Wednesday, February 15, 2012

Sijil SPM 2010 sebenar sudah ada.Begitu juga sijil LCCI...Sila ambil..

Salam..
Kawan nak maklumkan disini bahawa Sijil SPM bagi calon tahun 2010 sudah diedarkan secara berperingkat di sekolah masing-masing..

Sijil ini penting kerana ini adalah sijil yang menunjukkan secara rasminya keputusan SPM anda.. Ramai bekas pelajar mengambil mudah tentang perkara ini. Bila mahu memohon kerja, barulah kelam kabut datang ke sekolah untuk ambil sijil SPM setelah 10 atau 15 tahun meninggalkan sekolah...

Bila diberitahu sijil sudah dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia di Kuala Lumpur, mulalah meroyan kat pejabat sekolah..

So, kesimpulannya.. pergilah ambil kat sekolah tu...

Berkenaan sijil LCCI pula, ianya hanya untuk pelajar yang lulus mata pelajaran Prinsip Perakaunan untuk SPM 2010... Juga sudah didapati di sekolah masing2...

No comments: