Sunday, March 4, 2012

Kursus Kepimpinan Pelajar tahun 2012







salam..

Pada 25 dan 26 Februari 2012 yang lalu, sekolah kawan telah berjaya mengadakan kursus untuk pemimpin pelajar sekolah.
Penyertaan kursus amatlah membanggakan. Ini kerana 100% pelajar target telah mneghadirinya.. Seramai 27 orang Pengawas Sekolah, 27 orang Pengawas Pusat Sumber, 21 orang pengawas Buku Teks dan 24 orang ketua serta penolong ketua kelas turut serta.. Ini pertama kali dalam sejarah semua pemimpin sekolah menghadirinya..

Kursus 25 februari 2012 bermula jam 8 pagi dengan pendaftaran. Berikut adalah senarai tentatif kursus :-

25 Februari 2012 (Ahad)
8.00 pagi - Pendaftaran
8.30 pagi - Taklimat kursus
9.00 pagi - Ceramah 1 : Ciri pemimpin dunia akhirat
10.30 pagi - Rehat/minum pagi
10.45 pagi - LDK 1 - unit masing-masing
12.30 thari- Makan tengahari/pengurusan diri/solat zohor
2.00 ptg - LDK 2 - Unit masing-masing
4.30 ptg - Minum petang/solat Asar
5.15 ptg - Sesi Kreatif & Inovasi
6.45 ptg - Balik ke rumah masing-masing

26 Februari 2012 (Ahad)
8.00 pagi - Pendaftaran
8.30 pagi - Ceramah 2 : Badan Kepimpinan Pelajar SMK Jengka 21
10.30 pagi - Minum pagi/rehat
10.45 pagi - LDK 3 : Memecah Ais
12.30 thari- Makan tengahari/pengurusan diri/solat Zohor
2.00 ptg - LDK 4 : Bersama OKU
3.30 ptg - Akhirulkalam
4.00 ptg - Majlis Perasmian Penutup
- Jamuan petang
- Bersurai

Kawan cuba membuat sesuatu yang lain dari kebiasaannya. Yang pertamanya, kursus diadakan di sekolah.. Selalunya, kursus diadakan diluar.. Selain belanja yang mahal, selalunya tidak semua pergi.. Jadi, objektif kursus yang utama iaitu semua hadir berjaya..
Yang kedua, kawan sendiri handle kursus ini.. Selalunya guru kaunseling yang buat kursus atau serah kepada orang luar..
Yang ketiga, sesi ceramah hanya 2 sahaja. Itupon slot pagi sahaja. Yang lainnya fokus kepada LDK (kawan panggil Latih Dalam Khidmat)
Yang keempat, bab makanan.Kawan upah member kawan buat katering..Selalu tempah secara bungkus..Walaupon kerja banyak dan memakan masa, kawan dapati ia sangat bagus untuk mengajar cara makan konsep hotel... 1 kuih 1 pelajar.. Lagipon jimat belanja...
Yang kelima, sesi kreatif dan inovasi bagi menggantikan slot sukan dan reakreasi..Yang ini tidak berjaya secara objektif.. Pengisian dan faktor cuaca..Ini sahaja kesilapan besar kawan..Mungkin boleh diperinci lebih awal.. takpe, belajar dari kesilapan..
Yang keenam, kawan serah majlis perasmian penutup kepada pelajar untuk mengendalikan.. Memang teruk majlis penutup sehinggakan pengetua tegur kesilapan itu.Tapi kawan harap itu menjadi pengajaran berguna untuk pelajar-pelajar berkenaan..

Kelemahan

1. Yang dirancang tidak dibuat.. Kawan merancang pelbagai aktiviti LDK berkumpulan bersama guru PSS (TQ).. Tapi sayangnya dari 5 aktiviti dirancang hanya 2 berjalan. Mulanya takut tak cukup aktiviti..Standby banyak..Rupanya bila kawan pegang microfon, tak reti nak behenti..
2. Apa yang kawan rancang nak buat, seperti kursus pengendalian perhimpunan tak sempat dibuat secara formal memandangkan unit kawan iaitu pengawas terlebih fokus kepada masalah-masalah yang wujud di sekolah..Rupanya kawan dapat menyenaraikan 100 masalah besar dan kecil... Itu faktor utama hal pengendalian perhimpunan tidak dapat dijalankan..
3. Tiada perancangan teliti.. Semua benda kawan buat seorang.. Pastu bila kawan tiada, pelbagai masalah timbul.. Ini kelainan yang cuba kawan buat..Everything i do it..Konon..Maksudnya, kursus kali ini, tiada mesyuarat, tiada penbabitan banyak dari guru-guru..Semua dilaksanakan oleh kawan sendiri dengan bantuan para pelajar.. kadar kejayaan 70%... Bila libatkan unit orang, kena banyak berbincang dengan guru terbabit..Kena banyak berbincang dengan GPK HEM...

Ok.. Setakat ini sahaja dahulu cerita kursus..Bila free, kawan akan tulis lagi..Seronok bila buat kursus ini..Banyak cerita boleh dikongsikan...ok..

Gambar sekitar kursus...



No comments: