Salam..
Hari ini kawan nak bercerita tentang penjimatan elektrik..Bukan apa ..Seperti semua sudah dimaklumkan bahawa kadar penggunaan elektrik akan naik bermula Julai 2011. So, kita sebagai pengguna walaupun diberitakan tidak mengalaminya tetapi kena mengambi langkah awal untuk mengawal penggunaan elektrik.
Sebelum itu, kawan ingin menyenaraikan anggaran pengunaan barangan elektrik di rumah kita sendiri..
Di bawah ini disenaraikan anggaran kos elektrik sebagai panduan:-
Cerek elektrik 2400 Watt.. ....................9 sen setiap 4 liter
Water heater 2000 Watt..........................9 sen untuk sepuluh minit
Ionizer 550 Watt................................13 sen untuk 1 jam
Washing machine 1080 Watt.......................5 sen untuk sepuluh minit
Freezer 330 Watt................................RM14.50 untuk sebulan
Freezer 550 Watt................................RM24 untuk sebulan
Pengering pakaian 3000 Watt.....................13 sen untuk sepuluh minit
Iron 1000 Watt..................................25 sen untuk 1 jam
Air-conditioner 1 hp............................20 sen untuk 1 jam
Micro wave 1300 Watt............................5 sen untuk sepuluh minit
Rice cooker 1000 Watt...........................5 sen untuk sepuluh minit
TV warna 100 Watt...............................3 sen sejam
Vacuum cleaner 550 Watt.........................13 sen untuk sejam
Dapur masak elektrik 1500 Watt..................40 sen untuk sejam
Kalau semua anggaran ini menjadi panduan maka agak2 dimanakah kelemahan kita dalam aspek pembaziran elektrik...
PETI SEJUK...... kot nak tutup kot...busuk makanan dalam itu... Kawan sendiri dah try dah... Kawan akan tutup peti sejuk mulai sebelum tidur (12.00 mlm) dan akan buka semula selepas bangun.(6.00 pagi)... Jika dikira, maka kawan dapat berjimat 6 jam sehari.. So, perjimatan kawan dalam sebulan adalah RM6.00.. Makanan takkan busuk kerana waktu malam yang ditutup adalah waktu yang terendah sekali dalam seharian. tak percaya, test tutup sambil tengok ais..pagi esok, ais itu walaupun tetap cair tetapi masih ada beku....ok ler.....
(24 bahagi 30 hari = 80 sen sehari bahagi 24 jam darab 6 jam jimat= 20 sen sahari)..
6 hinggit?... ok ler tu.. sape nak bagi kan... itu baru peti sejuk.. Kawan turut tutup suis water heater sekitar 12 jam sehari... (dari jam 12.00 mlm sehingga balik kerja 3.00 petang... Untuk kegunaan pagi, kawan dah standby air panas yang letak dalam jug..Takat nak buat sarapan pagi dan bancuh susu anak, lebih dari lepas...
Itu antara langkah kawan untuk berjimat. Anda pula bagaimana?....
1 comment:
Menarik ni.. saya duduk member susuh sket berjimat...
Post a Comment