Wednesday, May 30, 2012

Ekzos Kereta Bising.. Apa maknanya kepada Orang Melayu??

Salmm.. kawan baru melayari fsebuah forum, tetiba terjumpa persoalan yangagak menarik untuk dibincangkan...

Mari kita baca sama-sama...


Kenapa Ekzos Kereta Orang MELAYU Bising?


Oleh: Ahmad Henry
3.29 pm. Burger King, Medan Gopeng

Ada banyak cara untuk melihat sikap seseorang individu. Namun, untuk melihat ciri-ciri kelompok, ia tidak semudah menilai individu. Individu yang suka mencarut misalnya, kita boleh mentafsirkannya sebagai orang yang suka memikirkan pada benda yang dicarutnya. Itu tidak sukar. Yang sukarnya ialah, untuk mentafsirkan kelompok mana yang suka mencarut. Kelompok di sini merujuk kepada bangsa, atau latar belakang, umur, dan sebagainya.

Di sini saya ingin bercerita tentang kelompok yakni bangsa Melayu. Saya cuba mengaitkan bangsa Melayu ini dengan kemiskinan, kemudahan berhutang, sikap suka menunjuk-nunjuk, dan mengapa kereta atau motor orang Melayu paling banyak bising berbanding kaum-kaum lain.


Ekzos Bising

Kalau anda jujur, tanya pada diri anda, kenderaaan milik bangsa mana paling banyak menggunakan ekzos berbunyi bising. Tentu anda akan kata, bangsa Melayu. Ini bukanlah kerana bangsa Melayu paling ramai di Malaysia. Kalau dihitung menggunakan nisbah dengan kaum lain, bangsa Melayu menepati statistik paling ramai menggunakan ekzos bising.


Soalnya di sini, mengapa?

Orang Melayu Kebanyakannya Belum Mampu

Jawapan yang saya dapat ialah, orang Melayu sebenarnya masih belum mampu untuk berkereta. Mampu yang saya maksudkan di sini bukannya mampu membeli secara tunai kerana orang Cina pun beli kereta secara hutang. Untuk lebih adil, biar saya istilahkan mampu di sini dengan makna, mampu membayar hutang bulanan mengikut jumlah pendapatan bulanan.


Rata-rata pemuda Melayu yang bergaji serendah RM800 sebulan hari ini sudah mula membeli kereta dengan bayaran setinggi RM300 sebulan. Maknanya, lebih suku gajinya dibayar untuk kereta. Bagi melayu kelompok ini, saya kelaskan sebagai kurang mampu. Ini kerana, dengan baki pendapatan sebanyak itu, ambil kira kos-kos hidup yang semakin meningkat, tidak mungkin kehidupan yang selesa dapat dinikmati.


Tak Mampu, Tapi Tonjolkan Kemampuan

Naluri manusia suka kepada menonjolkan diri. Yang tak kuat suka tunjuk kuat. Yang tak lawa, mekap sampai lawa. Yang tak pandai bercakap, sibuk mencelah walaupun merapu. Begitu juga halnya dengan kereta. Kereta yang kecil mahu dilihat besar. Kereta yang murah mahu dilihat mahal. Kalau boleh, biarlah orang tahu dia ada kereta, walaupun pendapatan bulanan ciput.

Cuba tuan-tuan dengan hati yang jujur lihat di jalan-jalan raya. Ada tak kereta-kereta mewah atau separa mewah seperti BMW, Mercedes, Audi, Ferrari, Hoda Civic Type R, Lancer, dan yang seumpamanya berekzos bising. Kereta mewah hampir tiada yang bising. Separa mewah, ada bising, ada yang tidak. Kalau ada pun, sangat kurang.

Nyata yang banyak berekzos bising ialah kereta-kereta berharga murah, terpakai, dan pemilik kedua. Antara yang paling banyak saya lihat berekzos bising ialah Wira, Satria, Kancil, dan beberapa kereta import terpakai yang rata-ratanya hutang bulanan untuk kereta ini ialah sekitar RM300. Kereta-kereta seumpama ini majoritinya ialah milik orang-orang Melayu, dan sedikit India. Bagi kaum Cina yang memiliki kereta jenis ini, hampir tidak ada yang mengubah suai ekzos menjadi bising.

Jadi, berekzos bising di sini ada kena mengena dengan masalah hati iaitu suka menunjuk-nunjuk dengan apa yang ada. Bagi orang yang waras berfikir, kereta ialah keperluan. Tapi bagi orang yang malas berfikir, kereta ialah untuk menunjukkan dia mampu.


Kenapa Saya Tulis Benda Ni?

Ketika saya menulis artikel tak seberapa ni, saya berada di Burger King Medan Gopeng, betul-betul di tepi jalan menghala ke Simpang Pulai. Saya di sini untuk mengupdate kedai-kedai online yang saya buat secara part time sempena cuti sekolah ni. Sepanjang cuti sebulan ni, mungkin di sini la saya 'bertapa'. Sambil mencari ilham, saya melihat ke jalan raya dan memerhatikan sikap-sikap pemandu jalan raya. Dari sini la saya mendapat ilham untuk menulis.

Suka saya berpesan kepada diri sendiri dan pembaca sekalian. Jika anda tergolong dalam kalangan pemilik kereta seperti di atas, berubahlah. Kalau kecil tak perlu tunjuk besar. Yang murah tetap murah, ia tidak akan menjadi mahal dengan mempamerkan buruk laku dengan menyakitkan hati khalayak sekeliling. Anda itu MELAYU. Jangan LAYU.


So. apa pendapat anda?... Betulkah nukilan bro ni.... Ker saje jer nak buat cerita di blog beliau...


Tepuk Dada Tanya Selera.... Mau kuah kari atau kuah kacang dhal.heheeeeeee
So,

No comments: