Thursday, October 6, 2011

Catatan semasa politik Jerantut

Salam..

Hari ini rasanya kawan nak bercerita tentang politik sikit. Politik tempatan.. Kawan ni tak ler pandai sangat bab-bab politik. Tetapi hanya akan bercerita dan menulis berdasarkan nukilan kawan sendiri..

Sekarang ini, agak kelam kabut kawan rasakan di sekitar Jerantut. Pertama, berita kematian Arwah Dato' Ghazali. Jadi, secara tidak langsung memandangkan arwah adalah penyandang SU UMNO Bahagian
maka Ku Lan kenalah cari penggantinya.

Kenapa kena cari pengganti?... Ala biarkan memandangkan jangkaan ramai PRU13 sudah hampir malah ada yang mejangkakan bahawa PRU akan dibuat selepas pembentangan belanjawan dibuat 7 Oktober ini. Biarlah telahan itu.
Berbalik kita kepada pengganti SU Bahagian.. Ramai pemerhati mejangkakan penggantian akan dilakukan dalam masa terdekat kerana dikhabarkan jawatan SU Bahagian amat penting dalam perencanaan perjalanan sesuatu program dan aktiviti sempena pilihanraya...

Jadi, nampaknya macam penting bagi jawatan yang DILANTIK ini.. Kawan nak bertanya selain jawatan SU yang amat penting ni, apa lagi jawatan yang tidak penting sangat?..Bab kata orang muda, biasa-biasa jer...

1. Ketua Bahagian
2. Timbalan Ketua Bahagian
3. Naib Ketua Bahagian
4. SU Bahagian
5. Timbalan SU Bahagian
6. Bendahari
7. Ketua Penerangan
8. 7 orang JK pelbagai...

Samada betul atau tidak tepat maklumat ini, kawan minta maaf bebanyak. Maklumlah kawan ni ikan bilis yang baru lahir.. Tumpang lalu sahaja.. ..Rasa lebih lagi kawan baca diblog orang lain..Katakanlah sebanyak itu sahaja..So tiadanya seorang..Kenapa kerja tidak boleh berjalan jugak?.. Ker masih tidak membuat perancangan lagi..maklumlah pilihanraya entah bila..Nanti Pak Jib umum bubar, barulah buat meeting setiap hari siang malam untuk mengatur strategi untuk pelbagai aktiviti yang boleh dicedok dari pelaksanaan PRU12 yang lalu..Nampaknya berkesan...

Kawan merasakan selain jamuan hari raya dan mesyuarat agung tahunan yang ramai tak datang sebab tak tahu, tiada lagi aktiviti untuk orang ramai... Ohhh ada....Lupa. Minta maaf. Pemuda...Puteri ada buat sukan untuk belia...

Selain itu, rasanya tiada lagi... banyak program khabarnya tetapi hanya untuk ahli JK sahaja bahkan JK terpilih sahaja..JK tak terpilih minta maaf ler... Sebab itu, pelbagai program dibuat, hanya orang yang sama sahaja datang.. Tiada orang lain. Bila ditanya kenapa sedemikian, orang lain tidak berminat nak sertai atau tiada masa... Salah orang lain juga...Tak pe lah..Macam mana nak buat..Kita yang bersalah...mengaku je lah..

Kami berkata bukan tak nak sertai program, tetapi tidak pernah diajak..Ulang sekali lagi..tidak pernah diajak... Mereka berkata mereka sudah mewarkan program itu ke peringkat akar umbi.. masakan tidak tahu...Kami berkata kembali, betul ke peringkat akar umbi tetapi selepas program habis..macam mana nak pergi..Buat program pula idak kena waktu, ikut masa mereka free sahaja.. bukan buat ikut masa peserta free..buat masa hujung minggu cuti sekolah..Ala, semua tahu masa itu, ramai sibuk nak bergotong royong rumah kenduri jiran..ni karang nak pergi program, rumah jiran ditinggalkan..

perh...Agak panjang jugak coletah kawan hari ini..Sebenarnya panjang lagi.. Ini idea on the spot..yang sudah lama bermain di fikiran... persoalan asal itu perlukan SU dipenuhi masih belum dijawab....tak per...kawan ini sekadar menulis..Menulis berdasarkan apa yang dirasakn dihati bukannya fakta yang tepat.....kalau salah, tolong betulkan..tiada masalah..kawan yang bersalah..tegur sahaja...pahit ker manis ker itu nombor dua..yang penting tegur...tapi secar berhemah bukan mencarut dan menulis ikut hati yang tidak ikhlas...ok

1 comment:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Dobit127,
Satu penulisan kritik yang baik terhadap pemimpin politik Jerantut. Syabas. Teruskan memberi kritikan, teguran dan cadangan.