Tuesday, December 27, 2011

Keindahan Matematik dalam kehidupan Kita..



Salam,
Hari ini posting kawan agak santai.. Bukan apa, sebenarnya posting kawan pon tak berapa berat, hanyalah coretan spontan ataupon cpoy paste menarik dari mana2 web orang..

Dalam kita pening kepala untuk menghadapi banyak masalah tidak kira kecil atau besar, sebenarnya banyak perkara dan benda yang boleh digunakan sebagai alternatif...Angka berlalu dengan begitu sahaja ..

::..KEINDAHAN MATEMATIK..::

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% =))


Oleh itu, terpulanglah kepada anda untuk menggunakan setiap angka dalam kehidupan seharian.. Ia seolah sama dengan siri drama di Astro 'numbers'...

ok...

sumber cg.. ckama33,

Thursday, December 22, 2011

SBPA : Adil ke tidak adil sebenarnya sampai tertangguh..

Adil ker tak adil....

kawan dengan junior kawan pon dah sama gaji....Mulanya heran dan agak marah.. bila diselidik rupanya keadaan itu terpaksa dilakukan...
Habis tu, kemana hilangnya senioriti kawan... setelah diteliti jadual gaji baru, barulah kawan mengerti... Memang sekarang kawan akan rugi di 41 tetapi, bila gaji naik ke 44 nanti senioriti tetap akan wujud sebab kawan naik gred dulu berbanding junior kawan yang sama gaji nanti.. so, nanti beza jugaklah gaji ikut senioriti...

Ada ramai mengeluh terutamanya kumpulan pelaksana(sokongan I & II) berkenaan penyelarasan gaji daripada SSM ke SBPA... Banyak cadangan dikemukan kenapa SBPA ini tidak sesuai...

Antara cadangannya ialah :
a) Naik kesemua PA sama peratus ikut gaji asas.. 5% or 10% ...baru adil..
b) Semua PA naik RM sama..contoh Semua dapat RM500..lagi adil...
c) Gred rendah dinaikkan paling tinggi manakala gred premier dinaikkan paling rendah..tidak kira ikut % atau RM.. (Macam penyelarasan gaji 2007)
d) Tak payah naik gaji pon xpe... Naik pon ciput, harga barang naik mencanak..kira balik rugi jugak...
e)dll..

Pada pendapat anda, Kenapalah kerajaan menerusi JPA memperkenal skim baru SBPA ini kepada PA?... Penyelarasan gaji semata-mata atau ada agenda lain?...xpelah.. Itu mereka punya tanggungjawab...

Apa yang paling penting dalam SBPA ini selain gaji adalah the exit policy.. Ramai tak ambil tahu berkenaan perkara ini..
Yang lainnya..Dasar kenaikan gaji ..maksudnya masa SSB..Kena bodek, baru dapat melintang dan menegak..Tukar ke SSM, kena lulus PTK baru ada kenaikan P1 ke P2.. Dan bila hendak ditukat ke SBPA, bagaimana pula caranya..tak de apa2 cara ker... Maknanya, gaji kita akan ikut jadual sebaris sahaja ler..tanpa ada kenaikan lagi berbanding skim2 terdahulu..

Dulu bodek untuk naik gaji, sekarang menbodek untuk elak kena buang kerja...

macam mana pulak tu....

Kawan punya pendirian setelah mendapat pelbagai maklumat, maka kawan akan sain SBPA dan pencen masih 58 tahun..
KENAPA...................................................... ikut suka kawan ler..heheheee..

1..Kalau tak setuju SBPA, still duduk dalam SSM. Ok tetapi segala rules lain seperti kenaikan pangkat, dasar baru masih tertakluk seperti SBPA..Maknanya sain tak sain , selain gaji rendah, sama sahaja... Baik sain...
2.. Kawan sain, kawan dapat kenaikan pendapatan hasil penyelarasan gaji..lega2..
3.. Berkenaan pencen, pada 2007 dahulu, kawan dari 56 memilih 58... Sekarang diberi pilihan dari 58 ke 60... Bagi kawan cukuplah 58 tahun bekerja..Entah sempat ker tidak umur itu... Lagipon, tengok keadaan kesihatan kawan ini tak berapa nak fit..itu yang kuat bersukan dan tidak merokok.. Orang lain, fikirlah sendiri.
Ada orang berkata, walaupon pilih 60 tahun, tetapi bila umur 55 tahun kita boleh bersara pilihan dengan pencen terus dibayar... takpe lah..... Korang pilih 60 tahun..lepas ni pilih 62 pulak..lepas tu , pilih 63 pula dan seterusnya pilih 65 pula... Kerajaan dah kata menerusi kajian kesihatan sedunia jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75 tahun... Karang lepas pencen, xde duit pulak... Idea dan tenaga kerja maih produktif lagi..masih boleh menyumbang kepada negara....
Itu kata mereka ler.. yang kawan tengok ler... Mana ada set2 veteran masih latih dan bawa budak pergi wakil sekolah ah..Semua serah ke set2 freshie... Kawe makan garam dah....


Ikut apa pilihan anda.. Nak ikut orang ker, nak buat kajian sendiri ker..itu hak anda...

Tuesday, December 20, 2011

Sain SBPA : info yang harus diambil tahu sebelum tandatangan Skim baru..

Salam..

Sekarang ini semua PA sedang sibuk untuk menandatangani Skim SBPA ni... Itu termasuklah kawan yang mana esok rabu 21 dec, jabatan kawan akan buat taklimat sebelum tandatangani borang itu..

Ada 2 borang yang hendak di sain..

1. Borang opsyen bersara dari 58 tahun ke 60 tahun... Yang ni, setakat sekarang kawan tekad nak pilih 58 tahun sahaja...Dulu dah tersilap pilih 58 berbanding 56 opsyen asal.. Rasanya kawan ni tak larat nak bekerja sampai umur 60 tahun...
2. Borang opsyen penukaran dari SSM ke SBPA.. setakat sekarang, kawan masih tiada jawapan lagi..Sebabnya kawan masih tidak dapat beberapa info yang kawan masih keliru.... Bila ditanya kepada PA lain, jawapan mereka senang jer... Ala, sain jer...buat apa pening-pening...Kawan senyum jer...

Opsyen kedua ni memeningkan kawan... Antara info itu adalah seperti berikut...

a. Jumlah penyelarasan Gaji bila bertukar.. Kawan kira dari info dlam blog lain, kawan hanya dapt kenaikan sebanyak RM15 sahaja...aduh.... bini kawan naik RM300... banyak beza tu...xpe..small matter....
b. Faedah2 lain dalam SBPA.. Ada info kata jika sain SBPA, kita boleh bersara pilihan 55 dengan dapat sekali grauriti... Betul ker... Kerajaan tambah ke 60 tahun , pon sebab kekurangan duit..
c. The Exit Policy.. yang inilah kawan paling takut sekali....Ada 2 jenis exit yang akan diamalkan iaitu satu, based on markah SKT kita.. kalau dalam masa 3 tahun markah tahunan SKT kita kurang dari 70%, nama kita akan dicadangkan untuk diberhentikan...sepanjang tahun 2010 sermai 15400 PA dalam kategori ini.... Yang ni tak risau sangat sebab baes on kerja semasa... buat kerja molek2, meintain ler...
Yang kedua pulak, based on kesihatan kita... Yang mana kerja tak perform sebab hal kesihatan contoh koma selama 3 tahun, maka kita akan dicadangkan untuk dibehentikan.... Tak ker naya kita.... Tetiba satu hari, kita eksiden, koma selama 4 tahun tak boleh bekerja dan cacat... lepas 3 tahun kena buang ... patu tu , dgn cacat itu, kita nak makan apa...Kita selam ini bekerja dengan PA untuk mengelakkan perkar ini terjadi..Last2 ada juga dalam skim baru.. apa erita...

So, esok..setelah mendengar taklimat kawan akan bertanya kepada bos kawan berkenaan kemuskilan ini..jika tidak, kawan akan tangguh sain ler dulu..Cari info kat lain dulu... Kan tempoh diberi sebelum 30 Dec ni... ada 10 hari lagi untuk bertindak...
Kawan juga tunggu perbincangan CEUPACS dengan PM.katanya semalam..xde apa2 berita pon...

Tunggu,,,tunggu..dan terus menunggu....

Wednesday, December 7, 2011

Info Tambahan berkenaan SBPA..Termasuk jadual Gaji

Salam..
berikut adalah beberapa info terbaru yang kawan dapat..

1.Status tindakan yang perlu dibuat untuk sbpa dan opsyen 60 tahun. Opsyen sbpa dan bersara 60 adalah dua opsyen yang berbeza. Tak ada kena mengena kalau tak tandatangan bersara 60 sbpa tak dapat begitulah sebaliknya. Ada 6 lampiran yang perlu diisi. Terdapat 5 kategori bagi membezakan setiap penjawat awam.
1-Ijazah
2-Diploma
3-STPM
4-SPM
5-PMR
so kalau dalm ssm N17 akan jadi N4-17(N-Klasifikasi perkhidmatan 4-Kelayakan pelajaran 17-Pembantu Tadbir)

2. Pemilihan diberi mulai 15 hingga 30 Disember sahaja. Selepas ditandatangani opsyen adalah muktamad..so fikir sebelum tandatangan. Opsyen bersara 60 tahun pula kalau setuju..
55 boleh bersara 60
56 boleh bersara 60
58 boleh bersara 60
yang tak bolehnya nak undur semula. contoh 58 nak undur bersara 55...sori..nangis airmata darah pun tak boleh ubah hehehe..tapi kalau optional tu lain kira la..

3.Update tangga gaji J pulak:

Dapat dari FB Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA
Maklumat untuk skim J:-
SSM J17 = SBPA J4-1 GAJI RM980-RM2805 KGT RM95
SSM J22 = SBPA J4-3 GAJI RM1935-RM3545 KGT 115
SSM J26 = SBPA J4-5 GAJI RM2290-RM4040 KGT 125

Sumber: http://www.facebook.com/abubakar.kppa

4.Skala gaji DG

41: 1925 2155 2385 2615 2845 3075 3305 3535 3765 3995 4225 4455 4685 4915 5145 5375 5605 5835 6065 6295
44 : 2985 3235 3485 3735 3985 4235 4485 4735 4985 5235 5485 5735 5985 6235 6485 6735 6985 7235
48 :4390 4660 4930 5200 5470 5740 6010 6280 6550 6820 7090 7360 7630 7900 8170 8440 8710
52 : 5260 5550 5840 6130 6420 6710 7000 7290 7580 7870 8160 8450 8740 9030 9320 9610
54: 7025 7345 7665 7985 8305 8625 8945 9265 9585 9905 10225 10545 10865 11185 11505

Utk 2012, tangga gaji anda dinaikkan mengikut skali gaji SSM dahulu, kemudian gaji baru anda adalah tangga gaji teratas yg terhampir dlm skali gaji diatas.

5. Skala gaji N :

N11 850 930 1010 1090 1170 1250 1330 1410 1490 1570 1650 1730 1810 1890 1970 2050 2130 2210 2290 2370 2450
N17 955 1050 1145 1240 1335 1430 1525 1620 1715 1810 1905 2000 2095 2190 2285 2380 2475 2570 2665 2760 2855
N22 1920 2035 2150 2265 2380 2495 2610 2725 2840 2955 3070 3185 3300 3415 3530
N27 1410 1555 1700 1845 1990 2135 2280 2425 2570 2715 2860 3005 3150 3295 3440 3585 3730 3875 4020 4165
N36 3035 3215 3395 3575 3755 3935 4115 4295 4475 4655 4835 5015 5195 5375 5555

Sumber : Pusat Sumber Sek Men Atas Pembangunan.

6.KATEGORI PENCAPAIAN PEGAWAI DAN IMPLIKASI

Markah: 95%-100%
Kategori: Melebihi sasaran secara signifikan
Implikasi:
- Melepasi salah satu tapisan awal untuk Penilaian Kompetensi dan Potensi
- Diperaku pergerakan gaji tahunan

Markah: 85%-<95%
Kategori: Melebihi sasaran
Implikasi:
- Melepasi salah satu tapisan awal untuk Penilaian Kompetensi dan Potensi
- Diperaku pergerakan gaji tahunan

Markah: 75%-<85%
Kategori: Menepati sasaran
Implikasi:
- Melepasi salah satu tapisan awal untuk Penilaian Kompetensi dan Potensi bagi yang berprestasi 80% ke atas
- Diperaku pergerakan gaji tahunan

Markah: <75%
Kategori: Tidak menepati sasaran
Implikasi:
- Diberi tempoh selama 6 bulan untuk penilaian khas sebelum ditamatkan perkhidmatan bagi yang berprestasi kurang daripada 70%
- Tidak diberi pergerakan gaji tahunan


Setakat itu sahaja dulu.... akan diberi info jika ada maklumat terbaru lagi..

Thursday, December 1, 2011

Gaji Baru dari SBPA (berkuatkuasa 1 Januari 2012)

Salam..

Kawan selam ini menunggu info dan pekeliling yang terkini dan sahih yang akan dikeluarkan oleh JPA terutamanya untuk kawan dan kakitangan awam lain... Pelbagai romuor dan berita diterbitkan sementara itu..

Jadi Mulai minggu ini, JPA sudah bergerak mengadakan roadshow untuk penerangan sistem SBPA ini..

Antara info yang kawan dapat dari perkongsian di forum yang kawan sertai adalah seperti berikut..

1.Akan wujud pelbagai lapisan gred spt berikut (secara kasar)

i. Premier
ii. Jusa
iii. Pengurusan Tinggi
iv. Pengurusan dan Profesional
v. Pelaksana

Penilaian Markah Penjawat Awam
Markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut
a. Markah 95% keatas - kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% - kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % - tiada kenaikan
d. Markah 70 % - di syorkan tamat perkhidmatan

Pemarkahan diatas adalah Key Performance Index @ (KPI).bonus tahunan akan dinilai dengan KPI.

Mereka yg terlibat dengan PGT 5,8,15 % ini adalah dari golongan Premier,Jusa & Pengurusan Tinggi sahaja.
Ini berikutan gaji mereka dalam SBPA cuma ada minima dan maksima. Struktur penjawat awam lain adalah mengikut PGT SBPA (sistem gaji sebaris).

2. Fungsi jabatan yang bertindih dikecilkan skop (digabungkan).

3. Pewujudan Anugerah PPC (Pingat Pekerja Cemerlang):

i.Cemerlang dalam perkhidmatan
ii.Aktif dalam aktiviti masyarakat dan sukan
iii.Mengharumkan nama negara

4. Pencen dibayar pada umur 55 tahun (lagi info berkaitan akan diupdate).

5. Semakan Elaun & Kemudahan pada 2013 dan Semakan Pelarasan Gaji pada 2014.

6. Pegawai awam menolak SBPA : --> Kekal secara KUP dalam SSM & Terima gaji SSM.

7.Ada jawatan akan dijumud@digabung@dimansuhkan dalam SBPA.

8.Bagi skim perkhidmatan yang DIKEKALKAN dalam SBPA,sekiranya menolak SBPA;kekal dalam skim SSM,terima gaji SSM,naik pangkat dalam SSM.

**9. Kaedah Pengiraan Gaji Baru SBPA. Gaji sekarang akan diberikan satu kenaikan dalam skel gaji SSM. kemudian akan diselaraskan pada mata gaji sama @ tertinggi berhampiran dalam sistem gaji sebaris SBPA. Confius ke..sy simplifykan base on gred N17.

Gaji SSM

JADUAL GAJI : N17 P1:
T1 820.38
T2 870.29
T3 920.20
T4 970.11
T5 1020.02
T6 1069.90

Jadi untuk jadual baru gaji SBPA..katakan gaji saya sekarang P1T3 920.20..saya dapat satu anjakan gaji ke T4 terlebih dahulu..
maknanya gaji saya 970.11..selepas itu gaji saya akan diselaraskan ke mata gaji sama @ terhampir dalam SBPA iaitu T2 Rm 1,050. Sedikit hint gaji N17 SBPA.

Gaji SBPA

JADUAL GAJI : N17
T1 955
T2 1050
T3 1145
T4 1240
T5 1335
T6 1430

Itu untuk N17 .. Untuk para Guru pulak, ada beritanya pula....

BERIKUT MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) 2011 :

Semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan...

Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat...
Syarat sah d...lm perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI...

A.Kenaikan pangkat daripada :

DG 1-1 ke DG 1-2 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun

B.Kenaikan tahunan untuk :

DG 41... RM 230
DG 44 ...RM 250
DG 48....RM 270
DG 52....RM 290
DG 54....RM 320

C.GAJI PERMULAAN :

DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925....maksimum RM 6220
DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985....maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390....maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260....maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025....maksimum RM 11,505

D.Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali, bermakna 2015 ada lagi semakan, demikian juga pada 2018...

E.Pada 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula, dan pada 2014 dan 2017 pelarasan gaji akan dilakukan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya menjelang 2020 pendapatan perkapitan kakitangan awam pada 2020 adalah USD15,000...

* Selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54.... semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.....( 1-3 tak ada )

Itu adalah serba sedikit berkenaan SBPA.. Harap maklumat ini akan memberi input kepada semua

Info tambahan :-

1. Kepada sesiapa yang sudah memcapai tempoh time based tetapi masih tidak menerima kenaikan pangkat, sila hubungi PSM, Kementerian Pelajaran untuk tindakan segera. Perhatian, perkara ini perlu dilakukan sebelum 15 Disember 2011 ini... cepat...

2. Tuan/puan boleh memilih untuk bertukar kepada SBPA dengan menandatangai borang khas yang ada di Jabatan masing-masing.. Tempoh tandatangan bermula 15 Disember sehingga 30 Disember 2011.. Jika pada masa itu, tidak menandatanganinya dianggap tidak bersetuju dan akan kekal dalam SSM ..

3. Dalam SBPA juga, sesiapa ada kemahiran lain, akan diberi ganjaran lain...Contoh, ASP polis tetapi ada skill bawa kapal terbang, akan diberi gaji DSP...Berita lanjut akan diupdated...

4..Lupa dah.. nanti updated...