Tuesday, May 17, 2011

Usul Politik & Ekonomi Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2011

Salam.

Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2011 akan diadakan pada 21 Mei 2011. Tahun ini kawan tidak terlibat memandangkan kawan tidak dipilih untuk mewakili cawangan kawan kerana tidak hadir ke mesyuarat cawangan aritu atas komitmen lain.

Berkenaan Usul-usul yang akan dibentangkan di Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian nanti..Nampaknya WZWH suka mencari kelainan berkenaan usul ini...Ada dua usul yang akan dibentangkan oleh Pemuda.
1. Usul Politik - Agenda Melayu Bandar
2. Usul Ekonomi - Agenda menyokong Projek logi Lynas

Takpelah. Itu usul dia. Suka tidak suka, itu hak dia untuk mengusulkannya. Terpulang kepada para perwakilan dari 103 cawangan di seluruh Jerantut untuk memberi respond ke atas usul itu..(rasanya dah tahu respondnya)
Bagi kawan, Usul politik 'agenda Melayu Bandar' amat sesuai sekali untuk dibentagkan dan seharusnya dibawa ke peringkat lebih tinggi. Kita semua tahu bahawa Melayu Bandar kebanyakan asal dari luar bandar yang berhijrah dari luar bandar atau pendalaman yang mencari rezeki demi meneruskan survival kehidupan. Bukannya di kampung masing-masing tiada rezeki tetapi ruang dan peluang di takat yang sama. Contohnya kerja menoreh getah, memang ada siswazah bergantung harap kepada kerja ini sahaja. siswazah ini selalunya menggunakan beberapa nilai tambah untuk mengaut keuntungan lain seperti menjadi peraih, memajak tanah dan lain-lain. Tetapi dengan perbuatan siswazah itu, maka tutuplah ruang untuk belia lepasan PMR dan SPM yang tidak ke mana-mana untuk mencari pendapatan.Oleh itu, diharapkan usul politik ini dapat dibincangkan secara meluas demi kepentingan orang melayu sendiri.
Aspek perumahan mampu milik di lokasi strategik juga perlu dimasukkan dalam usul ini. Rumah memang berlebihan di kawasan bandar dan pinggirannya menurut REDHA. Tetapi harganya dan lokasinya masih diluar kemampuan orang Melayu untuk memilikinya terutamanya para graduan yang baru setahun dua bekerja. Garis panduan dan carta alir tindakan perlu dilakukan oleh Pemuda UMNO sendiri untuk menolong kumpulan sasaran yang kebanyakan tidak menyokong BN dan diatas pagar buat masa kini.
Pastikan wakil Pemuda berada dalam komuniti di peringkat kerajaan. Biarlah orang berkata kroni ke anak beranak ke.. Yang penting target itu tercapai. (Kalau tak buat pun kena tuduh juga)...Kalau boleh berikan kesamaan untuk semua pemohon tanpa mengira latar belakang...

Berkenaan Usul Menyokong Projek Lynas ini, adalah dijangkakan sepatutnya menjadi perbahasan yang menarik. WZWH bersemangat mengatakan fakta-fakta untuk memberi hujah kenapa projek ini patut disokong dan diteruskan pembinaannya.
Bagi kawan, Kawan kurang menyokong projek ini dilaksanakan di Gebeng. Bukan apa, melihat aspek pembuatan dan perancangan, kawan akui Malaysia memang terbaik..Tetapi bila tiba aspek pelaksanaan dan lebih penting aspek penjagaan dan maintainance, ini yang amat merisaukan semua pihak. Sebagai contoh, projek Alam Flora yang sepatutnya membersihkan bandar dan kawasan yang dipersetujui. Tapi kita sendiri melihat ap hasilnya sekarang. Bandar dan taman-taman perumahan tetap kotor dengan masih ada jadual pungutan sampah tidak diikuti. Itu tak mengapa. Masalahnya tiada tindakan dari pihak berkuasa berkenaan projek ini.
Itu baru sampah sahaja. Ini pula sisa pepejal dari loji Lynas. Tidak dapat dibayangkan bertapa Loji ini menjadi punca pelbagai masalah yang timbul akibat kurang penyeliaan dan maintainance oleh pihak berkenaan..
Dari aspek ekonomi, kawan menyokong projek ini. Ia menyumbang pembayaran cukai dan hasil lain kepada kerajaan. Ia juga memberi ruang kepada 4000 peluang pekerjaan dan secar tidak langsung meningkat ekonomi bidangan dan persekitaran.. Conothnya perumahan, peruncitan, pemborongan dan sebagainya. Jika diurus dengan sepatutnya, projek ini mampu menjadi penggerak bandar Gebeng ke arah pemodenan Bandaraya Kuantan yang lebih mapan.Masalahnya yang sepatutnya....itu kebimbangan kawan....

Semua itu hanya pendapat kawan.. terpulang pula kepda semua mengenai pendapat masing-masing terutamanya perwakilan yang akan hadir ke meyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut pad 21 Mei 2011 ini.. Jangan datang hanya untuk dapat baju, makan-makan, beborak-borak sikit, pastu curi-curi ke bandar tetiba dah abis meeting.. balik la...

2 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Dobit127,
Tahniah saudara telah menulis ulasan dan kupasan politik Jerantut berkenaan usul mesyuarat Pemuda UMNO bahagian Jerantut dengan baik sekali. Teruskan menulis.

adrianiamri said...

La.. ada jugak orang komen kat blog kawan ni.. apa yang kawan tulis tu x seberapa dan hanyalah luahan kawan.
Apapun terima kasih.