Tuesday, July 12, 2011

Pembangunan BTAR Jengka..

Salam..
Kawan sengaja tak updated blog kawan untuk membolehkan isu penghinaan oleh pelajar UMT itu menjadi headline. Harapan kawan agar ramai orang akan mengikuti isu tersebut...
Memandangkan isu tersebut sudah kecoh di dada akhbar dan stesen tv.. cuma kekecohan yang dijangka tidak seteruk yang dialami oleh namabee dahulu....ok...

Untuk kali ini, kawan ingin mengupas apa yang dibentangkan oleh PM kita semasa Hari Peneroka tempoh hari.... Untuk makluman semua, tahun 2011, FELDA Wilayah Jengka telah dipilih menjadi tuan rumah dan diputuskan agar sambutannya dilakukan di mini stadium Nadi Kota, Bandar Jengka... Ada beberapa agenda tempat itu dipilih dan realiti agenda itu diumumkan oleh PM..

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM250 juta untuk proses pembangunan infranstuktur di Wilayah Jengka.. Antaranya ialah termasuklah pembinaan Stadium Baru bagi dijadikan homeground pasukan FELDA UNITED dengan jumlah RM87.9 juta.. Kalau diikutkan jumlah yang diperuntukkan memang besar juga keluasan stadium itu... Mungkin boleh menampung sehingga 30,000 orang penonton... Mengikut member kawan, perancangan stadium baru di Kelantan belanja sekitar RM90 juta... so, lebih kurang besar ler.....

Selain itu, sebuah Terminal Pengangkutan Bersepadu akan dibina dengan menelan belanja RM10 juta menerusi projek di bawah ECER.. Menurut cerita-cerita di sini, terminal tersebut atas dibina dua tingkat yang mana akan menempatkan sebuah pust bowling.. Nampaknya ramai ler jaguh bowling dari anak FELDA.. Panggung wayang kawan x dengar cerita pulak.. Selalunya package sekali... Dengarnya ia akan menaiktaraf terminal sediaada....

Sejumlah RM 50 juta juga diperuntukkan untuk pembangunan Perumahan Generasi Kedua FELDA di Seluruh Negara.. AApek ini nampaknya cuba diata dengan sesegera mungkin agar tiak menjadi duri dalam daging dalam PRU akan datang.. Di Sg Retang sudah diadakan proses cabutan undi untuk penentuan lot2 perumahan.. Ia dikatakan berita baik. Nampaknya sudah berjalan lancar ...

RM50 juta juta diperuntukan untuk pembaikan dan naik tarf perumahan warga kerja FELDA.. Hal ini memang brpatutan yang mana rumah sedia ada di tanah rancangan kelihatan lebih teruk dari golongan ramai miskin.. Nak dibaiki , buka rumah mereka.. Tak dibaiki, sedih nak menginap.. Pejam mata saja duduk di situ... Harapnya kemudahan ini disegerakan.....

Selain itu, Kerajaan juga memperuntukan RM10 juta untuk membina dewan Semai Bakti di 13 buah Rancangan sekitar Wilayah Jengka... Rancangan mana terpilih kawan tak dengar cerita...Harap FELDA kawan dalam senarai itu juga... Dewan lama di simpang luar sudah menunggu masa hendak dirobohkan....

Apapun, kesemua peruntukan itu walaupun dikatakan gula-gula oleh pembangkang, xpe la... janji jangan kena kencing manis cukuplah.... Ramai yang dapat menafaat atas pemberian itu termasuklah golongan pembangkang .....

No comments: