Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Salam..

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..

Itu tema hari guru untuk tahun ini.. Bila baca macam canggih. Tapi keadaan sama setiap tahun sahaja. Guru masih menceritakan benda-benda sama seperti masalah disiplin yang semakin meningkat, beban tanggungjawab guru sedia ada yang tengah dikaji sejak 2008.

Kawan adalah seorang guru. Guru yang biasa-biasa sahaja. Sudah menghampiri zon time based. Tahun depan isi borang macam guru-guru yang lain..
Ramai dan member baik kawan selalu bertanya apa faktor yang menyebabkan kawan menjadi seorang guru..
Kawan menjawab dengan senang hati....Dengan menjadi guru, kawan dapat buat apa yang kawan yang nak buat. Kawan boleh mengajar sesorang, mendidik seseorang ke arah masa depan yan lebih baik. Kawan juga boleh menunjukkan bakat terpendam dalam aspek kejurulatihan sukan dan aktiviti sosial sukarela.. Kawan juga dapat gaji setaraf kelulusan akedemik dan kerja pula dekat dengan rumah ayah kawan..
Yang paling ringkas jawapan kawan kenapa nak jadi guru ialah kerana kawan nak jadi cikgu. Jawapan sama sewaktu ditemuduga memohon KPLI dan semasa memohon lantikan tetap oleh SPP.

Apapun, Selamat Hari Guru kepada semua .....

1 comment:

adrianiamri said...

selamat hair guru untuk mu...cikgu am...