Sunday, October 28, 2007

X boleh masuk Blog sendiri

Assalammualaikum,
apa khabar semua. dah lama sejak sebelum raya tidak post atrikel lat sini. masa raya dah la tidak dapat online sebab balik kampung dan lepas tu, bila try masuk blog ni, x leh masuk pulak. dah dekat seminggu dah try. ingat kan dah kena block online blogger macam kekawan kat WC. Nasib baik tetiba boleh masuk dalam ni arini. so, harap2 lepas ni xde masalah yang seperti ni yang mampu menggugat usaha aku ke arah perniagaan internet.
FAsa percubaan dalam perniagaan internet ni masih berjalan sehinggga jangkaan akhir tahun ni. Walaupun lambat dan lewat, bagi aku, biar lambat asal berjaya. Lagipun aku sedang mengemaskini portfolio kedudukan perniagaan aku dan struktur hartanah dan kewangan. Ada ruang untuk membuka bisnis baru dan peluang untuk membeli hartanah baru. So, semua itu, akan dirancang adan diterperincikan agar dapat memaximakan untung dan mengurangkan kos pengeluaran.
ok, ini saje setakat arini . byeee

Wednesday, October 10, 2007

Rumah & Kedai x siap…(Part II)

Mengikut struktur perubahan kemajuan Bandar tempat aku ni, banyak perancangan yang aku lihat nak bina projek2 perumahan. Keluasan sehingga 150 ekar. Besar gak tu. Tambahan lagi Pembinaan Bandar pinggiran jalan utama. (sches, Bandar utama kecil lagi, dah nak bina Bandar pingiran) Ini semua akan menimbulkan kesan positif dan negative. Dari kesan positif, banyak orang kan memiliki rumah sendiri. Tempat aku ni, ramai sungguh nak beli rumah. Bayangkan ada koperasi tu baru je buat survey nak bina rumah. X sampai seminggu. Dah habis dibooking. Sampai orang2 marah x dapat peluang. Padahal aku tengok dari borang survey tu, harganye mak datuk mahal macam duk kat KL.. Bankrap2 Nampaknya kalau xde orang dalam, tertinggal la.
Secara amya kalau nak untung cepat boleh la beli umah kat kawasan aku, member aku beli rumah harga asal RM60k sekarang ni nilai dia jadi RM200k. Pelik betui aku. Kenapa la jadi macam tu. Besar sangat margin untung tu, Itu semua cerita adalah untuk tempat aku kat pendalaman ni. Tempat korang aku x tau la. Kalau rajin try buat survey sikit. Nak tengok progress nilai hartanah. Aku rasa mesti meningkat gak walaupun x banyak macam tu. So, seperiti yang dikatkan oleh, cikgu Azizi Ali kita tu, belilah rumah untuk tujuan pelaburan .
Macam mane pulak kalau xde duit beratus ribu ringgit tu? Betui gak yee. Bukan semua orang ada duit banyak tu. Tunggu … cerita aku lain kali.. byee

Tuesday, October 9, 2007

Rumah & Kedai x siap…(part I)

Arini aku sdang rilek2 kat umah sorang2. mak ayah aku xde p umah abang aku tengok cucu baru. Adik aku p kerja. So, duduk la sorang2 tersengih. Nak makan semangat posa masih tahap tinggi. Kena duk jaga umah sorang2. nasib baik terfikir nak buka computer. So, tulih la dulu apa nak post nanti dalam blog ni. Selalu aku ni, tulih masa online. So, banyak buang masa. Cara ni jimat masa dan dapat banyak ruang unutk berceloteh. Slow2 fikir. Arini nak tulih apa ye…
OH, Ya..
Minggu ni aku baru dapat surat dari loyer yang menyatakan bahawa pemaju umah aku tu telah submit surat untuk minta bayaran peringkat kedua. Aku just dapat surat je la. Yang lain loyer uruskan. Lantak la nak jadi apa. Risau gak sebab mengikut track rekod tempat aku ni, hampir semua projek perumahan mesti terbengkalai. Contohnya projek kedai yang aku beli dah terbengkalai hampir 10 tahun aduh..tensen aku.. Tapi lega gak. Harga kedai tu semakin meningkat. Bayangkan masa aku beli tu RM60,000 (harga asal RM40k) sejak 2004. tahun ni bulan 7 aritu, ada orang nak beli kedai x siap lagi dari aku dengan harga tawaran RM110,000. Ulang balik, RM110,000. Kenaikan sebanyak 50,000 dalam masa 3 tahun. Pakcik Kayo. Heeeee. Tapi aku x jual lagi, sebab tiada keperluan mendesak untuk pakai duit segera. Tambahan pula aku rasa makin hari makin naik harga dia kot. Harap2 macam tu..
Ok. bye

Monday, October 8, 2007

Entah pa-apa tah..

Assalammualaikaum, apa kabar semua.
Dah lama x post. Minggu ni ada masalah sikit. Dail-up phone aku x leh pasai terlupa nak p bayar bilnya. So secara auotmatiknye line telefon kena potong la. Sekarang TM strict sikit. Lambat bayar je terus potong line. Dari segi koporat, ia perkembangan yang bagus. Dapat menjana pendapatan sampingan yang aku rasa berbaloi gak la berdasarkan sikap rakyat Malaysia yang macam aku.
Lupa atau Terlupa ataupun buat-buat lupa.
Ini menunjukkan bahawa kita rakyat Malaysia ni kenalah berhati2 atas pergerakan ataupun lebih tepat pengurusan duit sendiri. Walaupun elemen semakin menjadi perhatian akan tetapi setiap tahun akan ada pergerakan orang baru mendapat banyak duit. (orang baru keje la tu). Elemeen ini masih tidak diambil berat biasanya oleh orang jenis ni. Maklumlah baru nak belajar pegang duit. Dulu payah nak pegang duit kerana duduk di bawah ketiak mak bapak. Kemudian masa belajar, first time pegang duit sendiri akan tetapi hanya lepas-lepas hidup sebab maklumlah bergantung kepada duit pinjaman (PTPTN! Bayar jangan x bayar) . Opss! Sebelum tu kat sini aku agak heran la, selalu kata duit x cukup siap minta duit kat PAMA lagi tetapi kalau bak bergaya kalau golongan koporat. Try tengok handphone. Waduh! Waduh! Canggih2 belaka. HP siap dengan pelbagai kemudahan. Dulu WAP, kemudian GPRS sekarang tengah hot 3G dan yang terbaru 4G(x sampai lagi kat Malaysia tapi dah ada orang pakai hp support 4g ni.) Naik pening kepala aku dibuatnya. Aku ni dari belajar sampai keje sekarang ni masih x reti nak pakai WAP tu. Payah2 jual hp tu, then beli Nokia 3310(bukan beli la, amik ayah aku punye. Jimat duit) WAP,GPRS,3G semua benda apa aku pun x tau. Pernah Tanya tapi lupa. Rasa2 platform untuk serve mobile internet . Ye la kot! Apa2 semoga mak ayah mereka tu bahagia..
Eh! Dah mengarut ke mana la aku ni. Mula cerita pasai lama x post tetiba lepas ke 3G pulak. Aku ni memang macam tu. Kalau dapat computer nak menulis, memang pelik2 je cerita. All in one. Xpe la. Janji hajat aku nak bercerita ni tercapai.. Kawan aku kata aku boleh la buat ebook sebab banyak idea. TERfikir gak, tapi nak cerita tentang apa aku bab2 mengarut cam ni expert la. Tapi kalau masuk bab serius ni, edeh…. Malas pulak nak fikir. Tengok la kalau ada cerita. Mungkin aku nak beli panduan membuat ebook yang ada dijual. Sape yee lupa pulak. Xpe kalau nak buat ,aku cari la author tu..
Ok lah sekatat ni. Byeee…

Wednesday, October 3, 2007

Kad Kredit (CC)

Ok semua, arini rasa dah nak start topic sebenar blog aku ni.. Dari matlamat asal aku ni, patutnya kalau orang ada masalah tentang kewangan, bolehla tanye aku ni atau sesiapa kat blog ni tapi ni terbalik pulak. Xpe la apa2 pun. Janji tentang kewangan.
Baru-baru ni, aku join comment kat blog Dr. kita, Irfan Khairi la. Dah lama aku follow blog Dr. kita ni. Tapi baru je rasa berani nak beri komen kat situ. Amik semangat kat WC forum. Antara tip Dr. yangaku komen adalah pasal tajuk kat atas ni la.. CC.
Aku kalau ada orang berdebat pasai CC ni , suka sangat la. Sebab secara amnye dalam perdebatan tu ramai sangat tak setuju kaedah CC ni padahal jumlah pengguna CC kat Negara ni bertambah dengan pesatnye.. Dah tak setuju kaedah bab2 berhutang nix yah la guna. Ini x, dia paling banyak guna. Pastu bila angka dalam bil dah banyak mula la rsa pening-pening nyamuk. Then, apa lagi bagi la komen membina memperkecilkan CC.
Bagi aku, tak ramai orang cam2. Mengikut statistic yang dikeluarkan oleh BNM, jumlah yang muflis akibat penggunaan CC ini kecil saje berbanding jumlah keseluruhannya. 0.8% je total nya dari berjuta-juta penguna CC( rasanye la, dah lupa angka betui).
Maknanye ramai lagi boleh survive dalam arus perdana ni. Contohnye di sekeliling aku sendiri, setiap kali ejen CC dari mana-man bank pun dating nak buat promote CC ni, gurantee punye mesti ejen tu tersengih sebab dapat banyak client baru. Padahal baru je minggu lepas ada ejen yang lain datang.
Xpe la dulu untuk bab ni. Nanti aku sambung dalam CC (part II).

Dah Start Bursa Online (Part II)

Gila betui… Last2 aku login balik tengok aku punye akaun. Slow2 tengok rupanye ada dalam my game profile. Cis!! macam mana aku boleh x perasan. Mungkin aku dah tengok tapi mane tahu function dia. Tu buat ignore jee.. padan muka.
Aku pun apa lagi terus play the game. Shopping la saham2. Nasib baik game, boleh la serbu je. Kalau Realiti tak mungkin aku buat cam tu, Sebab yang utama mana ade duit banyak cam2.

Bagi aku, game online bagus sangat bagi yang tak biasa trading saham ni. Oh ya, aku dah submitted untuk register CDS akaun dengan Maybank i-invest. Mungkin sehari dua ni, harap2 boleh settle la register aku ni. Ini merupakan detik permulaan untuk aku bergiat dalam arena yang sebenarnya aku dah lama minat dan pelajari. (tengok je orang tapi takde inisiatif untuk buat semua ni.)
Anyway thanks kepada geng2 kat WC sebab korang punye advise menyebabkan aku ni melangkah setapak maju ke hadapan. First aku dah ada blog aku sendiri and then dah mula usaha ke arah First RM dari computer ni.Insyaallah.

(panjang betui ari ni. Baik post 2x je la) Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

Dah Start Bursa Online (Part I)

Pada hari isnin lalu, maka bermulalah cabaran game investment. Aku pun apa lagi try la masuk web tu. Tapi malangnya entah kenapa line connection punyela sibuk. Nak masuk ke satu web tu punye la seksa. Kekadang ambik masa dekat2 15 minit. Cabaran sungguh. Dah la game main masa. Last2 dekat nak tutup sesi pagi barulah dapat login dalam akun sendiri. Lega……

Dah masuk apa lagi serbu la ikut strategi aku yang kuno tu. Aku beli dekat 10 saham gak. Mula-mula masa nak beli saham pertama iaitu TM, aku dah isi form dia tetiba dia kata nak trading pin plak. Kelam kabut apasal masa ni dia nak pin2 ni. Aku pun pening kepala mana nak cari pin tu. Siap masuk WC nak bukak Threads nak tanye kot2 ada member lain sedang online game jugak. Ini pun satu hal pulak. Aku terlupa camne pulak nak bukak threads baru. Pada hal dua tiga threads aku intro.. Aiseymennn.. (continue.. )