Tuesday, April 30, 2013

Hari ke-10 PDM Jengka 8 : Program bersama Wanita...






Salam.

Nsmpsknys program semakin rancak. pelbagai aktiviti semakin meriah. Semua
unit menjadi aktif. Inilah yang kita mahukan. Semua program ini bertujuan untuk mencapai apa yang disasarkan.

Semalam, unit Wanita UMNO Jengka 8 dengan kerjasama Wanita UMNO Bahagian Jerantut telah mengadakan siri ceramah terbuka untuk semua penduduk Jengka 8. Fokus untuk wanita UMNO yang mana untuk menguatkan diri dengan program Jalinan Mesra yang akan dijalankan.

Penceramah telah menceritakan pelbagai faktor kenapa orang ramai khususnya wanita kena memilih BN sebagai pilihan utama kerajaan baru.Intipati inilah akan digunakan untuk JR
menjalankan tugas kemudian hari..

Mari kita bersama melayan gambar-gambar yang diambil ..




Calon DUN Pulau Tawar sedang menyerahkan barangan keperluan RELA kepada para petugas.



Pemuda sedang memasang bendera di sekitar FELDA Jengka 8.



Penceramah jemputan Wanita UMNO sedang memberikan hujah.



Sebahagian dari para penduduk Jengka 8.



Unit JK bilik gerakan turut serta mendengar ceramah yang disampaikan.



Penceramah bersemangat memberi pandangan dan hujah. Turut bersama Ketua Wanita UNMO Bahagian Jerantut.



JK tertinggi beserta jemputan menikmati sedikit hidangan malam.


Inilah Simbol PDM Jengka 8. Replika rumah Peneroka asal sewaktu mendaftar sebagai peneroka dahulu. BN dulu, kini dan selamanya...





Hari ke-8 & 9 PDM Jengka 8 : Program untuk berjalan.....

Salam.

Sekarang ni, kawan agak sibuk sehingga kurang berkesempatan untuk updated aktiviti harian. Maklumlah kawan duduk di luar, selepas kerja terus ke Jengka 8 bersama-sama menyertai aktiviti yang dirancang.

Dalam dua hari ini, banyak juga program yang berjalan. Wanita dengan program Jalinannya, pemuda terus mengibarkan bendera di serata kampung manakala Puteri masih berusaha untuk memantapkan ilmu teknikal semasa hari pengundian nanti.

JK UMNO cawangan pula terus berusaha mencari sumber dan dana untuk menggerakkan semua program yang dirancang. Pihak urusetia yang diketuai oleh SU bertungkus lumus menyiapkan persiapan bilik gerakan agar boleh beroperasi di tahap maksimun.

Petang semalam, wanita BN melancarkan gerak gempur dengan memberikan taklimat dan bahan logistik untuk sesi kerahan yang dijadualkan minggu ini..Jadual mula disusun mengikut blok masing-masing agar tiada sesiapa yang tidak tertinggal semasa kunjungan nanti.

Sekarang bilik Gerakan DUN Pulau Tawar banyak mengadakan program setempat. Program dihadiri ramai pengunjung sekitar pejabat DUN berlangsung meriah dengan jemputan luar.

Program yang dirancang pada 1 Mei ni dengarnya bercorak pertandingan seperti senamerobik, memasak, tarian tradisional dan lain-lain lagi...

itu sahaja dahulu. Gambar ada tapi di dalam hp. tak sempat nak upload ke laptop...

ok..

Saturday, April 27, 2013

Hari ke-5 PDM Jengka 8 : Aktiviti terus berjalan..

Salam.

Sejak dua hari lepas, laptop kawan menghadapi pelbagai masalah.. Antara charger rosak, bateri 'kong'.. lembap semacam... Macam-macam masalah timbul.. Masa orang nak guna, masa ini masalah timbul... Macam ada petanda...

Xpe. PDM Jengka 8 terus berjalan dengan pelbagai aktiviti. Bilik gerakan riuh rendah beroperasi hampir 24 jam . Bersambung para petugasnya. Silih berganti menjalankan tugas mengikut jadual yang dicadangkan..

Malam Khamis lepas, Setelah pergi program membaca yassin dan solat hajatdi pejabat DUN, maka kawan pon balik untuk menyertai program anjuran pemuda. Program yang dinamakan Santai Ria bersama Barisan Nasional. Program yang turut disertai oleh kedua calon DUN dan Parlimen berjalan lancar. Kawan berkesempatan untuk berbual dengan kedua-dua calon. Walaupon letih tetapi semangat untuk turun ke padang masih gigih. Memandangkan Jengka 8 adalah tempat terakhir program mereka. Maka agak lama mereka duduk di situ berbual tentang pelbagai isu terutaman stretegi masing-masing ke arah kemenangan.

Gambar ada, tapi tak upload ke laptop lagi.. nanti ada kesempatan, kawan akan cuba upload lagi...

Gambar a

Wednesday, April 24, 2013

Hari ke-3 & 4 PDM Jengka 8 : Hari yang mengujakan...

Salam..

Semalam kawan ada masalah laptop yang tetiba tidak boleh charge. Habis kerja kawan termasuklah nak log in e-Hasil. Dah dekat tarikh tutup ni...

Xpe. berbalik kepada aktiviti bilik gerakan. Semakin hari semakin hari sibuk.. Pemuda sibuk memasang banting dan banner dan banting manakala puteri sibuk mengemaskini pelbagai kerja sekreteriat.

Wanita dan ahli cawangan lain sibuk untuk mengendalikan kerja-kerja pelbagai agar apa yang disasarkan tercapai mencapai hasrat yang diidamkan...


Untuk makluman, semua pembaca dijemput untuk menghadiri program Santai Ria bersama Barisan Nasional Jengka 8. Program bermesra sambil makan minum ini bermatlamat untuk mendekati para pengundi terutamanya pengundi baru dan muda.
Berikut adalah butiran untuk program tersebut :

Tempat : Bilik Gerakan UMNO Jengka 8
Masa : 9.00 malam (selepas Isyak)
Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)
Jangkaan tetamu undangan : Para Calon DUN dan Parlimen (walkabout)

Kawan mengharapkan agar anda semua dapat menghadiri mendengar seniri penerangan dari bakal calon anda. Sesungguhnya anda sudah mendapat pelbagai info dari media massa mengenai Pakatan Rakyat, apa kata anda sendiri bertanyakan kemuskilan yang ada. Jika malu , jumpa kawan dan kawan akan tolong tanyakan semada secara program mahupon secara peribadi...

ANDA DIDAHULUKAN....PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...


Oh ya. Bahagian Pemuda ada merancang untuk mengadakan pertandingan Futsal tertutup Jengka 8. Cadangannya pada pagi 1 Mei 2013 ini.. Butiran lanjut akan kawan tuliskan
di dalam post akan datang.

ok... layan sedikit gambar PR untuk memberi dorongan sikit untuk bekerja keras..






Monday, April 22, 2013

Hari Ke-2 PDMJ8 : Kemaskini Bilik Gerakan & Taman Gelanggi Perdana.

Salam.

Kawan teruskan updated untuk hari kedua sempena PRU ke-13.

Pihak bilik gerakan sibuk mengemaskini bilik gerakan agar boleh berfungsi sepenuhnya menjelang isnin. Ini memandangkan gerak kerja seara amnya akan bermula . Walaubagaimanapon, gerak gempur sudah bermula sebelum penamaan calon lagi. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat..

Antara tugas yang dijalankan , menyiapkan dan menyusun organisasi dan kelengkapan bilik gerakan. Tugas-tugas ini digerakkan dan disepadukan dengan kerjasama semua unit termasuklah wanita, Pemuda , puteri dan tentu sekali cawangan. Memandangkan bilik gerakan kali ini digerakkan oleh dua cawangan, maka bertambah padu kerja yang dijalankan. Kawan melihat aturcara kerja semakin lancar.


Berbalik kepada isu hari kedua ini. Ada beberapa orang pembeli kawasan perumahan Taman Gelanggi Perdana yang terletak di Simpang Luar Jengka 8 daang menemui kawan untuk mengadu masalah mereka. Buat makluman, projek taman Gelanggi Perdana sudah melebihi tempoh siap sekitar 16 bulan. Keadaan ini merisaukan banyak pihak terutamanya para pembeli. Mereka sudahlah membayar sewa rumah sekarang malah gaji pula dipotong ansuran rumah baru. Sudah gaji tidak seberapa, potongan pula berganda. Dalam keadaan ekonomi sekarang, seikit sebanyak mereka terasa beban itu.

Mereka sudah menemui Calon DUN Pulau Tawar, Utz Yohanis Ahmad. Malah perjumpaan itu ada dilaporkan di sebuah blog agak terkemuka negeri Pahang ni.. Secara tidak langsung, imej BN selaku pembela rakyat agak tercemar.

Difahamkan projek perumahan Taman Gelanggi Perdana ini diusahakan oleh Sebang Perdana Sdn Berhad yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Calon BN UN Pulau Tawar, Dato' Dr. Shukri Ismail.. Mlaah sudah ada banner yang direntang di simpang Jengka 8. Harap pihak berkenaan dapat menyimpulkan perkara ini.


Bantahan para pembeli...



Projek yang dijalankan .. Fasa 2..


Projek yang sudah siap rumahnya. Cuma menungg infra asas sahaja...


Sasaran ADUN dan Ahli Parlimen untuk menjadikan Simpang Luar Jengka 8 sebagai platform utama pembentukan Bandar Satelit nampaknya terbantut atas kes berkenaan. Itu belum termasuk senarai penunggu untuk rumah kos rendah. Makin panas hati.. Isunya kecil tetapi penerangan pihak berkenaan mengenai isu ini tiada yang memuaskan..

Gunakan isu ini untuk mematikan langkah lawan. Siapa cepat, dia yang gembira..


Ok dahulu buat hari ke-2. Diharapkan apa yang ditulis di sini dapat diselesaikan demi manafaat semua pihak...




Sunday, April 21, 2013

Hari Pertama PDMJ8: Bilik Gerakan mula beroperasi secara rasmi...

Salam.

Hari pertama sudah berlalu. Kawan akan sedaya upaya untuk membuat catatan harian untuk tatapan semua. Dalam blog ini, kawan akan cuba fokus kepada PDM Jengka 8 dimana didalam kawasan N.11 DUN Pulau Tawar dan P081 Parlimen Jerantut...

Berikut adalah statistik Peti Undi Jengka 8...

PRUke-13

Bilangan pemilih layak : 1,623 orang
bilangan pengundi baru : 366 orang
Pecahan mengikut saluran :

Saluran 1 : 350 orang
Saluran 2 : 636 orang
Saluran 3 : 637 orang

Komposisi kaum : 99.25% melayu, Cina, India dan lain-lain kaum ...

Keputusan PRU 2008 :

Pemilih : 1354 orang
Keluar Mengundi : 79.4%

Parlimen : BN 635 , PAS 409 , Majoriti 226
DUN : BN 643 , PAS 408 , majoriti 235


Jika dilihat statistik ini, maka ada harapan untuk BN memenangi PU Jengka 8. Cuma kelancaran Bilik gerakan yang baur dibuka perlu dipercepatkan. Gabungan dua cawangan UMNO diharapkan dapat melancarkan apa yang dirancang.


Saturday, April 20, 2013

Gendang Dipalu : PRU 13 sudah bermula..

Salam...

Kawan sudah tidak lama menulis kerana menantikan hari ini sebagai pencatat terkini bagi tajuk kawan diatas iaitu PRU..

Memandangkan kawan mengundi di Parlimen Jerantut dan DUN Pulau Tawar, maka kawan akan menumpukan kepada kedua-dua kawasan mengundi ini...

Kita mulakan dengan Parlimen Jerantut ... Berikut adalah sedikit profail bagi kawasan P081.

Keputusan PRU-12 :

Datuk Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar (BN)
Dr. Hamzah Jaafar (PAS)

Keputusan :
BN menang ..Majoriti 1,324 undi


Untuk PRU-13 pula, infonya :

Jumlah pengundi berdaftar : 58,364 orang

bilangan Pengundi mengikut DUN :

N9 . DUN Tahan : 17 Peti Undi , pemilih : 13,583 orang
N10. DUN Damak : 20 Peti Undi , pemilih : 22,877 orang
N11. DUN P. Tawar : 17 Peti Undi , pemilih : 21,903 orang
Melayu : 81%


Calon layak Bertanding :

P. 081 - JERANTUT
1. DR. HAMZAH BIN JAAFFAR PAS
2. AHMAD NAZLAN BIN IDRIS BN

N. 09 - TAHAN
1. MOHD ZAKHWAN BIN AHMAD BADARDDIN PAS
2. WAN AMIZAN BIN WAN ABDUL RAZAK BN

N. 10 - DAMAK
1. MOHD NOR BIN JAAFAR BEBAS
2. JAMALUDDIN BIN ABD RAHIM PKR
3. KOH BOON HENG BEBAS
4. LAU LEE BN

N. 11 - PULAU TAWAR
1. YOHANIS BIN AHMAD PAS
2. AHMAD SHUKRI BIN ISMAIL BN

Setakat itu sahaja maklumat kawan dapat... Nanti ada terbaru kawan updated..