Tuesday, November 3, 2015

Tips Melancong Ke Vietnam (Budget Murah )



1. Semak selalu harga tiket penerbangan untuk dapat harga yang ekonomi. Seeloknya rancang perjalanan 3 bulan lebih awal.

2. Rancang aktiviti terlebih dahulu dan buat kajian lokasi sebelum ke sana. Ia dapat menjimatkan masa dan wang.

3. Bagi memudahkan pergerakan di sana, cetak gambar tempat yang ingin dituju. Kebanyakan pemandu teksi tidak pandai berbahasa Inggeris mahupun berbahasa Melayu.

4. Tidak perlu ambik tour pakej di sana. Cukup sekadar ambil teksi. Pilih teksi Vinasun dan Mailinh kerana servisnya bagus dan dipercayai. Tambang teksi di sana sangat berpatutan.

5. Tukar mata wang Vietnam Dong di sana. Kadar tukaran wang di sana lagi tinggi berbanding di Malaysia.

6. Kadar untuk not RM50 dan RM100 lagi tinggi berbanding not RM yang lain.

7. Bawa maggi atau roti untuk keperluan jika lapar pada waktu malam.

8. Shopping lovers boleh duduk area Cho Bent Thanh. Siang malam boleh pergi shopping. Restoran makanan halal pon banyak di sini.

9. Untuk percutian secara ekonomi, penginapan di hotel bajet sudah memadai. Kebanyakan hotel bajet selesa dan kemas. Jangan risau hotel bajet pon ade wifi.

10. Tempat menarik untuk membeli belah di sana: Cho Ben Thanh, Cho Ben Thay, Russian Market, Saigon Square dan Taka Plaza.