Friday, June 24, 2011

Cerita Gelang Hikmat & Terapi Bergetar ...dari syarikat bumiputra kita



Salam..
Hari ini kawan berasa nak bercerita tentang perubatan alternatif yang diwar-warkan di media massa perdana negara terutamanya di Metro.
Seperti yang ditulis di surat diatas, maka terjawablah keraguan kawan berkenaan produk berkenaan. Bukan apa.. seorang entah siapa-siapa yang hanya berkelulusan diploma di UTM tetiba mendakwa mempunyai kepakaran untuk menghasilkan dan menJUAL satu produk yang dikatakan mampu merawat pelbagai jenis penyakit yang agak sukar disembuhkan menerusi kaedah perubatan biasa...
Kawan hairan bercampur pelik, bagaimana orang ramai boleh respond terhadap produk sedemikian sedangkan pengasas syarikat itu hanya sesorang biasa-biasa sahaja bukannya kelulusan perubatan asas sekalpun...
Mungkin orang ramai terpengaruh dengan bagaimana promosi hebat dan secara besar-besaran yang dijalankan di kebanyakan media massa perdana di Malaysia.. Biasalah orang kita.. Yang terkenal atau berjenama yang itu terlaris biarlah mahal..
Nah! sekarang siapa yang untung siapa yang tidak rugi?.. nak salahkan penjual, itu memang punca rezeki dia walaupun kaedah dan produk masih boleh diperdebatkan.. Nak salahkan pembelinya pun kurang tepat... Kot tipu padahal seantero serantau tahu akan kehebatan produk itu....diiklankan pun di surat khabar utama...

Bagi kawan nak dikatakan tidak berkesan kenapa penjual berani mempromosikan produk itu secar besar-besaran yang melibatkan wang yang bukan sedikit.. rasanya iklan setiap hari mencecah RM10,000 .. itu baru iklan surat khabar. Belum lagi penajaan dan sumbangan yang selalu dipaparkan..

apa pendapat anda?... betoi ke tak betoi.......

Sama kes dengan cerita gelang artis tu dan makanan kesihatan berkonspkan baru yang selalu dijual secara konsep MLM....

No comments: