Wednesday, May 18, 2011

Insentif sempena Hari Guru 2011

Salam..
Sudah dua hari negara kita menyambut hari guru di seluruh negara. Sambutan peringkat kebangsaan tahun ini diadakan di Kuching, Serawak. Tahun ini kawan merasa bangga kerana bekas guru kawan, Pn Hamidah Wok Awang telah dianugerahkan Tokoh Guru peringkat Kebangsaan. Walaupun beliau sekarang ini lumpuh akibat kemalangan, tetapi iltizam beliau memajukan pendidikan negara terserlah menerusi penghasilan beberapa buku dan rencana berkenaan dunia pendidika. Tahniah diucapkan.

Berbalik kepada sambutan hari guru, beberapa hari sebelum itu ada khabar angin mengatakan bahawa tahun ini akan ada sesuatu yang menggenbirakan para guru sekalian. Apa lagi tersenyum ler cikgu-cikgu. Ada yang berkata kenaikan gaji 5%, ada yang kata tambahan elaun khas Guru 10% dan pelbagai lagi yang mana kesemuanya menjurus kenaikan pendapatan bagi disesuaikan dengan beban dan tanggungjawab kerja guru sekarang..

Bila tiba masanya, menerusi video perutusan khas daripada DS Najib mengumumkan bahawa hanyalah penambahan kepada 5 laluan baru kerjaya guru bertambah sekarang hanyalah 2 sahaja. Tambahan itu, juga diumumkan kenaikan gred bagi pemegang jawatan pengetua dari DG48 ke DG52 sementara para GPK dari DG44 ke DG48.. Adalah dijangkakan kesemua mereka akan mendapat kenaikan gaji sekitar RM400 ke RM700 setiap bulan. Adalah dijangkakan hampir 8,000 orang akan terlibat dengan kenaikan ini..
Turut diumumkan GB SK sekolah kluster akan dinaikkan ke DG34..

Selepas itu, kawan banyak menerima respond berkenaan insentif itu.. Antaranya ;-

1.Yer betul guru gembira tetapi hanya 5 % sahaja yang 95% tidak gembira sebab tak dapat apa-apa.
2. Ai...Semua sekolah menengah jer, kot kami mengajar sek ren x berbakti kot....
3. Elok lah, yang dapat bos2 sekolah sahaja.. yang menyuruh kami buat kerja, yang untuk mereka dapat kenaikan gred..
4. Mana insentif tahun lepas untuk guru berkelulusan PhD masih belum ada apa-apa, belum lagi guru berkelulusan Master.
5. kami geng DG29 ke DG41, asyik terlepas sahaja.. Tolonglah kami, dahlah belajar duit sendiri sekarang dah ketinggalan berbanding dengan geng tak sambung belajar yang gaji lebih tinggi dari kami.pp
6. Ai.. Cikgu kat sekolah sahaj ker..Kami di PKG, PPD, JPN dan KPM x dapat apa-apa ker.. Dah ler claim kena potong, asyik keluar out station tinggal anak bini, gaji serupa dengan cikgu di sekolah... macam mana ni..
7.Kami guru yang posting DG41 di sek ren macam biasa diabaikan, bos kami gred DG34 aduhai, Malaysia jer bos gred rendah pada anak buah..kot kami x boleh diberi peluang kenaikan pangkat memegang jawatan GPK or GB

No comments: