Saturday, July 27, 2013

Usahawan Tempe berjaya.. Anda pon boleh...

salam.

Minggu ni minggu yang boring....cuti 3 hari, kawan tak ke mana-mana memandangkan kereta utama masuk bengkel akibat eksiden yang menggeramkan. Mengaku tapi tak nak bayar..

Takpe. free dan dah ada bahan, kawan akan kongsikan....

Hari ini kawan akan posting ilmu usahawan.... label orang paling tak minat... Tapi kawan minat....

baca ler...

TEMPE merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa. Setiap kali majlis keraian atau kenduri, pasti tempe tidak ketinggalan dijadikan sebagai salah satu hidangan wajib yang dihidangkan bersama pelbagai juadah lain.
.
Tempe juga begitu sinonim dengan masyarakat Johor terutama apabila tibanya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Ia merupakan salah satu ramuan untuk memasak juadah hari raya yang dipanggil sayur lodeh di samping menu lain termasuk rendang serta ketupat.
.
Permintaan terhadap tempe pastinya akan meningkat setiap kali tiba musim perayaan. Tanpa tempe juadah yang terhidang bagaikan tidak lengkap justeru di negeri Johor khususnya di Batu Pahat, menyebabkan pengusaha tempe sering tidak menang tangan.
.
Kini, zaman telah berubah. Namun tempe tetap menjadi pilihan. Selain menjadi makanan tradisi masyarakat Jawa, tempe kini telah mula dikomersialkan sebagai kerepek tempe yang mudah dan senang didapati meskipun bukan pada musim perayaan.
.
Menyedari tempe berpotensi besar untuk dikembangkan Norhedayah Mesiran, 34, mengambil inisiatif untuk mengembangkan lagi perusahaan tempe warisan keluarga turun temurun yang dahulunya diusahakan oleh ibunya Mariam Sarkam dan ayahnya Mesiran Rosman.
.
Sebagai seorang graduan dalam bisnes dari salah sebuah universiti swasta, Norhedayah melihat jauh ke hadapan terhadap potensi produk berasaskan tempe ini. Dengan bantuan seluruh ahli keluarga mereka kini telah selangkah ke hadapan bagi meningkatkan lagi mutu produk.
.
Bersama adiknya Riduan Mesiran, 29, yang bertindak sebagai Pengurus Operasi mereka telah menubuhkan syarikat Perniagaan D'Sinar yang bertindak sebagai pengeluar dan pengedar kerepek tempe pelbagai perisa.
.
Jika dahulu ibunya mengusahakan kerepek tempe dengan berbekalkan kudrat empat kerat tanpa bantuan mesin canggih, kini mereka tidak lagi menggunakan ramai pekerja terutama untuk menggoreng tetapi mereka telah mempunyai mesin menggoreng dengan teknologi terkini.
.
Menurut Nurhedayah, dahulu ibunya hanya membuat tempe biasa yang dibungkus menggunakan daun. Ia sering digunakan dalam pelbagai masakan sejak turun temurun lagi yang merupakan warisan keluarga mereka serta dijual hanya sekitar tempat tinggalnya sahaja.
.
Bagaiamanapun, sejak lima tahun lalu beliau mula membantu ibunya menguruskan pelbagai hal bagi menjadikan tempe sebagai kerepek dengan pelbagai perisa iaitu ketumbar, kari, lada hitam dan lada serta berusaha untuk dipasarkan lebih jauh.
.
''Walaupun perusahaan ini sudah lama diusahakan tetapi masih belum dikomersialkan secara besar- besaran. Hanya setelah saya mengambil alih tugas daripada ibu saya barulah saya cuba membuka ruang untuk meluaskan pasaran," jelasnya.
.
Bermula dengan RM500 sebagai modal pusingan, beliau kini memiliki modal pusingan mencecah RM30,000 sebulan. Bermula dari situ mereka mengembangkan perusahaan tempe dengan menghasilkan kerepek tempe pelbagai perisa.
.
Paling menarik, kerepek tempe syarikat mereka lengkap dengan sambal kicap tradisi masyarakat Johor manakala perisa tempe pedas ia dicampur kacang tanah dan ikan bilis goreng.
.
Dahulu, mereka terpaksa menggunakan tenaga pekerja yang ramai untuk melakukan pelbagai kerja seperti memotong dan menggoreng. Kini mereka telah mempunyai dua mesin pemecah kacang soya, satu mesin pemotong, satu mesin untuk mencampurkan adunan (mixer), satu mesin pengisar kering dan satu kuali keluli tahan karat.
.
Menurut Norhedayah, dia telah mengikuti kursus teknologi makanan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Johor Bahru untuk menimba ilmu dan meminta khidmat nasihat dalam perusahaan tempe. Ia tidak sia- sia apabila semakin hari perusahaan tempe warisan keluarga ini semakin berkembang.
.
Ketika memulakan perniagaan ini dahulu mereka hanya mengusahakannya di rumah sahaja dan dibantu oleh dua orang pembantu serta menggunakan tenaga kerja manusia tanpa mesin. Tetapi kini mereka mempunyai bangunan sendiri yang bernilai kira-kira RM40,000.
.
''Kenangan yang paling menarik ketika mula mengusahakan kerepek tempe ini ialah kami memecahkan kacang soya yang telah siap direbus untuk dibuat tempe menggunakan mesin memproses getah keping dan memotong tempe dengan menggunakan mesin khas," jelasnya.
.
Meskipun pada awal pembabitannya dia agak gementar, kini dia mampu tersenyum bangga kerana segala usahanya mula membuahkan hasil dan dilengkapi dengan anggota keluarga yang sentiasa memberi sokongan.
.
Menurut Norhedayah, dia berharap dapat menepis persepsi masyarakat terhadap tempe yang dikaitkan hanya untuk masyarakat Jawa.
.
Justeru, dia bercita-cita mengetengahkan makanan yang berasaskan soya ini supaya menjadi lebih komersial dan dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.
Memandangkan tempe biasa yang bersaiz kecil, dia dan kedua orang tuanya mula membuat kajian sendiri bagaimana untuk menghasilkan tempe dalam bentuk bulat agar senang dipotong dan cantik bila digoreng.
.
Nurhedayah serta kedua-dua orang tuanya berjaya menemui satu teknik menghasilkan tempe berbentuk bulat iaitu seperti bentuk lemang dan ternyata idea mereka berjaya.
.
Alat pencetak bulat yang dibuat oleh mereka sekeluarga mampu menjadikan kerepek tempe itu nampak lebih komersial.
.
''Dengan kerepek tempe tiga perisa ini produk tempe warisan ini berjaya dikembangkan hingga memasuki pasaran Singapura, Brunei dan juga Iran," jelasnya.
.
Bagaimanapun katanya, jumlah permintaan yang semakin tinggi memungkinkan beliau mengambil lebih ramai pekerja kerana pekerja yang ada sekarang tidak mencukupi untuk membuat tempahan yang lebih tinggi.
.
Setiap paket kerepek berisi setengah kilogram kerepek tempe dijual sekitar RM6. Kerepek itu akan dihantar kepada tujuh pemborong tetap di seluruh negeri Johor juga kepada sebuah koperasi di sekitar daerah ini secara tetap.
.
Tambahnya, kerepek-kerepek berkenaan boleh tahan lebih tiga bulan. Selama ini mereka tidak pernah mendapat maklum balas negatif daripada mana-mana pihak tentang produk keluarannya.
.
Nurhedayah yang mengusahakan perusahaan tempe ini bersama keluarganya di No. 148 Kampung Sungai Nibong Darat, Semerah, Batu Pahat berharap agar satu hari nanti kerepek tempe keluaran syarikatnya mampu dinikmati oleh semua masyarakat di dalam dan luar negara.
.
Untuk itu beliau bercita-cita untuk menambah baik lagi teknologi pembuatan agar ia dapat menambah lagi pengeluaran produk. Di samping itu berusaha untuk membuat pembungkusan yang terbaik serta pelabelan dan penjenamaan agar lebih menarik untuk pasaran global.
.
Selain kerepek tempe, beliau juga mengusahakan kerepek pisang, keledek, keladi yang mana bahan mentah tidak menjadi masalah kerana ia mudah didapati di sekitar kawasan kampungnya dan secara tidak langsung dapat membantu penduduk kampung menjual hasil pertanian mereka.
.
Kegigihan dan kesungguhan Nurhedayah serta ahli keluarga lainnya mengetengahkan produk berasaskan kayang soya dengan menghasilkan kerepek tempe pelbagai perisa telah menarik minat Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad untuk meninjau perusahaan yang mereka jalankan baru-baru ini.
.
Dalam lawatan itu Noraini berasa kagum dengan idea anak-beranak ini menghasilkan tempe berbentuk bulat yang mana ia adalah teknologi yang mereka cipta sendiri dan belum pernah terfikir oleh orang lain.
.
''Jika sebelum ini saya hanya lihat tempe dibungkus dengan daun dan surat khabar lama. Tetapi kini saya lihat tempe dibuat dalam bentuk bulat seperti lemang yang pertama kali saya lihat, memang menarik dan sesuai untuk dibuat kerepek secara komersial," jelasnya.
.
Tambah Noraini, perusahaan tempe warisan keluarga ini merupakan salah satu produk yang mampu menaikkan nama Parlimen Parit Sulong khususnya dan negeri Johor amnya dalam Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) yang merupakan satu kelainan.
.
Melihat kelainan dan cita-cita keluarga ini untuk memasarkan produk mereka ke seluruh negara dan luar negara, beliau yakin produk ini boleh pergi jauh kerana ia menepati ciri-ciri kebersihan dan amalan pengilangan yang baik.
.
''Saya yakin produk ini mampu di eksport ke luar negara kerana ia lain dari yang lain dan pihak pengusaha harus cuba untuk membuat pelabelan dan penjenamaan yang sesuai untuk pasaran antarabangsa," jelasnya.
.
Tambahnya, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong sedia memberi khidmat nasihat dan bantuan yang sewajarnya bagi membantu Perniagaan D'Sinar mengetengahkan kerepek tempe pelbagai perisa untuk meningkatkan pasaran mereka.

Tuesday, July 23, 2013

Advertorial Post : Promosi Pakej Fotografi Perkahwinan.

Salam.

Ini adalah salah satu pesanan penaja.




Pakej RM1499.00 ....Dengan harga ini, anda akan mendapat pelbagai assesori dan BONOS, Kanvas dan 2 helai Banting ... Ok ler tu... Harga sikit2 boleh dirunding lagi.

So, sesiapa yang berminat nak mengambil pakej fotografi perkahwinan, bolehlah berhubung dengan En Jamal (019-3820530 - hp/whatassp)... Tukang ambik gambar pon hensem gak.. kira bonus ler...

Tuesday, July 16, 2013

Ok Semua! Anda boleh periksa arah kiblat sebenar Petang ni..

Salam.

Hari ini kawan updated berkenaan perkara diatas.

Setiap tahun iaitu pada 18 mei dan 16 julai, kedua tarikh itu anda boleh memeriksa arah kiblat sebenar dengan berpandukan cahaya matahari. Ini kerana pada hari ini, tepat jam 5.18 petang, matahari akan berada tepat di atas kaabah.

So, bolehlah periksa arah kiblat anda. Periksa tepat2 . Bab ibadah kepada Allah ini jangan dibuat lebih kurang seperti segelintir umat Islam sekarang. Jika ada perkara yang boleh membetulkan sesuatu dengan mudah, kita seharusnya buat seesuatu itu...

Harapnya, dengan pemberitahuan ini akan membetulkan atau mengesahkan keraguan anda mengenai arah kiblat. Ramai orang ambil mudah bila nak solat. AAda yang ikut arah cahaya matahari yang kelazimannya hanya 2 minit ini sahaja tepat dan ada jugak yang mengikut arah piring ASTRO yang secara kebetulan tepat ke arah kiblat dekat rumah mereka.

Hati-hati semua.... Jangan mempermudahkan benda yang remeh... bye

Tuesday, July 9, 2013

Jadual Berbuka & Imsak 2013

salam.

Hari ini hari terakhir bagi semua umat Islam di bulan Syaaban sebelum semua fokus untuk menghadapi bulan Ramadan al-Mubarak bagi tahun ini...

Biasa ler. Masa inilah kita semua termasuklah kawan kelam kabut untuk mengetahui jadual berbuka dan imsyak bagi kawasan kita masing-masing..

Kawan dah tolong carikan.. klik sahaja kat sini untuk jadualnya. ok.



ni copy terus... tapi kecik ler pulak...

SELAMAT BERPUASA......

Sumber,... dan carian kawasan lain seluruh Malaysia bagi tahun 2013... layari
http://www.islam.gov.my

Thursday, June 27, 2013

Makan tengahari Tempat saya.. Ini jumlahnya> Berbaloi ke tak?



Salam.

Mulai hari ini, kawan akan meletakkan apa yang kawan makan setiap hari di Kantin sekolah kawan untuk membandingkan harga dengan tempat lain....

So, untuk hari semalam, kawan dikenakan RM4.00 . Air kira lain. Sebab kawan minum air suam jer..free..ler..

Saturday, June 15, 2013

Kursus di Kolej Komuniti Temerloh....Berbaloi beb!!!

Salam..

Bermula jam 8 pagi sehingga tepat 5 petang, kawan seharian berada di Kolej Komuniti Temerloh yang berhampiran JPJ Temerloh untuk menghadiri kursus Adobe Illustrator cs2 khusus membuat banting, banner dan signboard...

Agak2 korang ler berapa yuran yang dikenakan untuk kurus yang berbaloi ini???


Murah jer .. RM10 sahaja. Kursus paling murah setakat ni di Malaysia. Memang berbaloi untuk kawan menyertai kursus ni kerana ilmu yang disampaikan benar-benar hand-on. boleh diapplikasikan segera untuk membuka perniagaan serta merta.

Terdapat banyak lagi kursus bukan sahaja bidang IT tetapi pelbagai kursus yang relevan. Jika kursus yang anda mahu tiada dalam senarai yang ditawarkan, anda boleh berbincang untuk menganjurkannya.

Cara untuk menyertai kursus sebegini mudah sahaja. Anda boleh pergi ke laman web Kolej komuniti mana-mana berhampiran rumah anda. Selalunya setiap koleh ada fokus dia.. jika tiada di kolej itu, carilah kursus idaman anda di kolej berhampiran.

Selain dari ilmunya yang hand-on, banyak faedah boleh didapati. Boleh berkenalan dengan rakan baru dari serata daerah dan yang lebih penting, ilmunya boleh digunakan serta merta.

Kawan hari ini menyertai kursus Adobe illustrator cs2 ... Kawan tak tahu selama ini, ia boleh digunakan untuk buat banner. Kawan ingat photoshop jer... tapi sama juga..

ok. Selamat berilmu....

Friday, June 14, 2013

Pekeliling Gaji Baru 1 Julai 2013 dah keluar.

Salam.

Baru tadi post tajuk baru . dala msejam post pulak.. xpe ler.. info berguna..

So, Khas untuk kakitangan awam yang masih tak faham tentang kenaikan gaji pad 1 julai ini. Maka, ceritanya pekeliling khas dah keluar.. boleh baca di web JPA or di bawah post ini nanti.

Secara keseluruhannya, kawan simpulkan bahawa ceritanya adalah seperti berikut :

maknanya , berdasarkan pekeliling terbaru ni kakitangan awam akan dapat 2 kenaikan gaji untuk tahun ni..

1. kenaikan gaji tahunan biasa... Jan, Apr, Jul or Oct
2. Kenaikan Gaji tahuanan khas... 1 Julai.

so, untuk tahun 2014 pulak, semua orang akan dapat kenaika gaji tahunan macam biasa...

contohnya..

Gaji 31 Disember 2012 : RM2500.00
Tarikh kenaikan : 1 Januari
Jumlah kenaikan : RM225

So,

Gaji pada 1 Jan 2013 : RM2725.00

Gaji pada 1 Julai 2013 : RM3000.00

Gaji pada 1 Jan 2014 : RM3225.00

Peratus kenaikan dari 2012 ke 2014 adalah :

RM3225 - RM2500 = RM725.00 or 29%




so, apa lagi ..yahoooo....com


lampiran ;;;

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5TAHUN 2013
PEMBERIAN PEMINDAHAN GAJI KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN
AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA
TUJUAN
1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan1
mengenai pemberian pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) Kenaikan
Gaji Tahunan (KGT) kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di
bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).
LATAR BELAKANG
2. Kerajaan memutuskan supaya kajian penambahbaikan skim perkhidmatan,
penambahbaikan landasan kemajuan kerjaya serta pembetulan kepada masalah
struktur gaji dalam SSM diselesaikan sebelum 31 Disember 2013.
1
Ucapan YAB Perdana Menteri semasa Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII)
pada 11 Mac 2013.2
3. Berikutan daripada kajian penambahbaikan tersebut, gaji pegawai di bawah
SSM akan dipindahkan ke struktur gaji baru dengan diberikan faedah pemindahan gaji
dengan amaun bersamaan satu (1) KGT.
4. Memandangkan kajian tersebut dijangka selesai pada akhir tahun 2013, maka
Kerajaan bersetuju supaya faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1)
KGT diberi lebih awal pada 1 Julai 2013.
PELAKSANAAN
Pegawai Yang Layak
5. Pemberian pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT ini
melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam di bawah SSM bertaraf tetap, sementara dan
kontrak (Contract of Service) yang telah dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang
berkhidmat pada 1 Julai 2013, termasuk pegawai yang berada dalam keadaan seperti
berikut:
5.1 pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan.
5.2 pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor
swasta.
5.3 pegawai yang cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji.
5.4 pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.
Pegawai Yang Tidak Layak
6. Urusan pemberian pemindahan gaji ini tidak melibatkan:3
6.1 pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji
Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).
6.2 pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang
kerja yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013.
6.3 pegawai yang dilantik mulai 1 Julai 2013.
6.4 pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013.
6.5 pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013.
Prinsip dan Kaedah Pemberian Pemindahan Gaji
7. Pegawai yang layak akan diberi pemindahan gaji dengan amaun bersamaan
satu (1) KGT mengikut gred jawatan/ gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013
berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 30 Jun 2013. Contoh kaedah pemindahan gaji
adalah seperti di Lampiran A.
8. Dalam keadaan pemberian pemindahan gaji ini tidak dapat ditampung oleh
amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum - Maksimum (JGMM), Ketua
Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan penetapan gaji Khas Untuk
Penyandang (KUP) kepada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
dengan mengemukakan salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang dikemas kini.
Contoh kaedah pemindahan gaji adalah seperti di Lampiran B.
9. Pegawai yang gaji akhirnya pada 30 Jun 2013 berada di gaji KUP yang
diluluskan JPA atau berada di gaji maksimum sama ada mengikut Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013, surat JPA.SARAAN(S)256/21/17-5 Jld.3
bertarikh 14 Mac 2013 atau surat JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.3 bertarikh
14 Mac 2013, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan penetapan 4
gaji KUP kepada Bahagian Saraan, JPA beserta dengan salinan Kenyataan
Perkhidmatan pegawai yang dikemas kini. Contoh kaedah pemindahan gaji adalah
seperti di Lampiran C.
10. Bagi jawatan peminjaman atau tukar sementara ke agensi Kerajaan,
pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT hendaklah diberi secara
isyarat di gaji hakiki oleh Ketua Jabatan asal dan pemindahan gaji diberi di jawatan
peminjaman atau tukar sementara oleh Ketua Jabatan agensi peminjam.
11. Pegawai yang cuti separuh gaji, gaji hakiki pegawai hendaklah diberi
pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT dan dibayar separuh
daripada amaun gaji baru.
12. Pegawai yang cuti tanpa gaji, gaji hakiki pegawai hendaklah diberi pemindahan
gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT dan pegawai akan dibayar gaji baru
apabila kembali bertugas.
13. Bagi pegawai yang dinaikkan pangkat atau ditukar lantik atau dilantik secara
Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) berkuat kuasa 1 Julai 2013, gaji pegawai
hendaklah diberi pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT di gred
baru selepas urusan penetapan gaji pemulaan di gred kenaikan pangkat atau tukar
lantik atau KPSL dilaksanakan. Contoh kaedah pemindahan gaji adalah seperti di
Lampiran D.
14. Bagi urusan kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan atau pelantikan secara
KPSL yang berkuat kuasa sebelum atau pada 1 Julai 2013, pemberian pemindahan
gaji ini boleh diselaraskan dan dibayar berkuat kuasa 1 Julai 2013.
15. Pemberian pemindahan gaji ini tidak mengubah struktur JGMM yang
ditetapkan seperti di Lampiran A Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013,5
surat JPA.SARAAN(S)256/21/17-5 Jld.3 bertarikh 14 Mac 2013 dan surat
JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.3 bertarikh 14 Mac 2013.
16. Perubahan gaji berikutan pemberian pemindahan gaji ini hendaklah dicatatkan
dalam Kenyataan Perkhidmatan semua pegawai yang terlibat.
Pergerakan Gaji Tahunan
17. Pemberian pemindahan gaji ini tidak menjejaskan Pergerakan Gaji Tahunan
pegawai bagi tahun 2013 dan tahun berikutnya, tertakluk kepada had gaji maksimum
dalam JGMM serta pegawai memenuhi syarat dan peraturan Pergerakan Gaji Tahunan
yang berkuat kuasa.
Tarikh Pergerakan Gaji
18. Pemberian pemindahan gaji ini tidak mengubah Tarikh Pergerakan Gaji (TPG)
pegawai.
Elaun dan Kemudahan
19. Syarat dan peraturan elaun dan kemudahan yang berkuat kuasa dikekalkan.
TARIKH KUAT KUASA
20. Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013.6
PEMAKAIAN
21. Tertakluk kepada penerimaan pakai pekeliling perkhidmatan ini oleh pihak
berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling perkhidmatan ini pada
keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa
Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
PUTRAJAYA
Jun 2013
Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan 7
Lampiran A
CONTOH 1: KAEDAH PEMINDAHAN GAJI BAGI
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N17
TarikhKuat Kuasa : 1 Julai 2013
Tarikh Pergerakan Gaji : 1 April
Gaji Minimum - Maksimum : RM927.03 -RM3,089.68
Kenaikan Gaji Tahunan : RM95
Tarikh
Gaji Sekarang
Gred N17
(RM)
Gaji Baru
Gred N17
(RM)
Catatan
1.1.2012 2,709.68 (P3) - Gaji pegawai setelah diberi kenaikan
gaji 13% mengikut Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012.
1.4.2012 2,804.68 (P3)
(Maksimum)
[diberi 1 KGT di
Gred N17 iaitu
RM95]
- TPG Gred N17.
Pergerakan Gaji Biasa mengikut
keputusan Panel Pembangunan
Sumber Manusia (PPSM).
1.1.2013 2,804.68 (P3)
(Maksimum)
2,804.68
[dipindahkan ke
JGMM baru]
Pemindahan gaji pegawai ke JGMM
baru pada amaun yang sama mengikut
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2
Tahun 2013.
1.4.2013 - 2,899.68
[diberi 1 KGT di
Gred N17 iaitu
RM95]
TPG Gred N17.
Pergerakan Gaji Biasa mengikut
keputusan PPSM.
30.6.2013 - 2,899.68 Gaji pegawai sehari sebelum tarikh
kuat kuasa pemberian pemindahan
gaji dengan amaun bersamaan satu (1)
KGT.
1.7.2013 - 2,994.68
[diberi 1 KGT di
Gred N17 iaitu
RM95]
Tarikh kuat kuasa pemberian
pemindahan gaji dengan amaun
bersamaan satu (1) KGT.
Gaji pegawai ditambah amaun
bersamaan satu (1) KGT mengikut
gred gaji / gred jawatan pegawai.
1.4.2014 - 3,089.68
(Maksimum)
[diberi 1 KGT di
Gred N17 iaitu
RM95]
TPG Gred N17.
Pergerakan Gaji Biasa mengikut
keputusan PPSM.8
Lampiran A
CONTOH 2: KAEDAH PE

__________________

Gas Nitrogen : Kelebihan guna di tayar kenderaan anda.

Salam.

mungkin ada sudah tahu tetapi takpe ler anggaplah sebagai ilmu untuk ditambah...

Memandangkan ramai di kalangan blogger sudah mampu beli kenderaan iaitu motor dan kereta amnya, maka di sini kawna nak cadangkan agar kekawan menggunakan gas nitrogen untuk tayar kenderaan korang ...

Apa kelebihannya... Mai baca.

Nitrogen adalah kimia yang tidak mudah terbakar, bukan toksik gas lengai. Gas lengai tidak bergabung dengan apa-apa gas lain pada sebarang suhu. Ini sifat asas nitrogen pertama sekali membantu dalam mengekalkan kelembapan minimum dalam tayar.

Idea asas gas Nitrogen adalah bahawa ia adalah lebih sejuk daripada udara termampat dan itu adalah berguna dalam apa jua keadaan memandu. Mengapa? Satu tayar yang sejuk bermakna bahawa tahap tekanan pada tayar sambil bergerak adalah kurang. Kehausan bunga dan lusuh juga kurang disebabkan kepada suhu yang kurang.

Suhu yang lebih tinggi dalam tayar juga mempunyai kecenderungan untuk pecah selepas jam lama berjalan. Nitrogen mengurangkan peluang pecah tayar sebanyak 90%. Ini boleh membuktikan untuk menjadi lifesaver manakala di lebuh raya di mana jam panjang dan kelajuan tinggi, kedua-duanya menimbulkan ancaman kepada kereta dan penumpang.

risiko tayar kehilangan angin pun lambat berbanding kehilangan gas biasa. Jadi tiada masalah berkaitan tayar cepat kehilangan gas walaupun tiada kebocoran yang berlaku.

Di malaysia sekarang banyak kedai-kedai tayar menawarkan pengisian gas nitrogen,xsilap aku satu tayar dikenakan caj sebanyak RM3 atau RM5..so average sekali isi utk 4 tayar lebih kurang RM12 je..lebih jimat minyak dan tayar lambat haus. Cuma jaminan susah nk dikata,bgantung kpd pemandu sendiri,kalu selalu lnggar lobang atau paku..kenela kerap masukkn gas...So far aku pakai nitrogen gas ni dh setahun mmg jimat minyak and tayar Toyo DRB ku sejuk je...


Rasa kat Jerantut,kedai tayar belakang Petronas ada menjual gas nitrogen ni. RM5 setu tayar.. Lupa dah. Kawan ada pakai gak tapi selalu tayar diisi oleh angin biasa sebab jalan teruk sangat. lubang banyak sangat. Asyik jatuh ler.. Nasib baik rim tak bengkok... ok selamat menggunakannya..

sumber.. macam biasa cgeee ler...

Thursday, June 13, 2013

Realisasikan Impian - Satu Panduan Berguna

Salam.

Hari ini kawan menulis post hasilan blogwalking dulu. Kawan masih tiada lagi idea apa nak tulis. (sebenarnya maleh lagi). Baca ler bersama ok...



Tips Pertama
Libatkan seluruh ahli keluarga
Ketika menentukan matlamat kewatulngan, paling baik kalau dapat melibatkan seluruh ahli keluarga. Cadangan, komitmen dan sokongan mereka amat penting dalam mencapai matlamat anda.

Tips Ke-2
Buat matlamat yang S.M.A.R.T.
Matlamat mestilah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan ada tempoh tertentu (specific, measurable, attainable, relevant, time related – SMART). Salah satu contoh matlamat SMART ialah "Saya mahu menjelaskan hutang kad kredit saya menjelang Januari 2005 dengan bayaran bulanan sebanyak RM150".

Tips Ke-3
Senaraikan keutamaan matlamat anda
Senaraikan matlamat anda mengikut keutamaan di segi kepentingan atau tempoh masa dan letakkan senarai itu di tempat yang mudah dilihat setiap hari bagi membantu anda sentiasa ingat dan memberi tumpuan terhadap mencapai matlamat tersebut.

Tips Ke-4
Perancangan dan tindakan
Tentukan langkah khusus yang perlu diambil dan dilaksanakan. Misalannya, jika anda merancang untuk meningkatkan tabungan bulanan anda sebanyak RM100 atau hendak membawa bekal ke tempat kerja, pastikan anda melakukannya.
Tips Ke-5
Pantau perkembangan anda
Pantau perkembangan sendiri secara kerap bagi memastikan yang anda berada pada haluan yang betul. Berikan ruang untuk pengubahsuaian atau perubahan (jika perlu) dalam perancangan anda.

Tips Ke-6
Tabah
Buat takrif semula matlamat kewangan atau perancangan anda sekiranya perancangan asal tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki. Jangan sekali-kali berputus asa.
Gunakan "Lembaran penentu matlamat kewangan" ini sebagai langkah awal
Matlamat jangka pendek (bagi tempoh setahun)
Matlamat kewangan Tarikh sasaran Anggaran kos (RM) Jumlah disimpan (RM) Bagaimana untuk memperoleh (jumlah bulanan, pekerjaan sampingan dsb.)




Matlamat jangka sederhana (bagi tempoh 1 hingga 3 tahun)
Matlamat kewangan
Tarikh sasaran
Anggaran kos (RM)
Jumlah disimpan (RM)
Bagaimana untuk memperoleh (jumlah bulanan, pekerjaan sampingan dsb.)




Matlamat jangka panjang (bagi tempoh 3 hingga 5 tahun)
Matlamat kewangan
Tarikh sasaran
Anggaran kos (RM)
Jumlah disimpan (RM)
Bagaimana untuk memperoleh (jumlah bulanan, pekerjaan sampingan dsb.)


Jadikan hobi sebagai perniagaan yang menguntungkan

Jika anda mempunyai hobi yang anda benar-benar bagus dalam melakukannya, anda mungkin boleh menggunakan hobi itu sebagai punca pendapatan. Pelajari tentang asas kewangan dan perniagaan di rumah, supaya anda tidak melakukan kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan amatur dan kehilangan modal yang dilaburkan dalam perniagaan itu. Jika semuanya berjalan dengan baik, hobi anda boleh bertukar menjadi perniagaan yang berjaya.

Bina kemahiran yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang
Jika anda tidak mempunyai hobi yang boleh dijadikan duit, berusahalah untuk mendapatkan kemahiran yang perlu, yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang. Jika anda tidak tahu apa kemahiran yang anda ada, cari sesuatu yang anda minati dan bina kemahiran dalam bidang itu. Sebuah majalah pernah menyiarkan satu artikel yang menyatakan bahawa perniagaan yag berjaya lazimnya berasaskan perkhidmatan, misalnya penyediaan makanan, rawatan muka di rumah, mencuci rumah, menjahit, kerja tangan dan banyak lagi.
Cari peluang di sekeliling anda

Perhatikan di sekeliling anda dan cari jenis perkhidmatan yang boleh disediakan untuk kawan-kawan, jiran-jiran atau saudara mara dengan bayaran yang berpatutan. Misalnya, menjaga anak kawan-kawan, membersihkan halaman jiran, memberikan tiusyen atau menjaga haiwan kesayangan kawan-kawan atau saudara mara. Semua perkhidmatan ini boleh dijadikan pendapatan sampingan dan boleh dilakukan di rumah sendiri.
Kitar semula dan dapat wang
Jika anda tidak mempunyai kemahiran atau hobi yang boleh dikomersialkan atau boleh menghasilkan pendapatan sampingan, satu lagi yang boleh dilakukan untuk mendapat wang ialah menjual barang-barang yang boleh dikitarkan semula seperti surat khabar, majalah, botol plastik, tin makanan atau tin aluminium kepada pusat kitar semula. Contohnya, pusat kitar semula biasanya membayar 16 sen untuk 1 kg surat khabar lama. Jika anda boleh menjual surat khabar lama seberat 100 kg (yang boleh anda kutip daripada jiran-jiran dan kawan-kawan) anda mendapat RM16. Walaupun tidak seberapa, tetap merupakan pendapatan sampingan bagi anda.

Dengan cara ini, anda dapat duit daripada barang-barang yang hendak dibuang. Malah, dengan mengumpulkan barangan kitar semula daripada jiran-jiran dan rakan-rakan, anda membantu mereka membuang semua barangan yang tidak diperlukan di rumah mereka. Sekarang ini, tidak ramai yang ada masa untuk menghantar sampah mereka ke pusat kitar semula. Jadi, dengan menawarkan perkhidmatan ini, anda bukan sahaja membantu memelihara alam sekitar dengan mengitar semula sumber-sumber alam semula jadi tetapi juga mendapat duit.

Bina satu rangkaian kerja
Beramah mesra dengan rakan-rakan lain dan bentuk satu kumpulan yang boleh memberikan sokongan moral, persahabatan, peluang-peluang perniagaan, serta pusat sumber bagi individu untuk bertukar-tukar idea dan maklumat, mendapatkan nasihat pelaburan dan strategi pemasaran.

Wednesday, June 12, 2013

Merancang Hari Esok Pada Waktu Malam

Salam.

hari ini kawan x berapa ada idea nak tulis post. Tapi tak seronok ler pulak tgk blog dah x updated 2 hari ini. So, macam biasa ler, hasil kawan blogwalking , sambil mengopi dan tampal ler kat sini..

baca ler...

Strategi paling mudah untuk tingkatkan produktiviti peribadi

Saya ada membaca dan mendengar ceramah beberapa tokoh yang berjaya dalam bidang berbeza dan saya dapati mereka ada beberapa persamaan. Salah satu daripadanya ialah merancang hari esok pada waktu malam.

Pertama sekali perancang ini membolehkan kita mengatur hari kita dengan baik dan meletakkan keutamaan dan masa kepada tugasan kita. Perancangan ini bukan sahaja terhad kepada kerja tetapi juga perkara lain dalam kehidupan, termasuk kehidupan keluarga.

Media yang digunakan tidak penting. Saya sendiri menggunakan Microsoft Outlook. Ramai orang masih menggunakan dairi atau organizer tetapi ada yang hanya menggunakan kertas kosong sahaja tetapi melakukannya secara konsisten. Malah Derek Gehl, pakar dalam bidang Pemasaran Internet mendakwa dia melakukannya dengan menulis di atas kertas kosong setiap hari.

Bukan kecanggihan sistem yang anda gunakan yang menentukan kejayaan, tetapi keupayaan anda memenuhi setiap perkara yang telah anda rancang, mengikut susunan keutamaan. Jika kita berdisiplin dan berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan segala yang kita rancang, tidak kira pukul berapa siap, maka kita akan menjadi jauh lebih produktif.

Dalam sesuatu hari kita mungkin melakukan banyak perkara yang membuang masa dan sia-sia. Sebagai contoh, mungkin ada di mana hari kita banyak membuang masa melayari Internet dan akhirnya menghabiskan segala yang dirancang lewat, sehingga lepas tengah mala, menyebabkan kita letih..

Pada masa depan, untuk mengelakkan keletihan, kita akan 'belajar' untuk menggunakna masa kita dengan lebih bijak supaya dapat segala tugasan kita dengan lebih awal.

Selain daripada proses perancangan, usaha 'no compromise' untuk menghabiskan segala yang dirancang dalam sehari akan mendisiplinkan kita untuk menjadi lebih produktif.

Walau apa pun, kita perlu akur bahawa dalam sehari ada banyak perkara tidak diduga boleh berlaku yang tiada dalam perancangan asal. Maka jika ini berlaku, tangguhkan perkara yang tidak begitu penting ke hari esok tetapi hanya jika ia benar-benar sesuatu yang tidak diduga dan selepas anda telah cuba juga untuk menghabiskan segala yang telah anda rancang.

Nota: Tidak ada maklumat baru dalam tulisan ini. Tetapi saya mengulanginya juga untuk mengingatkan diri saya sendiri kerana walaupun konsepnya begitu mudah, adalah amat sukar untuk diamalkan secara konsisten dan berdisiplin, sedangkan manfaatnya begitu besar dan boleh menjadi penentu keberkesanan dan kejayaan seseorang..


beres... Jangan tengah merancang , tertido pulak.. maklum ler malam... Kalau kawan suka prepare malam, dan rancang segalanya pagi esok setelah subuh. Waktu tu tenang jer...Idea masyuk... ok bye.

Sunday, June 9, 2013

DS Adnan kata : Presiden & Tim. Presiden patut dipertandingkan....

Salam.

Pagi ini kawan agak tertarik untuk bercerita tentang hal ehwal politik sikit. Sebenarnya malas sebab nak ambik mood nak bekerja esok tetapi tajuk di atas amat menarik untuk dibicarakan.

Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Hj Adnan bin Yaacob berkata demikian ketika dalam sidang media selepas majlis perasmian Karnival Jom Heboh di perkarangan Stadium Darul Makmur semalam.

Memetik katanya iaitu " Saya tidak bersetuju dengan kenyataan untuk mengongkong (jawatan presiden dan timbalan presiden tidak perlu dipertandingkan)...pada saya biarlah terbuka, apa nak tutup (pertandingan jawatan tertentu), tiada sebab."

Itu sudah menjadi pemimpin pertama secara terbuka untuk era politik terkini berkehendakkan perubahan baru. walau bagaimanpon beliau tetap menyokong penuh kepimpinan tertinggi parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Eh.. Agak hairan... Menyokong penuh kepimpinan tetapi mahu pertandingan diadakan. Memanglah kalau dibaca tiada apa-apa tetapi pemerhati politik melihat itu suatu petanda atau signal yang mana Najib mahupon Muhyiddin kenalah bersedia untuk dicabar.

Kawan lebih melihat kepada jawatan TPM iaitu TS Muhyiddin. Kegagalan beliau untuk mengekang pakatan pembangkang dari melindungi Johor. Nasib baik , tsunami tidak menbadai keseluruhan negeri. Itu baru Johor bagaimana pula dengan negara bila menjadi Perdana Menteri nanti?..

Walaupon ramai menuding jadi kepada DS Najib akibat kegagalan kejayaan besar tetapi dari segi prestasi UMNO adalah meningkat berbanding PRU 12 pada tahun 2008. Faktor utama kegagalan adalah dari segi kaum Cina yang mana MCA dan GERAKAN bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan itu.

Mereka mengambil tanggungjawab itu terutamanya MCA dengan tidak mengambil sebarang jawatan dari kerajaan baru dari peringkat pemimpin bawahan sehingga jawatan menteri. Cuma seorang jer mengambilnya iaitu jawatan EXCO yang dikatanya desakan Sultan Johor. Takut menderhaka......Johor jugak..Pak Din oooo Pak Din...


So, dari segi prestasi, DS Najib kira ok untuk meneruskan kepimpinannya untuk menghadapi PRU ke 14 dalam masa 5 tahun lagi maksima.

Persoalannya sekarang, Adakah TS Muhyiddin akan duduk berdiam diri sahaja melihat kemungkinan itu?.. Biar untung rugi beliau dalam politik ditentukan oleh orang lain..
Ramai pemerhati melihat Tan Sri hanya menunggu masa sahaja untuk menjatuhkan DS Najib. Gelagat dan kelakuannya sehinggalah ke perbualan, semua menjurus ke arah pertandingan.

Ramai rakyat tahu bahkan Tun Mahadhir sendiri kata baru-baru ini, Orang UMNO tidak suka orang yang lebih pandai kerana takut mereka akan rampas jawatan mereka. Siapa tunjuk dia pandai, siap ler kena cantas.. Semua peringkat tidak kira dari pemilihan cawangan sehingga ke nasional baik Pemuda, Puteri mahupon Wanita. Semua sama sahaja mementingkan diri sendiri untuk memenuhkan poket dengan keuntungan yang bakal didapati. Maklumlah UMNO lubuk emas untuk dilombongi.


Panjang pulak kawan menulis pagi ni. Dari xde idea, makin ditulis makin keluar benda pelbagai untuk dikongsi.. cukuplah dahulu. ok....










Saturday, June 8, 2013

KM Melaka bersekolah kembali???... Lihat gambarnya.

Salam.

Hari ini kawan nak bercerita tentang Ketua Menteri Melaka yang baru iaitu Datuk Wira Ir Idris Bin Harun.

Di bawah adalah gambar-gambar beliau semasa merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka baru-baru ini. Kecoh di internet dan forum berkenaan gelagat beliau dan isteri bergaya sebagai seorang pelajar sekolah menengah.

Semoga idea dan pembaharuan beliau ini dapat dituruti dalam bidang lain pula. Inovasi dan kreativiti amat diperlukan dalam membentuk pembangunan sesebuah negeri terutamanya negeri yang kecil seperti Melaka ini.

Contoh negeri kecil yang lain adalah seperti Singapura dan Belanda. Harap negeri lain di Malaysia dapat mencontohi apa yang dilakukan. Ambil yang baik jauhi yang kurang elok..

Rakyat semakin fokus apa yang kerajaan mereka buat....

Mari kita kongsi gambar itu...








Apapon SELAMAT HARI GURU 2013 .... jangan lupa masuk markah SAPS nanti..

Friday, June 7, 2013

Keputusan Penuh Bola Baling MSSM 2013

Salam.

Hari ini adalah hari terakhir kejohanan bola Baling MSSM tahun 2013 yang berlangsung di Kedah Darul Aman. Kejohanan yang beraksi selama 5 hari bermula dari 2 Jun di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar menampilkan buat pertama kalinya 16 pasukan bertanding termasuklah Putrajaya dan Labuan sebagai pasukan baru. Diharapkan untuk edisi akan datang, pasukan bertanding dapat menghantar kesemua kategori...

Ayuh.... keputusannya...

Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun

Johan : Pahang
N. Johan : Perak
Ketiga : Terengganu
Keempat : Selangor

Kategori Perempuan Bawah 18 tahun

Johan : Terengganu
N. Johan : Perak
Ketiga : Johor
Keempat : Pahang

Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun

Johan : Selangor
N. Johan : Kedah
Ketiga : Kelantan
Keempat : Sabah

Kategori Perempuan Bawah 12 tahun

Johan : Selangor
N. Johan : Perak
Ketiga : Sabah
Keempat : N. Sembilan


So, johan keseluruhannya untuk tahun 2013 adalah juara baru iaitu seperti berikut

1. Selangor
2. Perak
3. Terengganu
4. Pahang
5. Kedah
6. Johor
7. Kelantan
8. N. Sembilan
9. Sabah
10. Perlis
11. Pulau Pinang
12. Sarawak
13. Kuala Lumpur
14. Melaka
15. Putrajaya
16. Labuan

itu adalah keputusan secara keseluruhan bagi kejohanan tahun ini. Terima kasih kepada cikgu saridan dari sekreteriat MSS Kedah bagi penyediaan data yang lengkap.

Secara ringkasnya, kebangkitan negeri2 baru seperti Selangor terus menjadi johan keseluruhan. Tahniah kepada PT negeri dan seluruh team.

Bagi Pahang , negeri kawan pula. Hanya johan kategori Lelaki bawah 18 tahun sahaja. Target boleh dapat 3 kategori. Pasti post mortem akan dihantar ke JPNP nanti.

Nampaknya cabaran kepada kawan tahun hadapan untuk bersaing dengan team johan Malaysia nanti. Kena susun strategi betul dan training lebih awal . Nanti berbincang dengan PT Daerah untuk adakan kejohanan hujung tahun ini... harap boleh diadakan...

Tahniah semua... Siap masuk TV beb.... Nadi Arena Astro...

Air Kacang Soya : Adakah bahaya untuk diminum?

Salam.

Hari ini kawan nak berkongsi satu penulisan menarik tentang air kegemaran kita setiap hari terutamanya bila time ramadan nanti. Tambah pulak dengan ais. Tak terbayang betapa nikmatnya.

tetapi bila baca berkenaan air soya ini pula, rasa semacam ler pulak. Sebab kawan rasa2nya dah minum airi soya ni kerap sangat sampai ayah kawan pon ada mesin memproses air soya. Rasa takde apa-apa pon.

Oleh itu, kita membaca sambil menambah imlu tentang kehidupan seharian.



Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll.
Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh
golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya
kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan
soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia
yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang
menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia
ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual
/ sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah
cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia yang
mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical
bernama isoflavone(sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan
symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar
osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang
dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses
penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat
menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna
dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang
soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai
kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang
penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk
proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak
mendeaktifkan perencat enzim ini.
Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia
bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien.
Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam
kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan
perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di
peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan
proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu,
sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang
mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan
susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh
University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu
lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan
isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang
soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti
estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa.
Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya
menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi
tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan
soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan,
boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji

sumber:www. muslimconsumer .org. my

Wednesday, June 5, 2013

Jimatkah @ kedekutkah kita dalam bab makan!!!

Salam.

Hari ini kawn nak berkongsi cerita tentang perihal diri kita sendiri.. Maksud kongsi tu macam biasa ler kopi dan pastee ...dari forum c g ..

Berkenaan topik hari ini, selalu berkaitan dengan kelakuan kita seharian. Ia termasuklah dengan kawan sendiri yang berpaksi kewangan sepenuhnya. Maklumlah dari bidang itu. Harap kawan dan rakan pembaca boleh munasabah diri agar tidak tergolong dalam kategori itu.


Kali ini saya ingin berkongsi sifat-sifat manusia kedekut, bakhil, tangkai jering atau apa sahaja yang sesuai dengannya. Ini bukan bertujuan mengumpat mana-mana individu. .

Agar kita lebih kenal siapa kawan atau lawan. Dalam Islam sendiri ada dikhabarkan ciri-ciri orang munafik iaitu ada 3 ciri.Mengapa kita perlu bersifat kedekut yang keterlaluan?

Saya fokuskan di sini tentang sikap sebahagian manusia yang tidak mahu mengeluarkan duit sedikit pun dalam soal membayar makan. Situasinya bila kita keluar makan bersama-sama di kedai makan, kafe, kantin atau di mana sahaja tempat makan berbayar.


Terdapat orang yang tidak pernah mahu membayar untuk orang lain, kecuali untuk dirinya sahaja.Adalah difahami jika kita adalah murid sekolah, pelajar IPT atau yang belum ada gaji. ‘Go Dutch” atau tepuk amai-amai belalang kupu-kupu makan ramai-ramai bayar suku-suku”dapatlah diterima.

Kalau sudah bekerja, gaji pun ada, sampai bila nak minta orang belanja saja.Ciri-ciri orang kedekut nak belanja orang lain:

1.Sering makan di kantin sendirian.Tidak kisah jika tiada teman berbual.

2. Ambil makanan terus bayar supaya selamat dari membayar untuk orang lain. Kadang-kadang tauke suruh kita makan dulu baru bayar. Bagi si kedekut, cara ini mengundang risiko dia kena membayar untuk orang lain nanti.

3. Jika tak sempat bayar, makan cepat-cepat,segera minta diri dari rakan-rakan dan pergi bayar dahulu makanan sendiri tadi. Katalah ada hal atau nak pergi tandas.

4. Dalam keadaan sama-sama mengambil makanan, dan nanti mungkin duduk semeja bersama kawan-kawan, maka dia akan pilih makanan yang paling murah. Misalnya makan sepotong buah jambu sahaja, bagitahu kawan “sudah kenyang”. Sedangkan kawan-kawan makan nasi dan lauk pauk. Mesti kawan-kawan tak akan suruh dia bayar. Mereka tak sampai hati.

5. Dalam keadaan tak dapat ‘lari’ ketika makan bersama kawan-kawan, taktik lain akan dicari. Buat-buat balas SMS ketika tauke sedang mengira di meja makan. Atau bunyikan ringtone telefon bimbit dan bercakaplah sendirian seolah-olah sedang berbual dengan seseorang di telefon.Lebih baik lagi bila nampak tauke datang, bunyikan telefon segera dan pura-puralah bercakap jauh sedikit dari rakan-rakan. Takut orang dengar hal peribadi. Bila nampak kawan dah tolong bayarkan, bolehlah datang semula ke meja makan.

6. Dalam situasi di atas,boleh juga dicuba cara diamkan diri sahaja. Akan ada nanti kawan yang pemurah dan selalu jadi mangsa membayarkan. Ooh ya, makan dengan orang yang diketahui suka membayar juga merupakan satu tips untuk selamatkan wang sendiri!

7. Kadang-kadang ada lebih daripada seorang yang berebut nak membayar. Dalam situasi ini, si kedekut bolehlah berpura-pura mengeluarkan dompet dari poket belakang seluarnya. Tapi entah kenapa dompet itu macam terlekat pula; Mungkin tebal lalu tersangkut dan sukar ditarik. Dicuba juga ditarik-tarik namun hampir separuh sahaja keluar. Sedang mencuba-cuba itu, sudah ada kawan yang membayar. Alhamdulillah.... Dompet pun ditekan semula ke dalam poket. Sambil berkata.. ”laaa...., cepat sangat awak nak membayar, patutnya saya yang membayar kali ini..’

8. Situasi di atas boleh diubahsuai lagi. Kali ini dompet telah terkeluar. Dijenguk-jenguk, tak ada pula duit kecil. Semua RM100 dan RM50. Jangan tunjukkan sangat kepada orang sebelah, nanti dia nampak duit kecil sebenarnya ada.Kalau makan di kedai-kedai makan yang bersaiz kecil atau sederhana, tauke akan katakan tak ada wang tukar. Jangan bimbang, ada kawan yang akan tolong bayar dengan wang kecil nanti. Sekali lagi selamat.

9. Yang lebih ekstrim lagi (jangan tak percaya, Ini benar-benar berlaku!), jika dia makan di meja lain, belum bayar, makan pun dah tinggal separuh, maka dia akan pindah ke meja kita dengan pinggan dan gelas minumannya sekali. Lagaknya macam nak bersembang dengan kita. Tambahan pula dia nampak kita dah nak hampir ke fasa membayar. Dia pun tumpang semangkuk sambil mempraktikkan mana-mana taktik yang disebutkan tadi.

Peringatan kepada diri ini dan yang lain, janganlah amalkan sikap kedekut melampau. Terutama dalam soal asyik mengharapkan orang membayar. Tak pernah nak tolong bayar.

Tumpang makan mahu. Dalam soal berkawan dan bersosial, hal ini diperhatikan oleh kawan-kawan. Lagipun makanan yang kita makan akan menjadi darah daging, membina tubuh, hati, minda, jiwa seterusnya menjelmakan tabiat.Jadi biar dia berkat. Tidak hairanlah si kedekut ini sering ditinggalkan sendirian di tempat duduknya bila tiba waktu minum atau makan.

Kadang-kadang kawan-kawan akan keluar secara senyap-senyap sahaja.Adakah si kedekut akan dapat membeli kereta baru, rumah baru atau melancong dengan sikapnya yang enggan membayar atau membelanja orang lain itu? Mungkin juga, jika sikapnya itu dapat diamalkan dalam tempoh yang lama.

Jika kita bersedekah dengan ikhlas, Allah akan membalas dengan yang lebih baik lagi. Rezeki dan harta akan berganda. Sedekah juga menjadi bekal amalan untuk kita di alam barzah.Bukan bermaksud bila kita mengeluarkan wang untuk belanja rakan makan, itu membazir.

Kita pun tahu giliran kita. Jangan biarkan rakan pemurah menjadi perumah (mangsa). Kita sama-sama ada gaji. Sesetengahnya pula sudah mencecah 5 ribu ditambah elaun lagi hampir 7 ribu. Itu tak kira bisnes sampingan lagi. Nak kedekut apa lagi? Ya Allah jauhkanlah kami dari sifat riya’ dan sifat kedekut. Amiinnn...



Kawan dulu agak sama dengan teknik2 di atas bila tiba bab makan. Tetapi sejak berjumpa dengn orang berjaya (kayo ler), antara nasihat yang selalu diberikan adalah jangan kedekut mengeluarkan duit ke arah kebaikan. Derma, belanja kawan-kawan. Patutlah kawan tengok lagi kaya lagi tak lokek belanja.

Sejak itu, kawan semakin ke arah situ. Bukan harapkan balasan baik , sesungguhnya seperti kita selalu dengar, BUAT BAIK DIBALAS BAIK. Takpe ler . itu rezeki kita. amin

Monday, June 3, 2013

Rumah Taman Jengka Mahkota : Part II (Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah)

Salam.

Dalam sibuk dan tak sibuk, nampaknya kawan banyak terlupa posting-posting lepas. Bila review balik blog ni, hairan tetiba posting rumah TJM ni naik ke atas. Bila tengok ada komentar dalam sebulan ni. Terima kasih kepada pemberi komen. Minta maaf tak terbaca selama ni.

Bila baa balik posting berkenaan iaitu sini, rupanya part yang paling penting iaitu tribunal Pengguna tidak diceritakan lagi. Sebagai memenuhi janji, kawan sambung disini.

Ia bersambung selepas menunggu 6 jam di opis jualan TJM. Sabar menunggu, kemudian lawyer dari Temerloh pon sampai. Bila kami menceritakan masalah kami, peguam itu menyatakan apa yang sykt itu buat adalah tidak memenuhi perjanjian. Dia mencadangkan agar kami tidak menandatangani surat pelepasan itu.

Kami pon berbincang bersama dan sepakat untuk menghantar beberapa orang wakil pembeli untuk berjumpa CEO Sebang Perdana Sdn Bhd. Dalam perjumpaan itu, akhirnya kata sepakat sudah temeterai. Kami dibenarkan mengambil kunci tanpa perlu sain borang pelepasan tuntutan.

Ah..... Lega rasanya. Penantian selama hampir 4 tahun akhirnya terjawab. Secara rasminya, kawan sudah memiliki rumah sendiri. Alhamdulillah.......

Selepas dapat kunci, apa lagi terus ke rumah masing-masing melihat rumah. Sebenarnya dah beberapa kali tengok tetapi ini kali pertama setelah kunci diperolehi. Kawan mendapati ada beberapa kecatatan timbul akibat rumah lama dikosongkan. Ya ler, siap dah lama tetapi CFO x dapat-dapat. Sabor je ler. Macam kes member kawan untuk rumah mereka di Taman Gelanggi Perdana. Masih menunggu dengan sabar tetapi hati membara. 3 kali masuk surat khabar dan blog terkemuka.

Berbalik rumah kawan. Keesokkan harinya, kawan membawa isteri dan anak-anak kawan pergi ke rumah itu. Mulalah timbul berbagai idea yang semestinya akan menghabiskan duit. Sebab pada hari dapat kunci, peguam menerusi pemaju turut menyerahkan wang leibhan pinjaman hari itu ..dalam sekitar RM53,000 lebih kurang.

Bab renovate, rasa kawan ada tulis di blog ni.. Nanti kawan link..

Sekarang, kawan nak sambung kembali berkenaan tribunal Pengguna. Setelah settle dengan pemaju, kawan bersama beberapa orang kawan berborak untuk menuntut duit Tuntutan Lewat. Ada member memcadangkan agar mengupah lawyer buat segalanya. Senang dan tak payah pening kepala.

Tetapi ada member juga mencadangkan agar membuat tuntutan sendiri di tribunal Tuntutan Pengguna . Jimat belanja kerana hanya RM10.00 sahaja borangnya. Ok ler sikit berbanding lawyer yang buka fail sahaja RM300 .

Setelah berbincang dgn member dan isteri, akhirnya kawan memutuskan untuk menuntut menerusi Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah.. Kawan pon menjalankan kajian tentang prosedur dan
mencari beberapa kes tuntutan yang sama. Payah nak jumpa di internet. Kalau ada pon, cerita tak berapa detail. Ini kot sebab utama kawan berhajat nak tulis dulu kot..

Kawan membuka laman web dan download borangnya di situ. Kawan juga telefon terus ke tribunal itu dan bertanya prosedur untuk lebih kefahaman. Prosedurnya kawan sendiri dah tak berapa ingat sebab dah lama.. Tapi ada diceritakan dalam web tribunal pembeli rumah.. Taip jer tuntutan rumah lewat siap . Ada ler web dia.


Kawan pon ikut prosedur yang ditetapkan. Memang lambat gak.. Ada beberapa langkah.

Langkah 1: Isi borang 8 kemudian hantar ker TTPR. tunggu depa balas.

Langkah 2 : TTPR balas mengkehendaki kita mengisi beberap borang lain beserta chop syarikat pemaju. Di sini kena berhati-hati kerana takut kerani chop hanya chop jawatan dia bukannya chop syarikat pemaju. Dah dapat chop, pos kembali dengan AR berdaftar. By Hand pon boleh. Sesiapa hantar dgn pos, Sila simpan resit-resit dia sebagai bukti pos. Jangan buang nanti kalah kes. Tunggu depa balas sebab pihak TTPR akan hantar surat ke pemaju untuk memohon pengesahan tuntutan. Jika pemaju tidak balas, maka naik court ler. Kes kawan , pemaju tak balas surat. So, pihak TTPR pon hantar surat naik court kat kawan.

Langkah 3: Dah dapat surat naik court, tunggu dan pergi pada tarikhnya. Jika hari itu ditakdirkan kita tak boleh perlu, boleh wakilkan kepada orang lain. Selalunya peguam ler. Keluarga kita pon takpe. Cuma buat surat penyerahan kuasa jer.

Itu sahaja langkahnya. 3 step only. Cuma dari start hantar borang tu ke naik court dalam masa 4 bulan gak. Ada kes cepat seperti 2 bulan dan ada kes lambat 6 bulan. Lammbat dari itu kawan tak dengar ler pulak.

Bicara punyer bicara, akhirnya pemaju mengaku bersalah. Kawan tuntut RM30,000 lebih tetapi disebabkan kawan buat loan lebih, kawan pulak kena marah dengan tuan hakim lagi bijaksana. Dia berkata akibat kawan buat markup loan ni, maka kawan mungkin boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana menipu kerajaan. Panjang jugak syarahan dia. Terdiam kawan.

Sebenarnya sebelum kawan datang ke court ni, pihak pemaju ada hubungi kawan untuk membincangkan hal tuntutan ni. Mereka nak settle awal dan menawarkan RM15,000. Kawtin2 cuma dapat ke RM17,000 jer... Kawan memutuskan naik court. Ada member kawan amik jer apa yang dioffer. Katanya maleh nak tunggu dan buang masa.

aKhirnya kawan dapat RM20,000.. lebih RM3k hasil menunggu 1 bulan lebih itu.. Berbaloi beb. Tetapi pemaju memohon untuk bayar secara ansuran selama 4 bulan. Memula pemaju minta 10 bulan. 2 Kes sebelum kawan, mereka bersetuju. Tapi kawan memohon kepada tribunal agar dibayar sekaligus. Bincang punya bincang, akhirnya kedua pihak bersetuju 4 bulan. Member kawan yang kesnya awal tadi bisng ler tetapi tak boleh buat apa kerana perjanjian sudah temeterai. Kes selepas kawan semua 4 bulan ker... Satu sessi dalam 10 kes. tapi untuk sessi kawan hanya 5 orang jer datang. Yang lain, dah settle awal dengan pemaju.

Selepas itu, tunggu surat award dari kerani Makhamah. jangan balik terus pulak . Minta kat kerani( tukang taip kes) berkenaan surat award itu. Surat itu guna untuk pergi kembali ke pejabat pemaju minta posted cheque selama 4 bulan. bukannya datang setiap bulan. boleh gak. Tapi pemaju jauh beb. Jangan risau bab ini. Pemaju tak tipu punyer. Kalau dia bagi cek tendang, tanpa ragu-ragu pergilah report polis dan buat tuntutan semula beserta kos tuntutan.


OOk... Settle dah janji kawan nak cerita bab Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. Kawan yakin anda semua pon boleh buat. Apa nak tanya, tanya diruangan komen. Kalau kawan tak balas, Komen di post terbaru kawan tak kira pot tu berkenaan zoo ker apa ker...

ok.. bye... Selamat bermanafaat...

















Jenis makanan bersamaan 200 Kalori.. Mari tengok..

Salam.

Hari ini kawan nak berkongsi tentang kalori pula. Bagus pulak minggu ni bercerita tentang keihatan.. Takpe untuk masa depan..

Di bawah ini adalah senarai makanan yang diambil oleh kita seharian. Apa yang dipaparkan di gambar itu sebenarnya bersamaan 200 kalori. Purata kalori yang patut diambil oleh orang dewasa Malaysia hanyalah 1400 kalori sehari semalam untuk menampung keperluan fizikal dan tubuh badan.

Mari kita kira bersama jumlah kalori yang anda ambil..




Ayam goreng (Kalau sebesar ini sebanyak 310 kalori)



Nasi putih



Kek Muffin



Burger chess



Donut



Coklat



Buah Epal



Sayur Brokoli



Manjerin Butter



Ikan tuna dalam Tin



Jagung rebus



2 Gelas air Cola



Doritos..??



3 biji telur ayam (150 grams)



4 keping roti



Kentang Goreng



Hershey Kisses



Hotdog



Coklat M&M



Coklat Kacang


Potato Chip



3 biji bawang besar merah



1 gelas susu segar

Itu adalah jenis makanan yang kita makan seharian. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi cukuplah untuk kita boleh jadi iktibar agar menjaga pengambilan kalori seharian.

Bagaimana pula untuk mengira kalori... post akan datang kawan akan ceritakan..panjang sangat ... ok.

Saturday, June 1, 2013

Tiket Free Game Pahang vs JDT.. Warga Jerantut jer...

Salam.

Hari ini kawan nampaknya terlebih rajin untuk membuat pos terbaru dalam blog kawan ni. Ada semangat baru nampaknya. Mungkin Sempena perlawanan separuh akhir malam ini di Bukit Jalil.

Kawan ada baca di FB yang mengatakan bahawa pihak FA Jerantut offer sebanyak 500 keping tiket kepada warga Jerantut yang berminat untuk pergi ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Ini ada previu..

500 KEPING TIKET PERCUMA DARI FA JERANTUT AKAN DIAGIHKAN KEPADA WARGA JERANTUT..
*** SESIAPA BERMINAT SILA KE LOKASI DIBERITAHU DAN SIAPA CEPAT DIA DAPAT ***
MASA : 8.00 PAGI
LOKASI : MATAHARI CAFE BERHADAPAN STESEN BAS DAN TEKSI INDERAPUARA
ATAU HUBUNGI UNTUK MAKLUMAT LANJUT :
-NGAH NAZRI ( SU FA JERANTUT )
- Safiuddin Shaifuddin( 0112 948 6448 )
- Hashim Jamil ( 012-953 7671 )
- Jijoe Azizul ( 019-979 0092 )





Cepat... cepat... 500 keping tiket jer yang berharga RM15 setiap satu boleh dapat percuma.

Friday, May 31, 2013

10 Tips Untuk Anda Berjaya Dalam Bidang Internet

Salam.

Hari ini kawan nak berkongsikan tip2 cara mencapai impian. Idea in kawan jumpa sewaktu blogwalking. Lama dah simpan. Benda baik. Mari kita kongsikan agar impian yang selalu ada dapat direalisasikan secepat mungkin...

Ada 10 tip yang diberikan. Tips ini sebenarnya fokus untuk berjaya dala mbidang internet tetapi kawan rasa ia tertakluk kepada semua bidang.. Cuma kasi ejas ler....

Antara 10 tips itu ....

1.Menulis Impian anda :
Sebaik-baiknya ulangi menulis impian anda dan jika nak lagi best boleh tulis pada whiteboard supaya anda jadikan sebagai rujukan walaupun anda baru bangun dari tidur.

2.Jelas dengan impian yang dirancang :
Mengetahui faedah-faedah yang akan anda perolehi sekiranya anda berjaya kecapi impian anda.

3.Perniagaan internet yang ingin dijalankan :
Buat permulaan,Tetapkan bidang/industri yang ingin diceburi, contohnya dalam bidang kesihatan, pelajaran, atau hiburan dan sebagainya.

4.Research:
Mulakan mencari info berkenaan minat dan tumpuan orang ramai dalam industri yang kita pilih.

5.Produk dan Perkhidmatan :
Ambil berat pada dua perkara ini ketika anda research info

6.Niche market:
Beri focus pada skop yang lebih kecil dalam bidang yang dipilih pada (tip no.3)

7.Minat dan pengalaman :
Satu kelebihan sekiranya anda berlatar belakangkan dari industri yang anda pilih.

8.Supplier :
Hubungi syarikat yang dapat menyediakan produk ataupun perkhidmatan dalam industri yang anda ingin ceburi.

9.Media social :
Jadikan laman social yang wujud sebagai medium untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda, kebiasaannya tidak dikenakan cas untuk pendaftaran.

10.Pengiklanan :
Kenalkan prospek dengan Mulakan pemasaran pada pengunjung internet dengan memasarkan produk atau perkhidmatan dengan cara pengiklanan.


Tip-tip yang dikongsi adalah asas perniagaan di internet dan boleh dijadikan sebagai titik permulaan untuk anda capai impian dalam bidang internet dengan memulakannya pada hari ini juga - Teruskan melakukannya, untuk mengekalkan momentum untuk mencapai impian anda yang akan terhasil tidak lama lagi dalam bidang internet.

Itu adalah 10 tip yang dikongsi terutamanya untuk berjaya dalam bidang internet. Kawan melihat ia sebenarnya kunci utama untuk berjaya dalam apa jua bidang. Yang penting, kita sendiri dalam menghadapinya.

Sebenarnya tidak kira anda atau sesiapa sahaja, kejayaan sudah didepan mata. Terpulang kepada anda untuk mengambilnya..

Selamat Berjaya....Mulakan langkah anda pada saat ini....



Thursday, May 30, 2013

KESIHATAN : Kolestrol...

Salam.

Memandangkan sekarang ni kawan tak tahu nak tulis apa (maleh sebenarnya)... maka kawan kongsikan info ini kepada semua..... boleh tambah pengetahuan sikit..

Memahami Kolesterol
Kolesterol adalah sebatian lemak yang dihasilkan oleh hati kita untuk membantu badan membina lapisan kulit sel, otak dan saraf serta pembikinan hormon-hormon tertentu.

Pakej kolesterol yang dihasilkan dari hati dihantar ke destinasi seluruh badan menggunakan salur darah. Kolesterol bergerak di dalam darah sebagai lemak-protin lebih dikenali sebagai lipoprotein. Selepas membuat penghantaran, lipoprotein ini kembali semula ke hati dan mengulangi semula kerja tadi. Secara am, lipoprotein ini terbahagi kepada dua jenis utama iaitu HDL dan LDL.

1. LDL (Low Density Lipoprotien) – sering di gelar 'kolesterol jahat' kerana serpihan daripadanya mudah membuat salur darah tersumbat.

2. HDL (High Density Lipoprotien) - Dipanggil 'kolesterol baik' kerana ia bertugas mencari dan memungut kembali LDL dari salur darah ke hati.

Jika kita makan makanan berlemak secara berlebihan, kolesterol akan terperangkap dengan banyaknya dalam salur darah, yang lama-kelamaan boleh menyekat pergerakan darah. Dan ini menyebabkan kesukaran organ penting seperti jantung dan otak menerima ‘zat/makanan’ seterusnya mengakibatkan sakit jantung dan angin ahmar
(stroke)





Bukan apa duk cerita tentang kolestrol ni, bab kesihatan ni.. Masa muda ni ler kita nak jaga... karang umur dah masuk 40-an, kena redha jer penyakit mendatang... terutamanya 3 berangkai... Kencing manis, darah tinggi, jantung... Memang teruk ler ko nak berubat...



Tahap kolestrol kawan tinggi gak bila check semalam... Ni bantai makan kenduri banyak ler ni..... Bukan marah kenduri, tapi marah diri sendiri pergi meratah gulai daging. yer ler tukang masak.. kenaler rasa.. orang suruh rasa 2 sudu jer.. ni rasa 2 mangkuk...

Banyak info lagi boleh dikongsi mengenai kesihatan... sekarang ni kawan tengah repair keadaan kesihatan badan kawan.... Kawan ada gout, obersiti, dan beberapa gejala penakit lagi..... Badan tak sakit sangat lagi... tapi nak repair awal2.. takut teruk sangat bila umur meningkat.. denga kos perubatan meningkat.. Nak harap insuran pon, berapa ler sangat cover.. tu ingat nak potong jer insuran sekarang. Bayar dekat RM550 sebulan untuk satu family.... Rasa coverage takler tinggi sangat pon..biasa2 jer... mungkin akan bertukar ke package RM100 - 150 jer sebulan... coverage sama.. jimat RM300 or 400 ... boleh menyimpan...

Kawan sedang mencari2 insuran macam tu... ade offer tapi agak mahal 300 sebulan... masih mencari lagi.. kalau ada beritahu ler... ok..

Sunday, May 26, 2013

Cuti sekolah sudah bermula...Cerita pelan kawan.

Salam.

Kawan sekarang ni agak slow sikit untuk menulis kat blog kawan ni.. bukan apa maleh datang balik..Sebenarnya tak tahu nak posting tajuk apa...Sebab blog ni blog campur2... so, memandangkan mood politik dah slow , rasa tak sesuai pulak nak tulis bab lain...

berkenaan tajuk diatas, sekarang mulai 24 mei sehingga 9 Jun 2013, maka sekolah pon bercutilah... kira-kira 15 hari jugak ler... yahooo.commmm

Apa kawan plan waktu 15 hari itu... Memandangkan ada 3 kenduri yang kawan kira wajib hadir, maka plan untuk vacation kiranya takde ler... tetapi berborak dengan geng, tetiba ada lst minute untuk bercuti... Lokasinya berendam di jazuki di Chalet kat PD.. Harga agak menarik bagi kemudahan mewah... So, masih dalam pertimbangan...

Sekarang ini, tengah melepak kat umah mak mertua di Kota Gelanggi.. Cadang nak lepak sehari jer... Tetiba hari 27 mei ni, bini kawan buat kelas tambahan pulak... Kawan pula ada kenduri blok kat Jengka 8..... So, bebudak kasi rileks ler bermain dengan sepupu depa...

Berbalik kelas tambahan... Sekarang ni, zaman mana hampir semua sekolah sibuk buat kelas tambahan waktu cuti sekolah.. Konon untuk latihan pengukuhan dan penggayaan... Kawan amat jarang sekali buat kelas tambahan pada zaman cuti sekolah panjang.. Bagi kawan, dah orang bagi cuti, cutilah betul-betul.. Rileks tension baru lepas exam setengah tahun... Kasi otak rileks dulu 2 minggu sebab lepas tu nak guna 10 minggu pulak dengan target trail exam pulak..Pulunlah betul2 10 minggu tu..tu pendapat kawan yang setakat ni terbukti agak berjaya... (hehee..riak ler pulak..)

Berbalik kepada Plan bercuti ni, sebenarnya sepatutnya pada 25 -29 Mei ni, kawan pergi berkhemah di Jambori Melaka ... Entah macam mana, plan berkhemah tu cancel... Frust kawan... Dua bulan duk mimpi nak berkhemah di Bukit Katil, tetiba call orang kuat Maran, dia cancel gruop Maran ke sana... aduh....Ingat nak p berkhemah di Putrajaya sempena Festival Belia Putrajaya tetapi takde respond pulak... so, nampaknya tak berkhemah ler tahun ini.... sedih pulak rasanya...

Jambori Antarabangsa Sabah di Sandakan pada 4 Syawal ni pon tak tahu lagi.. Kawan dah hantar message mengatakan harga tiket AirAsia tengah murah sekarang ni... Pergi balik hantar RM100 jer routine KLIA - Sandakan. Tapi masih xde respond lagi... Berat ker tak jadi pergi ni..

xpe.. dari takde idea nak tulis apa, nah... panjang jugak.. free nanti, boleh buat part tu pulak... edisi cuti sekolah..







dah ada

Thursday, May 16, 2013

Sunday, May 5, 2013

Ini kalilah atau Lain kalilah... Mari tengok kata Pendeta...

Salam.

Posting kali ini kawan akan bercerita tentang ramalan keputusan PRU ke-13 ini. Kawan akan mulakan dengan bercerita tentang ramalan kebanyakan pihak yang kawan baca di internet..\

Ramalan UMcemedel.

PR 114 , BN 106 , bebas 3


Ramalan Kajian sainstifik

BN 145 , PR 77

Ramalan Merdeka centre

BN 110, PR 112

Ramalan Tun Daim Zainuddin

BN 126, PR 96

Ramalan A Kadir JAsin

BN 130 , PR 92

Kajian Kor Risik ATM

PR 117 , BN 105



Kawan minta maaf berbanyak kalau info yang diberi ini tidak sama dengan info sebenar . Maklumlah 1 pagi. Mata semakin mengantuk...


Jika anda melihat pelbagai ramalan itu, maka keputusannya masih kabur siapakah akan memerintah negera pada 6 Mei ini.... Adakah BN mengekalkan kerajaan atau PR buat pertama kalinya memerintah negara....

Bagi kawan, sesiapa pon memerintah, kawan mengharapkan agar keadaan sentiasa aman damai. Kawan juga mengharapkan agar kessemua janji-janji boleh ditetapi. bukan sekadar retorik sahaja....


Ramalan kawan pula,


Peringkat Dewan Parlimen... BN 170 , PR 52

Peringkat DUN Pahang .......BN 30, PR 19

Parimen Jerantut............BN menang majoriti 2300 lebih

DUN Pulau Tawar.............BN memang majoriti 2000 maksima

DUN Tahan...................BN menang majoriti 2500 lebih

DUN Damak...................BN menang majorit 300 lebih


...tambahan satu lagi

Parlimen Kuala Krau.........BN memang majorit 5,000 lebih

DUN Jengka..................PAS menang majoriti 1,000 lebih



Semua itu hanyalah ramalan kawan, berdasarkan ramalan orang yang jitu, melihat keadaan sekeling dan bertanya kepada masyarakat setempat....

Apapon, anda semua penentu ramalan siapa menjadi kenyataan..

Saturday, May 4, 2013

Menjelang Hari Terakhir sempena PRU-13

Salam.

Esok, semua pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab dengan keluar ke pusat pengundi masing-masing untuk memilih kerajaan baru yang akan mentadbir negara selama lima tahun lagi..

nanti kawan sambung... laptop asyik padam apa yang kawan tulis jer..

kawan smbung balik guna laptop sendiri.... Nampaknya waktu post ini ditulis udah jam 12.40 tengah malam. Maka, tepat jam 12.00 tengah malam tadi, waktu berkempen pon habis,.. So, blog kawan pon kembali neutral seperti biasa tanpa bias mana-mana pihak...
..
Sepanjang kawan menulis perjalanan kempen BN selama 2 minggu ini, pelbagai cabaran kawan hadapi... Paling best, seorang followers blog kawan menarik kembali tanda follow.. Kawan pon tak berapa kenal siapa yang menarik kembali tanda itu.. Sebab kawan tak pernah promote blog kawan kepada sesiapa untuk membaca blog kawan. Malah posting berkenaan politik inipon sebenarnya tidak ramai yang membaca. Mereka yang datang ke blog kawan ini lebih menncari info terutamanya Dr. M.

Yang tak best, kawan tidak dapat memenuhi hasrat kawan untuk updated setiap hari... Kekangan kerja, laptop yang tetiba bateri 'kong' dan line internet atau broadband yang tidak stabil... Pelbagai masalah... Posting hari ini pon ada masalah juga. Tetapi semangat nak menulis sempena hari terakhir membuatkan tumbuh semangat walaupon jam sudah jam 1.00 pagi..

ok.... esok pagi kawan akan tulis ramalan kawan mengenai PRU kawan ini...

Wednesday, May 1, 2013

Hari ke-11 PDM Jengka 8 : Kempen terus diperhebatkan...

Salam.

Tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum semua pengundi berdaftar berpeluang untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada negera. Semua rakyat Malaysia menunggu tarikh keramat 5 Mei 2013 untuk menunjukkan kepada semua apa hak anda.Oleh itu, marilah semua, kita bersama untuk menagajak semu yang sudah mendaftar untuk menunaikan tanggungjawab itu.

Berbalik kepada aktiviti harian PDM Jengka 8, nampaknya unit jentera terutamanya Pemuda dan Wanita sedang memperhebatkan unit masing-masing dalam memenuhi KPI yang disasarkan kepada mereka.

Wanita dengan program JR , pemuda dengan program promosi.. Masing-masing saling bekerjasama untuk memastikan apa yang disasarkan oleh PDM dapat dicapai. Kawan cuba memberi nilai dan input bagaimana untuk menetapkan sasaran agar pergerakan dapat ditentukan kepada yang sepatutnya. Walaupon selama ini, Peti Undi Jengka 8 sentiasa memihak kepada BN , itu bukan bermakna para petugas boleh bergoyang kaki. Tambahan pula, corak pengundi sekarang terutamanya para pengundi muda dan baru sedang mencari hala tuju apa yang patut mereka dapat.

Nah.. Inilah peranan unit jentera kedua pihak bertanding tidak kira BN atau PAS. Siapa yang mula dekati mereka itu, maka undi akan bertambah bagi parti mereka. Itu yang kawan nampak kekurangan atau lebih tepat dikatakan strategi yang tidak dijalankan. Setiap masalah atau kekurangan boleh diatasi dengan pelbagai cara. Dengan syarat, semua fokus dan sentiasa bersemangat untuk mencapai apa yang disasarkan.

Sekarang para petugas sedang mempersiapkan gerak kerja ke arah perjalanan hari pengundian nanti. Pembukaan barong BN, logistik dan senarai para peronda sedang diperhalusi agaar semuanya berjalan lancar. Harapnya, tiada masalah yang timbul. Di sini, Puteri akan menjadi pemain utama. unit lain akan turut membantu.

Sementara itu, aktiviti bilik gerakan tertumpu kepada program promosi.Pihak DUN Pulau Tawar pula merancang untuk mengadakan aktivit peringkat kawasan DUN pada pagi 1 Mei nanti. Jika berkesempatan, kawan akan melaporkan aktiviti tersebut.

Setakat ini sahaja untuk laporan hari ini. Kawan akan cuba memberikan berita sehingga hari pengundian nanti.

Sedikit gambar untuk dikongsi...



Para Pemuda sibuk menampal gambar calon..



Para petus sedang memasang meja yang baru diperoleh untuk kegunaan UMNO Jengka 8.


Kerusi yang disusun oleh para petugas



Unit Wanita sedang berehat sebentar sementara menunggu petuas siap menjalankan tugas mereka.



Urusetia sedang memberi panduan kepad para petugas







Tuesday, April 30, 2013

Hari ke-10 PDM Jengka 8 : Program bersama Wanita...






Salam.

Nsmpsknys program semakin rancak. pelbagai aktiviti semakin meriah. Semua
unit menjadi aktif. Inilah yang kita mahukan. Semua program ini bertujuan untuk mencapai apa yang disasarkan.

Semalam, unit Wanita UMNO Jengka 8 dengan kerjasama Wanita UMNO Bahagian Jerantut telah mengadakan siri ceramah terbuka untuk semua penduduk Jengka 8. Fokus untuk wanita UMNO yang mana untuk menguatkan diri dengan program Jalinan Mesra yang akan dijalankan.

Penceramah telah menceritakan pelbagai faktor kenapa orang ramai khususnya wanita kena memilih BN sebagai pilihan utama kerajaan baru.Intipati inilah akan digunakan untuk JR
menjalankan tugas kemudian hari..

Mari kita bersama melayan gambar-gambar yang diambil ..




Calon DUN Pulau Tawar sedang menyerahkan barangan keperluan RELA kepada para petugas.



Pemuda sedang memasang bendera di sekitar FELDA Jengka 8.



Penceramah jemputan Wanita UMNO sedang memberikan hujah.



Sebahagian dari para penduduk Jengka 8.



Unit JK bilik gerakan turut serta mendengar ceramah yang disampaikan.



Penceramah bersemangat memberi pandangan dan hujah. Turut bersama Ketua Wanita UNMO Bahagian Jerantut.



JK tertinggi beserta jemputan menikmati sedikit hidangan malam.


Inilah Simbol PDM Jengka 8. Replika rumah Peneroka asal sewaktu mendaftar sebagai peneroka dahulu. BN dulu, kini dan selamanya...