Tuesday, March 29, 2011

Pengalaman Bisnes Cyber Cafe

Sekarang ni , aku mula menampalkan kembali posting-posting aku dalam banyak forum.. Macam menarik jer untuk dikongsi bersama. Xpe... Tidak menarik pun, baca saja lah...

Bisnes Cyber Cafe......

Dari mula aku baca sampai abis, kalau nak bukak CC mesti modal kurang 20k, PC mesti updated... baru maju....itu kata reality biz cc ni....

aku pun gitu jugak...dah spend 30k nak bukak satu biz...entah dalam satu hari aku borak2 online dengan member2 forum.... aku ada satu idea....kasi belasah jer....

Aku bukak CC dengan hanya 3pc recond..total kos lebih kurang RM2k termasuk deco kedai...memula takut gak...tapi x sempat bukak kedai lagi..peerrrhhh..dah ramai tanya bila buka....

Bila opening jer ,aku target dalam 6 bulan baru TPM..sehari dua memula memang x laku sangat orang x biasa...tapi masuk weekend jer...penuh..dari 7 pagi sehingga 1.00 pagi... sampai ada yang booking siap2 2 hari terus (mesti bayar dulu laaa)...full book for 3 pc..Dah terpaksa cari satu lagi PC untuk cover customer..ala murah jer 1 sest RM400 termasuk monitor..

sikit2 aku masuklah elemen biz lain, start dengan printer, scan, photostat, laminate, jual makanan ringan... ok ler dapatlah cover upah tunggu......

aku pulang modal just dalam sebulan lebih jer..tu pun kekadang cc tutup xde sape jaga...

Tapi sayangnya, CC aku ni terpaksa ditutup atas arahan tokey kedai (aka Ayah aku merangkap tukang jaga cc) sebab kena komplin dengan tuan iman dalam khutbah jumaat kerana abiskan duit mak bapak.... Terkena ayah aku sebagai bekas pengerusi masjid yang sama....aku pon nak kata apa, tutup terus ler...nasib baik pulang modal....

kesimpulannya,

1. Nak bukak cc x yah fikir panjang2..ada duit terus bukak..tapi bukan duit yang sama nak beli beras or gula tapi duit memang spend nak rugi bila berniaga...
2. Kalau x reti apa2 macam aku tentang IT, bukak sikit2..5 pc ker...Jgn target bukak kawasan ramai CC lain.. Cari niche area..contoh kampung ko ker, lorong umah ko duduk ker...xpe biar untung sikit dari niaaga modal besar x pulang modal akhirnya....bila ada untung tambah lagi PC..sambil tu, belajar ler apa2 patut tentang komputer...
3. Harga sejam? berapa yer nak letak...Kat sini ler korang kena terror....cari titik analisa dimana harga....nak letak tinggi karang x laku, letak rendah kit rugi......yg ni payah gak nak ajar...
4. Dalam biz CC aku ni, actually lakunya aku rasa sebab kuat promosi..walaupun aku cc just 3 bijik ye...tapi banner 5 bijik aku letak di area kawasan aku...lokasi straategik..tempat lalu lalang....
just 2 kupang...

Sunday, March 27, 2011

Kakitangan Awam Malaysia : Pengurangan Perlu atau Tidak?

ni lagi satu post aku di forum. bacalah...

JUMLAH KAKITANGAN AWAM....sekarang 1.2 juta orang..

Pada dasarnya jumlah itu memang ramai jika dibandingkan dengan negara-negar lain walaupun bukan yang terendah...(ada negar tu separuh rakyatnya bekerja dengan kerajaan)..

Ramai bersetuju bahkan dikalangan pemimpin negar dan ahli politik pun bersetuju untuk proses mengurangkan kakitangan awam..Malah di zaman Tun Mahathir, proses penswastaan sebenarnya berasaskan konsep untuk mengecilkan jumlah kakitangan awam.. Tapi sampai sekarang apa silapnya , bukan semakin mengecil malahan ikut iklan2 di merata memerlukan tambahan kakitangan seperti tentera, polis, jururawat dan sudah tentu para pendidik kita...Banyak kenyataan para menteri menunjukkan perlunya tambahan anggota lagi..Secara tidak langsung akan berkembang jumlah kakitangan awam kita...

Ok..Boleh dikatakan hampir semua bersetuju dengan proses pengecilan kakitangan awam... Persoalan sekarang adalah bagaimana proses tersebut?

Di sini Minta warga CG yang bijak pandai untuk memberi idea bagaimana proses tersebut boleh dibuat terutamanya untuk jawatan-jawatan teramai..

1. Guru - 400,000
2. Tentera - 200,000
3. Polis - 150,000
4. Jururawat - 50,000
5. Bomba - 30,000
6. Penguatkuasa lain (JPJ,Kastam, APMM) - 70,000

Bagaimana cara untuk mengurangkan bilangan mereka.

a. Pendekkan tempoh untuk pencen dari 58 tahun ke 40 - 50 tahun sahaja atau maksima bekerja 25 tahun perkhidmatan...
b. Kekalkan pencen 58 tahun tetapi opsyen pencen pilihan dimantapkan...40 tahun dah boleh bersama bersama tambahan gruariti...
c. Buat VSS...konsep macam swasta......
d. Anggota awam boleh behenti bila-bila masa dengan kekalkan ganjaran kewangan...
e. cadangan anda pula?....


Sementara itu, sungutan orang ramai dan pemimpin negara berkenaan hal ini mungkin berpunca masalah kewangan negara. Mengikut Belanjawan negara 2011 hampir RM46 bilion dibelanjakan untuk membayar emelemon... Jika ada cara untuk kurangkan total belanja itu, maka bilangan anggota tidak jadi masalah.

So, apakah cara itu....

1. Kurangkan gaji semua peringkat jawatan 5 % (jimat RM2.3 bilion setiap tahun ) tapi minima gaji RM750 setara paras miskin..
2. Mansuhkan elaun2 tak berkaitan kerja.. Perumahan, COLA, pakaian dan lain...
(jangkaan jimat RM8 bilion setahun)
3. ELakkan kursus di hotel2 atau di luar dari negeri terbabit...
(jangkaan jimat RM500 juta setahun- rosak industri perhotelan)
4. Hapuskan elaun mengikut jarak perjalanan - bagi sekadar lumsup...
(jangkaan jimat RM50 juta setahun)
5. Hapuskan dasar tidak perlu... Kursus 7 hari setahun...Kan kena kuar duit nak p kursus...(jangkaan jimat RM50 juta setahun)
6. Jangan ambil anggota baru selama 2 tahun untuk menggantikan anggota yang pencen sekitar 20,000 orang setahun....Jawatan bos diganti oleh penolong bos, begitu seterusnya
Bising ler penganggur...(jangkaan jimat RM RM 1 Bilion..)
7. Cadangan anda pula...

Trip 2H1M ke Langkawi

ni posting aku di forum... boleh dibuat panduan ok...

aku baru balik dari Langkawi arini (23hb)....selesai lawatan 2H1M...

aku naik flight airasia jam 7.30 pagi...aku parking kereta kat area free parking dekat2 situ..jalan kaki ke LCCT lebih kurang 15 minit ler...
Sampai jam 8.30 pagi kat langkawi....Dengan sengaja pergi kali ini tanpa apa2 persediaan, aku pon cari kereta sewa....

bila tgk web orang iklan..mak ai..mahalnya...... aku amik Van Pregio (12 tempat duduk)....Harga asal diiklankan RM300 sehari...Berunding punya pasai....dapat ler RM350 untuk 2 hari....(maknanya kalau korang x booking lagi kereta sebelum p Langkawi, relax jer...tak kiralah korang datang naik Fery or Flight..jgn risau punya..belambak kereta sewa di Jetty dan airport...

Aku isi Van tu RM30 diesel.....ngam2 nak abis pusing2 satu langkawi...Jgn isi lebig pulak..rugi....Isi minyak sikit2...aku pernah isi RM5 jer...hehee..peduli apa duit aku.......

dengan 2H1M, aku p Langkawi Cable Car memula sekali...kalau korang nak p sana..Pergi pagi2...9 pagi dah ada kat sana...Lewat..Que panjang ler....ada kes beli tiket tapi x leh naik ramai sangat....hati2..tiket dibeli x boleh dipulangkan.........RM15 jika orang Malaysia.Lepak kat situ samapai pukul 1. Makan sekali kat restoran area parking kereta.. Ok ler harga...Yang x tahan, ikan bakar..purrrrr.sedap....Order pulak denga air kelapa.....

Dari situ, aku p Makan Mahsuri...x ramai sgt orang..byrn masuk RM5 jer...Kalau sesiapa nak beli minyak gamat murah..kat sini dicadangkan...tapi bukan dalam komplek makam tu... kawasan di luar makam..Hujung kawasan makam..ada kawasan membeli belah..Minyak Gamat boleh dapat RM8 untuk 15 botol.....aku cari dah..xde yg semurah tu...

Selepas tu, aku cari tempat tinggal.....Memandangkan aku pergi 8 orang...cari area Pantai Cenang...xde kebanyakan full booking..Sekarang ni ramai orang putih stay situ..maklum ler pantai ok...berjemur ler mereka....Lama jugak aku ari motel ni....konon nak jimat belanja...last2 aku contact homestay..dapat ler semalam RM150..kira murah ler, rumah.... manjahomestay.. cari ler dalam google....Dia kat area Keilim ..kawasan Geleri Perdana.... So bermalam aku di situ..

Malam tu, aku p jalan ke Langkawi Parade.......Kat situ, Kalau nak cari Beg besar, baju Polo, beg tangan...segal punyer beg...dipersilakan....Murah sehingga 80%..Ori Bebbbb.......

Makan sama saje seafood....

Esok pagi, aku p geleri Perdana..tiket masuk RM5..buka jam 8.30 pagi hingga 6 petang...dekat 2 jam aku di situ..di situ, dipamerkan segala hadiah yang diberikan kepada TUn Matahir semasa jadi perdana menteri dulu.....Yg paling best, tangkap gambar kat kereta F1 Sauber....hehe....Lagi satu kedai Cenderahati pon k gak..murah, yang best boleh tawar menawar....topi aku beli RM6 jer....

Selepas tu, aku p telaga Air hangat...sekarang ni dia tengah renovate....So x lamalagi maybe kena bayar kot.....kat sini, apa lagi rendam kaki ler... Oh ya...Kalau nak soping cenderahati, sini yang paling murah...helang gantung dapat 4 RM10..temapt lain xde semurah tu.....Baju pon ok.....Kain Batik hanya RM12 sehelai..siap jahit.....mai sini, borong ler bebanyak..........

Lepas tu, pergi ke Pantai Psair Hitam..konon nak mandi ler...tgk2..x sesuai langsung nak mandi.....Aku pergi ler cari tempat mandi..aku p ke Durian Perangin Watterfall...kalau korang nak mandi...best oiiiiiiiiiiiiiiiii......

Dari situ, p pekan kuah ler..nak soping ...kalau nak beli pinggan, periuk ker, sudu ker, senduk ker....tidak lain x bukan Idaman Suri....Kalau geng perempuan mai..bagi RM seribu..sejam jer habis.....murah beb.... selepas tu, aku p ler usha cokelat....nak coklat, p ler ke Kedai Hj Ismail Group cawangan dekat CIMB Bank..situ paling murah...Pelik...walau Hj mail ni ada 4 cawangan..harga dia berbeza2...beli kat cawangan dekat area bank jer...

Lepas tu, p le Dataran lang nak tangkap gambar...Nak p situ, kena ari cerah...baru gambar elok....seeloknya p sana pkl 5.30 petang..menarik gambar...matahari terbenam...

so, rasa dah habis jln 1 langkawi...walaupun ade yg x p lagi..seperti taman buaya..underwaterwaorld..xpe. ler..macam x berbaloi nak p..underwater tiket Asal RM28..beli di airport just RM22......tapi x menarik..baik p KLCC aquria...lagi berbaloi.....

so, aku pun balik ler naik flight jam 11.30 mlm setelah delayed sejam akibat cuaca buruk...

Kesimpulan,

Nak beli
coklat - Hj Ismail group caw dekat bank..
Pinggan - Idaman Suri
Kain Batik - Area kedai2 sekitar Hj Ismail Group or paling ok...Telaga Air Hangat
Cenderahati - semestinya kedai di Telaga Air Hangat
Baju/ beg - Kedai di Langkawi Parade..

just 2 cent..

Panaskan Enjin kereta anda.. Mitos or realiti

Salam...
Arini aku letakkan rencana menarik sepanjang aku ronda-ronda online...

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman.

Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
__________________

Saturday, March 26, 2011

Tukang buat segala Kabinet dan almari...

Salam..
Arini post kawan berbaur bisnes sikit.... bukan apa, kawan nak mempromosikan biz rakan kawan yang mahir dalam arena pembuatan dan penghasilan perabot..
Kawan pun tempah keseluruhan kabinet dapur dan wardrobe dengan dia...harga berpatutan..malah boleh dibawa berunding lagi asal jadi....Maklumlah orang kita...

sesiapa berminat boleh call Man 019- 9400358 ....


ni banner dia ..ok... beritahu rakan-rakan jika ada yang berminat....Bandingkan harga dahulu sebelum membuat keputusan...Rasanya ini yang terbaik.....

Friday, March 25, 2011

Hasilku untukmu... SPM 2010

salam..
Rasanya belum terlambat kawan mengucapkan tahniah kepada diri sendiri dan kepada semua guru yang terlibat dalam penghasilan rekod baru SPM 2010.. Terbaik dalam tempoh 4 tahun... Tahniah sekali lagi....

Ohh ya.. Mengenai keputusan bebudak kawan.... Alhamdulillah... Sebelum result aritu , risau gak.... Maklumlah ini first base yang ambil akaun dengan kawan.. dah ler kawan mimpi yang kawan ni 100% gagal.. Pagi-pagi bangun muak dah cuak.... Bila bersembang dengan rakan, dia berkata selalunya terbalik...Rupanya memang begitu...
Semua pelajar kawan lulus 100%... malah 6 orang mendapat kepujian.. Cuma agak ralat tiada siapa yang mendapat A... Tak pe lah..janji 100% lulus...GPS 5.63. Ok ler..Target 5.51..lari sikit...

Ini semua memberi semangat baru untuk memecahkan lagi rekod sulung...GPS 5.63... Tahun ini target 5.00 kot... xpe... janji cuba..

Berdebar-ebar meneliti keputusan sendiri

Menunggu giliran masing-masing.

Pegawai-pegawai dari KOlej-kolej swasta menunggu calon untuk mempromosikan kolej masing-masing.


Aiiii... berapalah keputusannya yer......

Calon sedang bergembira dengan keputusan masing-masing.

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM 2010

Salam..

Hari ini Rabu, 23 Mac 2011 mulai jam 10.00, keputusan akan dikelaurkan. Semua calon2 dah ready unutk mengambil result masing-masing. Bebudak sekolah kawan pada jam ini pun tiada siapa yang datang lagi..Pengetua yang pergi pagi-pagi ke PPD untuk ambil result pun belum kelihatan..
Kawan juga menunggu keputusannya. Maklumlah kawan juga mengajar subjek Prinsip Perakaunan.. Calonnya tidak ramai. Hanya 9 orang. Target awal tahun lepas 100%. tetapi rasanya mungkin tidak kot.. Tak tahu ler. Nanti kawan bagi hasilnya ..ok...

Thursday, March 17, 2011

rumah baru Taman Jengka Mahkota

salam semua..


arini terasa nak cerita tentang rumah pula.. Kawan ada beli rumah di Bandar Jengka.. sebenarnya target nak beli di Simpang Jengka 8 tetapi aku tunggu dari 2004 sehingga 2007 ayik tak siap-siap lagi.. Kononnya nak tunggu rumah siap baru nak jual.. Dalam aku tunggu , tetiba ada iklan jualan rumah di Bandar Jengka.. Lokasi target gak.. Aku pon segera la pergi pejabat jualan.. 3 Kali aku p sana..
Memula pergi baru dua tiga orang pergi..ahhhh biar dulu..harga pun agak mahal RM180,000 dan ke atas...Mak ai....mahalnya..ade ker orang Jengka nak beli..
Pergi kali kedua, rumah aku spot dah kena rembat.. Target nak beli cornet lot..Aiseymen..terlepas pulak..so dah decide nak beli..nak balik bincang dengan wife dulu..pastu sibuk dengan sukan sekolah terlupa pasai rumah ni.. Tertiba teringat tentang rumah sebulan selepas tu.. Pergi balik ke pejabat tu.. alamak 70% sudah terjual.. rumah murah-murah (RM180k) tinggal 3 or 4 unit sahaja... Aku terus booking dulu..memula ingat nak booking rumah semiD 2 tingk
Rumah jenis ini pun ada dua jenis.. satu, dapor macam biasa kat belakang tetapi ada 3 bilik dan 3 bilik air... satu lagi dapor di tengah tetapi 3 bilik 2 bilik air... Wife aku minat sesangat dapur kat tengah.. Aku on jer.. Kami pon terus booking rumah itu dengan harga RM185,000...
Selepas itu, aku proses loan kerajaan.. Byr duit setem dan urus SnP.. Memula nak pinjam cukup-cukupp jer konon nak beli rumah lain.. tetapi bila berborak dengan cikgu-cikgu lama, mereka kata sekali jer buat loan..So, aku pon ambik maksimun RM240,000 plus RM7,000 insuran dengan takaful Nasional. Kira-kira monthly kena bayar RM1307.00 .. mak ai banyak gak tetapi xpe... Duit lebih nanti boleh buat renovate rumah dan bayar lawyer...
Aku sains SnP pada April 2007. Tungu punyer tunggu rupanya rumah aku still tak siap menjelang April 2009.. Terkena dah aku... Tengok projek ada pekerja... Bila ditanya, katanya nak siapkan sekali Fasa 2 Taman ini.. Fasa kedua rumah yang sama macam aku , harga meningkat ke RM210,000.. itu tak siap lagi dah naik harga...
Xpe tunggu lagi... Bila tengok di site rumah dah siap, apasai diorang tak panggil ambil kunci lagi.. rupanya ada masalah CF.. elektrik tak masuk lagi.Katanya asalnya perancangan taman tu tak nak pakai tiang elektrik..semua sembunyi bawah tanah.. termasuk longkang.. tetapi TNB Pahang memaklumkan di Pahang tidak boleh buat sedemikian..Entah kenapa tak boleh..tak terror kot... Nak tak nak kenalah pacak tiang jugak.. Kes ini berlarutan sehingga akhir 2010Pelbgai tarikh diberikan untuk masuk rumah.. Kami pembeli rumah ternanti bila tarikh yang sebenarnya. Akhir Dec 2010 , ada member menyatakan awal Januari 2011 dah boleh masuk rumah sebab CF dah lulus. Boleh percaya ker ni.. Xpe . tunggu jer ler.. Dalam tu, pemaju Sebang Perdana Sdn. Bhd. hantar surat dalam bahas inggeris.. Entah benda dia tulis..macam suruh detect kerosakan jer..Rumah tak dapt lagi suruh cek rumah rosak ke tidak..heran...
Dalam tunggu punyer tunggu ada pembeli lain sudah dapat kad jemputan untuk majlis penyerahan kunci rumah.. Haaa..horey.. dah dapat rumah...Majlis dibuat hari Sabtu 21 Januari 2011 .aku dapat kad tu hari jumaat 20hb.. ala biarlah janji dapat kunci..
Hari yang ditunggu tiba.. Kebetulan hari itu sekolah aku mengadakan LADAP.. ponteng ler pasai nak ambik kunci.. GPK HEM pon tak pergi pasai nak ambil kunci. ok ler tu...Rupanya pengerusi Sebang adalah ADUN Pulau Tawar, Dato' Shukri.. Aku ingat cina.. Biasalah tu chairman mensti melayu untuk settle kerje..xpe lah.. Perasmi majlis tu adalah YB Dato' Ismai MP Kuala Krau.. Sementar itu, cabutan bertuah juga dibuat...tunggu gak nombor aku kot-kot naik.. Chiss ..member aku menang peti sejuk..rezeki badan...
Selesai majlis perasmian, pergi la makan.. Ingat lepas makan, boleh ler ambil kunci. Pergi tanya mereka kata . Penyerahan kunci start jam 1 petang. Aiseyemen.. lambat lagi baru pukul 11.00 pagi.. Xpe .. borang dulu dengan member. Dalam borak-borak, ada orang serbu ke sorang tu. Aku macam bias ler buat kenal-kenal gak pergi menghimpit tengok apa kes.. rupanya mereka bercerita tentang Tribunal untuk rumah lewat siap.. Memandangkan rumah aku lewat siap 20 bulan kiranya aku ni kategori tu ler... xpe ambil nom tel dulu nanti urus. Arini nak ambil kunci dulu.. Dalam tunggu, kira-kira 12.30 , aku tengok orang dah serbu p ambil kunci.. Aku pon apa lagi serbu ler.. tunggu dalam barisan yang panjang, tetiba ramai orang tak sains ambil kunci.. aik..apa kes.. aku pon bertanya ..rupanya pemaju ni tetapkan syarat nak kunci boleh tetapi kena sain borang pelepasan tuntutan rumah lewat siap.. Kiranya aku dalam kategori tu ku jugak... tunggu ler pulak.. rupanya lebih kurang 50 orang terjejas akibat kes itu.. Tertangguh lagi.. kawan aku contact member peguam dari Temerloh. peguam itu cakap tak payah sain apa-apa. tunggu lah sampai peguam tu sampai.

alamak, nak pergi mesin rumput kat rumah baru tu dulu.. Ok ler nanti aku sambung cerita Rumah ku,..

0





salam semua..
salam semua..

arini terasa nak cerita tentang rumah pula.. Kawan ada beli rumah di Bandar Jengka.. sebenarnya target nak beli di Simpang Jengka 8 tetapi aku tunggu dari 2004 sehingga 200
arini terasa nak cerita tentang rumah pula.. Kawan ada beli rumah di Bandar Jengka.. sebenarnya target nak beli di Simpang Jengka 8 tetapi aku tunggu dari 2004 sehingga 200

Wednesday, March 16, 2011

Salasilah Tun Dr M

Salam.. tetiba jer arini rajin nak upload pelbagai cerita yang kawan rasa perlu dikongsi bersama..
Kawan dah lama heran apasal seorang PM yang dikagumi ramai tidak jela asal usul... Dalam orang baru sibuk nak bincang tentang kemerdekaan, beliau baru tamat dri universiti dan bergelar doktor yang mana nak jadi doktor antara kerja tersusah nak diisi...kosong sesangat...maklumlah belajar susah....berikut



Buku memoir Mahathir menimbulkan perdebatan dan perbincangan hangat dikalangan bloggers mengenai "I am Indian blood but a Malay".

Maka orang kata sebab itu Mahathir suka spin. Mahathir lebih Melayu dari India. Mahathir PM yang lain dari PM-PM yang lain dari latarbelakang keluarga aristokrat Melayu. Mahathir tidak ikut budaya Melayu. Macam-macam orang kata.

Lew Kuan Yew pernah mengadap Almarhum Sultan Johor menyatakan Mahathir semasa belajar di Singapura tulis dalam borang ruangan bangsa sebagai India Muslim!

WZWH tidak faham mengapa Mahathir berasa "inferiority complex". Mahathir berasa beliau tidak ada darah aristokratik Melayu menyebabkan beliau rasa rebellious.

Atau Mahathir sengaja tidak mahu mendedahkan darah aristokrasinya. Atau beliau memang ignorant dengan sejarah keluarganya.

WZWH ingin dedahkan the other side of Mahathir's blood : Why Mahathir concealed?

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-2002) Latar Belakang Tun. Dr. Mahathir Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 oleh Wan Tempawan di sebuah rumah di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalah keturunan Wan Mat Saman, Menteri Besar Kedah yang membina terusan Wan Mat Saman. Beliau adalah anak bongsu kepada Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi dikurniakan sembilan orang anak.

Catatan dalam buku Sejarah Kedah mengesahkan salasilah keturunan Wan adalah cucu-cicit Mahsuri, seri kandi Melayu dari Langkawi yang mati dibunuh angkara fitnah.

Pemangku Yang Dipertua Wan Kedah (Wasilah), Wan Shamsuddin Wan Mohd. Yusof, menjelaskan Wan yang ada di Kedah sekarang memang daripada keturunan anak tunggal Mahsuri, Wan Hakim.

Menurutnya, Mahsuri telah dihukum sula pada tahun 1819 angkara difitnah oleh pemerintah Langkawi ketika itu Datuk Karma Wijaya yang berdendam kerana tidak dapat memperisterikannya. Wanita itu dituduh bermukah dengan seorang pemuda bernama Deramang.

Semasa hukuman dijalankan, petanda yang ditugas menikam telah tertikam buah dada Mahsuri lantas mengalirkan air susunya.

“Pada masa kejadian, Mahsuri baru dua bulan melahirkan Wan Hakim hasil perkongsian hidupnya dengan Wan Derus.

“Oleh kerana itu orang mengatakan Mahsuri keramat, kerana melihat darah yang mengalir berwarna putih. Tapi yang dilihat itu adalah air susunya,” kata Wan Shamsuddin lagi.

Semasa sedang nazak itulah Mahsuri berdoa kepada Allah supaya memberikan petunjuk kepada orang yang memfitnahnya.

“Ya Allah, ya Tuhanku, tunjukkanlah kekuasaan-Mu. Jadikanlah Langkawi ini huru-hara selama tujuh keturunan, disebabkanangkara fitnah mereka,” rintih Mahsuri dalam doanya. Sebaik melafaz dua kalimah syahadah, dia pun menghembuskan nafas akhir.

Selepas kematian Mahsuri, Wan Derus membawa Wan Hakim meninggalkan Langkawi kerana ada khabar mengatakan, kedua-duanya sedang dicari oleh Karma Wijaya. Dari Langkawi, Wan Derus menyusur pantai dan tiba di sebuah perkampungan Melayu di Phuket, Thailand. Dia diterima baik oleh orang-orang pulau itu lalu menetaplah kedua-dua beranak itu di Kampung Kemala.

Wan Hakim kemudian berkahwin dengan gadis kampung tempat dia membesar. Keturunan beliaulah yang berkembang biak sampai sekarang.

Menurut Wan Shamsuddin lagi, antara keturunan Mahsuri di Kedah ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Ibunya Wan Tempawan Wan Hanafi daripada keluarga Wan Su, keturunan Datuk Temenggong Kulut salah seorang cucu-cicit Mahsuri dari Bukit Lada.

“Bagaimanapun Dr. Mahathir tidak memakai gelaran Wan di pangkal nama kerana ibunya Wan Tempawan berkahwin dengan Mohamad Iskandar yang bukan dari kalangan Wan,” katanya.

Begitu juga dengan penderma hati, Wan Mohd. Hafizam. Dia adalah keturunan Mahsuri dari Changloon. Sementara Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah keturunan Mahsuri di Langkawi.

Wan Shamsuddin yang juga merupakan tokoh sejarah Kedah, bangga apabila nama Wan diabadikan di beberapa batang jalan di Kedah. Antaranya, Jalan Pasar Seberang Perak di Alor Setar telah diubah kepada Jalan Wan Mat Saman, mengambil sempena pembina terusan terkenal di Kedah.

Begitu juga pada sebuah bulatan yang dinamakan Teluk Wan Jah. Beliau keturunan Mahsuri dari Pattani yang dihadiahkan oleh Raja Siam kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid.

“Bukan kita nak mendewa-dewakan keturunan Wan tetapi bertujuan untuk mengeratkan dan menghimpun serta menjalin tali silaturrahim serta mengembangkan sejarah.” katanya lagi.

Menurutnya sehingga kini kira-kira 10,000 hingga 15,000 keturunan Wan tinggal berselerak di kampung-kampung dan Bandar seluruh Kedah termasuk negeri bersempadan seperti Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur.

“Keturunan Wan di Perak dan Wan Kedah adalah serumpun dan mempunyai pertalian darah selepas peristiwa Kedah menyerang Perak angkara dipaksa oleh pihak Siam,” katanya.

Apabila sampai di Kuala Kangsar pertempuran sengit meletus. Perak berjaya ditakluk oleh Kedah. Bagaimanapun akhirnya Kedah dan Perak berdamai selepas begitu ramai askar Kedah jatuh hati dengan gadis-gadis Perak.

“Maka lahirlah keturunan Wan di Perak. Jadi Wan di Perak memang mempunyai pertalian rapat dengan Wan di Kedah,” katanya.

Bagaimanapun menurut Wan Shamsuddin, keturunan Wan Di Kedah tiada kaitan dengan Wan di Kelantan. Ini kerana keturunan Wan di Kelantan adalah golongan bangsawan atau keturunan diraja yang memerintah negeri itu. Ia bukan dari keturunan Mahsuri,” katanya.

Wan Shamsuddin juga menyatakan, Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah sekarang, merupakan sultan ketujuh yang memerintah. Begitu juga keturunan Mahsuri sudah sampai kepada tujuh keturunan.

“Sumpahan Mahsuri telah berakhir. Tetapi, keturunan sebelah Datuk Karma Jaya, yang menjatuhkan hukuman ke atas Mahsuri sudah pupus dan tidak diketahui lagi waris-warisnya,” kata Wan Shamsuddin.

Beliau juga mengatakan hingga ke hari ini dia belum dapat mengetahui siapa sebenarnya Datuk Karma Jaya yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan Mahsuri.

“Sesiapa jua yang memerintah Langkawi zaman itu diberikan gelaran Datuk Karma Jaya,” katanya.

Sebab itulah sehingga hari ini Persatuan Sejarah Kedah meminta kerajaan Kedah memansuhkan gelaran itu.

“Nama itu tidak patut dikekalkan. Sejarah telah membuktikan angkara orang yang memakai gelaran itulah yang menghuru-harakan negeri Kedah,” kata Wan Shamsuddin lagi.


Ni kawan ambil dari wan zamzuri punyer blog...

Saman Ekor

salam...
lama tidak menulis di blog sendiri... Aritu bila tahu blog mula penghasilkan duit, semangat sikit.. tetapi bila sibuk ke kerja-kerja seharian.. termati pula hasrat.. Tambahan internet kurang memuaskan... sekarang mudah melanggan maxis broadband...walaupun agak mahal tetapi berbaloi berbanding celcom yang still line GPRS...

Berbalik kepad tajuk hari ini, sebenarnya ini adalah komen di sebuah blog politik tempatan... Kawan sudah lama nak menulis tentang perkara ini tetapi kesempatan tiada....

TENTANG SAMAN EKOR KERANA TAKUT UNDI LARI...

Kalau sebab takut hilang undi kepada BN samapai sanggup tentang saman ekor ni, bagi kawan tidak molek lah..
Sepatutnya kita bersama-sama menyeru agar tujuan kerajaan itu diikuti. Antara kes terbesar saman ekor adalah bawa laju melebihi had laju.. Semua akui rakyat Malaysia bila bawa kereta terasa nak tekan je minyak tu...
Apa yang patut kita tentang atau lebih elok lagi bagi cadangan agar saman ekor itu diperhalusi lagi pelaksanaannya.. Malaysia ni terkenal perancangan kelas A tetapi pelaksanaan dan maintain kelas C,D...
Kawan pun kena saman, memang marah kena keluar duit nak bayar saman tetapi redha kerana akui memang kawan yang bawa laju... Nak buat macam mana orang larang kita degil, kan dah kena..
Kawan rasa begitu juga rakyat Malaysia yang lain, Bukan senang nak keluarkan duit yang dicari bersusah payah tetiba untuk dihabiskan membayar saman.. Tetapi salah tetap salah, dah langgar kenalah denda...

Cuma dari segi pelaksanaan saman ekor itu belum memuaskan hati rakyat Malaysia.. Sebagai contohnya, Saman entah bila tahun.. Selama ini tidak pernah dapat saman pun, tetiba bila check nak ada saman pelbagai, dekat 5 or 6 tahun lepas.. itu yang orang angin pula..Tambahan pula, tidak membayar akan di senaraihitamkan dan menyebabkan tidak boleh menghidupkan roadtax dan lesen..

Cadangan,
1. Kerajaan kena memastikan setiap saman sampai ke tuan dia dalam tempoh selewatnya 2 bulan dari tarikh kena saman. Asyik bertukar alamat or alamat tidak diketahui?.. OO itu senang saja, mesti mereka bekerja or buat loan bank..xpun mesti mereka hidupkan roadtax kereta or renew lesen, wajib update alamat dan profail diri terkini,.. Updated alamat boleh diperolehi di situ..
2. Setiap saman, jika tidak berpuashati boleh dikemukakan atau dirayu di semua balai trafik beserta bukti yang kukuh..
3. Kaedah diskaun yang digunakan sekarang boleh diteruskan..Bayar lebih awal, lebih murah (Bukti kejayaan AirAsia)... Ni tidak lagi lambat bayar siap tangguh-tangguh, lama-lama dapatlah diskaun.. Nasib baik sekarang roadtax x boleh hidup, kalau tidak alamatnya ramai x bayar lagi...
4. Sambil tu, duit saman ni jangan digunakan untuk urusan lain pula.. Gunakan untuk hal ehwal kenderaan la.. contoh turunkan harga roadtax ker, peruntukan baiki jalan ker(asyik berlubang jer), banyakkan lampu jalan ker... Saman berbilion ringgit, tetapi x tahu ke mana duit itu pergi.. Laporan Audit berkenaan Hasil Duit Saman, apa cerita yer?..
5. Sebenarnya ada lagi tetapi terlupa pulak... nanti kawan tulis pula jika isu ini masih berleluasa...