Thursday, May 19, 2011

Mesyuarat Penataran PBS Prinsip Perakaunan Negeri Pahang 2011

Salam.

Sekarang bermula 18 sehingga 20 Mei 2011, kawan beserta guru-guru Prinsip Perakaunan seluruh Negeri Pahang sedang berkumpul di Hotel di Temerloh untuk mengikuti mesyuarat Penataran dan Penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah MP Prinsip Perakaunan SPM bagi tahun 2011..

DI sini, selain mendengar taklimat dari JU terbabit, kami juga akan dikehendaki untuk memasukkan markah bagi hasil kerja kursus tingkatan 4 yang dibuat pada tahun lepas. Sekolah kawan tiada masalah semua ok..

Di sini juga, kami bermesyuarat untuk menentukan ktidakpastian yang timbul hasil penelitian semasa membantu para pelajar menyiapkan kerja kursus sekarang.
Isu-isu terkini yang timbul kesan pelaksanaan kerja kursus Prinsip Perakaunan juga dibincangkan di dalam ini..

Isu yang paling menarik untuk dibincangkan di dalam mesyuarat ini adalah pelajar boleh dikecualikan membuat kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM 2011. Ini membawa makna bahawa pelajar itu boleh tidak membuat kerja kursus tanpa ada kesan 'TH' seperti subjek lain yang tidak membuat kerja kursus.

Ok. Persoalan sekarang adalah adakah pelajar itu akan ditolak markah kerja kursus 20% atau tetap diberi markah 100% dengan kadar pembahagian masing-masing ( 40% kertas 1 dan 60% kertas 2).
Kami di sini membuat pengiraan tersendiri dan mendapati yang membuat kerja kursus tetap memberi faedah yang lebih terutamanya pelajar dalam kategori lemah dan sederhana. Ada banyak perbezaan markah yang boleh diperolehi. Pesan kami, buatlah.. Biar susah sekarang, hasil nanti and tersenyum lebih..

Ada maklumat tambahan kawan akan masukkan kemudian.



1 comment:

Acid7704 said...

kirenye markah kerja kursus akan dtmbah dlm markah SPM la ni ???