Saturday, April 30, 2011

Tanda-tanda Anda Sakit...

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius..



5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan..
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT : Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang..

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.


b. MUNTAH DARAH

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .. Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR :Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar..

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus..
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan..

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

credit to sihat dan cergas

Tolak Settle luar....

Salam.
Kawan baru semalam pergi ke Kuantan setelah selesai solat Jumaat. Tujuannya adalah untuk berjumpa dengan pengurusan Sebang Perdana SB bagi membincangkan untuk menyelesaikan tuntutan kawan terhadap Denda Serahan Lewat Siap bagi rumah baru kawan.
Seperti dijangka, pihak pengurusan syarikat itu cuba menawarkan hanya 60% dari total amount yang dituntut. Kawan cuba untuk merundingkan supaya sekurang-kurangnya dapat 70% atau lebih sehingga 80% seperti GPK sekolah kawan.
Kawan terpaksa menolak offer yang dikemukakan kerana bagi kawan, tawaran yang dikemukakan itu tidak berbaloi dengan apa yang dilakukan oleh syarikat itu.
Xpe lah. Kami akan berjumpa di tribunal untuk menentukan nasib masing-masing. Bagi kawan, mesti menang punya kerana kalau tak menang apasai syarikat tu offer settle luar kat luar. Tunggu hang ka mahkamah nanti...
So, selepas itu kawan bersama keluarga kawan pergilah berjalan-jalan di Kuantan. Memandangkan dah nak petang, kawan pun pergilah ke ECM (East Coast Mall). X beli apa-apa. Just nak berjalan.


Tengah makan di Chicken Rice Shop. Anak kawan nak makan nasi.


Pose menghadap kamera hp.


Dalam troli selepas shopping sikit di Carefour


Bergaya lagi di atas escolator.....

Ru

Tuesday, April 26, 2011

Majlis Penyampaian Hadiah Sukan SMK Jengka 21 tahun 2011

Salam...
ini sambungan cerita post lepas... Setelah sukan habis hari jumaat, acara penyampaian hadiah pula diadakan pada hari isnin berikutnya.
Upacara ini diadakan sempena majlis perhimpunan mingguan. MC adalah SU Sukan yang cemerlang yang kebetulan hari isnin tu sibuk menguruskan pasukan bola sepak bawah 18 tahun bertanding ke peringkat daerah Maran yang akan diadakan di SMK TAA, Chenor.
Kemeriahannya agak kurang. Bukan apa. Lari dan menang minggu lepas. HAdiah x dapat lagi. Bagi minggu ini. Semasa terima hadiah pakai baju sekolah pula. Aduh..X best langsung. Disebut pula rumah sukan yang menang. PAdahal pelajar duduk dalam kelas masing-masing. Xpe. Xde hal punya. Janji jalan.
Secara keseluruhannya, RUmah biru telah berjaya memenangi johan keseluruhan dengan 10 emas, 8 perak dan 12 gangsa. ok ler....

ok. mai tengok sedikit gambar.


SU Sukan sedang membuat persediaan untuk pemenang seterusnya.


Bebudak lain menunggu acara penyampaian hadiah habis. Dah X menang, tunggu je lah.


Guru-guru lain menyaksiakan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.


Pemenang sedang menerima pingat masing-masing..

Monday, April 25, 2011

Kejohanan Sukan Sekolah SMK Jengka 21 tahun 2011

salam..
Baru-baru ini iaitu pada 21 dan 22 April 2011, sekolah kawan telah mengadakan kejohanan tahunan untuk olahraga. Ia diadakan setelah 4 kali tertunda akibat pelbagai ragam dan karenah yang timbul.. Pelik. Perancangan boleh tukar hanya mendengar pendapat beberapa orang sahaja. Xpelah. Janji jalan. Yang baiknya kejohanan berjalan lancar disebalik kekalutan berlaku. Ambil iktibar.
Memandangkan tahun ini jangka hayat sukan hanya 2 hari maka banyak acara ditiadakan. Hanya 6 acara sahaja dipertandingkan iaitu:-

1. 100 meter
2. 200 meter
3. 400 meter
4. 4 x 100 meter
5. Lontar peluru
6. Lompat jauh

Semua acara ini dipertandingkan kepada 6 kategori iaitu lelaki bawah 13 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Perempuan pula juga bawah 13 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.
Kawan diberi tugas selaku hakim bagi acara lompat jauh. Hentam sajlah. Mana pandai.. Ala guru serba boleh.. Sukan kali ini seramai 5 orang guru sukan tiada memandangkan serentak dengankejohan Olahraga MSS Pahang.
Pada hari pertamanya, kejohanan agak kelam kabut untuk memulakan. SU Sukan bertungkus lumus untuk memastikan acara pertama berjalan. Banyak benda tidak tersedia lagi.. Acara pertama bermula jam 9.00 pagi.. Selepas itu, acara berjalan lancar bahkan tamat awal dari jangkaan iaitu sekitar jam 1.00 petang..Kawan berjaya menghabiskan 4 kategori acara lompat jauh.

KEesokkan harinya, kejohanan bermula dengan semua acara akhir. Seperti biasa ia bermula agak lambat untuk persediaan teknikal padang. Akhirnya kesemua acar tamat jam 11.00 pagi.. Pada mulanya kawan ingat selepas selesai semua barulah acara penyampaian hadiah..Rupanya hadiah tidak siap lagi.. Terpaksa ditunda ke minggu depan..Ini pun satu lagi pelik.. Ada ker..lepas seronok berlari dan menang..hadiah tiada lagi...Aduhaiiii........macam mana nak buat..on jerlah...

Bagi kawan, itu satu pengajaran yang berguna. Apa yang dirancang tidak semestinya dibuat dan apa yang dibuat tidak semestinya orang akan ikut.. Kadangkala kita perku ikut rentak orang dan kadangkala juga kita perlu pentingkan diri sendiri.. Cuma bila dan keadaan menentukannya...

Pemenang sedang melintasi garisan akhir dengan gembira.


Kelihatan para guru sibuk menjalankan tugas masing-masing.


Tempat kawan bertugas. Peserta sedang bertanding.

Monday, April 18, 2011

Bola Baling teruskan momentum kecemerlangan!



Salam...
Dalam seminggu lepas kawan agak sibuk dengan sukan sekolah. Kawan telah terlibat secara langsung dengan kejohanan bola baling peringkat Daerah Maran tahun 2011. Kejohanan ini telah berlangsung di SMK Kampung Awah bermula 13 April sehingga 15 April 2011.
Kawan seperti biasa menghantar dua team lelaki dan perempuan untuk menyertai kejohanan ini. Pada mulanya kawan keberatan nak hantar malahan sudah memaklumkan kepada pentadbiran dan para pelajar hasrat kawan tidak menghantar pasukan pada tahun ini.
Tapi seperti biasa, di saat-saat akhir setelah didesak dan dirayu oleh para pelajar dan minta pandangan beberapa guru lain, akhirnya kawan hantar juga team. Dengan hanya sempat berlatih hanya seminggu sahaja, banyak kebimbangan terbenak difikiran kawan. Kena belasah ke tahun ni..Tahun lepas team lelaki layak ke peringkat separuh akhir kalah dengan SMK Jengka 18.. Tahun ni, tgk undian nampaknya, seolah kawan diundi dengan 4 sekolah yang lain... Aiiii.. dalam xde2 duit pon ramai yang menyertainya...xpelah.. hemtam sajalah...
Berbekalkan 3 pemain daerah tahun lepas, kawan pon memulakan pencarian, bakat2 baru.. Akhirnya ada ramai muka baru kawan ambik. 2 pelajar tingkatan 5 untuk perkuatkan pasukan sementara 7 lagi pelajar rekrut pelajar menengah rendah untuk skuad pelapis...
Berbalik kepada team perempuan pula... tahun lepas sekolah kawan layak ke peringkat separuh akhir juga. ok ler tu... tetapi bila tengok tahun ini..Aiseymen.... macam nak kena belasah jer..Hanya berharap kepada seorang pemain daerah jer...yang lain tu..melengkapkan team jer... ramai baru pertama kali pegang bola baling. ..

Tiba hari kejohanan dengan bantuan 6 kereta guru yang lain, kami tiba agak lewat memandangkan perlawanan pertama adalah jam 11.00 pagi... Kawan yang turut terlibat sebagai pengadil dah datang awal sikit... Bila menyaksikan perlawanan pasukan lawan lain, hati mula gembira. Ada can nak masuk ke peringkat separuh akhir... Tengok pasukan perempuan lawan pula...ni bahaya ni...tapi peluang tetap ada... corak permainan boleh dibaca...
Berikut adalah keputusan penuh:

Team Lelaki:
Peringkat kumpulan :
1. Lawan SMT Chenor - menang 6-0
2. Lawan SMK Kg Awah - menang 5-1
3. Lawan SMA Almahmudi - menang 7-2
4. Lawan SMK Jengka 12 - kalah 1-4 ( agak pelik gak kalah, ramai kata kawan jual perlawanan..mcm2)
------
Peringkat Separuh akhir :
Lawan SMK Jengka 18 - menang 6-4 -(menang tipis...x form ..
-----
Peringkat Akhir :
Lawan SMK TAA Chenor - kalah 1-6 (jadilah naib johan..x form langsung..x dengar kata)
----------------------------------------------------------------------


Kronologi pasukan perempuan pula agak luar biasa.. Kawan hanya berharap tipis agar dapat mara ke suku akhir saja berdasrkan performance semasa latihan.

Keputusan :
Peringkat kumpulan:
1. Lawan SMK Maran 2 - seri 3-3
2. Lawan SMK JP 2 - Menang 3-0
----
Peringkat Suku Akhir
Lawan SMK TAA Chenor - seri 3-3 ( menang penalti 2-1)
---------
Peringkat Separuh Akhir :
Lawan SMK Jengka 12 - kalah 8-3
---------
Peringkat 3/4 :
Lawan SMK Jengka 6 - kalah 11-1 (key playar patah tangan..degil nak main padahal x bagi main)


Apapun, secara keseluruhannya sekolah kawan masih mengekalkan pengaruhnya dalam sukan bola baling
di peringkat daerah. Tahun ini tahun ke lima sekolah ini aktif kembali dalam sukan bola baling dan berjaya mencuri tumpuan sekolah-sekolah lain...TAHNIAH SEMUA TERLIBAT>>>>
---

Wednesday, April 13, 2011

Ubahsuai dalaman rumah baru

Salam..
Sekarang rumah baru aku ni tengah ditambah dengan ukiran tepi siling kapur. Aku menggunakan khidmat buruh Indonesia. Ingatkan upah boleh ler murah..Harga boleh tahan tinggi. Dekat nak sama pakai kontraktor tempatan. Kalau aku tahu aritu, baik pakai orang kita… xpe. Pengajaran….
Sekarang, rumah aku sedang menungu order siap. Firstly Grill… Dah dekat 3 bulan tunggu, x siap-siap. Padahal deposit RM1k dah bayar seawall bulan Feb aritu.. Nak batal, karang kena tunggu orang lain jugak..Serupa… Ini kes nak guna orang kita..Member aku pakai cina, cepatlah siap…X sampai sebulan , kerja beres…
Order Kedua, Kabinet dapur.. ni dalam jangkaan hujung bulan April 2011 ni siap lah.. Aku target, siap grill ngam2 boleh pasang cabinet… Pasai cabinet ini, ni antara benda aku tempah dan beli paling mahal.. Budget RM20,000.. Dulu x termimpi pun akan renovate dapur ni..Habis kuat pun angan nak reonovate rumah untuk tambah bilik jer……xpelah.. Dapat lebihan loan, settle semua duit..
Yang ketiga pula, wiring lampu.. Ni xde masalah apa-apa.. Cuma kawan jer lambatkan pemasangan. Cadang nak tunggu sampai grill siap baru nak install lampu…. Tengok lah nanti…..
Secara keseluruhannya, kawan masih ternanti-nanti bila pusingan pening kepala akan bermula. Katakan rumah semua siap mei 2011 ni. Maka mesti nak guna…cadangan asal nak duduk petang-petang dan hujung minggu saje… Tapi kawan rasa macam tak praktikal saja…Mana tak, aci weekend mesti balik kampong.
So, plan baru berpindah ke rumah baru lah… tapi wujud masalah lain pulak..elok2 tinggal rumah hanya 2 minit nak motor ke sekolah..Kena naik kereta tempuhi jalan selama 30 mint pergi dan 30 minit balik… itu antara persoala yang bermain di kepala kawn bila sampai masanya kelak…
X tau lah…….. sekarang ni, paling penting siapkan rumah dulu. Relax…..

Monday, April 11, 2011

Softball SMK Jengka 21 tahun 2011


Baru-baru ini, kawan diajak untuk menghantar pasukan softball sekolah kawan ke kejohanan Softball MSSM Derah bagi tahun 2011. Kawan ok aje kalau bab sukan ini. Minat bersukan dangan konsep asas bersukan menyihatkan tubuh badan. Sekolah kawan baru pertama kali menyertai pertandingan peringkat daerah. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang masih tiada sukan untuk sama-sam mengambil bahagian untuk mengharumkan nama sekolah.
Target penyertaan kali pertama hanya sekadar menimba ilmu memandangkan semua pelajar dan guru tidak pernah melibatkan diri dengan sukan softball ini. Jurulatih En. Jais dan En Jamaludin bertungkus lumus mengadakan latihan dan 2 kali sesi klinik permainan untuk mendalami cara pertandingan. Tambahan pula lawan sekolah lain rata-rata sudah berpengalaman menyertai pertandingan ini. Xpelah; kata GPK kawan. Belasah pun belasah lah.. Tahun belajar.
Tiba hari pertandingan. Suasana meriah. sebanyak 5 pasukan menyertainya. Mulanya bertemu dengan SMK Jengka 16.. Walaupun baru pertama menyertainya, kawan diberitahu bahawa kebanyakan player Jengka 16 adalah bekas pemain daerah semasa sekolah rendah..Aiseymen.. nak kena dah.. xpe.main saja.. KEPUTUSAN : Menang dengan run 10 berbalas 8..Horey..........X sangka menang....
Selepas itu bertemu dengan SMK Jengka 6.. Pengerusi Teknik mengajar di sini..Rupanya kroni kawan..beres.... xpe..cuba dulu.minta kalah jangan besar sangat..KEPUTUSAN : menang lagi 21-0 ..
Yip-YIp horeyyyyyyyyyyyyyyyyyy.....menang tanpa balas.. Keadaan kejohanan menjadi kecoh. sekolah baru belasah finalis tahun lepas...
Secara automatik layak ke pusingan separuh akhir... Bila diundi bertemu sekali lagi dengan SMK Jengka 6.. Agak pelik cara pengundian.. hentam saja.... KEPUTUSAN : menang dengan kena 5 run sahaja.. Softball ini menang dia tengok berapa kena run..makin sikit, makin terror....

So, masuklah final.. kami akan bertemu dengan penyandang kejohanan, SMT Chenor .. johan 4 tahun berturut-turut... Mereka mengalahkan SMK Jengka 16 dengan 6 berbalas 4.. Agak sengit...
Permainan akhir dimulakan.. Kami start sebagai pemadang(tukang jaga padang)...KEPUTUSAN : seperti dijangka dibelasah 19-0.. Picer mereka terlalu handal.. pemukul tidak dapat memukul langsung. Ganazzzzzzzzzzzz. ...Bila diselidik, rupanya picer (tukang baling bola untuk dipukul) adaah bekas pemain softball Terengganu..Patutlah terror sangat....Dah ler tingkatan 4 baru..macam nak kena belasah lagi tahun depan nampak.

Xpelah.. Dapatlah status NAIB JOHAN untuk kejohanan pertama kali menyertai.. GPK kawan terlalu gembira sampai habis duit belanja bebudak (dan guru) makan KFC....
Seramai 4 pelajar telah terpilih ke kejohanan Softball peringkat Negeri yang akan diadakan di Temerloh.. semoga berjaya..................