Monday, May 23, 2011

Tip-tip berpindah rumah..

Salam.
hari ini kawan akan berkongsi info berkenaan bab pindah rumah. Al maklumlah kawan dah ada rumah baru. So, cari-cari dalam internet terjumpa artikel ini.. Memang dah banyak artikel ad berkenaan pindah rumah. Cuma artikel ini diraskan lebih teperinci.. oklah.



Untuk tujuan ini, saya akan bahagikan kepada beberapa peringkat masa seperti di bawah:-

4 minggu sebelum berpindah
Sahkan dengan pemaju, pihak pengurusan (kalau kondo atau apartment) dan pihak yang berkenaan tarikh anda akan berpindah.
Pastikan tuan rumah yang anda diami sekarang telah menerima notis berpindah dari anda (jika anda menyewa) dan notis adalah sebulan dari tarikh keluar rumah.
Mula kumpulkan kotak atau bekas yang sesuai yang anda perlukan untuk ‘packing’ barang-barang anda. Anda seharusnya sudah boleh membuat keputusan sama ada untuk membawa kesemuanya, buang sebahagian, jual sebahagian, tinggalkan sebahagian atau berikan/sumbangkan kepada orang lain barang-barang yang berkenaan.
Mula senaraikan semua pihak yang harus anda hubungi untuk update alamat anda (bank, syarikat utiliti, astro, kawan2, syarikat insurans, klinik/hospital/doktor, sekolah, langganan majalah atau akhbar dan lain2 yang berkenaan.
rancang layout untuk rumah baru anda supaya barang-barang baru boleh diletakkan dengan teratur dan tidak berterabur semasa pindah nanti.
Periksa sekolah/tadika untuk anak anda (ini sebaiknya dilakukan lebih awal lagi – mungkin 2-3 bulan sebelum pindah). ~ sorry, saya tiada anak yang bersekolah. So tak tau proses tukar sekolah ambil berapa lama…
Pusing kawasan baru anda – tengok di mana lokasi bank, restoran, klinik, masjid/surau, balai polis dan lain-lain yang mungkin anda perlukan.

2 minggu sebelum berpindah
Mula kemaskan barang-barang anda ke dalam bekas atau kotak yang telah anda sediakan. Pastikan kotak-kotak dilabelkan supaya tidak lupa di mana anda meletakkan barang tersebut terutamanya barang-barang kecil dan dokumen penting.
Tulis surat atau email kepada senarai yang telah anda kumpulkan sebelum ini untuk penukaran alamat. Sesetengah bank seperti Maybank memerlukan anda pergi sendiri ke cawangan mereka untuk penukaran alamat. Majoriti yang lain sekadar cukup melalui emai dan/atau melalui telefon ke ‘Khidmat Pelanggan’ mereka.
Mula asingkan atau buang barang-barang yang tidak diperlukan seperti majalah lama atau barang rosak. Kadangkala anda perlu membuat keputusan dengan lebih ‘rasional’ dan tegas supaya anda tidak membawa ‘sampah’ ke rumah baru anda. Ini biasa terjadi akibat sifat ‘sayang’ pada barang dan terlalu memikirkan kos yang pernah anda keluarkan sedangkan jika anda terus menyimpannya, ia akan hanya mengambil ruang rumah baru anda dan menjadi sampah yang anda sendiri tidak menyentuhnya.
Pastikan semua utiliti (api, air, gas, dsb) telah disambungkan ke rumah anda.
Semak diari anda. Pastikan anda tiada program atau appointment lain pada tarikh anda berpindah.

1 minggu sebelum berpindah
Semak beberapa perkhidmatan pindah rumah atau lori sewa. Anggaran kos biasa lori sewa 5 tan berserta orang untuk mengangkat barang adalah lebih kurang RM250 untuk jarak sederhana (lebih kurang 5km). Sila confirmkan awal tarikh dan masa anda mahu berpindah setelah anda menjumpai yang sesuai.
Sekiranya anda membeli perabot baru, sila uruskan dan maklumkan untuk penghantaran sebaiknya selepas anda berpindah (mungkin ada yang lebih suka memasukkan barang baru sebelum berpindah).
Basuh rumah baru anda sebelum berpindah (ni semua mesti buat kan?…) Mungkin ada yang lebih suka basuh sehari sebelum pindah.. terpulang!
Settle semua bil-bil anda.

1 Hari sebelum Berpindah
1 hari sebelum berpindah, hubungi semula perkhidmatan pindah rumah/lori sewa untuk pengesahan.
Hubungi pihak pengurusan rumah baru anda serta sekuriti supaya tiada masalah masa berpindah. Sesetengah tempah hanya membenarkan pindah masuk rumah pada hari dan waktu tertentu sahaja.
Sila tanda dan asingkan barangan yang akan anda sendiri membawanya dan yang akan dipindahkan menggunakan lori. Sila pastikan dokumen penting dan barangan berharga anda diasingkan dan dibawa sendiri.
Kumpulkan barangan yang mungkin anda perlukan sebaik sahaja memasuki rumah baru anda di dalam satu kotak. Barangan ini seperti pencuci pembersih, pinggan mangkuk pakai buang atau plastik, beg sampah, tali, dsbnya.
Pastikan peti sejuk anda dibersihkan! Ramai yang asyik kemas diluar tetapi terlupa dalam fridge mereka..

Hari Berpindah
Hubungi sekali lagi perkhidmatan pindah rumah/lori sewa pada pagi hari anda berpindah. Terdapat kebarangkalian mereka terlupa atau lewat terutamanya jika anda gunakan servis lori sewa biasa dan bukan syarikat yang ‘specialise’ dalam pindah rumah.
Breakfast awal – terutamanya jika anda pindah waktu pagi. Jika tidak anda mungkin kelaparan sebab proses ni ambil masa yang agak panjang (bergantung kepada barang dan jarak rumah baru anda).
Ambil final ‘meter reading’ untuk elektrik dan air anda. Ambil gambar pun boleh sebagai bukti terutamanya jika anda menyewa rumah sekarang.
Pastikan lori tersebut tahu lokasi rumah baru anda atau anda boleh ‘lead’ mereka ke sana.
Ambil perhatian terhadap proses ‘loading’ dan ‘unloading’ barang kerana terdapat kemungkinan barang anda akan rosak kerana dipindahkan dengan kasar apabila tiada pemerhatian anda.
Setelah anda pastikan semua barang telah dipindahkan dengan selamat, bayar perkhidmatan lori tersebut dan mungkin sedikit tips tambahan jika anda berpuashati…


sumber.. tiphartanah.com

Saturday, May 21, 2011

Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau kali ke 8/2011

Salam..
Apapun selamat bersidang ke semua perwakilan yang terpilih dan dipilih untuk mewakili cawangan masing masing ke mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang diadakan pada hari ini Sabtu 21 Mei 2011 di Dewan MDJ. Semoga mesyuarat akan berjalan lancar dan lebih hangat dengan perbincangan dengan bernas dan jitu demi pembangunan Jerantut amnya.
Kawan tidak dapat ke sana sekali kerana tidak terpilih mewakili G5 cawangan kawan. Maklumlah mas meeting cawangan kawan tidak dapat menghadiri kerana terdapat urusan dan komitmen lain.Xpe. Kecil punyer hal..
So, hari sabtu kawan hanya relak di rumah setelah tamat kursus Prinsip Perakaunan di Tmeemerloh. Dalam kawan tengah relak ptg semalam, tetiba member kawan call. Dia mengajak kawan untuk menyertai member kawan ke meyuarat Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau yang juga diadakan pada 21 Mei 2011.. Kawn kata padanya kawan bahagian Jerantut. tetapi kata member kawan, kawan boleh ke sana sebagai pemerhati tak rasmi..
Fikir punya fikir, boleh lah juga. Dari duduk tido jer kat rumah, boleh mendengar Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau bersidang pula.
Kawan bertolak bersama serombongan perwakilan Pemuda cawangan member kawan ini. Untuk makluman semua, kawan aktif dalam belia di kawasan Kuala Krau memandangkan kawan bekerja di situ. Maka kenallah beberapa orang ahli politik tempatan. Mungkin sebab itu diajak kot..
Mesyuarat diadakan di Dewan Bistari SMK Kuala Krau. Dengan hanya lebih kurang 70 cawangan terlibat, kawan melihat dewan masih tak penuh-penuh sehingga perasmi datang.
Perasmi tahun ini adalah Datuk Ahmad Zaki Zahid, Exco Pemuda Malaysia merangkap Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda Putrajaya. Turut hadir adalah kesemua YB kawasan Kuala Krau.
- Ahli Parlimen Kuala Krau - Dato' Ismail Mohamad Said
- ADUN Jengka - YB Wan Salman
- ADUN Kerdau - YB Syed Ibrahim (pemenang PRK baru-baru ini )
- ADUN Jenderak - YB Mohamad bin Jaafar

Turut hadir adalah ketua wanita Bahagian , wakil UMNO Pahang dan dif jemputan lain.

Dalam ucapan perasmian, Datuk berkata sejarah menunjukkan UMNO memang pembela rakyat tetapi itu hanyalah sejarah. Kita golongan pemuda sesungguhnya sedar perkara itu dan mengambil kira gelombang sekarang dan cuba sesuaikan agar UMNO tetap relevan kepad generasi muda yang lebih terkenal golongan atas pagar berbanding golongan berparti... So, UMNO dan BN masih ada harapan untuk merapati mereka.. Golongan mereka ini mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Mengikut sumber, pengguna Facebook di Malaysia sahaja adalh sekitar 9 juta akaun pengguna dengan 90% adalah golongan muda. Justeru itu, UMNO mestilah berani mengambil peluang dan ruang yang ada untuk memenangi hati golongan atas pagar ini...

Memandangkan upacara perasmian tamat lewat iaitu sekitar jam 12.00 tengahari. Kawan tidak boleh menunggu lama. Hanya sehingga proses pengundian untuk memilih 2 orang wakil ke mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia. Selepas itu kawan pulang meninggalkan mesyuarat itu.. Bukannya kawan boleh turut serta sekali dalam mesyuarat itu samada perbahasan atau pengundian pun..

Usul politik dibahaskan dengan agenda kekuatan Calon UMNO sebagai pemangkin kemenangan BN di PRU akan datang... Mereka memilih agar calon2 tempatan dilpilh secara teliti dan secara berpakat dan disokong majoriti ketua akar umbi bahagian. Ia penting agar calon itu tidak disabotaj oleh ahli sendiri.

Usul-usul cawangan yang diterima tanpa pembahasan kebanyakan menyentuh mengenai perumahan generasi kedua yang tengah hangat di tanah-tanah rancangan. Adakah lot2 itu akan sampai ke sasaran?.. Adakah seperti biasa isu yang hangat menjelang pilihanraya sahaja.. Sama-sama kita nantikan.











Thursday, May 19, 2011

Mesyuarat Penataran PBS Prinsip Perakaunan Negeri Pahang 2011

Salam.

Sekarang bermula 18 sehingga 20 Mei 2011, kawan beserta guru-guru Prinsip Perakaunan seluruh Negeri Pahang sedang berkumpul di Hotel di Temerloh untuk mengikuti mesyuarat Penataran dan Penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah MP Prinsip Perakaunan SPM bagi tahun 2011..

DI sini, selain mendengar taklimat dari JU terbabit, kami juga akan dikehendaki untuk memasukkan markah bagi hasil kerja kursus tingkatan 4 yang dibuat pada tahun lepas. Sekolah kawan tiada masalah semua ok..

Di sini juga, kami bermesyuarat untuk menentukan ktidakpastian yang timbul hasil penelitian semasa membantu para pelajar menyiapkan kerja kursus sekarang.
Isu-isu terkini yang timbul kesan pelaksanaan kerja kursus Prinsip Perakaunan juga dibincangkan di dalam ini..

Isu yang paling menarik untuk dibincangkan di dalam mesyuarat ini adalah pelajar boleh dikecualikan membuat kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM 2011. Ini membawa makna bahawa pelajar itu boleh tidak membuat kerja kursus tanpa ada kesan 'TH' seperti subjek lain yang tidak membuat kerja kursus.

Ok. Persoalan sekarang adalah adakah pelajar itu akan ditolak markah kerja kursus 20% atau tetap diberi markah 100% dengan kadar pembahagian masing-masing ( 40% kertas 1 dan 60% kertas 2).
Kami di sini membuat pengiraan tersendiri dan mendapati yang membuat kerja kursus tetap memberi faedah yang lebih terutamanya pelajar dalam kategori lemah dan sederhana. Ada banyak perbezaan markah yang boleh diperolehi. Pesan kami, buatlah.. Biar susah sekarang, hasil nanti and tersenyum lebih..

Ada maklumat tambahan kawan akan masukkan kemudian.



Wednesday, May 18, 2011

Tun Dr.M dimasukkan ke IJN

salam.

Menurut salah satu blog yang kawan rajin follow mengatakan bahawa Dr. Mahathir telah dimasukkan ke wad IJN.. KAwan berharap beliau akan sentiasa sihat dan mampu meneruskan coretan di blog beliau.

Dr Mahathir Masuk IJN
A Kadir Jasin

BEKAS Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini untuk rawatan jangkitan paru-paru (chest infection).

Pegawai Akhbar beliau, Sufi Yusoff, dalam kenyataan akhbar berkata Dr Mahathir dimasukkan ke wad biasa IJN kira-kira jam 6 pagi setelah mengadu daman dan batuk sejak dua hari lalu.

Beliau kini menjalani rawatan suntikan antibiotik dan fisioterafi intensif dada. Dr Mahathir dijangka berada di IJN selama kira-kira se minggu.

Doktor menasihatkan beliau agar tidak menerima pelawat, kecuali ahli keluarga terdekat.
a

Insentif sempena Hari Guru 2011

Salam..
Sudah dua hari negara kita menyambut hari guru di seluruh negara. Sambutan peringkat kebangsaan tahun ini diadakan di Kuching, Serawak. Tahun ini kawan merasa bangga kerana bekas guru kawan, Pn Hamidah Wok Awang telah dianugerahkan Tokoh Guru peringkat Kebangsaan. Walaupun beliau sekarang ini lumpuh akibat kemalangan, tetapi iltizam beliau memajukan pendidikan negara terserlah menerusi penghasilan beberapa buku dan rencana berkenaan dunia pendidika. Tahniah diucapkan.

Berbalik kepada sambutan hari guru, beberapa hari sebelum itu ada khabar angin mengatakan bahawa tahun ini akan ada sesuatu yang menggenbirakan para guru sekalian. Apa lagi tersenyum ler cikgu-cikgu. Ada yang berkata kenaikan gaji 5%, ada yang kata tambahan elaun khas Guru 10% dan pelbagai lagi yang mana kesemuanya menjurus kenaikan pendapatan bagi disesuaikan dengan beban dan tanggungjawab kerja guru sekarang..

Bila tiba masanya, menerusi video perutusan khas daripada DS Najib mengumumkan bahawa hanyalah penambahan kepada 5 laluan baru kerjaya guru bertambah sekarang hanyalah 2 sahaja. Tambahan itu, juga diumumkan kenaikan gred bagi pemegang jawatan pengetua dari DG48 ke DG52 sementara para GPK dari DG44 ke DG48.. Adalah dijangkakan kesemua mereka akan mendapat kenaikan gaji sekitar RM400 ke RM700 setiap bulan. Adalah dijangkakan hampir 8,000 orang akan terlibat dengan kenaikan ini..
Turut diumumkan GB SK sekolah kluster akan dinaikkan ke DG34..

Selepas itu, kawan banyak menerima respond berkenaan insentif itu.. Antaranya ;-

1.Yer betul guru gembira tetapi hanya 5 % sahaja yang 95% tidak gembira sebab tak dapat apa-apa.
2. Ai...Semua sekolah menengah jer, kot kami mengajar sek ren x berbakti kot....
3. Elok lah, yang dapat bos2 sekolah sahaja.. yang menyuruh kami buat kerja, yang untuk mereka dapat kenaikan gred..
4. Mana insentif tahun lepas untuk guru berkelulusan PhD masih belum ada apa-apa, belum lagi guru berkelulusan Master.
5. kami geng DG29 ke DG41, asyik terlepas sahaja.. Tolonglah kami, dahlah belajar duit sendiri sekarang dah ketinggalan berbanding dengan geng tak sambung belajar yang gaji lebih tinggi dari kami.pp
6. Ai.. Cikgu kat sekolah sahaj ker..Kami di PKG, PPD, JPN dan KPM x dapat apa-apa ker.. Dah ler claim kena potong, asyik keluar out station tinggal anak bini, gaji serupa dengan cikgu di sekolah... macam mana ni..
7.Kami guru yang posting DG41 di sek ren macam biasa diabaikan, bos kami gred DG34 aduhai, Malaysia jer bos gred rendah pada anak buah..kot kami x boleh diberi peluang kenaikan pangkat memegang jawatan GPK or GB

Tuesday, May 17, 2011

Usul Politik & Ekonomi Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2011

Salam.

Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2011 akan diadakan pada 21 Mei 2011. Tahun ini kawan tidak terlibat memandangkan kawan tidak dipilih untuk mewakili cawangan kawan kerana tidak hadir ke mesyuarat cawangan aritu atas komitmen lain.

Berkenaan Usul-usul yang akan dibentangkan di Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian nanti..Nampaknya WZWH suka mencari kelainan berkenaan usul ini...Ada dua usul yang akan dibentangkan oleh Pemuda.
1. Usul Politik - Agenda Melayu Bandar
2. Usul Ekonomi - Agenda menyokong Projek logi Lynas

Takpelah. Itu usul dia. Suka tidak suka, itu hak dia untuk mengusulkannya. Terpulang kepada para perwakilan dari 103 cawangan di seluruh Jerantut untuk memberi respond ke atas usul itu..(rasanya dah tahu respondnya)
Bagi kawan, Usul politik 'agenda Melayu Bandar' amat sesuai sekali untuk dibentagkan dan seharusnya dibawa ke peringkat lebih tinggi. Kita semua tahu bahawa Melayu Bandar kebanyakan asal dari luar bandar yang berhijrah dari luar bandar atau pendalaman yang mencari rezeki demi meneruskan survival kehidupan. Bukannya di kampung masing-masing tiada rezeki tetapi ruang dan peluang di takat yang sama. Contohnya kerja menoreh getah, memang ada siswazah bergantung harap kepada kerja ini sahaja. siswazah ini selalunya menggunakan beberapa nilai tambah untuk mengaut keuntungan lain seperti menjadi peraih, memajak tanah dan lain-lain. Tetapi dengan perbuatan siswazah itu, maka tutuplah ruang untuk belia lepasan PMR dan SPM yang tidak ke mana-mana untuk mencari pendapatan.Oleh itu, diharapkan usul politik ini dapat dibincangkan secara meluas demi kepentingan orang melayu sendiri.
Aspek perumahan mampu milik di lokasi strategik juga perlu dimasukkan dalam usul ini. Rumah memang berlebihan di kawasan bandar dan pinggirannya menurut REDHA. Tetapi harganya dan lokasinya masih diluar kemampuan orang Melayu untuk memilikinya terutamanya para graduan yang baru setahun dua bekerja. Garis panduan dan carta alir tindakan perlu dilakukan oleh Pemuda UMNO sendiri untuk menolong kumpulan sasaran yang kebanyakan tidak menyokong BN dan diatas pagar buat masa kini.
Pastikan wakil Pemuda berada dalam komuniti di peringkat kerajaan. Biarlah orang berkata kroni ke anak beranak ke.. Yang penting target itu tercapai. (Kalau tak buat pun kena tuduh juga)...Kalau boleh berikan kesamaan untuk semua pemohon tanpa mengira latar belakang...

Berkenaan Usul Menyokong Projek Lynas ini, adalah dijangkakan sepatutnya menjadi perbahasan yang menarik. WZWH bersemangat mengatakan fakta-fakta untuk memberi hujah kenapa projek ini patut disokong dan diteruskan pembinaannya.
Bagi kawan, Kawan kurang menyokong projek ini dilaksanakan di Gebeng. Bukan apa, melihat aspek pembuatan dan perancangan, kawan akui Malaysia memang terbaik..Tetapi bila tiba aspek pelaksanaan dan lebih penting aspek penjagaan dan maintainance, ini yang amat merisaukan semua pihak. Sebagai contoh, projek Alam Flora yang sepatutnya membersihkan bandar dan kawasan yang dipersetujui. Tapi kita sendiri melihat ap hasilnya sekarang. Bandar dan taman-taman perumahan tetap kotor dengan masih ada jadual pungutan sampah tidak diikuti. Itu tak mengapa. Masalahnya tiada tindakan dari pihak berkuasa berkenaan projek ini.
Itu baru sampah sahaja. Ini pula sisa pepejal dari loji Lynas. Tidak dapat dibayangkan bertapa Loji ini menjadi punca pelbagai masalah yang timbul akibat kurang penyeliaan dan maintainance oleh pihak berkenaan..
Dari aspek ekonomi, kawan menyokong projek ini. Ia menyumbang pembayaran cukai dan hasil lain kepada kerajaan. Ia juga memberi ruang kepada 4000 peluang pekerjaan dan secar tidak langsung meningkat ekonomi bidangan dan persekitaran.. Conothnya perumahan, peruncitan, pemborongan dan sebagainya. Jika diurus dengan sepatutnya, projek ini mampu menjadi penggerak bandar Gebeng ke arah pemodenan Bandaraya Kuantan yang lebih mapan.Masalahnya yang sepatutnya....itu kebimbangan kawan....

Semua itu hanya pendapat kawan.. terpulang pula kepda semua mengenai pendapat masing-masing terutamanya perwakilan yang akan hadir ke meyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut pad 21 Mei 2011 ini.. Jangan datang hanya untuk dapat baju, makan-makan, beborak-borak sikit, pastu curi-curi ke bandar tetiba dah abis meeting.. balik la...

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Salam..

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..

Itu tema hari guru untuk tahun ini.. Bila baca macam canggih. Tapi keadaan sama setiap tahun sahaja. Guru masih menceritakan benda-benda sama seperti masalah disiplin yang semakin meningkat, beban tanggungjawab guru sedia ada yang tengah dikaji sejak 2008.

Kawan adalah seorang guru. Guru yang biasa-biasa sahaja. Sudah menghampiri zon time based. Tahun depan isi borang macam guru-guru yang lain..
Ramai dan member baik kawan selalu bertanya apa faktor yang menyebabkan kawan menjadi seorang guru..
Kawan menjawab dengan senang hati....Dengan menjadi guru, kawan dapat buat apa yang kawan yang nak buat. Kawan boleh mengajar sesorang, mendidik seseorang ke arah masa depan yan lebih baik. Kawan juga boleh menunjukkan bakat terpendam dalam aspek kejurulatihan sukan dan aktiviti sosial sukarela.. Kawan juga dapat gaji setaraf kelulusan akedemik dan kerja pula dekat dengan rumah ayah kawan..
Yang paling ringkas jawapan kawan kenapa nak jadi guru ialah kerana kawan nak jadi cikgu. Jawapan sama sewaktu ditemuduga memohon KPLI dan semasa memohon lantikan tetap oleh SPP.

Apapun, Selamat Hari Guru kepada semua .....

Hari Terakhir Kem Lencana Pengakap Maran 2011

Salam..
Berita dan gambar sepatutnya diupdated semalam tetapi kawan amat letih dan terpakssa berkejar ke sana sini demi memenuhi jemputan member...

Bila ada masa, kawan akan edit di sini......

Sunday, May 15, 2011

Hari Ketiga Kem Lencana Pengakap Maran 2011

Salam.
Kem pengakap terus berlangsung untuk hari ketiga... Pelbagai aktiviti yang irancang oleh ketua jurulatih telah berlangsung. Kawan bersama ketua Jurulatih telah menyiapkan peralatan dan tempat untuk aktiviti halangan komando.

Lihatlah gambar semasa aktiviti halangan komando dan malam kebudayaan.


Peserta sedang mempersembahkan tugasan masing-masing. Khusyuk nampaknya mereka nyanyi negaraku kot.


Peserta Lencana Jaya membuat persembahan. Sebagai ahli senior, mereka membuat lakonan mantap berbanding kumpulan lencana lain... Bagussss.......


Guru kugiran sedang mengiringi peserta membuat persembahan.. Baru feeeling....


Seorang peserta sedang melalui halangan asas untuk menuju ke check point penamat..



Check point untuk halangan bergayut..


Para pembantu jurulatih membantu para peserta untuk melepasi tembok BErlin yangtak berapa mencabar... Yang ni pun kena tolong.. Tak ganas langsung..alahai lemah stamina...


Aktiviti memanjat sarang lelebah.. Kecut perut gak nak melepasi halangan itu...


Menunggu giliran untuk memanjat halangan.. Susah gamaknya kot ?


bergayut antara tayar.. yang ni memerlukan edikit kemahiran... boleh punyer...


Keadaan sekitar tapak perkhemahan..


Gayut...jangan x gayut..... takut ker..apa ker...lompat....


Halangan menguji kekuatan tangan.. Dah ler licin..asyik terjatuh jer...


Ni antar halangan paling tak best.. Dah ler kena merangkak.. abis basah baju....


Sama ler kita..semua basah....


Melalui titian yang licin... Hati-hati berbahaya.....

Saturday, May 14, 2011

Hari Kedua Kem Lencana Pengakap Daerah Maran 2011

Salam..
Hari kedua kem.. Semalam kawan tak sempat nak upload gambar sebab blogger tak boleh login akaun masing-masing.. Pelik jugak..Takpelah... upload arini...
Aktiviti berjalan lancar cuma ada beberap pelajar yang deman, muntah dan letih...terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Ada jugak pelajar lari balik ke rumah...Budak sekolah menengah pulak tu..
Xpe. Kem diteruskan seperti biasa.


Par peserta sedang menyiapkan gajet masing-masing. Tak siap karang , tak dapatlah lencana karang.


Jurulatih ssedang menunjukkan cara untuk membuat plaster of paris..(nama ganas..rupaya simen untuk orang patah tulang...)


Peserta sedang menyaipkan buku log masing-masing. Kena kejar masa nak menyiapkan buku log ini sambil terkejar-kejar membuat aktiviti.. Pengurusan masa penting beb...


Para pelajar menunggu rakan-rakan lain menyelesaikan tugasan yang diberikan iaitu membeli di Pasaraya Tunas Manja Maran. Antara tugasan yang memcabar minda dan fizikl peserta...Konon..


Para peserta bersedia sebelum membuat aktiviti pengembaraan sejauh 6 kilometer.


Jurulatih sedang berbual-bual sementara menunggu aktiviti yang seterusnya. Yang memakai baju putih itu adalah pengakap laut.


Para peserta sedang mengambil nota dari penerangan jurulatih.


Para peserta sedang mendengar taklimat daripada Jurulatih berkenaan aktiviti petang


Jurulatih sedang memberikan arahan untuk kawad kepada para peserta.

Thursday, May 12, 2011

Kem Lencana Pengakap Daerah Maran 2011

Salam..
Abis jer bola baling aritu, kawan terima surat untuk menjadi urusetia kem skim lencana pengakap bagi Daerah Maran tahun 2011 ini.
Aiseymen, baru balik dari Bera kena sambung pulak ke Maran.. xpe lah. Yang penting, bebudak dapat mengambil bahagian dan dapat menimba ilmu dalam kepengakapan...
Sekolah kawan menghantar seramai 16 orang untuk menyertai kem kali ini. Rasanya ini yang palin ramai. Selalunya 2 kereta sahaja (8 orang).. Kawan dan member kawan.. Sebabnya kami berdua ni jurulatih kem.... Tahun ini member kawan bersemangat sikit hantar ramai..Maybe dia bersemangat tengok unit-unit lain berkhemah..

Kami bertolak dari sekolah jam 3.00 petang setelah selesai urusan pentadbiran. Bos dan kerani sekolah xde... maknanya duit sendiri dulu diadvancekan... Biasalah guru, segalanya berkorban termasuk bab wang ringgit.
Perjalanan memakan masa 1 jam dan kami tiba jam 4.00 petang..Setibanya di sana, kawan dapati aktivit pertama sudah berjalan.. Bebudak kawan kelam kambut untuk menyertai sekali aktiviti perhimpunan awal.

Selesai aktiviti perhimpunan, maka kawan pun menunggu khemah yang secara kebetulannya berada di perkhemahan Bomba peringkat negeri di Pekan yang mana ada budak sekolah kawan yang menyertainya..
Tunggu punya tunggu punya tunggu, jam 6.00 petang barulah sampai khemah yang dinanti.. Apa lagi terus dipasang khemah yang masih dalam keadaan basah.Dahlah tak cukup, hanya ada dua khemah untuk 16 orang..keadaan khemah pula masih basah.. Xpelah. Berkhemah kan...

Malam pula, berlangsung aktiviti kedua iaitu sesi taklimat bersama ketua jurulatih bagi lencana masing-masing. Kawan ditugaskan unutk mengendalikan Lencana Usaha.. Taklimat berlangsung selama 1 jam dan kemudiannya peserta dilepaskan untuk persediaan esok..

Kawan pula bersambung meeting bersama Ketua Jurulatih Lencana Usaha untuk membincangkan aktiviti esok....

so, lihatlah gambar-gambar yang kawan sempat bluetooth ke blog ini....


Taklimat untuk para peserta Lencana Keris Emas bagi PKK.


Dalam perjalanan untuk ke bilik mandi..


Antara kawasan perkhemahan yang kebanyakan sudah penuh dibooking oleh pengakap PKK..Maklumlah mereka ramai...


Para peserta sibuk membuat gajet bagi sesi penilaian unutk Lencana Jaya..


Kelihatan Ketua jurulatih memberi taklimat berkenaan Buku Log Perkhemahan...

Pasukan Bola Baling Maran 2011

Kawan akan sambung cerita tentang bola baling mssm pahang lagi...

tunggu.......

Bola Baling MSSM Pahang 2011

Salam..
Lama sedikit x updated blog ini.. Kawan terlibat dengan latihan pusat dan kejohanan Bola Baling MSSM Pahang 2011 berlangsung di Bera. Kejohanan ini bermula dari 7 sehingga 9 Mei 2011 yang lalu..
Kawan start latihan pusat untuk team Daerah Maran bermula dari 5 Mei lagi...
Seramai 4 pelajar lelaki dan 1 pelajar perempuan dari sekolah kawan telah terpilih mewakili pasukan daerah maran untuk kejohanan kali ini.
Berbalik kepada team daerah, nampaknya pengerusi teknik daerah kawan telah membuat pengurusan baru iaitu guru lelaki menguruskan team lelaki dan guru perempuan mengurus team perempuan. Kawan telah diberi tanggungjawab untuk melatih pasukan lelaki bawah 18 tahun bersam 2 guru lelaki lain.
Bila tiba hari latihan pusat, kawan dapati rupanya guru perempuan yangdilantik sebagai jurulatih adalah guru yang baru berkecimpung dalam arena bola baling ini. Aiseymen...macam mana nak latih, teknik pun tidak tahu...
Nak x nak, pengerusi teknik bersama kawan terpaksa mengambil alih team perempuan. Maka tahun ini kawan melatih kedua-dua team serentak... Kawan tiada masalah melatih malahan kawan pernah melatih 4 team serentak untuk pasukan sekolah kawan dahulu...Cuma untuk ke peringkat negeri seperti ini agak kekok... xpe..latihan diteruskan .. Sesi latihan untuk team lelaki hanya sempat 4 sesi sahaja. manakala perempuan hanya 2 sesi.. itupun sekejap saja sebab berkongsi gelanggang dengan team lelaki..
untuk team lelaki terdapat pelbagai cabarannya. Dengan pemain yang kawan hendak tidak boleh menyertainya sebab syarat baru tingkatan 6 tidak dibenarkan mengambil bahagian untuk tahun ini. Maka dengan pemain yang sedia ada latihan diteruskan.. Semasa latihan, kualiti yang ditunjukkan kurang berbanding dengan sewaktu bermain di peringkat daerah aritu..... Susah bebenor nak mengajar pelbagai teknik terutamanya teknik penuh sewaktu bermain..
Kawan sempat membuat friendly dengan bekas pemain lama daerah Maran sebanyak 2 kali.. Keputusannya seperti dijangka kali pertama kalah teruk 15 -6 .. kali kedua pula, mereka menunjukkan peningkatan dengan hanya tewas sedikit iaitu 11-8. Oklah untuk dibawa bekalan ke kejohanan nanti...

Bagi team perempuan pula.. pada asalnya guru lain yang melatih tetapi beliau ada masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. So, pengerusi teknik kawan yang melatih mereka. Tapi nama pun PT, beliau sibuk menguruskan perjalanan ke Bera. Oleh itu, kawan secara sukarela melatih team perempuan memandangkan rugi melihat kepada pemain-pemain yang kebanyakan dari mereka kawan sudah kenal sejak tingkatan 1 lagi..
Sempatlah 2 sesi latihan, banyak yang tidak diajar memandangkan masa yang terhad. kebanyakan masa banyak dihabiskan membuat keterangan berkenaan teknik yang digunakan. Harap2 menjadilah masa bermain kelak....

ok..Kawan akan bersambung lagi...


Sudah sampai di simpang Balai Polis Chenor setelah berjalan selama 15 minit..


Para Jurulatih berbincang semasa mereka untuk meningkatkan lagi tahap permainan agar mencapai kejayaan.


Bergerak bersama-sama di tepi jalan.. Agak bahaya tetapi diberi pengawasan oleh guru-guru terlibat.


Para pemain berjalan kaki dari asrama SMK TAA, Chenor menuju kegelanggang futsal belakang Balai Polis Chenor sejauh 2 kilometer or 20 minit berjalan kaki.


Para pemain sedang melakukan latihan pemainan penuh di atas gelangang futsal memandangkan tahun ini bola baling bermain di dalam dewan.

Tuesday, May 3, 2011

Perkembangan Rumah Baruku....

Salam..
Sekarang rumah baru aku ni tengah ditambah dengan ukiran tepi siling kapur. Aku menggunakan khidmat buruh Indonesia. Ingatkan upah boleh ler murah..Harga boleh tahan tinggi. Dekat nak sama pakai kontraktor tempatan. Kalau aku tahu aritu, baik pakai orang kita… xpe. Pengajaran….
Sekarang, rumah aku sedang menunggu order siap. Firstly Grill… Dah dekat 3 bulan tunggu, x siap-siap. Padahal deposit RM1k dah bayar seawal bulan Feb aritu.. Nak batal, karang kena tunggu orang lain jugak..Serupa… Ini kes nak guna orang kita..Member aku pakai cina, cepatlah siap…X sampai sebulan , kerja beres…
Order Kedua, Kabinet dapur.. ni dalam jangkaan hujung bulan April 2011 ni siap lah.. Aku target, siap grill ngam2 boleh pasang cabinet… Pasai cabinet ini, ni antara benda aku tempah dan beli paling mahal.. Budget RM20,000.. Dulu x termimpi pun akan renovate dapur ni..Habis kuat pun angan nak renovate rumah untuk tambah bilik jer……xpelah.. Dapat lebihan loan, settle semua duit..
Yang ketiga pula, wiring lampu.. Ni xde masalah apa-apa.. Cuma kawan jer lambatkan pemasangan. Cadang nak tunggu sampai grill siap baru nak install lampu…. Tengok lah nanti…..
Secara keseluruhannya, kawan masih ternanti-nanti bila pusingan pening kepala akan bermula. Katakan rumah semua siap mei 2011 ni. Maka mesti nak guna…cadangan asal nak duduk petang-petang dan hujung minggu saje… Tapi kawan rasa macam tak praktikal saja…Mana tak, aci weekend mesti balik kampong.
So, plan baru berpindah ke rumah baru lah… tapi wujud masalah lain pulak..elok2 tinggal rumah hanya 2 minit nak motor ke sekolah..Kena naik kereta tempuhi jalan selama 30 mint pergi dan 30 minit balik… itu antara persoala yang bermain di kepala kawn bila sampai masanya kelak…
X tau lah…….. sekarang ni, paling penting siapkan rumah dulu. Relax…..









Monday, May 2, 2011

Kronologi Mendapatkan Kerja : Kes Aku Sendiri

Salam..
Selamat Hari Pekerja... Harinya semalam..xpelah.. sebab arini cuti kira oklah...

Bila sebut pekerja , ada pelbagai jenis pekerjaan di sekeliling kita. Dan bila sebut kerja teringat aku kronologi pekerjaan aku sehingga sekarang...

Alkisahnya bermula dengan aku masuk matrix dgn SPM pangkat 2 dan fail english( biasa ler orang kampung) ..belajar dan dapat 3 pointer masa kat Matrix..Sambung la ke Degree..Masa degree ni belajar main2, aktif sangat persatuan..sampai beberapa semester dapat LB..bahaya...

Pastu gred ler dengan pointer lepas hidung tahap gaban..cukup2 makan jer nak gred..alamak nak keje apa....Yang agak peliknya aku sebelum konvo, selepas exam sem akhir..terus dapat keje..keje Hotel ler....keje dalam 2 bulan boring...minta keje sektor kilang...sambil tu isi borang KPLI....Aku kerja kilang sebulan jer...... semangat nak keje xde..sebab dari exam x relax2 lagi... so aku behenti, balik kampung untuk relax kat kampung..BEST Oiiiiiii......Masa aku relax2..dapat interview dari Sykt Koporat terkemuka...(aku ni apply keje ni lepas exam aritu).... so rezeki dapat ler keje kat situ.....
Masa aku keje kat situ baru aku tau dalam 50 orang dia amik, 40 orang First Class..yg lain 2nd Upper..kecuali aku ngam2 2.0....Memula segan gak bila orang tanya....tapi peduli aku, janji aku dapat keje...Sebab aku perform bagus dalam keje, ditukarkan ke Utara untuk jadi wakil bos aku....
Oh ya.... selepas interview sykt Koporat dan sebelum dapat keje...aku dapat interview KPLI.........So semasa aku keje sykt Koporat dalam 3 bulan..aku dapat KPLI..Apa lagi behenti keje notis serta merta...bising bos aku nak jumpa suruh jgn behenti..aaaaaa...Keje aku suka..sori ler bos....so, dari situ , bermula kerier aku bekerja bersama kerajaan sampai sekarang......

Kesimpulannya disini ....
1. Mana ada kabel2...belasah jer minta banyak, hantar resume....hantar je apa keje, jangan memilih..
2. Ban keje Gomen, maybe sekarang dia tgk pointer gak..tapi yg paling penting..masa korang interview...Pakaian, sijil2 (aku rasa kes aku dapat KPLI sebab aku ada sijil Mendaki Gunung Tahan)...yg persembahan semasa interview..jgn teragak2..tunjuk korang punyer konfiden....
3. Aku rasa pengalaman menyertai Persatuan macam2 masa kat U amatler membantu...Ia boleh mewujudkan perasaan konfiden, connection (lubang2 keje)..cara komunikasi...

Semua tu just pengalaman aku untuk dikongsi disini. bukan nak riak atau ade apa2 perasaan lain..so, diharapkan dapat membantu kepada orang lain....