Monday, August 31, 2015

Selamat Hari Kebangsaan Malaysiaku...

Ahad, 30 Ogos 2015

Salam.

Hari ini Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 58. Tapi setelah penyelarasan dibuat, maka kerajaan menetapkan bahawa tahun ini tiada lagi sambutan ulangtahun. Ianya ditukar kepada sambutan Hari kebangsaan tahunan.

Dengan Tema 'Sehati Sejiwa' , maka diharapkan negara kita ini akan terus maju walaupon mengharungi cabaran yang sungguh besar.

Ayuh semua. MERDEKA>>>MERDEKA>>MERDEKA>>>.....

Saturday, August 29, 2015

BERSIH atau ANTI BERSIH >>>

Salam.

Sempena cuti tiga hari iaitu mulai Sabtu, Ahad dan Isnin, maka ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman atau pon merancang untuk bercuti di tempat yang diingini. Walaupon cuti raya korban tiggal 3 minggu sahaja lagi, ini tidak menghalang untuk orang ramai mernacang perjalanan. Mungkin faktor baru dapat gaji jadi penyebab kekuatan itu.? Tidak kisahlah apa sekalipon. Yang penting anda semua berasa gembira.

Sementara itu, takkala orang ramai merancang pergerakan, ada sekolompok manusia pula datang ke Kuala Lumpur untuk menyertai gagasan yang dinamakan BERSIH 4. Mereka yang datang dari sepelosok seluruh negara berkumpul di ibu kota selama 34 jam untuk meyatakan perasaan dan sokongan mereka terhadap gabungan NGO bersatu iaitu BERSIH yang dikatakan memperjuangkan untuk elak rasuah dn pelbagai lagi. Secara umumnya itu adalah sangat bagus untuk memperjuangkan hak itu. Mana-mana manusia waras sudh pasti akan bersetuju tema yang diperjuangkan itu. Adakah anda menyokong pengambil rasuah..? Sudah tentu tidak...

Tetapi corak pelaksanaan BERSIH 4 itu dibuat secara perhimpunan HARAM seperti yang diputuskan oleh Kementerian DALam Negeri. Pihak polis tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan setelah pemilik lokasi perhimpunan tidak meluluskannya. Mengikut syarat sebarang kelulusan perhimpunan adalah mesti mendapat kelulusan pemilik lokasi. Pihak DBKL tidak membenarkan perhimpunan itu dibuat di sekitar Dataran Merdeka memandangkan lokasi itu akan diadakan sambutan Hari Kebangsaan 2015. Sebarang persiapan dan raptai yang sedang berjalan dikuatiri terganggu akbiat dari perhimpunan itu. Maka pihak DBKL menawarkan lokasi lain iaitu di Stadium Titiwangsa atau membantu memohon menggunakan Stadium Merdeka atau Stadium NAsional yang mana tiada aktiviti lain berlangsung.

Mungkin merasakan lokasi kurang strategik dan merasakan perjuangan mereka tidak akan sampai ke sasaran, maka piha kBERSIH 4 tetap meneruskan acara perhimpunan di lokasi yang dirancangkan walaupon pihak polis menyistiharkan perhimpunan itu tidak sah. Xpe ler. Sama-sama kita saksikan kesudahannya.

Sementara di dunia media online sibuk menceritakan hal ehwal BERSIH 4, ada sekumpulan lagi menamakan golongan mereka iaitu Anti BERSIH. Golongan ini memperjuangakn hak mereka untuk memohon pihak kerajaan membatalkan perhimpunan BERSIH yang diadakan. Mereka merasakan perhimpunan haram itu mempunyai agenda tersembunyi disebalik isu yang diperjuangkan. Dengan menggunakan persepsi sekarang, BERSIH dikatakan menggunaka orang ramai untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada yang dipilih oleh rakyat pad pilihanraya umun yang lalu. Pelbagai isu dicanang termasuklah yang paling popular sekali isu RM2.6 bilion itu. Walaupon isu itu belum tentu kesudahannya, dendangan dlam media online begitu kuat sekali menyatakan DS NAjib bersalah. Pelbagai cara digunakan untuk membatalkan sebarang pendakwaan di atas pertuduhan itu. Isu penguguran TS Muhyddin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri antara punca timbulnya provokasi.

Siapa yang bersalah..? BERSIH atau Anti BERSIH..? Kita tunggu kesudahannya. Semoga ALLAH tunjukkan kepad kita semua pengakhiran cerita ini dengan baik.. amin.....

Thursday, August 27, 2015

Keadaan Masa kini : Postif atau Negatif?

Salam semua.

Dalam kesibukan bertugas, pagi ini dapatlah kawan menulis sedikit sebanyak berkaitan hal ehwal semasa. Kawan nak kata pandai tidak lah juga tetapi berbekalkan graduan Perakaunan dari sebuah universiti tempatan sedikit sebanyak membantu kawan memahami keadaan sekarang yang yang lebih pentingnya apa yang harus kawan hadapi dan rancang dengan sewajarnya.

Sekarang, semua sedia maklum bahawa keadaan ekonomi tidak menentu. Nak dikata tidak baik, asas ekonomi masih kukuh. Banyak lagi orang membeli belah seperti biasa. Malah pembelian barang-barang baru seperti rumah dan kereta masih berlalu walaupon tidak sehebat dahulu. Mungkn para pemburu harta sudah menilai kembali status masing-masing. Yang pasti semua menunggu..

Tapi nak kata baik, mudah cerita nilai Ringgit menurun. Terbaru semalam (rabu 26 Ogos 2015), RM dinilai RM4.29 untuk USD1.00 . Prah jugak ni. Rekod terburuk ringgit berbanding Dollar adalah RM4.78 iaitu sewaktu kegawatan ekonomi 1997/98 dahulu. Nasib baik tak terjun bermain FOREX. Kalau tidak, menangis tak berlagu ler... Bayangkan sebulan turun hampir 50 sen.. Adoiii... banyak tu... Tapi seperti biasa ler.. Setiap yang rugi, pasti ada orang untungnya. Siapa yang untung.. Ade ler orang tu yang tersenyum-senyum menanti hasil yang bakal dikaut...

Jadi, apa keadaan kita, Positif atau negatif? Kawan tidak terasa sangat. Kena jugak tempiasnya. tapi masih hidup seperti biasa. Ini kerana kawan sejak mula bekerja memang mengamalkan kewangan terancang. Setiap sen diambil tahu ke mana hala tuju. Dan ditambah pula sekarang mula mengamalkan kaedah Belanjawan. Jadi, memang ketat corak hidup. Takpe. Janji kawan selesa dengan apa kawan rancang. Cuma status kewangan luar yang jadi penentunya. BLR bank juga sedikit sebanyak menganggu perbelanjaan . Adakah kerajaan akan teruskan mengikut kaedah lama? menurunkan kadar faedah? atau mengikuti keadaan pasaran dunia..? Entah ler.

Saranan kawan kepada semua, perbanyakkan tunai anda ditangan. Mungkin cerita zaman 1997/98 dan 2008 berulang kembali. CASH is KING. Walaupon kawan menjangkakan keadaan mungkin tidak seteruk itu, pasti ada ruang dan peluang untuk kita manafaatkan nanti. Di Bandar Jengka, dah mula terasa impaknya seperti kawan perhatikan. Ingatkan mulai 2016 . Tapi dah mula terasa mulai awal 2015 ini. Jerantut masih tidak mengkaji lagi. Tapi bunga-bunganya sudah ternampak. Betul atau tidak, kena tengok secara terperinci.

Semoga semua bersdia menghadapi keadaan ini.

Friday, August 21, 2015

Retreat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2015 : Welcome to Langkawi..

Salam.

Mulai semalam (Khamis 20 Ogos 2015), sekumpulan pemuda UMNO Bahagian Jerantut pergi ke Langkawi untuk mengadakan sesi retreat bersama Kepimpinan Pemuda bahagian dan kepimpinan Pemuda Cawangan. Tahniah diucapkan terutamanya kepada Biro Politik dan Pengurusan yang berusaha untuk membawa par pemuda sejauh Langkawi semata-mata sesi defbrefing.

Walaupon kawan sendiri tidak dapat mengikuti program ini atas sebab kesihatan yang belum mengizinkan kawan bergerak jauh ke sana sini. Healthly First!.

Kawan harapkan segala perancangan yang dilakukan boleh impak yang berbaloi sejajar belanja yang dikeluarkan..

Ayuh Pemuda Bermaruah....!

Wednesday, August 19, 2015

Alhamdulillah. Sudah boleh beroperasi kembali..!

Salam.

Tahniah kepada diri sendiri kerana sudah boleh membuka kembali blog ni setelah 2 tahun memikirkan apa login dan password dia.. Sampai terpaksa mereka blog baru iaitu adzmeyamri.blogspot.com..

Tapi ok jugak kerana blog baru itu fokus kepada pendidikan semata. Rasanya blog ini kawan boleh fokus hal duniawi ler.. Sebab kawan seronok nak bercerita hal2 dunia ni.. Pemuda ler, ekonomi ler macam-macam ler..

Cukup dulu post kali ni.. Nanti rangka penulisan kembali...