Wednesday, July 20, 2011

Nilai Sebenar Sebatang Rokok....dan Faedahnya

Dengan Harga jualan sebatang rokok 50 sen...

24 sen untuk cukai
14 sen untuk pengilang/pemilik
1 sen untuk pemborong
5 sen untuk peruncit
1 sen untuk penanam

-----------Dan sebenarnya harga sebatang hanyalah 5 sen sahaja...

DAN ANDA MEMBERI FAEDAH SERTAMENGHADIAHKAN diri dgn:
20 kali lebih risiko kanser paru2
10 kali lebih ancaman penyakit paru2
10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
4 kali lebih ancaman jantung
2 kali lebih risiko serangan strok
50% risiko kematian akibat tabiat merokok

Ayam berkokok di atas batang,
Hisap rokok penyakit datang.

So, pendapat anda....

Adakah anda seorang perokok?

Tuesday, July 12, 2011

Pembangunan BTAR Jengka..

Salam..
Kawan sengaja tak updated blog kawan untuk membolehkan isu penghinaan oleh pelajar UMT itu menjadi headline. Harapan kawan agar ramai orang akan mengikuti isu tersebut...
Memandangkan isu tersebut sudah kecoh di dada akhbar dan stesen tv.. cuma kekecohan yang dijangka tidak seteruk yang dialami oleh namabee dahulu....ok...

Untuk kali ini, kawan ingin mengupas apa yang dibentangkan oleh PM kita semasa Hari Peneroka tempoh hari.... Untuk makluman semua, tahun 2011, FELDA Wilayah Jengka telah dipilih menjadi tuan rumah dan diputuskan agar sambutannya dilakukan di mini stadium Nadi Kota, Bandar Jengka... Ada beberapa agenda tempat itu dipilih dan realiti agenda itu diumumkan oleh PM..

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM250 juta untuk proses pembangunan infranstuktur di Wilayah Jengka.. Antaranya ialah termasuklah pembinaan Stadium Baru bagi dijadikan homeground pasukan FELDA UNITED dengan jumlah RM87.9 juta.. Kalau diikutkan jumlah yang diperuntukkan memang besar juga keluasan stadium itu... Mungkin boleh menampung sehingga 30,000 orang penonton... Mengikut member kawan, perancangan stadium baru di Kelantan belanja sekitar RM90 juta... so, lebih kurang besar ler.....

Selain itu, sebuah Terminal Pengangkutan Bersepadu akan dibina dengan menelan belanja RM10 juta menerusi projek di bawah ECER.. Menurut cerita-cerita di sini, terminal tersebut atas dibina dua tingkat yang mana akan menempatkan sebuah pust bowling.. Nampaknya ramai ler jaguh bowling dari anak FELDA.. Panggung wayang kawan x dengar cerita pulak.. Selalunya package sekali... Dengarnya ia akan menaiktaraf terminal sediaada....

Sejumlah RM 50 juta juga diperuntukkan untuk pembangunan Perumahan Generasi Kedua FELDA di Seluruh Negara.. AApek ini nampaknya cuba diata dengan sesegera mungkin agar tiak menjadi duri dalam daging dalam PRU akan datang.. Di Sg Retang sudah diadakan proses cabutan undi untuk penentuan lot2 perumahan.. Ia dikatakan berita baik. Nampaknya sudah berjalan lancar ...

RM50 juta juta diperuntukan untuk pembaikan dan naik tarf perumahan warga kerja FELDA.. Hal ini memang brpatutan yang mana rumah sedia ada di tanah rancangan kelihatan lebih teruk dari golongan ramai miskin.. Nak dibaiki , buka rumah mereka.. Tak dibaiki, sedih nak menginap.. Pejam mata saja duduk di situ... Harapnya kemudahan ini disegerakan.....

Selain itu, Kerajaan juga memperuntukan RM10 juta untuk membina dewan Semai Bakti di 13 buah Rancangan sekitar Wilayah Jengka... Rancangan mana terpilih kawan tak dengar cerita...Harap FELDA kawan dalam senarai itu juga... Dewan lama di simpang luar sudah menunggu masa hendak dirobohkan....

Apapun, kesemua peruntukan itu walaupun dikatakan gula-gula oleh pembangkang, xpe la... janji jangan kena kencing manis cukuplah.... Ramai yang dapat menafaat atas pemberian itu termasuklah golongan pembangkang .....

Saturday, July 9, 2011

Dalam sibuk Bersih di KL, Ada Orang hina Negaraku di UMT pulak!!!



Salam..
Dalam orang ramai bertumpu ke KL untuk menyaksikan perhimpunan BERSIH 2.0, tetiba kecoh ada seorang dalam FB buat kecoh mengatakan negaraku seperti kes dahulu... tgk gambar sendiri ler....

Bersih ooo Bersih..Berjaya atau BErgaya saja?..

Salam,
Hari ini kecoh di dunia online semalaya bercerita tentang perhimpunan BERSIH bernombor 2.0...

Rata-rata samada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang sibuk membuat persediaan ke arah peristiwa 9 Julai 2011 ini..
Seperti dijangka, walaupun pihak kerajaan menerusi polis cuba mebatalkan perhimpunan ini.. Ia tetap berjalan mengikut jadual...Mahal berlaku dimerata-rata tempat di seluruh KL termasuklah di Stadium Merdeka, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan pelbagai tempat lagi yang kecil-kecilan...Bertambah menarik , pihak prokerajaan seperti pemuda BN juga berjaya membuat perhimpunan mereka atas slogan anti-BERSIH 2.0..........Cuma pihak PERKASA kawan x dengar apa cerita tenang perhimpunan yang dirancangkan jadi atau tidak.....

Dari kaca mata rakyat Malaysia, apa sebenarnya BERSIH 2.0 ini?....Apa motifnya selain dari menyerahkan 8 jenis tuntutan menggesa agar SPR bersih dari apa yang digemburkan dengan banyak keraguan yang dikenlpasti oleh pelbagai pihak....
Apakah tiada cara lain selain perhimpunan untuk menyatakan ketidakpuashati ke atas SPR lalu kena berdemo>...
bila ditanya kepada seorang penyokong pembangkang soalan ini, mereka memberi jawapan dengan perhimpunanlah aspirasi majoriti rakyat Malaysia dalam ditunaikan setelah pelbagai usaha dilakukan termasukalah secara halus dan face to face tetapi tidak dilayan oleh pihak kerajaan.. Benarkah tuduhan demikian....
Kawan sebagai ' ORANG ATAS PAGAR (OAP)' akan mendengar berita-berita ini dari kedua-dua pihak dan menilai berita itu.... Setakat perbincangan kawan bersama kawan OAP yang lain maka disimpulkan bahawa golongan OAP akan memihak kepada pihak pembangkang..
Ini kerana menurut mereka, berita dari pihak pembangkang lebih jitu isunya, lebih kemas kaedah penyampaianny dan fokus kepada masalah dengan memberi bukti-bukti yang dianggap relevan.... Sebagai contoh, Kilang Lynas di Kuantan memberi kredit yang besar kepada pembangkang.. bukannya pihak kerajaan tidak memberi penerangan tetapi sayangnya penerangan hanya fokus kepada penyokong-penyokong BN sahaja yang mendengar.. Bak kata penyokong pembangkang, ibarat bercakap dengan pokok sahaja...Marah, gembira apa ker sama sahaja jawpaannya......tetap tumbuh bila ada bajanya....

Bagi kawan, seharus dan sepatutnya pihak BN dan UMNO khasnya mula membuat perlaksanaan bagi pelbagai program yang dirancang di seminar-seminar atau kursus-kursus yang dibuat hampir setiap tahun dan dihadiri oleh orang yang sama menyebabkan BN hilang majoriti dua pertiga dalam PRU ke 12 yang lalu...

Siapa lagi nak pergi kalau bukan kami juga... Nak harapkan golongan muda, habislah kursus ini... Bukannya berminat dengan kursus-kursus sebegini..... Lagipun kami adalah golongan pemimpin akar umbi tempat kami.. Kami tahu apa yang masyarakat kami mahukan.....

So, Apa lagi ..... BERSIHKkan pembangkang dalam PRU akan datang......BN boleh......

Wednesday, July 6, 2011

Tiada apa yang menarik disebalik banyak yang menarik!!

Salam..
Kawan dah lama tak updated blog ini. Segan pulak rasanya kerana blog ini ada dalam bloglist wzwh. Karang lama tak updated, tak seronok pula ditengoknya..

Tapi kalau nak updated tiada apa yang berita dan peristiwa yang menarik untuk dikongsi atau diulas... Setakat nak penuhkan blog setiap hari bukannya payah, pergi ke sumber-sumber berita just copy dan paste kemudian komen sikit lebih kurang... Kawan ada gak buat begitu..Tapi rasa tak berapa seronok ler.... Kalau boleh nak ler idea asli atau idea orang yang menarik untuk diulas bersama...

Ada member memberi pendapat, ceritalah tentang peristiwa semasa. Contohnya perhimpunan BERSIH 134.34....Entahlah. Kawan tak minat nak bercerita benda yang sama diceritakan oleh beribu-ribu blog lain.. Apa pelbagai pendapat tapi banyaknya just copy dan paste jer....

Ada member lain menberi cadangan agar kawan bercerita tentang kewangan memandangkan kawan ini ada sidikit pengetahuan.. Kawan merasakan tidak perlu kerana kawan juga mempunyai blog tentang kewangan (juga tak updated berbulan-bulan).... Post tentang kewangan ini perlukan banyak masa dan ruang kerana maklumat yang disampaikan jika boleh tepat dan mutakhir.... Karang info salah, buatnya orang buat panduan, takkan naya ker cerita.... Macam-macam alasan, padahal malas..heheee..

Takpe lah.. Sebabkan post hari ini, kawan mendapat idea untuk menggunakan teknologi maklumat untuk pelajar-pelajar kawan yang baru tingkatan 2... Memberi kerja rumah menerusi emel.. Berbincang maklumat dengan blog.... Dari segi idea, tampak lama. tapi bebudak kawan nampak tertarik. Apapun nanti tunggu percubaan idea ini minggu depan.. Kalau sempat kawan akan review...