salam semua..
arini terasa nak cerita tentang rumah pula.. Kawan ada beli rumah di Bandar Jengka.. sebenarnya target nak beli di Simpang Jengka 8 tetapi aku tunggu dari 2004 sehingga 2007 ayik tak siap-siap lagi.. Kononnya nak tunggu rumah siap baru nak jual.. Dalam aku tunggu , tetiba ada iklan jualan rumah di Bandar Jengka.. Lokasi target gak.. Aku pon segera la pergi pejabat jualan.. 3 Kali aku p sana..
Memula pergi baru dua tiga orang pergi..ahhhh biar dulu..harga pun agak mahal RM180,000 dan ke atas...Mak ai....mahalnya..ade ker orang Jengka nak beli..
Pergi kali kedua, rumah aku spot dah kena rembat.. Target nak beli cornet lot..Aiseymen..terlepas pulak..so dah decide nak beli..nak balik bincang dengan wife dulu..pastu sibuk dengan sukan sekolah terlupa pasai rumah ni.. Tertiba teringat tentang rumah sebulan selepas tu.. Pergi balik ke pejabat tu.. alamak 70% sudah terjual.. rumah murah-murah (RM180k) tinggal 3 or 4 unit sahaja... Aku terus booking dulu..memula ingat nak booking rumah semiD 2 tingk
Rumah jenis ini pun ada dua jenis.. satu, dapor macam biasa kat belakang tetapi ada 3 bilik dan 3 bilik air... satu lagi dapor di tengah tetapi 3 bilik 2 bilik air... Wife aku minat sesangat dapur kat tengah.. Aku on jer.. Kami pon terus booking rumah itu dengan harga RM185,000...
Selepas itu, aku proses loan kerajaan.. Byr duit setem dan urus SnP.. Memula nak pinjam cukup-cukupp jer konon nak beli rumah lain.. tetapi bila berborak dengan cikgu-cikgu lama, mereka kata sekali jer buat loan..So, aku pon ambik maksimun RM240,000 plus RM7,000 insuran dengan takaful Nasional. Kira-kira monthly kena bayar RM1307.00 .. mak ai banyak gak tetapi xpe... Duit lebih nanti boleh buat renovate rumah dan bayar lawyer...
Aku sains SnP pada April 2007. Tungu punyer tunggu rupanya rumah aku still tak siap menjelang April 2009.. Terkena dah aku... Tengok projek ada pekerja... Bila ditanya, katanya nak siapkan sekali Fasa 2 Taman ini.. Fasa kedua rumah yang sama macam aku , harga meningkat ke RM210,000.. itu tak siap lagi dah naik harga...
Xpe tunggu lagi... Bila tengok di site rumah dah siap, apasai diorang tak panggil ambil kunci lagi.. rupanya ada masalah CF.. elektrik tak masuk lagi.Katanya asalnya perancangan taman tu tak nak pakai tiang elektrik..semua sembunyi bawah tanah.. termasuk longkang.. tetapi TNB Pahang memaklumkan di Pahang tidak boleh buat sedemikian..Entah kenapa tak boleh..tak terror kot... Nak tak nak kenalah pacak tiang jugak.. Kes ini berlarutan sehingga akhir 2010Pelbgai tarikh diberikan untuk masuk rumah.. Kami pembeli rumah ternanti bila tarikh yang sebenarnya. Akhir Dec 2010 , ada member menyatakan awal Januari 2011 dah boleh masuk rumah sebab CF dah lulus. Boleh percaya ker ni.. Xpe . tunggu jer ler.. Dalam tu, pemaju Sebang Perdana Sdn. Bhd. hantar surat dalam bahas inggeris.. Entah benda dia tulis..macam suruh detect kerosakan jer..Rumah tak dapt lagi suruh cek rumah rosak ke tidak..heran...
Dalam tunggu punyer tunggu ada pembeli lain sudah dapat kad jemputan untuk majlis penyerahan kunci rumah.. Haaa..horey.. dah dapat rumah...Majlis dibuat hari Sabtu 21 Januari 2011 .aku dapat kad tu hari jumaat 20hb.. ala biarlah janji dapat kunci..
Hari yang ditunggu tiba.. Kebetulan hari itu sekolah aku mengadakan LADAP.. ponteng ler pasai nak ambik kunci.. GPK HEM pon tak pergi pasai nak ambil kunci. ok ler tu...Rupanya pengerusi Sebang adalah ADUN Pulau Tawar, Dato' Shukri.. Aku ingat cina.. Biasalah tu chairman mensti melayu untuk settle kerje..xpe lah.. Perasmi majlis tu adalah YB Dato' Ismai MP Kuala Krau.. Sementar itu, cabutan bertuah juga dibuat...tunggu gak nombor aku kot-kot naik.. Chiss ..member aku menang peti sejuk..rezeki badan...
Selesai majlis perasmian, pergi la makan.. Ingat lepas makan, boleh ler ambil kunci. Pergi tanya mereka kata . Penyerahan kunci start jam 1 petang. Aiseyemen.. lambat lagi baru pukul 11.00 pagi.. Xpe .. borang dulu dengan member. Dalam borak-borak, ada orang serbu ke sorang tu. Aku macam bias ler buat kenal-kenal gak pergi menghimpit tengok apa kes.. rupanya mereka bercerita tentang Tribunal untuk rumah lewat siap.. Memandangkan rumah aku lewat siap 20 bulan kiranya aku ni kategori tu ler... xpe ambil nom tel dulu nanti urus. Arini nak ambil kunci dulu.. Dalam tunggu, kira-kira 12.30 , aku tengok orang dah serbu p ambil kunci.. Aku pon apa lagi serbu ler.. tunggu dalam barisan yang panjang, tetiba ramai orang tak sains ambil kunci.. aik..apa kes.. aku pon bertanya ..rupanya pemaju ni tetapkan syarat nak kunci boleh tetapi kena sain borang pelepasan tuntutan rumah lewat siap.. Kiranya aku dalam kategori tu ku jugak... tunggu ler pulak.. rupanya lebih kurang 50 orang terjejas akibat kes itu.. Tertangguh lagi.. kawan aku contact member peguam dari Temerloh. peguam itu cakap tak payah sain apa-apa. tunggu lah sampai peguam tu sampai.
alamak, nak pergi mesin rumput kat rumah baru tu dulu.. Ok ler nanti aku sambung cerita Rumah ku,..
0
salam semua..
salam semua..
arini terasa nak cerita tentang rumah pula.. Kawan ada beli rumah di Bandar Jengka.. sebenarnya target nak beli di Simpang Jengka 8 tetapi aku tunggu dari 2004 sehingga 200
arini terasa nak cerita tentang rumah pula.. Kawan ada beli rumah di Bandar Jengka.. sebenarnya target nak beli di Simpang Jengka 8 tetapi aku tunggu dari 2004 sehingga 200
10 comments:
nice...
adakah rumah saudara untuk disewa? kalau ye, saya memang sedang mencari rumah untuk disewa di kawasan tersebut memandangkan saya tidak dapat penempatan di dalam uitm..
rumah ini untuk disewakan ke? klu untuk disewakan sy memang amat memerlukan.. sy dan kawan2 sy x dpt penempatan dan x dapat lagi rumah kat jengka.. jadi klu rumah nie untuk disewakan bagitau la sy ye.. nie no tel sy 0136922120.. terima kasih..
Rumah ni bukan untuk disewa...
Kawan dah memutuskan untuk menjadikan rumah ini homestay...
Bila rumah hang nak siap?
Macamana dengan Tuntutan Lewat Siap tu, dapat tak? Klu dapat, nak tau jugak proses dia camne.
Assalam.. Ada plan nak jual tak homestay tu..?
la... rupanya cerita rumah TJM ni tertangguh begitu lama..
Nampaknya kawan kena buat part II ler...
Rumah di TJM masih ada hendak dijual. Boleh ke pusat jualan di taman TJM juga. tapi lorong 16. Cuma minima 350k ke atas ler...
assalam, saya mengambil beberapa keping gambar dan info berkaitn taman jengka mahkota ini untuk rujukan kerja kursus saya,terima kasih,minta halal dunia akhirat.
Post a Comment