Salam.
Sekarang ni, kawan agak sibuk sehingga kurang berkesempatan untuk updated aktiviti harian. Maklumlah kawan duduk di luar, selepas kerja terus ke Jengka 8 bersama-sama menyertai aktiviti yang dirancang.
Dalam dua hari ini, banyak juga program yang berjalan. Wanita dengan program Jalinannya, pemuda terus mengibarkan bendera di serata kampung manakala Puteri masih berusaha untuk memantapkan ilmu teknikal semasa hari pengundian nanti.
JK UMNO cawangan pula terus berusaha mencari sumber dan dana untuk menggerakkan semua program yang dirancang. Pihak urusetia yang diketuai oleh SU bertungkus lumus menyiapkan persiapan bilik gerakan agar boleh beroperasi di tahap maksimun.
Petang semalam, wanita BN melancarkan gerak gempur dengan memberikan taklimat dan bahan logistik untuk sesi kerahan yang dijadualkan minggu ini..Jadual mula disusun mengikut blok masing-masing agar tiada sesiapa yang tidak tertinggal semasa kunjungan nanti.
Sekarang bilik Gerakan DUN Pulau Tawar banyak mengadakan program setempat. Program dihadiri ramai pengunjung sekitar pejabat DUN berlangsung meriah dengan jemputan luar.
Program yang dirancang pada 1 Mei ni dengarnya bercorak pertandingan seperti senamerobik, memasak, tarian tradisional dan lain-lain lagi...
itu sahaja dahulu. Gambar ada tapi di dalam hp. tak sempat nak upload ke laptop...
ok..
No comments:
Post a Comment