Sunday, June 19, 2011

07 07 2011 Hari yang ditunggui....

Salam..
Sekarang kawan kat umah ibu bapa kawan menghabiskan masa bersama mereka.. Ye ler..Sementara mereka (atau kita) masih ada di dunia, manafaatkan ruang dan peluang ini walaupun banyak masa digunakan.. Xpe....mak ayah ku..

Isu minggu ini tiada apa...Sepatutnya hari ini kawan sibuk di padang Jengka 21 untuk menolong masyarakat di sana untuk meraikan Hari Peneroka Peringkat Rancangan bagi tahun 2011.. Tapi ada kekangan lain penyebab kawan tidak dapat turut serta. Malah kekangan itu penyebab kawan juga tidak dapat pergi kursus anjuran MBFM Wilayah Jengka yang dijadualkan berlangsung di Cemeron Highlands.

Sekarang ini masyarakat FELDA di Gugusan Jengka sibuk sempena Hari Peneroka peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Bandar Jengka pada 7 Julai 2011.. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, perdana Menteri Malaysia dijangka akan turun untuk merasmikannya tahun ini..
Pelbagai program telah diatur.Kawan selaku JK belia tentu terlibat banyak tetapi peranan kecil...hehee..macam sibuk tapi sebenarnya tidak sibuk pun..buat2 sibuk adalah...Setiap rancangan kena buat kenduri untuk 3 ekor lembu khas untuk dihidangkan mas perhimpunan itu.. Yang kurang seronoknya.Disamping pebelanjaan FELDA keluarkan untuk program ini, para peneroka dijuga diminta menyumbang untuk memastikan kemeriahan program ini... meriah2 juga, kot duit peneroka pun sapu jugak...Kalau FELDA tak de dana cukup buat program ini, ok le jugak..Ini kawan dengar, banyak duit juga duit FELDA digunakan untuk program ini..Kot x cukup lagi kot.....bahaya oi........

Antara program yang diatur ialah Pengistiharan Bandar Tun Abdul Razak Jengka dari bandar Jengka.. Ini adalah bertepatan sekali Tun Abdul Razak adalah cetusan idea penubuhan FELDA masa lalu. Maka anaknya, DS Najib akan mengulangi komitmen bapanya tentang fokus utama DS Najib terhadap FELDA..

Sebenarnya, ada banyak benda yang ditunggu oleh masyarakat FELDA di Wilayah Jengka ini.. Yang paling disebut2 adalah pembentukan Daerah Baru Kuala Krau untuk Negeri Pahang...Adakah ia juga bahan ucaptama nanti?..sesama kita nantikan...

Pembangunan infranstuktur juga ditunggu2.. Jalanraya dari Kg Awah ke Simpang Jengka 8 juga amat ditunggu bukan sahaja masyarakat peneroka malahan generasi yang bekerja di bandar-bandar besar...sudah banyak coretan dan kritikan berkenaan jalan berkenaan.. Sudah eloklah ia diberi perhatian...

Dengar cerita, ada surat sampingan akan diserahkan kepada DS Najib berkenaan pembangunan di sekitar Jerantut ini terutamanya projek terbengkalai Jengka 8 ke Maran dan Jerantut ke Benta...Ia disalurkan agar tidak menjadi duri dalam dging dalam kemenangan BN dalam PRU nanti... Apa kaitan Jalan2 itu dengan Hari peneroka..?.. Ah! pedulilah.Janji PM tahu projek terbengkalai....

Semoga hari itu berjalan seperti yang dirancangkan...Banyak duit habis sempena kedatangan PM..Duit untuk program itu, duit untuk pembaikan infranstuktur lagi... lain-lain lagi.. ok ..kita tunggu saja...

No comments: