Monday, April 22, 2013

Hari Ke-2 PDMJ8 : Kemaskini Bilik Gerakan & Taman Gelanggi Perdana.

Salam.

Kawan teruskan updated untuk hari kedua sempena PRU ke-13.

Pihak bilik gerakan sibuk mengemaskini bilik gerakan agar boleh berfungsi sepenuhnya menjelang isnin. Ini memandangkan gerak kerja seara amnya akan bermula . Walaubagaimanapon, gerak gempur sudah bermula sebelum penamaan calon lagi. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat..

Antara tugas yang dijalankan , menyiapkan dan menyusun organisasi dan kelengkapan bilik gerakan. Tugas-tugas ini digerakkan dan disepadukan dengan kerjasama semua unit termasuklah wanita, Pemuda , puteri dan tentu sekali cawangan. Memandangkan bilik gerakan kali ini digerakkan oleh dua cawangan, maka bertambah padu kerja yang dijalankan. Kawan melihat aturcara kerja semakin lancar.


Berbalik kepada isu hari kedua ini. Ada beberapa orang pembeli kawasan perumahan Taman Gelanggi Perdana yang terletak di Simpang Luar Jengka 8 daang menemui kawan untuk mengadu masalah mereka. Buat makluman, projek taman Gelanggi Perdana sudah melebihi tempoh siap sekitar 16 bulan. Keadaan ini merisaukan banyak pihak terutamanya para pembeli. Mereka sudahlah membayar sewa rumah sekarang malah gaji pula dipotong ansuran rumah baru. Sudah gaji tidak seberapa, potongan pula berganda. Dalam keadaan ekonomi sekarang, seikit sebanyak mereka terasa beban itu.

Mereka sudah menemui Calon DUN Pulau Tawar, Utz Yohanis Ahmad. Malah perjumpaan itu ada dilaporkan di sebuah blog agak terkemuka negeri Pahang ni.. Secara tidak langsung, imej BN selaku pembela rakyat agak tercemar.

Difahamkan projek perumahan Taman Gelanggi Perdana ini diusahakan oleh Sebang Perdana Sdn Berhad yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Calon BN UN Pulau Tawar, Dato' Dr. Shukri Ismail.. Mlaah sudah ada banner yang direntang di simpang Jengka 8. Harap pihak berkenaan dapat menyimpulkan perkara ini.


Bantahan para pembeli...



Projek yang dijalankan .. Fasa 2..


Projek yang sudah siap rumahnya. Cuma menungg infra asas sahaja...


Sasaran ADUN dan Ahli Parlimen untuk menjadikan Simpang Luar Jengka 8 sebagai platform utama pembentukan Bandar Satelit nampaknya terbantut atas kes berkenaan. Itu belum termasuk senarai penunggu untuk rumah kos rendah. Makin panas hati.. Isunya kecil tetapi penerangan pihak berkenaan mengenai isu ini tiada yang memuaskan..

Gunakan isu ini untuk mematikan langkah lawan. Siapa cepat, dia yang gembira..


Ok dahulu buat hari ke-2. Diharapkan apa yang ditulis di sini dapat diselesaikan demi manafaat semua pihak...




No comments: