Monday, December 31, 2007

Bahan beracun pada lampin pakai buang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin paki buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.

Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka. Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.

Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.

Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).

Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebutboleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.

Pengguanan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.
Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.

SUMBER: UTUSAN PENGGUNA(MAC-APRIL 2007) --isuhangat blog

Friday, December 28, 2007

Banjir loooo

La post sebelum ni cadang nak cerita tentang banjir. Melalut ke cerita harga sawit pulak. Xpe aku smabung pasai banjir . Masa aku ke Temerloh, jalan ke KL dah ditutup so, semua kenderaan kena exit temrloh. Apa lagi, jem la dekat 1 km dari plaza tol. Bayangkan satu lorong jadi 3 lorong. Bersempit2 keta2 yanga ada kat situ. Lepas keluar tol, terus ke Temerloh. Sampai di , aku melihat kiri dan kanan jalan, sudah penuh melimpah air menenggelam premis kedai dan beberapa stesen minyak. Dah la keta aku minyak itnggal sikit, stesen minyak pulak tenggelam. Aku terus ke pusat Bandar dalam satu barisan kenderaan yang panjang. Tengah2 lalu, tiba2 je aku aku kena redah banjir. Tu yang aku paling benci ni. Abis la keta aku.. Nak undur xleh dah. Lalu jela. Nasib baik xde apa2. Karang mati keta tengah2 banjir meraung aku nak baiki keta. . Dah lalu , p la TheStore nak beli barang keperluan hidup. Sampai ke sana, aku tengok hampir semua kedai tutup. Heran aku, masuk dalam The Store, baru aku tau, elektrik tiada. Dah dua hari dah. The Store pun pakai generator. . nasib baik ade lagi stok barang. Kat tempat aku dah abis licin, orang beli buat stok takut2 banjir menjadi lebih besar. Aku pun nak balik. Tak nak le lau tempat banjir tadi. Aku pun pusing le tempat lain. Pusing lalu ikut industri, jln tenggelam. Lalu ikut Kampung JPJ putus putus, so, nak x nak kena le lalu jugak jalan banjir tadi. Nak tunggu, karang naik air karang, kena tido pula kat Temrloh ni.. nasib baik lepas, aku pun balik ke rumah dengan minyak tah cukup ke tidak. Confiden je la.

Thursday, December 27, 2007

pokcik kayo..

Banjir dah semakin ok. Sudah surut sekaki lebih kedalaman nye. Tapi air banjir masih besar. Aku bersama beberapa kwn aku pergi ke Temerloh unutk membeli stok di sana. Kami terpaksa melalui Highway kerana jalan biasa masih belum boleh dilalui. Sepanjang perjalanan di Highway tu, aku tengok di kiri dan kanan penuh air. Bak kata kawan aku ni, macam di lautan. Habis pokok kelapa sawit la . Jangna le buruk buah sawit yang dah masak. Rugi ooo. Buah sawit tengah mahal. Dulu masa aku kecik, eh remaja dulu, harga sekitar rm250, pernah menjunam RM180 per tan metric. Paling tinggi rm400 zaman eko gawat 1998. Itu pun seba harga dollarUS mahal berbanding ringgit. Selama 10 tahun dia stabil d RM 250 je. Aku aku tanam sendiri pokok sawit. So, hasil selama 3 tahun pertama, xde la sebab x de hasil nak dituai. Orang FELDA ada bantuan sara hidup. Tahan le sikit.
Golongan tanam sendiri macam ayah aku tahan le 3 tahun sebelum tuaipertama. Bila dapat kutip hasil , lega semua orang2 tua yang buat sendiri. Tetiba setahun dua ni, harga sawit meningkat ke harga RM500 lebih. Pernah satu hari tu, mencecah leibh rM600 setan. Buah sawit ni harganye berubah setiap hari. Mengikut MSM . aku pun x berapa pandai bab2 harga ni. Aku ingat sekejap je kenaikan hargani memandangkan masa tu, ad ura2 pilihanraya nak buat, tapi harga tida kturun dari RM500. Masa ni, orang tanam sendiri senyom melebar la. Mane tak, sekali kutip dpat 10 tan. Didarabkan dengan RM500 setan, income unutk 15 hari je RM5000 ringgit. SEngih ayah aku.. tu baru ½ bulan . buah amik 2 kali sebulan. Secara purata pendapatan dia RM10,000 la. Mak ai, kalah gaji CEO sykt di KL. Dengan pendapatan mcm tu, ayah dan mak aku pun planning nak balik akmpun selama 2 minggu . Kemudian , bulan Jan 2008, jika sempat, nak p melancong ke Jakarta/Bandung/Puncak selama m1 week. Tu pun , dalam ura2 nak p umrah dan ziarah ke Mesir pulak. Mentang2 la dah jadi pokcik kayo, jalan la cuti-cuti Malaysia. Biar la duit ayah aku… bila lagi dia nak enjoy…

Wednesday, December 26, 2007

Baru kembali

Salam semua,
Hampir seminggu x online.. apa lagi cuti2 malaysia la... sambil melawat sedaraa2 jauh.. sementara cuti masih ada.. sapu je la semua.
apapun sudah hampir tiba musin sibuk dah..akhir tahun ni..cpe la..

Thursday, December 20, 2007

Ucapan

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA... Kepada semua umat islam keseluruhannya... Semoga kita semua hidup di dalam keberkatan dan keinsafan.... Amin.

Sunday, December 16, 2007

Banjir ooo banjir..

Kampong aku dah start dinaiki air, ada jalan sudah putus hubungan . Hujan semakin lebat berterusn setiap hari. Aku tengok sungai besar, air dah sampai ke tebing, entah la. Kalau lebat lagi seminggu , rasa2 berulang balik banjir besar 1988 dulu.. Mast u aku kecik lagi, (darja h 5 ) Aku tengok banjir masa tu, jalan utama besar dan lori je boleh lalu . Dah 5 tahun x banjir kampong aku ni. Ni dekat dengan raya ni.
Harap2 ok la

Saturday, December 15, 2007

Anugerah II

Bebalik kepada anugerah belia tu, persatuan aku diberitahu pada hari tersebut, kami berada top 5. Aku berasa bangga, persatuan baru dah berada dalamtop 5. Kebanyakkan persatuan lain tu, dah banyak kali memang anugerah peringkat nasional dan antarabangsa. Kira ok la tergolong dalam top 5. Bila diumumkan pemenang, persatuan aku ni dapt anugerah bidang pembangunan ekonomi terbaik, Kiranya persatuan aku ni gagah dan hebat dalam bidang ekonomi. Tu yang kami semua gelakkan. Nak ikutkan aku rasa banyak lagi persatuan beliayang memang hebat bab ekonomi. Mungkin itu anugerah yang sesuai kot.Kira ok la. Dapat gak berasa hadiah RM3000 tunai. Semua orang gembira. Cadang pengerusi kata nak buat kambing panggang. Untuk jamuan nanti. Cantik la..
Kami semua berazam untu kterus ke hadapan

Friday, December 14, 2007

Anugerah ..

Persatuan belia kampong aku dipilih untuk memasuki Anugerah belia peringkat kebangsaan . Persatuan aku ni dah menang peringkat wilayah. Kalau wilayah tu, aku x la heran sangat sebab dah dua tahun nama persatuan aku disebut2 untuk menang. Secara auto nye , kami terpilih bertanding ke peringkat kebangsaan. Kami prepare agak kelam kabut. Aku ditugaskan untuk menempah baju koporat dan t-shirt persatuan. Budget untuk baju saje dekat RM2500 + lagi dengan banting dan banner RM500. Kelam kabut jugak aku cari orang buat baju tu, sebab semua orang x mau buat dah dekat dengan raya. Nasib baik ada member aku nak buat, tapi extra caj la. Kena buat gak la.baju tu cukup la budget.tapi nak buat banner . tersilap saiz , member aku buat yang besar, Over budget. Nak tempah yang lain dah x sempat.. terima je la.Makan duit poket aku. Kira derma jela.

Thursday, December 13, 2007

Cari CD..

Hari weekend yang lalu, selepas p wedding kekawan member aku, kami berdua terus p ke Low Yat Plaza . Aku bercadang nak beli Ext. Hard Disk(budget lebih kurang RM200) disamping tu, aku nak cari beberapa DVD movie dan Software CD. Setelah aku membeli ext HD 80 GB berharga RM185, aku pun cari la cd tu. Aik ! x jumpa puas naik tangga turun tangga. Tempat yang aku beli dulu dah jadi kedai lain. Tu yang confius. Dekat2 dua jam gak aku cari. X jumpa . Rasa kecewa pulak. Dulu sebut saja nak cd apa semua ada, sekarang mana aku nak cari.Nak beli ori banyak duit. Tension betul. Aku balik umah dengan x puas hati.
Dari satu sudut positif, ini menunjukkan kerajaan buat kerja yang sepatutnya. CD pirate ni dah xde. Secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi Negara melalui pengenaan duti. Tapi orang2 macam aku ni, tensen la x dapat barang murah dah. Nak beli ori, mana mampu beb. Satu software dekat RM200 . bankrap .Nampak nye terpaksa la aku downloand internet je.. maleh betoi. Macam mane nak buat….

Wednesday, December 12, 2007

Dinner freee

Baru2 ni aku ada ke KL atas mesyuarat ANGKASA tahunan. Selepas menghantar ayah aku balik kampong menaiki bas (aku datang dengan ayah aku. Kami dua2 p meeting), aku pun terus ke MIECC untuk menghadiri dinner anjuran sykt MPSB. Kawan online aku yang tawarkan tiket tu yang berharga RM220.00/pax. Dia tawarkan pad aku 5 tiket tetapi hanya aku je yang boleh p. Itupun buat confiden2 je p sana. Setelah jumpa member online aku ni, kami semua pun masuk ke dalam dewan. Aku tengok begitu banyak meja. Dianggarkan hampir 5000 orang datang malam tu. Maklumlah tiket free. Dah la 2, artis yang buat show tu pun ramai ziana Zain ada, maya Karin, Misha omar , artis budak Indo yang femes tu pun ada(x tau nama) dan paling penting penarik dia MAWI la. Tu yang penuh .
Di situ, sementara nak tunggu artis buat show aku pun berborak2 la dengan rakan semeja aku. Kenal la sepasang suami isteri dari Keramat. Borak2 aku dapat menjalinkan persahabatan dan bertukar contact. Insyaallah, aku akan berhubung dengan kakak itu lagi. Rasa tidak sia2 aku datang ke situ, dapat makan free kat hotel, tengok persembahan artis popular(siap amik gambar) dan paling seronok , dapat kawan baru. Apapun terima kasih kat kawan online aku ni, Bijan, offer aku datang dinner…

Friday, December 7, 2007

Foreign Exchange

Kajian Data didalam pelaburan FOREX.

1. 100 orang baru melabur didalam FOREX, dalam tempoh 2 bulan, 48% akan kehilangan
hampir keseluruhan wang pelaburan mereka.

2. 45% akan hilang wang pelaburan mereka dalam tempoh 3 bulan.

3. 5% lagi sempat mendapat keuntungan, tetapi selepas itu akan mengalami kerugian.

4. 2% lagi mendapat keuntungan yang besar kerana bernasib baik.

Sebilangan besar akan mengalami kerugian yang besar. Tetapi jika ada yang tidak serik
dan ingin terus berjuang didalam dunia forex, biasanya selepas setahun, dan selepas
beberapa kali kehabisan kesemua wang pelaburan mereka, mereka mulai merasai keuntungan sedikit tetapi berpanjangan. Selepas 2 tahun, mereka mulai merasakan keuntungan yang lumayan.

5. Kajian dilakukan terhadap 20 orang baru yang menyertai FOREX dengan bantuan orang yang berjaya. 7 daripadanya langsung tidak mengalami kerugian dan mendapat keuntungan sedikit tetapi berterusan. 13 lagi mengalami kerugian yang agak besar (30-50% kehilangan
wang pelaburan). Kajian mendapati perbezaan antara 7 dan 13 ini adalah, yang 7 mengikuti
bulat-bulat nasihat orang yang berjaya tersebut, dan 13 ini mengikut nasihat diperingkat awal, tetapi mencuba formula baru melalui kajian sendiri dan sering mendalami secara sendirian.

6. Sekiranya sudah menguasai ilmu forex dan mulai mendapat keuntungan, trader tersebut
akan mendapat keuntungan yang berterusan untuk jangka pendek atau panjang. Mereka tidak akan mengalami kerugian walau apa pun bertuk market semasa. Untuk sampai ketahap ini, jika belajar bersendirian akan mengambil masa 2 hingga 3 tahun. Jika belajar dari guru yang salah akan mengambil masa 1 hingga 2 tahun. Jika berguru dengan sepenuh
masa pada guru YANG BETUL akan mengambil masa 2 hingga 3 bulan.

...jika ingin mendapatkan pandangan mengenai forex secara percuma sila lawati
http://www.savingforex.com

Wednesday, December 5, 2007

Resipi sup

Baru ni ada kwn aku yang kirim kat kat aku tentang sup ni. Kalau sup2 biasa tu, kita p kedai je makan. tapi ni sup isi ketam .. jarang sekali kita dengar. So, aku letak la kat sini....

kita cuba resepi sup isi ketam dan
jagung pulak? Ikuti cara-cara berikut:

BAHAN-BAHANNYA:

200gm isi ketam
200gm krim jagung manis
150ml air rebusan ayam
80gm biji jagung - direbus
3 sudu makan minyak jagung
Sedikit gula pasir
Sedikit daun parsli - dihiris (kat hypermarket ada)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT

1. Satukan krim jagung manis dan biji jagung dalam periuk dan
dididihkan.
2. Masukkan isi ketam dan minyak jagung. Kacau rata
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam, gula pasir dan garam. Kacau rata
dan tutupkan api
4. Taburkan daun parsli dan sedia dihidangkan.

Sunday, December 2, 2007

KBN RHM ii

Sambung lek, orang Thailand tu x kena pamping sebab x reti bahasa melayu n reti sikit2 je bahasa inggeris. So, dia x berapa nak faham. Selamat dia. Selepas nyanyi negaraku, kami dibawa masuk ke dalam dewan. LDK pertama , aku diberi kumpulan seramai 9 orang. Kami kena melantik ketua n buat nametag dan logo. Ada sorang bai ni, dia terus beri cadangan. Dia kata mana2 dia pergi kursus , dia guna yang tu. Kami semua ok je. Aku mulanya malas nak active, kononnye aku ni nak jadi pendiam la. Aku cadang nak perhatikan adakah kursus ni sesuai dengan harganye RM200. Kalau tengok tempat, x berbaloi langsung. Ade ke bayar RM200 duduk dalam dorm 18 orang kongsi. Macam duk asrama. Budak asrama pun x kursus cam ni. \
Aku putuskan nak follow kursus ni secar sepenuh hati dan buat apa yang disuruh. Selalu, aku kursus2 cam ni sori la, mesti ngelat punye.. suruh nyanyi boleh blah la.