Thursday, March 17, 2011

rumah baru Taman Jengka Mahkota

salam semua..


arini terasa nak cerita tentang rumah pula.. Kawan ada beli rumah di Bandar Jengka.. sebenarnya target nak beli di Simpang Jengka 8 tetapi aku tunggu dari 2004 sehingga 2007 ayik tak siap-siap lagi.. Kononnya nak tunggu rumah siap baru nak jual.. Dalam aku tunggu , tetiba ada iklan jualan rumah di Bandar Jengka.. Lokasi target gak.. Aku pon segera la pergi pejabat jualan.. 3 Kali aku p sana..
Memula pergi baru dua tiga orang pergi..ahhhh biar dulu..harga pun agak mahal RM180,000 dan ke atas...Mak ai....mahalnya..ade ker orang Jengka nak beli..
Pergi kali kedua, rumah aku spot dah kena rembat.. Target nak beli cornet lot..Aiseymen..terlepas pulak..so dah decide nak beli..nak balik bincang dengan wife dulu..pastu sibuk dengan sukan sekolah terlupa pasai rumah ni.. Tertiba teringat tentang rumah sebulan selepas tu.. Pergi balik ke pejabat tu.. alamak 70% sudah terjual.. rumah murah-murah (RM180k) tinggal 3 or 4 unit sahaja... Aku terus booking dulu..memula ingat nak booking rumah semiD 2 tingk
Rumah jenis ini pun ada dua jenis.. satu, dapor macam biasa kat belakang tetapi ada 3 bilik dan 3 bilik air... satu lagi dapor di tengah tetapi 3 bilik 2 bilik air... Wife aku minat sesangat dapur kat tengah.. Aku on jer.. Kami pon terus booking rumah itu dengan harga RM185,000...
Selepas itu, aku proses loan kerajaan.. Byr duit setem dan urus SnP.. Memula nak pinjam cukup-cukupp jer konon nak beli rumah lain.. tetapi bila berborak dengan cikgu-cikgu lama, mereka kata sekali jer buat loan..So, aku pon ambik maksimun RM240,000 plus RM7,000 insuran dengan takaful Nasional. Kira-kira monthly kena bayar RM1307.00 .. mak ai banyak gak tetapi xpe... Duit lebih nanti boleh buat renovate rumah dan bayar lawyer...
Aku sains SnP pada April 2007. Tungu punyer tunggu rupanya rumah aku still tak siap menjelang April 2009.. Terkena dah aku... Tengok projek ada pekerja... Bila ditanya, katanya nak siapkan sekali Fasa 2 Taman ini.. Fasa kedua rumah yang sama macam aku , harga meningkat ke RM210,000.. itu tak siap lagi dah naik harga...
Xpe tunggu lagi... Bila tengok di site rumah dah siap, apasai diorang tak panggil ambil kunci lagi.. rupanya ada masalah CF.. elektrik tak masuk lagi.Katanya asalnya perancangan taman tu tak nak pakai tiang elektrik..semua sembunyi bawah tanah.. termasuk longkang.. tetapi TNB Pahang memaklumkan di Pahang tidak boleh buat sedemikian..Entah kenapa tak boleh..tak terror kot... Nak tak nak kenalah pacak tiang jugak.. Kes ini berlarutan sehingga akhir 2010Pelbgai tarikh diberikan untuk masuk rumah.. Kami pembeli rumah ternanti bila tarikh yang sebenarnya. Akhir Dec 2010 , ada member menyatakan awal Januari 2011 dah boleh masuk rumah sebab CF dah lulus. Boleh percaya ker ni.. Xpe . tunggu jer ler.. Dalam tu, pemaju Sebang Perdana Sdn. Bhd. hantar surat dalam bahas inggeris.. Entah benda dia tulis..macam suruh detect kerosakan jer..Rumah tak dapt lagi suruh cek rumah rosak ke tidak..heran...
Dalam tunggu punyer tunggu ada pembeli lain sudah dapat kad jemputan untuk majlis penyerahan kunci rumah.. Haaa..horey.. dah dapat rumah...Majlis dibuat hari Sabtu 21 Januari 2011 .aku dapat kad tu hari jumaat 20hb.. ala biarlah janji dapat kunci..
Hari yang ditunggu tiba.. Kebetulan hari itu sekolah aku mengadakan LADAP.. ponteng ler pasai nak ambik kunci.. GPK HEM pon tak pergi pasai nak ambil kunci. ok ler tu...Rupanya pengerusi Sebang adalah ADUN Pulau Tawar, Dato' Shukri.. Aku ingat cina.. Biasalah tu chairman mensti melayu untuk settle kerje..xpe lah.. Perasmi majlis tu adalah YB Dato' Ismai MP Kuala Krau.. Sementar itu, cabutan bertuah juga dibuat...tunggu gak nombor aku kot-kot naik.. Chiss ..member aku menang peti sejuk..rezeki badan...
Selesai majlis perasmian, pergi la makan.. Ingat lepas makan, boleh ler ambil kunci. Pergi tanya mereka kata . Penyerahan kunci start jam 1 petang. Aiseyemen.. lambat lagi baru pukul 11.00 pagi.. Xpe .. borang dulu dengan member. Dalam borak-borak, ada orang serbu ke sorang tu. Aku macam bias ler buat kenal-kenal gak pergi menghimpit tengok apa kes.. rupanya mereka bercerita tentang Tribunal untuk rumah lewat siap.. Memandangkan rumah aku lewat siap 20 bulan kiranya aku ni kategori tu ler... xpe ambil nom tel dulu nanti urus. Arini nak ambil kunci dulu.. Dalam tunggu, kira-kira 12.30 , aku tengok orang dah serbu p ambil kunci.. Aku pon apa lagi serbu ler.. tunggu dalam barisan yang panjang, tetiba ramai orang tak sains ambil kunci.. aik..apa kes.. aku pon bertanya ..rupanya pemaju ni tetapkan syarat nak kunci boleh tetapi kena sain borang pelepasan tuntutan rumah lewat siap.. Kiranya aku dalam kategori tu ku jugak... tunggu ler pulak.. rupanya lebih kurang 50 orang terjejas akibat kes itu.. Tertangguh lagi.. kawan aku contact member peguam dari Temerloh. peguam itu cakap tak payah sain apa-apa. tunggu lah sampai peguam tu sampai.

alamak, nak pergi mesin rumput kat rumah baru tu dulu.. Ok ler nanti aku sambung cerita Rumah ku,..

0





salam semua..
salam semua..

arini terasa nak cerita tentang rumah pula.. Kawan ada beli rumah di Bandar Jengka.. sebenarnya target nak beli di Simpang Jengka 8 tetapi aku tunggu dari 2004 sehingga 200
arini terasa nak cerita tentang rumah pula.. Kawan ada beli rumah di Bandar Jengka.. sebenarnya target nak beli di Simpang Jengka 8 tetapi aku tunggu dari 2004 sehingga 200

Wednesday, March 16, 2011

Salasilah Tun Dr M

Salam.. tetiba jer arini rajin nak upload pelbagai cerita yang kawan rasa perlu dikongsi bersama..
Kawan dah lama heran apasal seorang PM yang dikagumi ramai tidak jela asal usul... Dalam orang baru sibuk nak bincang tentang kemerdekaan, beliau baru tamat dri universiti dan bergelar doktor yang mana nak jadi doktor antara kerja tersusah nak diisi...kosong sesangat...maklumlah belajar susah....berikut



Buku memoir Mahathir menimbulkan perdebatan dan perbincangan hangat dikalangan bloggers mengenai "I am Indian blood but a Malay".

Maka orang kata sebab itu Mahathir suka spin. Mahathir lebih Melayu dari India. Mahathir PM yang lain dari PM-PM yang lain dari latarbelakang keluarga aristokrat Melayu. Mahathir tidak ikut budaya Melayu. Macam-macam orang kata.

Lew Kuan Yew pernah mengadap Almarhum Sultan Johor menyatakan Mahathir semasa belajar di Singapura tulis dalam borang ruangan bangsa sebagai India Muslim!

WZWH tidak faham mengapa Mahathir berasa "inferiority complex". Mahathir berasa beliau tidak ada darah aristokratik Melayu menyebabkan beliau rasa rebellious.

Atau Mahathir sengaja tidak mahu mendedahkan darah aristokrasinya. Atau beliau memang ignorant dengan sejarah keluarganya.

WZWH ingin dedahkan the other side of Mahathir's blood : Why Mahathir concealed?

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-2002) Latar Belakang Tun. Dr. Mahathir Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 oleh Wan Tempawan di sebuah rumah di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalah keturunan Wan Mat Saman, Menteri Besar Kedah yang membina terusan Wan Mat Saman. Beliau adalah anak bongsu kepada Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi dikurniakan sembilan orang anak.

Catatan dalam buku Sejarah Kedah mengesahkan salasilah keturunan Wan adalah cucu-cicit Mahsuri, seri kandi Melayu dari Langkawi yang mati dibunuh angkara fitnah.

Pemangku Yang Dipertua Wan Kedah (Wasilah), Wan Shamsuddin Wan Mohd. Yusof, menjelaskan Wan yang ada di Kedah sekarang memang daripada keturunan anak tunggal Mahsuri, Wan Hakim.

Menurutnya, Mahsuri telah dihukum sula pada tahun 1819 angkara difitnah oleh pemerintah Langkawi ketika itu Datuk Karma Wijaya yang berdendam kerana tidak dapat memperisterikannya. Wanita itu dituduh bermukah dengan seorang pemuda bernama Deramang.

Semasa hukuman dijalankan, petanda yang ditugas menikam telah tertikam buah dada Mahsuri lantas mengalirkan air susunya.

“Pada masa kejadian, Mahsuri baru dua bulan melahirkan Wan Hakim hasil perkongsian hidupnya dengan Wan Derus.

“Oleh kerana itu orang mengatakan Mahsuri keramat, kerana melihat darah yang mengalir berwarna putih. Tapi yang dilihat itu adalah air susunya,” kata Wan Shamsuddin lagi.

Semasa sedang nazak itulah Mahsuri berdoa kepada Allah supaya memberikan petunjuk kepada orang yang memfitnahnya.

“Ya Allah, ya Tuhanku, tunjukkanlah kekuasaan-Mu. Jadikanlah Langkawi ini huru-hara selama tujuh keturunan, disebabkanangkara fitnah mereka,” rintih Mahsuri dalam doanya. Sebaik melafaz dua kalimah syahadah, dia pun menghembuskan nafas akhir.

Selepas kematian Mahsuri, Wan Derus membawa Wan Hakim meninggalkan Langkawi kerana ada khabar mengatakan, kedua-duanya sedang dicari oleh Karma Wijaya. Dari Langkawi, Wan Derus menyusur pantai dan tiba di sebuah perkampungan Melayu di Phuket, Thailand. Dia diterima baik oleh orang-orang pulau itu lalu menetaplah kedua-dua beranak itu di Kampung Kemala.

Wan Hakim kemudian berkahwin dengan gadis kampung tempat dia membesar. Keturunan beliaulah yang berkembang biak sampai sekarang.

Menurut Wan Shamsuddin lagi, antara keturunan Mahsuri di Kedah ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Ibunya Wan Tempawan Wan Hanafi daripada keluarga Wan Su, keturunan Datuk Temenggong Kulut salah seorang cucu-cicit Mahsuri dari Bukit Lada.

“Bagaimanapun Dr. Mahathir tidak memakai gelaran Wan di pangkal nama kerana ibunya Wan Tempawan berkahwin dengan Mohamad Iskandar yang bukan dari kalangan Wan,” katanya.

Begitu juga dengan penderma hati, Wan Mohd. Hafizam. Dia adalah keturunan Mahsuri dari Changloon. Sementara Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah keturunan Mahsuri di Langkawi.

Wan Shamsuddin yang juga merupakan tokoh sejarah Kedah, bangga apabila nama Wan diabadikan di beberapa batang jalan di Kedah. Antaranya, Jalan Pasar Seberang Perak di Alor Setar telah diubah kepada Jalan Wan Mat Saman, mengambil sempena pembina terusan terkenal di Kedah.

Begitu juga pada sebuah bulatan yang dinamakan Teluk Wan Jah. Beliau keturunan Mahsuri dari Pattani yang dihadiahkan oleh Raja Siam kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid.

“Bukan kita nak mendewa-dewakan keturunan Wan tetapi bertujuan untuk mengeratkan dan menghimpun serta menjalin tali silaturrahim serta mengembangkan sejarah.” katanya lagi.

Menurutnya sehingga kini kira-kira 10,000 hingga 15,000 keturunan Wan tinggal berselerak di kampung-kampung dan Bandar seluruh Kedah termasuk negeri bersempadan seperti Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur.

“Keturunan Wan di Perak dan Wan Kedah adalah serumpun dan mempunyai pertalian darah selepas peristiwa Kedah menyerang Perak angkara dipaksa oleh pihak Siam,” katanya.

Apabila sampai di Kuala Kangsar pertempuran sengit meletus. Perak berjaya ditakluk oleh Kedah. Bagaimanapun akhirnya Kedah dan Perak berdamai selepas begitu ramai askar Kedah jatuh hati dengan gadis-gadis Perak.

“Maka lahirlah keturunan Wan di Perak. Jadi Wan di Perak memang mempunyai pertalian rapat dengan Wan di Kedah,” katanya.

Bagaimanapun menurut Wan Shamsuddin, keturunan Wan Di Kedah tiada kaitan dengan Wan di Kelantan. Ini kerana keturunan Wan di Kelantan adalah golongan bangsawan atau keturunan diraja yang memerintah negeri itu. Ia bukan dari keturunan Mahsuri,” katanya.

Wan Shamsuddin juga menyatakan, Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah sekarang, merupakan sultan ketujuh yang memerintah. Begitu juga keturunan Mahsuri sudah sampai kepada tujuh keturunan.

“Sumpahan Mahsuri telah berakhir. Tetapi, keturunan sebelah Datuk Karma Jaya, yang menjatuhkan hukuman ke atas Mahsuri sudah pupus dan tidak diketahui lagi waris-warisnya,” kata Wan Shamsuddin.

Beliau juga mengatakan hingga ke hari ini dia belum dapat mengetahui siapa sebenarnya Datuk Karma Jaya yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan Mahsuri.

“Sesiapa jua yang memerintah Langkawi zaman itu diberikan gelaran Datuk Karma Jaya,” katanya.

Sebab itulah sehingga hari ini Persatuan Sejarah Kedah meminta kerajaan Kedah memansuhkan gelaran itu.

“Nama itu tidak patut dikekalkan. Sejarah telah membuktikan angkara orang yang memakai gelaran itulah yang menghuru-harakan negeri Kedah,” kata Wan Shamsuddin lagi.


Ni kawan ambil dari wan zamzuri punyer blog...

Saman Ekor

salam...
lama tidak menulis di blog sendiri... Aritu bila tahu blog mula penghasilkan duit, semangat sikit.. tetapi bila sibuk ke kerja-kerja seharian.. termati pula hasrat.. Tambahan internet kurang memuaskan... sekarang mudah melanggan maxis broadband...walaupun agak mahal tetapi berbaloi berbanding celcom yang still line GPRS...

Berbalik kepad tajuk hari ini, sebenarnya ini adalah komen di sebuah blog politik tempatan... Kawan sudah lama nak menulis tentang perkara ini tetapi kesempatan tiada....

TENTANG SAMAN EKOR KERANA TAKUT UNDI LARI...

Kalau sebab takut hilang undi kepada BN samapai sanggup tentang saman ekor ni, bagi kawan tidak molek lah..
Sepatutnya kita bersama-sama menyeru agar tujuan kerajaan itu diikuti. Antara kes terbesar saman ekor adalah bawa laju melebihi had laju.. Semua akui rakyat Malaysia bila bawa kereta terasa nak tekan je minyak tu...
Apa yang patut kita tentang atau lebih elok lagi bagi cadangan agar saman ekor itu diperhalusi lagi pelaksanaannya.. Malaysia ni terkenal perancangan kelas A tetapi pelaksanaan dan maintain kelas C,D...
Kawan pun kena saman, memang marah kena keluar duit nak bayar saman tetapi redha kerana akui memang kawan yang bawa laju... Nak buat macam mana orang larang kita degil, kan dah kena..
Kawan rasa begitu juga rakyat Malaysia yang lain, Bukan senang nak keluarkan duit yang dicari bersusah payah tetiba untuk dihabiskan membayar saman.. Tetapi salah tetap salah, dah langgar kenalah denda...

Cuma dari segi pelaksanaan saman ekor itu belum memuaskan hati rakyat Malaysia.. Sebagai contohnya, Saman entah bila tahun.. Selama ini tidak pernah dapat saman pun, tetiba bila check nak ada saman pelbagai, dekat 5 or 6 tahun lepas.. itu yang orang angin pula..Tambahan pula, tidak membayar akan di senaraihitamkan dan menyebabkan tidak boleh menghidupkan roadtax dan lesen..

Cadangan,
1. Kerajaan kena memastikan setiap saman sampai ke tuan dia dalam tempoh selewatnya 2 bulan dari tarikh kena saman. Asyik bertukar alamat or alamat tidak diketahui?.. OO itu senang saja, mesti mereka bekerja or buat loan bank..xpun mesti mereka hidupkan roadtax kereta or renew lesen, wajib update alamat dan profail diri terkini,.. Updated alamat boleh diperolehi di situ..
2. Setiap saman, jika tidak berpuashati boleh dikemukakan atau dirayu di semua balai trafik beserta bukti yang kukuh..
3. Kaedah diskaun yang digunakan sekarang boleh diteruskan..Bayar lebih awal, lebih murah (Bukti kejayaan AirAsia)... Ni tidak lagi lambat bayar siap tangguh-tangguh, lama-lama dapatlah diskaun.. Nasib baik sekarang roadtax x boleh hidup, kalau tidak alamatnya ramai x bayar lagi...
4. Sambil tu, duit saman ni jangan digunakan untuk urusan lain pula.. Gunakan untuk hal ehwal kenderaan la.. contoh turunkan harga roadtax ker, peruntukan baiki jalan ker(asyik berlubang jer), banyakkan lampu jalan ker... Saman berbilion ringgit, tetapi x tahu ke mana duit itu pergi.. Laporan Audit berkenaan Hasil Duit Saman, apa cerita yer?..
5. Sebenarnya ada lagi tetapi terlupa pulak... nanti kawan tulis pula jika isu ini masih berleluasa...

Sunday, December 26, 2010

salam.....

Dah lama x update blog ni.....

Sementara x buat apa2 arini, aku pun login blogger untuk delete semua blog aku..bukan apa ada orang komen aku banyak blog sangat yang sempoi2 padahal komen pada blog orang punyer ler ganas..... dalam mencari fungsi untuk delete blog..aku tgk nuffang. Masuk la situ...nak buang gak, sebab ada error dalam blog aku.

Login dalam Nuffing.. tgk2 ada saje pelawat mai lawat blog aku. Walaupun xler banyak, tetapi hampir ada setiap hari..Pelik aku dalam aku x update blog dekat2 setahun pun ramai pelawat..Terima kasih semua...
Tengok pula bahagian kewangan. Laaaaaaaaaaa...rupanya tanpa ku sangka berblog bersama nuffang, sudah menjana pendapatan......Horeeeeeeeeee.....

Ini semua menambahkan semangat aku untuk meneruskan blog ni..Oleh itu, aku buat keputusan untuk mengekalkan hanya 2 blog utama. Dan yang lebih penting sekali, harap2 ler aku aktif buat post ....

Saturday, May 23, 2009

Selamat Datang kepada Semua Peserta Kursus & Bengkel Usahawan Muda ICT Zon Timur 2009

Salam semua...

Hai.. say asalah sorang peserta seperti anda turut mengikuti program ini yang berlangsung sekarang (22-24 Mei 2009) di Centrepoint Hotel & Apartment, Kuala Lipis.
Adalah difahamkan seramai 185 orang peserta yang terdiri dari 3 buah negeri berdekatan di zon timur iaitu Kelantan, Terengganu dan tuan rumah iaitu Pahang sendiri.. Apapun tahniah kepada JBS Pahang kerana berjaya menganjurkan program seumpamanya ni..

Adalah diharapkan semua para peserta dapat memanafaatkan isi kandungan kursus yang bagi saya amatlah penting dalam kita ke arah era globalisasi..

MOH KE LIPISSSS.................

Friday, March 20, 2009

Rahsia dan Faedah minum Air Sejuk..

Ni sekarang ni, aku copy n paste dari forum kegemaran aku...rasa ramai dah baca kot...xpe buat pedoman...

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”


1.Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

2.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

3.Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini..

4.Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

5.Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

6.Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

7.Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

8.Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

9.Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

10.Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

11.Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

12.Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

13.Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

14.Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

15.Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

16.Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

17.Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

18.Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

19.Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

20.Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..

21.Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

22.Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

23.Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

24.Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

25.Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

26.Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

27.Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

28.Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Kalau betoi, bahaya ni...

aku ada baca post di forum yang aku suka...

Bagi aku dan org lain yang tetarik nak p jalanke Thailand mungkin perlu mempertimbangkan senari ini.. apapun terpulang kepada kalian samada nak percaya or tidak..


Salam..this is a true story..
Kindly read through.
TQ.


Dear friends,

Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............... satu peringatan.

I would like to relate to you all an incidence.................. quite recent, i.e. about two weeks ago...........

After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law.. Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb.

Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.

Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.

Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).

Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.

Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.

Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok. Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)

Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.

Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya. Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000..... tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000. Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing......... dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.

Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut pun..............). Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok. My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang.

Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia................ (nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan)

Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita............ tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil.

Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah..... memang ini kisah benar.

Dear Omar, remember our phone call recently?

Please be careful, ok?