Thursday, December 13, 2007

Cari CD..

Hari weekend yang lalu, selepas p wedding kekawan member aku, kami berdua terus p ke Low Yat Plaza . Aku bercadang nak beli Ext. Hard Disk(budget lebih kurang RM200) disamping tu, aku nak cari beberapa DVD movie dan Software CD. Setelah aku membeli ext HD 80 GB berharga RM185, aku pun cari la cd tu. Aik ! x jumpa puas naik tangga turun tangga. Tempat yang aku beli dulu dah jadi kedai lain. Tu yang confius. Dekat2 dua jam gak aku cari. X jumpa . Rasa kecewa pulak. Dulu sebut saja nak cd apa semua ada, sekarang mana aku nak cari.Nak beli ori banyak duit. Tension betul. Aku balik umah dengan x puas hati.
Dari satu sudut positif, ini menunjukkan kerajaan buat kerja yang sepatutnya. CD pirate ni dah xde. Secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi Negara melalui pengenaan duti. Tapi orang2 macam aku ni, tensen la x dapat barang murah dah. Nak beli ori, mana mampu beb. Satu software dekat RM200 . bankrap .Nampak nye terpaksa la aku downloand internet je.. maleh betoi. Macam mane nak buat….

No comments: