Wednesday, July 6, 2011

Tiada apa yang menarik disebalik banyak yang menarik!!

Salam..
Kawan dah lama tak updated blog ini. Segan pulak rasanya kerana blog ini ada dalam bloglist wzwh. Karang lama tak updated, tak seronok pula ditengoknya..

Tapi kalau nak updated tiada apa yang berita dan peristiwa yang menarik untuk dikongsi atau diulas... Setakat nak penuhkan blog setiap hari bukannya payah, pergi ke sumber-sumber berita just copy dan paste kemudian komen sikit lebih kurang... Kawan ada gak buat begitu..Tapi rasa tak berapa seronok ler.... Kalau boleh nak ler idea asli atau idea orang yang menarik untuk diulas bersama...

Ada member memberi pendapat, ceritalah tentang peristiwa semasa. Contohnya perhimpunan BERSIH 134.34....Entahlah. Kawan tak minat nak bercerita benda yang sama diceritakan oleh beribu-ribu blog lain.. Apa pelbagai pendapat tapi banyaknya just copy dan paste jer....

Ada member lain menberi cadangan agar kawan bercerita tentang kewangan memandangkan kawan ini ada sidikit pengetahuan.. Kawan merasakan tidak perlu kerana kawan juga mempunyai blog tentang kewangan (juga tak updated berbulan-bulan).... Post tentang kewangan ini perlukan banyak masa dan ruang kerana maklumat yang disampaikan jika boleh tepat dan mutakhir.... Karang info salah, buatnya orang buat panduan, takkan naya ker cerita.... Macam-macam alasan, padahal malas..heheee..

Takpe lah.. Sebabkan post hari ini, kawan mendapat idea untuk menggunakan teknologi maklumat untuk pelajar-pelajar kawan yang baru tingkatan 2... Memberi kerja rumah menerusi emel.. Berbincang maklumat dengan blog.... Dari segi idea, tampak lama. tapi bebudak kawan nampak tertarik. Apapun nanti tunggu percubaan idea ini minggu depan.. Kalau sempat kawan akan review...

No comments: