Salam...
Alhamdulillah.,, Kawan minggu ni sempat juga untuk updated blog kawan... Tajuk dah ada tetapi kesempatan nak updated tiada...Kawan ni jenis jarang menulis dahulu baru posting... Kawan jenis tulis dan terus post....
Berbalik kepada tajuk hari ni, sekarang kepada sesiapa yang lalu di BTAT Jengka, pastinya kan perasan tentang semakin banyak kenderaan di kawasan bandar... Sehinggakan parking kereta kadangkala agak jauh dari kedai yang kita ingin kunjungi... Semua itu hasil iltizam pihak kerajaan yang mensasarkan lebih ramai berpendidikan tinggi..
Oleh itu, semakin ramai pelajar memasuki UiTM Pahang di BTAR jengka... Anggaran kawan sekitar 15,000 orang pelajar sekarang dan jangkaan akan mencecah 20,000 orang menjelang 2015 ni...
Bila pelajar ramia, yang menjadi persoalannya ialah infranstukturnya... Sejajar dengan penambahan pelajar pihak UiTM telah, sedang dan akan menambah kemudahan fakulti dan yang lebih penting hostelnya.. memandangkan penambahan pelajar mendadak, maka keperluan untuk hstel tidak mencukupi.. Ramailah yang terpaksa menyewa diluar...
Ini yang menjadi disebaliknya... Sehingga minggu ni, ramai pelajar masih mencari-cari rumah sewa di sekitar bandar...Kesemua rumah sudah habis disewa... Malahan untuk semester hadapan pon sudah ada yang menempah.....Member kawan yang baru membeli rumah lama kayu dan baru bercadang untuk menukar ke rumah batu pon sudah ditempah oleh pelajar UiTM.... Kadar sewanya dari RM100 sehingga RM250 bergantung tahap keselesaan yang diingini.... Memang ler mahal, tapi apa boleh buat nak murah kena menyewa sehingga ke Jengka 16.... Takat Jengka 14 dan Jengka 11, menyewa di situ bukan perkara luar biasa....
Sejajar dengan banyak rumah sewa, maka secar tidak langsung tahap sosial pon telah berubah... Dahulu nak tengok budak perempuan berjalan pon payah, sekarang sudah tidak heran melihat mereka berseluar pendek dan begitu juga pasangan asmara.... Entah apa yang dibuat keluar malam2 dan pagi baru pulang ke rumah....
Yang menjadi mangsa adalah anak2 peneroka yang lain.. Terpengaruh dan terlibat sekali dengan gejala sosial yang sedang melanda..... Adakah salah Budak Uitm..Kawan ras tidak...Habis tu siapa?...Entah ler...Tak thu nka tunjuk kepada siapa...tunjuk pon satu jari sahaja ke arah orang sedangkan 4 jari lagi menghala balik ke arah kita......
Pertambahan pelajar ini bukan kesemuanya teruk..Ada juga aspek postif... Pertambahan pelajar bertambah sektor ekonomi semakin bagus..Pembukaan kedai photostat, fast food, gerai-gerai makan, penambahan lot kedai.. yang mana kesemuanya itu menjadikan BTAR Jengka bandar duit... Anda rajin, anda kaya....
Tuan rumah pulak, bertambah senyum kerana rumah dapat disewa dengan agak tinggi..kiranya lepas ler bayar bulanan kat bank....
akhirnya, baik atau buruk anda juga penentunya... Di Bukit Bintang mahupon Di Lorong Hj Taib yang terkenal dengan aktiviti buruk juga ada surau dan pusat kebajikan dan lebih mengharukan ramai juga menggunakannya....
No comments:
Post a Comment