Thursday, June 13, 2013

Realisasikan Impian - Satu Panduan Berguna

Salam.

Hari ini kawan menulis post hasilan blogwalking dulu. Kawan masih tiada lagi idea apa nak tulis. (sebenarnya maleh lagi). Baca ler bersama ok...



Tips Pertama
Libatkan seluruh ahli keluarga
Ketika menentukan matlamat kewatulngan, paling baik kalau dapat melibatkan seluruh ahli keluarga. Cadangan, komitmen dan sokongan mereka amat penting dalam mencapai matlamat anda.

Tips Ke-2
Buat matlamat yang S.M.A.R.T.
Matlamat mestilah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan ada tempoh tertentu (specific, measurable, attainable, relevant, time related – SMART). Salah satu contoh matlamat SMART ialah "Saya mahu menjelaskan hutang kad kredit saya menjelang Januari 2005 dengan bayaran bulanan sebanyak RM150".

Tips Ke-3
Senaraikan keutamaan matlamat anda
Senaraikan matlamat anda mengikut keutamaan di segi kepentingan atau tempoh masa dan letakkan senarai itu di tempat yang mudah dilihat setiap hari bagi membantu anda sentiasa ingat dan memberi tumpuan terhadap mencapai matlamat tersebut.

Tips Ke-4
Perancangan dan tindakan
Tentukan langkah khusus yang perlu diambil dan dilaksanakan. Misalannya, jika anda merancang untuk meningkatkan tabungan bulanan anda sebanyak RM100 atau hendak membawa bekal ke tempat kerja, pastikan anda melakukannya.
Tips Ke-5
Pantau perkembangan anda
Pantau perkembangan sendiri secara kerap bagi memastikan yang anda berada pada haluan yang betul. Berikan ruang untuk pengubahsuaian atau perubahan (jika perlu) dalam perancangan anda.

Tips Ke-6
Tabah
Buat takrif semula matlamat kewangan atau perancangan anda sekiranya perancangan asal tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki. Jangan sekali-kali berputus asa.
Gunakan "Lembaran penentu matlamat kewangan" ini sebagai langkah awal
Matlamat jangka pendek (bagi tempoh setahun)
Matlamat kewangan Tarikh sasaran Anggaran kos (RM) Jumlah disimpan (RM) Bagaimana untuk memperoleh (jumlah bulanan, pekerjaan sampingan dsb.)




Matlamat jangka sederhana (bagi tempoh 1 hingga 3 tahun)
Matlamat kewangan
Tarikh sasaran
Anggaran kos (RM)
Jumlah disimpan (RM)
Bagaimana untuk memperoleh (jumlah bulanan, pekerjaan sampingan dsb.)




Matlamat jangka panjang (bagi tempoh 3 hingga 5 tahun)
Matlamat kewangan
Tarikh sasaran
Anggaran kos (RM)
Jumlah disimpan (RM)
Bagaimana untuk memperoleh (jumlah bulanan, pekerjaan sampingan dsb.)


Jadikan hobi sebagai perniagaan yang menguntungkan

Jika anda mempunyai hobi yang anda benar-benar bagus dalam melakukannya, anda mungkin boleh menggunakan hobi itu sebagai punca pendapatan. Pelajari tentang asas kewangan dan perniagaan di rumah, supaya anda tidak melakukan kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan amatur dan kehilangan modal yang dilaburkan dalam perniagaan itu. Jika semuanya berjalan dengan baik, hobi anda boleh bertukar menjadi perniagaan yang berjaya.

Bina kemahiran yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang
Jika anda tidak mempunyai hobi yang boleh dijadikan duit, berusahalah untuk mendapatkan kemahiran yang perlu, yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang. Jika anda tidak tahu apa kemahiran yang anda ada, cari sesuatu yang anda minati dan bina kemahiran dalam bidang itu. Sebuah majalah pernah menyiarkan satu artikel yang menyatakan bahawa perniagaan yag berjaya lazimnya berasaskan perkhidmatan, misalnya penyediaan makanan, rawatan muka di rumah, mencuci rumah, menjahit, kerja tangan dan banyak lagi.
Cari peluang di sekeliling anda

Perhatikan di sekeliling anda dan cari jenis perkhidmatan yang boleh disediakan untuk kawan-kawan, jiran-jiran atau saudara mara dengan bayaran yang berpatutan. Misalnya, menjaga anak kawan-kawan, membersihkan halaman jiran, memberikan tiusyen atau menjaga haiwan kesayangan kawan-kawan atau saudara mara. Semua perkhidmatan ini boleh dijadikan pendapatan sampingan dan boleh dilakukan di rumah sendiri.
Kitar semula dan dapat wang
Jika anda tidak mempunyai kemahiran atau hobi yang boleh dikomersialkan atau boleh menghasilkan pendapatan sampingan, satu lagi yang boleh dilakukan untuk mendapat wang ialah menjual barang-barang yang boleh dikitarkan semula seperti surat khabar, majalah, botol plastik, tin makanan atau tin aluminium kepada pusat kitar semula. Contohnya, pusat kitar semula biasanya membayar 16 sen untuk 1 kg surat khabar lama. Jika anda boleh menjual surat khabar lama seberat 100 kg (yang boleh anda kutip daripada jiran-jiran dan kawan-kawan) anda mendapat RM16. Walaupun tidak seberapa, tetap merupakan pendapatan sampingan bagi anda.

Dengan cara ini, anda dapat duit daripada barang-barang yang hendak dibuang. Malah, dengan mengumpulkan barangan kitar semula daripada jiran-jiran dan rakan-rakan, anda membantu mereka membuang semua barangan yang tidak diperlukan di rumah mereka. Sekarang ini, tidak ramai yang ada masa untuk menghantar sampah mereka ke pusat kitar semula. Jadi, dengan menawarkan perkhidmatan ini, anda bukan sahaja membantu memelihara alam sekitar dengan mengitar semula sumber-sumber alam semula jadi tetapi juga mendapat duit.

Bina satu rangkaian kerja
Beramah mesra dengan rakan-rakan lain dan bentuk satu kumpulan yang boleh memberikan sokongan moral, persahabatan, peluang-peluang perniagaan, serta pusat sumber bagi individu untuk bertukar-tukar idea dan maklumat, mendapatkan nasihat pelaburan dan strategi pemasaran.

No comments: