang makan nasi yang sudah jadi bubur yang berkerak... Lauknya hanya telur dadar dan ikan kering.... Puas kawan ketawa.... Yang bestnya, siap ada pelajar bertambah lagi.. Maklumlah letih memasang khemah..

Ok.. banyak lagi nka diceritakan tetapi ada masa dan kerajinan kawan akan sambung lagi.. layan gambar dulu...

Friday, April 20, 2012

Kejohanan Petanque MSSD Maran 2012

Salam..
Hari ini kawan nak bercerita pula tentang petanque.. Daerah Maran telah menganjurkan kejohanan Petanque tahun 2012 pada 3 sehinga 5 April 2012 bertempat di gelanggan Petanque SMK Jengka Pusat. Kejohanana tahunan ini sudah 2 tahun tidak diadakan .. Atas inisiatif Pengerusi Teknik Negeri Pahang, Encik Ibrahim Huri, maka tahun ini dapat dilangsung kejohanan yang meriahnya..

Sebanyak 9 buah sekolah mengambil bahagian.. Iaitu
1. SMK Jengka Pusat
2. SMK Jengka Pusat 2
3. SMK Jengka 2
4. SMK Jengka 12
5. SMK Jengka 16
6. SMK Seri Jengka
7. SMK Jengka 21
8. SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor
9. SMK Maran

Kejohanan tahun ini melibatkan kategori bawah 12 , bawah 15 dan bawah 18 tahun. Maka ada 6 kategori melibatkan peserta lelaki dan perempuan iaitu acaa triple(bertiga), double (berdua) dan single (seorang)..

Bagi kategori bawah 12 tahun, Hanya sekolah SK Jengka Pusat 2 dan SK Jengka 8 terlibat.. Bagi lelaki , semua acara dibolot oleh SMK Jengka Pusat.. Maklumlah ada budak SUKMA terlibat...
Bagi acara perempuan pula, lebih sama rata. Sekolah kawan berjaya memungut naib johan triple perempuan B15, ketiga double perempuan B15, keempat triple lelaki dan perempuan B18...

Bagi kawan, itu adalah pencapaian yang agak memberangsangkan memandangkan ada dikalangan yang berjaya itu baru seminggu bermain petanque... Tahniah kepada semua.. So, kawan bersama guru petanque lain akan teruskan latihan untuk menghadapi kejohanan tertutup yang dijadualkan diadakan di sekolah kawan sempena Hari Koperasi Sekolah 2012 pada bulan June nanti.. Harap2 jadilah kejohanan itu...

Thursday, April 19, 2012

Kejohanan Softball MSSD Maran 2012

Salam..
agak lama tidak menulis... Dua minggu ni sibuk dengan pelbagai aktiviti sukan terutamanya minggu lepas dengan kawan terlibat dengan 4 aktiviti serentak.... tak tahu mana nak pergi... pergi tunjuk muka jer la...

Untuk post kali ini, kawan akan menceritakan tentang kejohanan softball ... Sekolah kawan telah menyertai lagi tahun ini .. Tahun 2012 mula menampakkan peningkatan penyertaan dari sekolah-sekolah sekitar Maran..

Sebanyak 5 pasukan dari team lelaki manakala 7 pasukan dari team perempuan... Kejohanan bermula dari 2 April sehingga 4 April 2012 dan berlangsung di SK Ulu Jempul.. sekolah PT Rendah...

Keputusannya, Pasukan lelaki dapat tempat ketiga setelah kalah kepada SMK Desa Jaya di peringkat separuh akhir .. Padahal pada peringkat awal, sudah menang bergaya dengan keputusan 8-2.. Pelik bin ajaib.. tetapi itulah sukan..apapun boleh terjadi...

Pasukan perempuan pula, sekolah kawan juga mendapat tempat ketiga setelah tewas kepada SMK Jengka Pusat B ..Sekolah itu menghantar 2 team atas tujuan pembangunan... Nampaknya result tahun 2012 ini, agak menurun berbanding tahun 2011 lalu.. Tahun ini, kawan tidak terlibat sangat kerana serentak dengan bola

sepak.. So, kawan hanya pergi melihat kejohanan sahaja... Tahniah untuk semua.....

Sunday, April 1, 2012

Jadual Gaji Baru SSM baru 2012 - Dah keluar 30 Mac

Salam.

Pekeliling JPA berkenaan Gaji Baru yang berkuatkuasa 1 Januari 2012 telah dikeluarkan oleh JPA .


Sila lihat disini.

Walaubagaimanapon, bila kawan meneliti kawan dapati masih ada benda yang boleh didebatkan. Dalam pekeliling itu, JPA menyenaraikan senarai gaji minimum dan maksimum bagi semua jenis gred dari N1 sehingga Turus A...

Secara umumnya, jika diteliti SSM baru ini mempunyai kelemahan dari segi gaji maksimum.. Dahulu dibawah SBPA, gaji maksimum mencecah RM8,000 tetapi gaji baru SSM ni hanyalah sekitar RM6,000 lebih sahaja..
Mungkin perkara ini sudah dalam perhatian CEUPACS.. Kita sama-sama tunggu..

Kawan hanya tunggu pekeliling berkenaan pemberian time based 8 tahun...