Salam..
Apapun selamat bersidang ke semua perwakilan yang terpilih dan dipilih untuk mewakili cawangan masing masing ke mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang diadakan pada hari ini Sabtu 21 Mei 2011 di Dewan MDJ. Semoga mesyuarat akan berjalan lancar dan lebih hangat dengan perbincangan dengan bernas dan jitu demi pembangunan Jerantut amnya.
Kawan tidak dapat ke sana sekali kerana tidak terpilih mewakili G5 cawangan kawan. Maklumlah mas meeting cawangan kawan tidak dapat menghadiri kerana terdapat urusan dan komitmen lain.Xpe. Kecil punyer hal..
So, hari sabtu kawan hanya relak di rumah setelah tamat kursus Prinsip Perakaunan di Tmeemerloh. Dalam kawan tengah relak ptg semalam, tetiba member kawan call. Dia mengajak kawan untuk menyertai member kawan ke meyuarat Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau yang juga diadakan pada 21 Mei 2011.. Kawn kata padanya kawan bahagian Jerantut. tetapi kata member kawan, kawan boleh ke sana sebagai pemerhati tak rasmi..
Fikir punya fikir, boleh lah juga. Dari duduk tido jer kat rumah, boleh mendengar Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau bersidang pula.
Kawan bertolak bersama serombongan perwakilan Pemuda cawangan member kawan ini. Untuk makluman semua, kawan aktif dalam belia di kawasan Kuala Krau memandangkan kawan bekerja di situ. Maka kenallah beberapa orang ahli politik tempatan. Mungkin sebab itu diajak kot..
Mesyuarat diadakan di Dewan Bistari SMK Kuala Krau. Dengan hanya lebih kurang 70 cawangan terlibat, kawan melihat dewan masih tak penuh-penuh sehingga perasmi datang.
Perasmi tahun ini adalah Datuk Ahmad Zaki Zahid, Exco Pemuda Malaysia merangkap Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda Putrajaya. Turut hadir adalah kesemua YB kawasan Kuala Krau.
- Ahli Parlimen Kuala Krau - Dato' Ismail Mohamad Said
- ADUN Jengka - YB Wan Salman
- ADUN Kerdau - YB Syed Ibrahim (pemenang PRK baru-baru ini )
- ADUN Jenderak - YB Mohamad bin Jaafar
Turut hadir adalah ketua wanita Bahagian , wakil UMNO Pahang dan dif jemputan lain.
Dalam ucapan perasmian, Datuk berkata sejarah menunjukkan UMNO memang pembela rakyat tetapi itu hanyalah sejarah. Kita golongan pemuda sesungguhnya sedar perkara itu dan mengambil kira gelombang sekarang dan cuba sesuaikan agar UMNO tetap relevan kepad generasi muda yang lebih terkenal golongan atas pagar berbanding golongan berparti... So, UMNO dan BN masih ada harapan untuk merapati mereka.. Golongan mereka ini mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Mengikut sumber, pengguna Facebook di Malaysia sahaja adalh sekitar 9 juta akaun pengguna dengan 90% adalah golongan muda. Justeru itu, UMNO mestilah berani mengambil peluang dan ruang yang ada untuk memenangi hati golongan atas pagar ini...
Memandangkan upacara perasmian tamat lewat iaitu sekitar jam 12.00 tengahari. Kawan tidak boleh menunggu lama. Hanya sehingga proses pengundian untuk memilih 2 orang wakil ke mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia. Selepas itu kawan pulang meninggalkan mesyuarat itu.. Bukannya kawan boleh turut serta sekali dalam mesyuarat itu samada perbahasan atau pengundian pun..
Usul politik dibahaskan dengan agenda kekuatan Calon UMNO sebagai pemangkin kemenangan BN di PRU akan datang... Mereka memilih agar calon2 tempatan dilpilh secara teliti dan secara berpakat dan disokong majoriti ketua akar umbi bahagian. Ia penting agar calon itu tidak disabotaj oleh ahli sendiri.
Usul-usul cawangan yang diterima tanpa pembahasan kebanyakan menyentuh mengenai perumahan generasi kedua yang tengah hangat di tanah-tanah rancangan. Adakah lot2 itu akan sampai ke sasaran?.. Adakah seperti biasa isu yang hangat menjelang pilihanraya sahaja.. Sama-sama kita nantikan.
No comments:
Post a Comment