Thursday, May 12, 2011

Kem Lencana Pengakap Daerah Maran 2011

Salam..
Abis jer bola baling aritu, kawan terima surat untuk menjadi urusetia kem skim lencana pengakap bagi Daerah Maran tahun 2011 ini.
Aiseymen, baru balik dari Bera kena sambung pulak ke Maran.. xpe lah. Yang penting, bebudak dapat mengambil bahagian dan dapat menimba ilmu dalam kepengakapan...
Sekolah kawan menghantar seramai 16 orang untuk menyertai kem kali ini. Rasanya ini yang palin ramai. Selalunya 2 kereta sahaja (8 orang).. Kawan dan member kawan.. Sebabnya kami berdua ni jurulatih kem.... Tahun ini member kawan bersemangat sikit hantar ramai..Maybe dia bersemangat tengok unit-unit lain berkhemah..

Kami bertolak dari sekolah jam 3.00 petang setelah selesai urusan pentadbiran. Bos dan kerani sekolah xde... maknanya duit sendiri dulu diadvancekan... Biasalah guru, segalanya berkorban termasuk bab wang ringgit.
Perjalanan memakan masa 1 jam dan kami tiba jam 4.00 petang..Setibanya di sana, kawan dapati aktivit pertama sudah berjalan.. Bebudak kawan kelam kambut untuk menyertai sekali aktiviti perhimpunan awal.

Selesai aktiviti perhimpunan, maka kawan pun menunggu khemah yang secara kebetulannya berada di perkhemahan Bomba peringkat negeri di Pekan yang mana ada budak sekolah kawan yang menyertainya..
Tunggu punya tunggu punya tunggu, jam 6.00 petang barulah sampai khemah yang dinanti.. Apa lagi terus dipasang khemah yang masih dalam keadaan basah.Dahlah tak cukup, hanya ada dua khemah untuk 16 orang..keadaan khemah pula masih basah.. Xpelah. Berkhemah kan...

Malam pula, berlangsung aktiviti kedua iaitu sesi taklimat bersama ketua jurulatih bagi lencana masing-masing. Kawan ditugaskan unutk mengendalikan Lencana Usaha.. Taklimat berlangsung selama 1 jam dan kemudiannya peserta dilepaskan untuk persediaan esok..

Kawan pula bersambung meeting bersama Ketua Jurulatih Lencana Usaha untuk membincangkan aktiviti esok....

so, lihatlah gambar-gambar yang kawan sempat bluetooth ke blog ini....


Taklimat untuk para peserta Lencana Keris Emas bagi PKK.


Dalam perjalanan untuk ke bilik mandi..


Antara kawasan perkhemahan yang kebanyakan sudah penuh dibooking oleh pengakap PKK..Maklumlah mereka ramai...


Para peserta sibuk membuat gajet bagi sesi penilaian unutk Lencana Jaya..


Kelihatan Ketua jurulatih memberi taklimat berkenaan Buku Log Perkhemahan...

No comments: