Sunday, September 30, 2007

Iklan Ads

Akum,

Ari ni aku cuba untuk memasukkan iklan nuffnang dalam blog aku . X leh pun. Cuba sana cuba sini. Message yang diterima " Format yang diberi tidak dapat diterima" (kalau dah lepas translate). Pening sekali lagi. rELAX LA DULU. OK BYEE

Friday, September 28, 2007

IDEA BARU YANG MEMENINGKAN

Ok semua, hari ni kurang sedikit ceria kerana aku tidak selesa. SElsema. aduhhh. tidak best langsung. semua serba tak kena. hidung berair sentiasa. cam ne nak buat. nak jumpa doktor maleh. duk la diam-diam n p keje cam biasa. bila selsema suara pun ada techinal error. tu paling tak best.

anyway, rasanye baru sikit aku melibatkan diri dalam family internet ni. dulu asyik jadi pembaca setia tanpa ada arah tuju macam kebanyakan 10 juta rakyat Malaysia yang lain. (ikut statistik yang banyak aku baca la.) Aku harap ini semua adalah detik permulaan yang bagus untuk kemajuan aku demi masa depan yang lebih nyata.

Tentang metarial untuk blog aku ni secara amnya sudah ada dalam otak aku ni. Tetapi banyak pulak rintangan nye, ia lebih daripada idea2 baru yang masuk dalam fikiran baru. Contohnya adakah aku sedah sepatutnya beralih arah ke web blog berbayar seperti kekawan yang lain? Secara plannye, memang aku nak terus buat web blog berbayar, akan tetapi fikir takut tak jalan sebab tu buat dalam blogspot ni. bila dah buat, rasa cam menyesal plak. sebab nanti nak ke pula pindah semua kat bweb blog baru tu. dah tinggal yang lama ni. Ada member aku kata just running je dua-dua blog tatpi aku ni jenis pening-pening lalat. tak boleh banyak buat keje dalam satu masa karang buat serabut kepala otak aku je dan keje jadi kelam kabut.

Takpe la, mungkin untuk tahun ini aku akan running dulu kat web ini. Tengok progres aku cam mane. adakah berjalan seperti yang diharapkan ataupun sebaliknya. Oklah, rasa cukup untuk ari ni. Segala pendapat tentang blog aku amatlah dialu-alukan. Byee.

Thursday, September 27, 2007

DARI SEMUA UNTUK SEMUA KEPADA SEMUA

Akum semua.. Ari ni baru je lepas bersahur.. alhamdulillah.. Satu benda aku perasan time post cerita kat dalam blog ni tengok2 pukul 3 dan 4 petang pulak. Mula2 rasa pening gak tetapi fikir-fikir betui gak sebab blog ni asal kat negara orang putih (eh! ye ke. negara mana ye...)

Dalam dua tiga hari ni aku berfikir apa metarialyang sesuai untuk blog aku agar selari dengan tagline dia. NASIHAT KEWANGAN. Fikir punye fikir baru aku teringat masa aku mula-mula create blog ni. Tajuk maretial aku seperti tajuk ari. Tapi entah apa sebab la terlupa pulak.

Maksud tagline ini adalah segala nasihat , panduan, peraturan atau apa benda sekalipun tentang kewangan seboleh-bolehnya dari anda semua sebab anda semua jugak yang akan menilai dan menggunapakai segal-galanye tu dan seterusnya diharapkan anda semua gak dan menyebarkan kepada kepada orang lain yang tidak mengikuti blog aku ni.

Itulah sebenarnya impian aku ni terhadap dunia internet sejak dari dulu. Aku mula-mula ber internet sejak tahn 1998 (lebih kurang kot. Lupak dah bila) Punye la lama dah aku ber internet. Terasa amat la rugi. Kalau la ada semua ni seperti forum cam sekarang aku ingat lain bebenor dah aku sekarang ini. dulu orang sembang gak tapi MIRC saje la.. (ada lagi tak benda tu.. Sangkut gak seorang dua guna benda tu. Heeeeeeeee. )

Oklah setakat ni saje untuk ari ni... Dengan adalah tagline ni aku harap-harap bolehla susun mana yang patut bidang atau perkara yang hendak diceritakan di sini oleh aku..

Sekian, TQQQQQQQQQQQQQQQQQQ. bye

Tuesday, September 25, 2007

SEKSA BETUL LA

Assalammualaikum.. apa kabar semua. Aduh seksa betul la nak post cite kat blog ni. Dah dekat 2 hari try. punye le slow. Tapi xpe dimana ada kemahuan di situ ada jalan.
Actually, sehari dua ni aku rasa gembira kerana dapat buat benda apa yang aku nak buat selama ni. Diucapkan terima kasih kepada otai2 kat forum wangcyber dan then x lupa kepada Dr. kita la iaitu Irfan Khairi. Dia punye cerita banyak bagus la.
Cerita intro punye la sudah tapi bila aku nak masuk ke topik blog aku ni. NASIHAT KEWANGAN. Minta maaf la yee. tapi rasa tangan ni dia masih mencari material apa yang hendak difokuskan di sini. Kot2 ada idea boleh beri tahu. Ok. Setakat ni saje cite arini. bye.

Sunday, September 23, 2007

DAFTAR BURSA GAME ONLINE

Hai, hari ini baru ada kesempatan untuk tulih dalam blog sendiri. (macam la sibuk. pada hal tidoq je. Heeeeeeee) . Firstly di bulan ramadhan ni, selamat berposa la dan kepada yang tidak boleh berposa dan sengaja tidak berposa, ingatlah tarikh-tarikh bila nak ganti balik 2. Wajib!!
Anyway, actully hari ini aku baru je daftar game bursa saham Malaysia. Baru boleh daftar hari ini, line clear.. maklumlah duduk kat tepi gua. jarang ada linee.. kalau kat bandar siap broadband lagi, takpee la. apa nak buat. Hidup mesti diteruskan.. Hari ni dateline untuk register game tu. Lega rasanya boleh daftar. Dah lama tak main game cam 2. Masa aku kat U dulu selalu gak main game online cam ni dengan member aku, Wak Lan( lama dah menghilang. apa cite sekarang. Rasa dia ni keje kat Computer Company. Lupa sykt apa. )
Ok. Dah masuk waktu Subuh kena buat yang paling wajib dalam hidup dulu.. Bye